Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, May 31, 2010

Tanah pajakan KTM di Tanjung Pagar milik kekal Malaysia? Anwar belajar mana undang-undang tanah?

Datuk Seri Shahrir Samad, anggota Parlimen Johor Baharu, berkata "langsung tidak masuk akal untuk menganggap" tanah yang menempatkan landasan dan stesen KTM adalah milik Malaysia sedangkan sebenarnya tanah itu dipajak daripada Singapura khusus bagi tujuan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan KTM Bhd.

Menyambut baik perjanjian dua hala bersejarah yang dimeterai Malaysia dengan Singapura pada Selasa bagi membangunkan bersama tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata perjanjian itu mewujudkan keadaan yang memihak kepada KTM dan Malaysia.

"Bertukar-tukar tanah pajakan kereta api dengan tanah yang tidak memiliki potensi pembangunan dengan nilai setara tetapi dengan tanah yang memiliki potensi pembangunan bermakna KTM sebenarnya yang mendapat faedah daripada pertukaran itu," tegas Shahrir, yang terkenal dengan kelantangan dan pendirian tegasnya mengenai isu nasional, terhadap kritikan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar melahirkan rasa kecewa dengan perjanjian yang dimeterai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien-Loong atas alasan ia dilakukan secara "tergesa-gesa" dan "tanpa butiran terperinci" yang akan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan negara.

Di samping melahirkan rasa khuatir bahawa nilai tanah Marina South dan Ophor Rochir yang diperolehi Malaysia sebagai pertukaran bagi tanah di Tanjong Pagar jauh lebih rendah, Anwar menggesa Najib membentangkan kertas laporan komprehensif pada sidang Dewan Rakyat bulan depan bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai perjanjian itu.


Sebagai jawapan kepada kebimbangan Anwar, Shahrir menawarkan persepktif sejarah kepada perkara itu.

Tanah KTM, katanya adalah sebahagian daripada sistem pengangkutan ekonomi penjajah apabila Singapura ketika itu sebuah pelabuhan yang turut dihubungkan ke daerah pedalaman di Malaya yang dijajah British.

"Semenanjung Malaysia dan malahan Johor bukan lagi daerah pedalaman bagi Singapura," katanya. "Jadi, tidak wajar untuk perkhidmatan KTM dikekalkan di Tanjong Pagar."


Daripada kacamata penumpang KTM, kecuali apa yang disifatkan oleh Shahrir sebagai "sentimen nostalgia-romantik", beliau berkata adalah tidak penting di mana mereka akan turun kerana ia mungkin bukan lagi di Tanjong Pagar tetapi yang penting ialah di Johor Baharu.

Mengenai potensi pendapatan jangka panjang daripada perkhidmatan kereta api itu, Shahrir menjangkakan perjalanan seterusnya ke Singapura dari Johor Baharu ekoran KTM berpeluang memanfaatkan 40,000 tenaga kerja Malaysia yang berulang-alik setiap hari melalui pintuk masuk CIQ (Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Johor Baharu sebagai terminal pengangkutan, yang akan menaiki bas awam atau bas kilang untuk menyeberangi Tambak.

"Pada masa ini, KTM hanya membawa mereka ke Woodlands tetapi bukan sebaliknya kerana CIQ Malaysia terletak di Tanjong Pagar dan bukannya Woodlands," katanya.

Bernama melaporkan Shahrir berkata malahan 50 peratus saham dalam perkhidmatan komuter menyeberangi Tambak adalah jauh lebih banyak daripada yang dijana oleh KTM pada masa ini bagi laluan Johor Baharu-Tanjong Pagar.

"Rakyat Malaysia yang setiap hari berulang-alik dari Johor Baharu ke Singapura juga akan mendapat faedah daripada kaedah lain pengangkutan untuk menyeberangi Tambak Johor," katanya.

Berkongsi pandangan Shahrir ialah Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Muar, yang menyentuh mengenai faedah daripada perjanjian itu.

"Membiarkan isu ini berlarutan selama ini tidak membawa kebaikan kepada sesiapa," katanya. "Lagipun, ini mungkin akan mengheret kedua-dua negara berjiran ke dalam polemik politik."

Mengakui kebuntuan dalam isu tanah KTM antara Malaysia-Singapura lambat-laun perlu diselesaikan, Razali menegaskan kejayaan perjanjian yang dipersetujui kedua-dua negara mencerminkan "tahap diplomasi dan kenegarawan yang tinggi".

Menjangkakan perjanjian itu akan membuka lembaran baru dan saling bermanfaat, Razali berkata apa yang penting ialah pelaksanaannya tidak diabaikan ke tahap yang akan mengecewakan negara sepertimana di masa lalu.

Melihat perjanjian itu daripada perseptif sebagai seorang ahli ekonomi, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Norraesah Mohamad, menyambut baik perkara itu dan menyifatkan Malaysia sebagai "menang besar".

Beliau berkata Khazanah Nasional, memegang 60 peratus saham dalam syarikat usahasama M-S Pte Ltd, akan menukar "aset yang tidak dimanfaatkan" kepada usahasama komersil bernilai tinggi.

Menyentuh mengenai beberapa "bagasi" negatif dalam sejarah hubungan Malaysia-Singapura, beliau berkata rakyat Malaysia patut "berfikir melampaui sentimen" dan "melihat prospek yang lebih besar daripada sekadar tanah KTM."

"Kita perlu melihat kepada faedah jangka panjang yang bakal diraih dengan memanfaatkan aset bernilai yang selama ini dibiarkan sahaja," katanya. "Dengan isu tertunggak itu telah diselesaikan, lebih banyak syarikat Singapura akan melabur di Kawasan Pembangunan Iskandar."


Menyatakan stesen baru kereta api yang dicadangkan itu akan menyelaraskan perkhidmatan pengangkutan awam di Johor Baharu dan Singapura secara bersepadu, Norraesah berkata keadaan itu akan menawarkan keselesaan kepada rakyat Malaysia dan Singapura.

Keselesaan, katanya merupakan instrumen penting bagi perniagaan dan pelaburan sepertimana bagaimana IDR mampu menarik pelabur sama ada secara langsung dari Malaysia atau Singapura, untuk menjadi sebuah kawasan maju dan menawarkan lebih banyak peluang kerja.

Daripada segi nilai hartanah di Johor Baharu sendiri, perjanjian itu pasti menjanjikan kelebihan dan kebaikan, kata Norraesah dan menambah kata "nilai tanah akan meningkat manakala penduduk akan menikmati taraf hidup lebih baik."

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno pula berkata keputusan Najib untuk memeterai perjanjian dengan Singapura mengenai tanah KTM di Tanjong Pagar dibuat demi kepentingan negara.

"Dengan perjanjian itu, PM telah memecahkan kebuntuan yang selama ini menjadi isu tertunggak yang telah mentakrifkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

"Perjanjian itu akan membolehkan Malaysia memanfaatkan aset bernilai lebih tinggi daripada stesen di Tanjong Pagar. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tanah di Tanjong Pagar tidak dapat dibangunkan untuk tujuan lain selain daripaad stesen kereta api."

Beliau berpendapat perjanjian itu akan memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan tanah itu secara komersil daripada terus memegang aset yang tidak boleh dibangunkan untuk tujuan menjana kewangan.

Khairy berkata perjanjian itu "wajar" kerana Malaysia akan dibanjiri pembangunan perdana dan ikonik "daripada memori nostalgia yang menawarkan "faedah komersil dan strategik amat kecil kepada kita."

Anwar's Reported Sodomy Case Trial - May 31, 2010

#SODOMY2 - Judge says court adjourned until 3.30pm tomorrow.

#SODOMY2 - Karpal wants court to adjourn trial proceedings till after visit to the condominium at 3.30pm. Prosecution has no objections.

#SODOMY2 - Karpal informs court that access to the condominium scheduled for Tuesday, June 1 at 2.30pm.

#SODOMY2 - Trial resumes.

#SODOMY2 - Lawyers meet Judge Mohd Zabidin Mohd Diah in chambers.

#SODOMY2 - Trial adjourned until 2.15pm today.

#SODOMY2 - Anwar lawyer Sankara Nair says waiting for confirmation from police to visit condominium.

#SODOMY2 - Judge stands down trial for a while.

#SODOMY2 - Yusof wants to call in doctors who examined Saiful. Karpal asks for notice as defence wants to bring in their own experts.

#SODOMY2 - Saiful walks away from witness stand with a smile.

#SODOMY2 - Yusof: "No further questions."

#SODOMY2 - Saiful: "What I meant then was that the sodomy was the first time it happened to me."

#SODOMY2 - Yusof asks about Malaysiakini report.

#SODOMY2 - Saiful: "The writing is not clear, but I didn't say that I was penetrated with plastic object."

#SODOMY2 - Saiful says during cross-examination in court was the first time he heard about report he was penetrated with plastic object.

#SODOMY2 - Yusof: "Did you tell anyone you were penetrated with plastic object?" Saiful: "No."

#SODOMY2 - Saiful claims he didn't tell the doctor who had sodomised him.

#SODOMY2 - Saiful: "When he was checking me, I came clean and told him I was sodomised."

#SODOMY2 - Saiful says he didn't notice.

#SODOMY2 - Prosecution's Yusof Zainal Abiden asks when checking Saiful, did Dr Osman of Pusrawi take down notes.

#SODOMY2 - Karpal says other questions depend on site visit.

#SODOMY2 - Saiful admits he didn't do so.

#SODOMY2 - Karpal says after alleged sodomy on June 26, a lot of chances to make report, escape "But you didn't do so?"

#SODOMY2 - Saiful: "No it was not. Saya menyahut cabaran beberapa ulama."

#SODOMY2 - Karpal: "Is this your plan? Premeditated to make Anwar lose the by-election?"

#SODOMY2 - Saiful: "Coincidence."

#SODOMY2 - Karpal says Saiful made an oath at a mosque a week before Permatang Pauh by-election. "Why such a close date?"

#SODOMY2 - Karpal says DPM obliged to make police report. If not, it is an offence under Section 202 of the Penal Code.

#SODOMY2 - Saiful: "No. Mereka bimbang masa depan saya."

#SODOMY2 - Karpal: "No one told you to lodge a report?"

#SODOMY2 - Saiful: "I didn't lodge a police report before June 28."

#SODOMY2 - Karpal: "Beside telling all this people, have you actually made a police report about what you told all these people?"

#SODOMY2 - Karpal: "Same complaints to Rodhwan, Ezam, Datuk Mumtaz?" Saiful: "Yes. And Rahimi, as well as religious teacher."

#SODOMY2 - Karpal: "Did he give advice?" Saiful: "After telling in detail, he said can't do anything as its a personal problem with Anwar."

#SODOMY2 - Karpal: "June 24, you met with then DPM, you made a complaint that you were sodomised without consent?" Saiful: "Yes."

#SODOMY2 - Karpal says he has "surat akuan" from Faiz.

#SODOMY2 - Karpal asks who is Faiz Khairy. Saiful says the man eloped with his sister to get married.

#SODOMY2 - Karpal asks Saiful whether he drank alcohol or had sex? Saiful says no but Karpal says that is not true.

#SODOMY2 - Saiful takes witness stand, says parents divorced when he was in Std 1, no contact with father all this while.

#SODOMY2 - Prosecution says defence shouldn't have problem as unit owner is Mr Hasanudin, a friend of Anwar's.

#SODOMY2 - Karpal says trial judge can help with access to condominium.

#SODOMY2 - Karpal wants to go to alleged crime scene again.

#SODOMY2 - "We are kept in the dark," Karpal says, adding he tried to contact owner of condominium where alleged incident happened.

#SODOMY2 - Karpal applies for witness list.

#SODOMY2 - Trial resumes.

#SODOMY2 - Lead defence lawyer Karpal Singh arrives in court.

#SODOMY2 - Anwar arrives in court with wife, Wan Azizah Wan Ismail.

#SODOMY2 - Small band of supporters wait to enter courtroom.

#SODOMY2 - Reporters queue up again for resumption of Anwar Ibrahim's sodomy trial.

Anwar buka tawaran jawatan TPM1, TPM2 dan TPM3 jika dia jadi PM

Siapa saja yang mempunyai akal politik yang panjang pasti akan buat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rugi apa jika ‘jual janji’?

Umpan besarnya yang tentu mengiurkan ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13.

“Kalau kita menang, kalau ada ruang, apa salahnya, dua tiga timbalan Perdana Menteri. Ada muslim, ada Cina, ada Kristian..ini diputus kemudian”.

Itu katanya di penutup Kongres Nasional PKR di Kota Bharu Ahad.

Hajat Anwar nak memancing mengunakan umpan besar itu bagi menarik sokongan bukan Melayu bukan satu berita baru.

Sebelum ini ia pernah didedahkan oleh bekas rakan karibnya yang juga bekas Ahli Parlimen PKR kawasan Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim.

Kata Zahrain Ketua Pembangkang itu bukan sahaja nak melantik pemimpin DAP tetapi dua lagi Timbalan Perdana Menteri yang akan diwakili PAS dan pemimpin sama ada dari Sabah atau Sarawak.

Maka jumlahnya tiga seperti yang Anwar beritahu.

Siapa tahu di depan masyarakat India nanti beliau akan menyebut satu lagi menjadikannya empat Timbalan Perdana Menteri.

Bagi Anwar yang sedang berdepan dengan perbicaraan kes liwat beliau tidak rugi satu sen pun berjanji bulan dan bintang kepada yang naif tentang diri Anwar.

Begitu juga halnya bila menyifatkan hakim yang mengendalikan kes liwatnya sebagai bahalol dan badan kehakiman negara sebagai 'rosak dan punah' .

Anwar peduli apa kalau kenyataan seumpama itu menghina mahkamah atau apa orang Melayu rasa tentang janjinya nak lelong jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali geram habis dengan cara Anwar yang dianggapnya 'buka pintu' habis kepada segala-galanya semata-mata untuk mengejar hajatnya nak jadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu telah mengunakan bahasa yang 'cukup kasar' terhadap Anwar untuk melepas geramnya semasa berucap di majlis penutup Kongres Ekonomi Bumiputra di PTWC Sabtu malam.

Pokok pangkalnya Anwar peduli apa. He got nothing to lose …lebih-lebih lagi bila bayang bekas coffeboy nya Saiful Bukhari Azlan terus menerus ‘bikin rosak program’nya nak jadi PM.
agendadaily

PAS takut jawatan Timb. Perdana Menteri diberikan kepada DAP jika Anwar jadi PM
Puad, now deputy education minister, said Anwar told him in a convincing fashion that he (Anwar) would inform the Yang di-Pertuan Agong that he had secured letters from 30 MPs pledging their support to Anwar as the new prime minister.

Anwar told Puad that he would go ahead and form the new government on Sept 22, 2008.

Puad was first contacted by PKR’s Saifuddin Nasution Ismail on Sept 15, when he (Puad) was in Taiwan with BN backbenchers.

Saifuddin was hoping to persuade Puad to join Pakatan Rakyat.

Dr Abdul Rahim Ghouse, also acting for Anwar, was next to get to Puad, meeting him at a stall in Batu Pahat three days later. Puad, Saifuddin and Rahim had known each other from the time they were student activists.

Puad said: “At that meeting, Rahim gave me a phone to talk to Anwar. He said he would inform the Yang di-Pertuan Agong that the prime minister then (Tun Abdullah Ahmad Badawi) no longer enjoyed a majority support in Parliament.”

He said during the 30-minute telephone conversation, Anwar did not mention any inducement, beyond pleading with him that his support was needed, as well as that of all Johor MPs.

Anwar told him he was “looking for someone to look after Johor”.

Anwar promised Puad that he would protect the Malay Agenda if he came to power.

I told Anwar that the sultan of Johor would chase me out of the state if I signed the letter of support. However, Anwar told me that apart from the Yang di-Pertuan Agong, the sultans of Perak and Selangor and Raja Perlis were supporting him.”

As promised, Puad performed the Isthiqarah (seeking guidance) prayers and when Rahim called the next day, Puad said he had a dream that he would be selling off “(his) country if (he) signed the letter of support for Anwar”.

“I also mentioned that I was willing to be an opposition MP in the event Pakatan Rakyat did come to power,” said Puad, adding that was the last time anyone from PKR or PR had approached him on that matter.

He did not mention Anwar’s offer to anyone in BN. Asked why Anwar had targeted him, Puad said: “Maybe because I was among those who were critical of former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.”

Puad said earlier, former Pas vice president Datuk Husam Musa tried to persuade him to join Pas.

“Husam asked me to join Pas and not PKR so that Pas would have more MPs and could stake a claim for the deputy prime minister’s post, which otherwise would go to DAP.

mulutmelayu-realiti.blogspot

Sunday, May 30, 2010

Upah RM2 Juta Keluar PKR - Anwar juga kesal kes liwatnya tertangguh


“Kita ada maklumat, paling kurang (mereka terima RM2 juta)... saya ada bukti, dalam waktu singkat (akan umumkan),” Anwar Ibrahim
MUTAKHIR: Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau sedang 'menikmati' minat meluas yang ditunjukkan media berhubung bukti mengenai tawaran yang diberikan kepada wakil rakyat yang melompat parti.

Ingat lagi pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya sudah cukup bilangan ahli parlimen BN yang akan lompat sertai pembangkang tawan Putrajaya ikut pintu belakang?

Ketua Pembangkang itu juga dakwa kata ada surat perakuan ahli parlimen itu tetapi semuanya temberang kerana bila tiba 16 September, tak ada seorangpun ahli parlimen BN lompat parti.

Anwar dan geng-gengnya dalam DAP dan PAS putih mata. Rakyat dalam dan luar negara pula kena tipu bulat-bulat.


Sebab itu Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengulangi kisah 16 September bagi menunjukkan Anwar sekali lagi cuba temberang kononnya akan dedahkan wakil rakyat PKR yang keluar parti terima habuan kontrak dan jadi jutawan.

Mengenali Anwar kata Wee amat mudah kerana jika Ketua Umum PKR itu ada maklumat itu, beliau tidak akan simpan lama-lama dan lebih baik mendedahkannya untuk menarik perhatian umum.

Pesan Wee yang pernah berada bersama DAP dan PKR, kepada Anwar, “Jangan tuduh orang suka-suka. Masa dalam parti (bersama PKR) semua ok…bagaimana jahatpun OK. Little Napoleons dan Fir’aun-Fir’aun Kecil pun OK asalkan dapat capai matlamat terakhir tawan Putrajaya,”.

Pesan Wee Choo Keong lagi, lebih baik Anwar selesaikan kes dakwaan liwatnya di mahkamah terlebih dahulu daripada bercakap mengarut untuk raih simpati rakyat.

Sebagai seorang peguam, Wee turut hairan mengapa kes itu kerap tertangguh dan macam-macam alas an dibangkitkan peguam ahli parlimen Permatang Pauh itu.

“Sudah lebih 20 tahun saya jadi peguam, tak ada kes pelik macam ini. Kalau orang tak bersalah, mereka cepat-cepat nak selesaikan kes,” katanya yang menghubungi Agendadaily.

Bagi Wee adalah lebih baik kes itu diselesaikan dan jika Anwar tidak bersalah, bolehlah beliau bercakap ‘dirinya bersih’ dan rakyat boleh terima apa dikatakannya.

Diminta mengulas mengenai tuduhan Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudidn bahawa wakil rakyat atau ahli PKR yang keluar atau lompat parti adalah mereka yang terencat akal atau syndrom down, Wee ketawa panjang.

Kalau macam itu katanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pun ada syndrome down sebab beliau pernah bersama BN pada 1974 dan bertanding atas lambang sama.

Lagi berat katanya, Anwar, Saifuddin Nasution, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Zaid Ibrahim dan ramai lagi pernah bersama UMNO dan sekarang mereka keluar atau lompat masuk PKR.

“Maknanya mereka juga terencat akal macam kata Zuraidah,” sindir Wee.

Kesimpulannya kata Wee lagi, Anwar dan PKR semakin terdesak dengan memberi macam-macam tuduhan untuk mengelirukan rakyat.

“Ini ciri-ciri parti dan pemimpin desperado yang perjalan ke Putrajaya semakin jauh berbanding ke Sungai Buloh,” kata Wee yang meninggalkan PKR baru-baru ini.

ROSLAN BIAN
MM: Sebagai isterinya, Dr. Wan Azizah sudah biasa dengan amalan liwat Anwar itu. Penduduk kampung Jalan Kilang Ubi, Ceruk To' Kun, Bukit Mertajam pun memang sudah tahu Anwar mengidap penyakit itu semasa remaja lagi.

Friday, May 28, 2010

Anwar tetap akan bersumpah tidak meliwat Saiful Bukhari


Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara Ezam mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘perangai jijik’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu. Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini. Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.
agendadaily
MM: Nurul Izzah tak perlu sangkal kenyataan Ezam tu. Tanya saja ibunya Dr. Wan Azizah. Dan sanggupkah Dr. Wan Azizah menyangkal dakwaan Ezam itu dengan menyatakan perkara yang sebenar? Penduduk Ceruk To'Kun memang tahu perangai luar biasa Anwar itu.

Anwar & Wan Azizah Jangan Heret Orang Lain...

1. Saya tidak mahu Nurul Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa.

2. Saya tidak mahu aibkan Anwar, Wan Azizah dan keluarga mereka dan hanya sekarang untuk pertahankan maruah saya setelah difitnah terlibat dengan konspirasi kes liwat Saiful Bukhari baru baru ini.

3. Justeru itu, ianya bukan soal habuan. Apakah mereka lupa saya pernah bela Anwar selama 10 tahun, dan saya turut sama merengkok dalam penjara ketika Anwar hanyalah seorang banduan yang pastinya tidak boleh memberikan apa apa habuan kepada saya. Kalaulah habuan menjadi perkiraan saya, sudah semestinya saya tidak akan membela seorang banduan sehingga saya sendiri ke penjara.

4. Saya tegaskan sekali lagi keputusan saya tinggalkan Anwar adalah kerana prinsip sebagai seorang islam dan bukannya kerana habuan.

5. Saya sanggup bersumpah demi untuk mempertahankan kenyataan saya, dan saya cabar Anwar dan Wan Azizah bersumpah sama.

6. Saya menggesa Anwar dan Wan Azizah agar tidak mengheret anaknya dan sesiappun dalam hal liwat ini, hentikanlah sandiwara. Rakyat sudah terlalu lama ditipu.


Mohamad Ezam Mohd Nor
Ahli Dewan Negara
ezam-mohdnor

Wednesday, May 26, 2010

Penipuan PAS? - Penyokong PAS Bukan Islam Mahu Dipercepatkan Kelayakan Mengundi Dalam Parti

Penyokong PAS daripada kalangan bukan Islam berharap kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti itu akan direalisasikan secepat mungkin.

"Sudah lama kami menunggu berita baik seperti ini dan berharap perkara begini perlu dipercepatkan," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian utama pada muktamar tahunan PAS di sini bulan depan.

"Ini adalah keterbukaan dalam PAS dan sebab itu perkara penting ini diperbincangkan lebih mendalam pada muktamar akan datang bagi membuat pindaan pada perlembagaan parti," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Abdul Hadi baru-baru ini berkata PAS akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan penyokongnya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan.

Untuk merealisasikan hasrat itu, katanya, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti.

Mengulas perkara itu, Hu berharap penyokong PAS bukan Islam juga akan dapat menjadi calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami mempunyai calon-calon yang berwibawa bagi mewakili PAS jika perkara ini menjadi kenyataan," katanya.

DHPP berkata ia mempunyai 20,000 anggota di seluruh negara.-BERNAMA
Rabu Mei 26, 2010

Penyokong PAS Bukan Islam Dinasihat Jangan Terburu Buat Tuntutan

RANTAU PANJANG: Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu. Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya anggota Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya, ini kerana perkara tersebut akan diperincikan oleh Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan anggota baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - BERNAMA

Tuesday, May 25, 2010

Hipokrasi PAS Dalam Isu Judi Piala Dunia


Di Malaysia langkah terbaru kerajaan memberikan lesen perjudian Piala Bola Sepak Dunia telah juga menerima bantahan terutama dari Pas tetapi tentangan PAS dilihat lebih bersifat hipokrasi kerana jika bangsa dan maruah agama pun sanggup dijual maka apalah ertinya penentangan Pas terhadap perjudian kecuali untuk menutup mata pengikut-pengikutnya yang fanatik tentang kenajisannya sekarang dan mengelirukan seluruh umat Islam di negara ini.

Parti ini pura-pura menentang perjudian tetapi bersekongkol dengan parti yang ADUNnya bertelanjang dan juga berketuakan pengamal homosekual malah, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz menganggap perbuatan telanjang seorang ADUN Selangor sebagai hak individu.

Kita telah pasti bahawa perjudian haram bola sepak pastinya tidak akan dapat dihapuskan sama sekali di zaman dunia dikuasai oleh Internet ini tetapi apakah salah jika sekiranya dikuatkuasakan mekanisme yang boleh mengurangkan operasi judi haram itu. Mana yang lebih baik membenarkan dengan kawalan dengan membiarkannya bermaharajalela tanpa dilesenkan yang akan menyebabkan rakyat terdedah kepada penipuan dan penyelewengan dan menggalakkan rasuah yang lebih besar di kalangan pihak yang berkuasa; polis dan sebagainya.

Tidak melesenkannya bererti kita membiarkannya tanpa kawalan dan adalah mustahil bagi pihak polis yang terbeban dengan berbagai jenayah akan dikerahkan pula untuk menjalankan operasi judi haram.

Sekarang pun tidak dapat dinafikan ada pihak berkuasa yang terlibat “menutup mata” ke atas perjudian haram dalam berbagai bagai cara. Apabila yang haram dihalalkan maka akan lebih mudah untuk dikawal selia dan pastinya akan mengurangkan yang haram sekalipun tidak dapat dihapuskan sama sekali. Apakah salah jika pun tidak dapat dihapuskan, kita dapat mengurangkan?

Harus disedari negara ini bukan hanya didiami oleh orang Islam maka itu kesempatan harus digunakan untuk mencari wang dari orang bukan Islam dengan menghalalkan apa yang halal bagi mereka. Umpamanya kita memberikan lesen menjual daging babi di tempat yang khusus. Jika orang Islam nak makan juga maka makanlah.

Wang haram dari perjudian itu bolehlah digunakan untuk membantu masyarakat Cina terutamanya Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang merupakan benteng kebudayaan Cina. Perjudian adalah sebahagian dari budaya Cina yang sangat dicintai oleh masyarakatnya.

Bagaimanapun pencegahannya di kalangan orang Islam di negara ini sudah sedia dikuatkuasakan melalui Enakmen/Akta Jenayah Syariah oleh Jabatan Agama Islam negeri/wilayah masing-masing. Tetapi jika orang Islam nak berjudi juga secara bersembunyi di tempat yang rahsia atau di luar negara, maka apalah daya pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. Bagi orang Islam yang membeli tiket-tiket judi dari premis-premis yang dilesenkan oleh PBT negeri masing-masing, jika Kerajaan negeri pun tidak menghalangnya (dengan tindakan tidak membatalkan lesen premis tempat judi) jika mereka tidak dicekup atau ditangkap oleh penguatkuasa agamapun, bukanlah bermakna mereka (penjudi) juga turut terlepas dari dosa agama.


Should football betting be legalised?

Tay Tian Yan

From the moral point of view, I could only raise my hand halfway, agreeing but with some reservation.

But from the economic point of view, I am all for it.

I visited Norwich in England several years ago, at a time when the city was hosting an English Premier League game.

I was no football fan, but the game drove the entire city’s emotions high as it would mean whether the home team could eventually remain in the League or not.

So I joined the crowd to head into the stadium.

I took my dinner at the club’s restaurant before the match started.

When I was just seated, someone handed me a form, a betting form at a closer look.

All types of betting options: Which team would win the game? How’s the score? Which team would lead in first half? Who would score the first goal?

You could choose whichever item and whichever amount to bet.

With no experience at all in football betting, I was taken in, thinking of joining in the fun.

There came the tough question: How much to bet?

I was confounded. I had seen Malaysians betting, from tens to thousands of ringgit.

But in England, I shouldn’t be too stingy even though I was just there to join in the fun.

So I took out a £20 (RM96) bill in my pocket and drew a few circles on the form.

Seeing what I did, my English friend asked in perplexity, “Did you really support Norwich that much? Why did you bet so much?”

Good grief! I had no clue what jerseys they were wearing nor any single football star from the team.

And, was £20 really that much? I had no idea.

Humbly I enquired: “How much do you normally bet each time?”

“Usually five pounds, not more than ten.”

“That’s little! We don’t bet this way in Malaysia. I won’t feel anything different even if I win!”

“Football is a part of our life, and betting is just to show our support for our favourite team. Of course, it also puts our judgement to test.

“We call that betting. Not gambling.”

I lost my £20 in the end, but had picked up a valuable lesson in football culture.

Illegal betting has been pushing betting activities underground, allowing it to become a risky money game. Many unwanted elements surviving on underground activities have been spawned along the way.

A student who has fallen into the trap of these people will find himself in massive debts. An office worker in debt will end up misappropriating his company’s funds while a petty trader will have to turn to loan sharks for instant settlement of his betting debts.

Legalised betting makes the entire exercise a whole lot more open and transparent, allowing it to become a controlled operation.

Betting companies will have their accounts open for public scrutiny, and are obliged to pay their income taxes.

Of course, the most ideal approach is not to give the whole thing to one single company, but establish a public welfare management institution like the Hong Kong Jockey Club, which not only pays income taxes but also channels some of its profits for the benefit of underprivileged organisations.

For instance, as the Chinese people make up the bulk of bettors here, part of the proceeds should go to Chinese primary schools and independent secondary schools.

What do you say?

Kerajaan tidak menghalalkan judi dan arak

Dalam Islam, larangan meminum arak adalah untuk memartabatkan kehidupan ummah. Larangan itu dilaksanakan secara bertahap. Peringkat pertama, meminum arak dilarang secara perbandingan dan berunsur sindiran, sebagaimana yang termaktub dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah. Ketika itu, sebuah masyarakat baru Islam sedang dalam proses pembinaan. Surah itu adalah surah al-Baqarah, ayat 219.

Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas .

Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.

Berdasarkan urutan turunnya ayat-ayat itu, jelaslah bahawa Allah tidak membuat larangan secara sekali gus, tetapi berperingkat sesuai dengan tahap dan pembangunan ummah pada ketika itu. Lagi pun, di peringkat akhir, meminum arak pada ketika itu sudah bertukar menjadi satu kebiasaan, bahkan menjadi amalan dan lumrah.

Melihat proses pengharaman arak yang dilakukan secara tadrij (berperingkat), ia menggambarkan Islam mementingkan pendidikan daripada paksaan dan bukannya untuk menunjukkan kuasa mutlak ke atas umatnya atau kaum-kaum lain.

Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan.

Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain. Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.

Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.

Sebelum menghuraikan kesesuaian ini, kita perlu maklum bahawa dalam pemikiran politik pentadbiran Islam, terdapat satu prinsip yang perlu dipatuhi oleh pemimpin apabila mereka ingin memutuskan sesuatu tindakan atau dasar terhadap rakyatnya.

Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).

Berbalik kepada isu arak di Malaysia, para ummah tertanya-tanya apakah hukum ke atas satu pemerintahan yang menghalalkan pengimportan arak dan membenarkan rakyat bukan beragama Islam meminum arak secara berlesen? Begitu juga tentang cukai yang dikenakan ke atas najis tersebut.

Ada pendapat mengatakan cukai itu halal, sekiranya cukai berkenaan bercampur dengan cukai-cukai barangan halal lain. Pendapat ini, seolah-olah menyamakan arak itu dengan air mutanajjis. Air tersebut ialah air yang bercampur antara najis dengan air mutlak dan campurannya pula melebihi dua kolah. Air ini dikira boleh digunakan untuk keperluan bersuci seperti wuduk, mandi dan sebagainya.

Jika inilah kiasannya, maka ia tidak tepat dan tidak sesuai. Ini kerana dalam masalah air mutanajjis ini, air berkenaan benar-benar bercampur dan tidak boleh dipisahkan lagi. Walhal, dalam kes cukai, jumlahnya boleh dipisahkan di antara satu cukai dengan cukai yang lain. Ini bererti pendapatan hasil daripada cukai arak boleh dipisahkan dan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang khusus.

Dalam soal hukum ke atas pemerintahan yang membenarkan pengimportan arak adalah berbeza. Perlu diketahui bahawa mereka yang mengimport arak bukanlah golongan orang Islam. Bagi bukan Islam, meminum arak adalah satu budaya. Sudah pasti mereka akan membawa masuk arak sama ada secara diizinkan oleh pemerintah ataupun tidak.

Jika pemerintah mengizinkan, bererti pemerintah dapat mengawal dan memantau kegiatan membekal, menyimpan, menjual dan meminum arak, selain mendapat hasil daripadanya.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.

Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.

Ini adalah satu lagi prinsip yang terdapat dalam usul fikah, yang mengizinkan kewajaran ke atas sesuatu tindakan. Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).

Dalam hal ini, kerajaan Malaysia tidak memberi kebebasan sewenang-wenangnya terhadap arak, baik dari segi iklan atau penjualan kepada rakyatnya. Pada masa yang sama, kerajaan juga tidak memaksa rakyat bukan Islam meninggalkan budaya minum arak kerana melakukan sesuatu secara paksaan akan hanya mengundang keburukan. Lebih penting daripada itu, kerajaan juga mengambil langkah mendidik warganya supaya jangan terjebak ke dalam lembah judi dan arak.

Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.

Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.

Begitu juga dengan persoalan yang sering diajukan oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan cara kerajaan membelanjakan wang-wang haram itu. Mereka tidak sedar bahawa Rasulullah sendiri pernah mengambil cukai daripada masyarakat Yahudi Madinah, atau masyarakat zimmi. Sudah pasti wang cukai yang dibayar oleh masyarakat itu bergelumang dengan sumber-sumber yang haram di sisi ajaran dan syariat Islam.

Dalam satu riwayat Imam Bukhari r.a yang dipetik dari Ibnu Umar r.a., ketika Rasulullah membuat perjanjian perdamaian dengan penduduk Khaibar, timbul satu permohonan dari Sayah yang telah meminta harta Huyai. Rasulullah menjawab:

"Harta Huyai telah tiada (harta tersebut) telah dibelanjakan untuk keperluan perang."

Dengan itu, adalah jelas Rasulullah pernah menggunakan harta orang Yahudi. Dalam hal itu, individunya ialah Huyai bin Akhthab bin Sayah - bapa mertua Nabi SAW sendiri. Kegunaannya ialah untuk kepentingan negara iaitu perang.

Imam Malik menyebut, tindakan menggunakan harta untuk kepentingan negara sebagai maslahah al-'ammah atau keperluan umum. Hikmahnya adalah jika harta tersebut tidak diambil atau digunakan, harta itu akan jatuh ke satu pihak yang mungkin menggunakannya untuk mencemarkan nama baik negara, menentang kerajaan, atau untuk keperluan yang manfaatnya tidak dapat diperoleh oleh masyarakat umum.

Mohd Shauki Abd Majid

Sunday, May 23, 2010

Anti Judi Bola - PAS patut cermin muka

PAS yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, Datuk Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

Sebelum Pemuda PAS mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.

Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi ini.

Ramai kita tidak bersetuju dengan judi. Namun ramai orang bukan Islam sudah menjadikan judi ini budaya mereka.

Bukan setakat tikam nombor, malah keputusan pilihan raya negara ini juga sekarang ini dikawal oleh bookies yang pro DAP. Sebab itu di banyak kawasan Cina majoriti, BN kalah.

Sebagai Muslim yang tinggal di Malaysia kita hanya ada dua pilihan ketika ini:

1. Memilih parti yang mengatakan Allah ada anak bernama Jesus dan tidak salah mengatakan Allah dalam konsep trinity. Parti ini juga sungguhpun tidak mengeluarkan lesen hiburan baru tetapi membiarkan kegiatan perjudian haram, rumah urut dan VCD cetak rompak berleluasa bagi menguntungkan rakan dalam pakatan mereka.

Atau;

2. Memilih parti yang meluluskan lesen judi dan arak tetapi turut membuat undang-undang menghalang orang Islam berjudi atau minum arak.

Sudah tentulah jelas pilihan kita.

Usahlah buang masa berdemontrasi isu judi sukan sedangkan semua macam tikus dalam kepuk padi apabila berhadapan isu kalimah Allah.

Luluskan lesen judi haram tetapi bersengkongkol dengan parti yang melindungi judi haram, rumah urut dan kegiatan samseng tidak haram?

Kita cabar PAS dan Pakatan Rakyat tarik semua lesen premis judi di negeri Selangor.

Kita juga cabar PAS tutup semua pusat perjudian haram yang berselindung di sebalik kafe siber di Selangor jika benar mereka mahu menghapuskan perjudian.

Adam Jalil

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3

Apa kata pemimpin PAS/PKR/DAP mengenai pelaksanaan
Hukum Hudud di Malaysia?


click to enlarge

Husam confirms – hukum hudud is not Pakatan Rakyat policy

Bernama
December 22, 2008 20:31 PM

PAS Admits Difficulty Getting Consensus On Hudud From Opposition Partners

KOTA BAHARU, Dec 22 (Bernama) — PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

Husam said PAS would not act unilaterally in coming up with the Hudud law if the party ruled the country but would instead work together with DAP and PKR on the matter.

“However, PAS will continue with its struggle to implement Hudud law, which is God’s law, by explaining to all quarters, including the Pakatan Rakyat component parties, until they are ready to accept the law.

“We will discuss the Hudud law and if they cannot accept its implementation when the time comes, we will postpone it,” he said.

In Islamic law, Hudud usually refers to the punishments that are fixed for certain offences including theft, robbery, illicit sex, alcohol consumption and apostasy. Punishment for these offences are corporal in nature, involving whipping, stoning to death and amputation of limbs.

Qisas (law of retaliation) refers to offences that involve bodily injury or loss of life. The punishment is death or imprisonment, but compensation in the form of money or property is accepted if the victim’s guardian forgives the offender.

Husam said many things had be done before the Hudud and Qisas laws could be brought to Parliament, including holding a referendum or discussions with the legal bodies.

He said at the same time, several national issues such as racial unity, the New Economic Policy (NEP), corruption and the economy, would also have to be addressed fast.

“The Hudud law is still hypothetical. There are other issues that have to take precedence,” he said.

He cited the NEP which focused on the advancement of the Malays in the field without taking into consideraton the poor among the Indians and Chinese who also needed assistance, hence PAS regarded the NEP as unIslamic.

He said PAS would continue to explain to the people Hudud and Qisas laws to discourage them from committing crime.

Asked how long would the people have to wait for the implementation of the laws, Husam said: “What’s wrong with waiting longer? Umno has not done it after more than 50 years in power.”

blog.limkitsiang.com

Rujuk juga:-

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5

Saturday, May 22, 2010

PAS sekali-kali tidak akan berkerjasama dengan UMNO - Nik Aziz

Ayatullah PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. - BERNAMA

Lesen Judi - Pemuda PAS tak jujur


Pemuda PAS dicabar supaya bertindak untuk mendesak kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR) segera menghapuskan segala bentuk lesen berkaitan dengan judi.

Cabaran itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa berikutan tunjuk perasaan diadakan Dewan Pemuda PAS semalam sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan yang meluluskan lesen pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak menafikan kebaikan di sebalik tindakan Pemuda PAS tetapi aneh dengan tindakan mereka tidak mengambil sikap yang sama untuk menghapuskan premis judi di negeri-negeri diperintah PR.

“Memang kita sokong dengan bantahan itu, malah Perkasa sendiri telah bertindak lebih awal menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan lesen ramalan bola ini walau atas apa alasan sekalipun.

“Persoalan di sini ialah kejujuran dan keikhlasan pemuda itu sendiri.

Kalau dia (Pemuda PAS) nawaitunya benar-benar jujur, ikhlas untuk membanteras judi, bukan baru sekarang mereka perlu bertindak demikian, sepatutnya mereka juga sudah lama desak negeri-negeri yang dipimpin Pakatan supaya hapuskan judi.

Tapi inilah yang aneh, negeri-negeri yang dikuasai sekutu mereka tidak pula ditentang seperti Selangor, Pulau Pinang yang saya difahamkan sekarang ini kian bertambah bukan sahaja premis judi, malah rumah-rumah hiburan,” kata Ibrahim selepas menghadiri majlis Bicara Perkasa di tapak Pasar Borong Hutan Kuin Jalan Tanah Merah-Machang dekat sini lewat malam tadi.

Semalam Dewan Pemuda PAS di lima negeri iaitu Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor mengadakan tunjuk perasaan membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Difahamkan satu perhimpunan secara besar-besaran sebagai memprotes tindakan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Ibrahim, tunjuk perasaan dilakukan Pemuda PAS menyalahkan kerajaan pusat dalam perkara tersebut hanya bersifat politik selain mahu mencuri persepsi umum seolah-olah PAS mahu menangani isu tersebut.

“Kadang-kadang inilah yang cukup menghairankan, PAS seolah-olah hanya nampak kuman di seberang laut tetapi tidak nampak gajah di depan mata.

“Ini satu sikap hipokrit, satu sikap berat sebelah. Jadi saya tidak nampak keikhlasan PAS menentang isu lesen judi ini haram, sebaliknya lebih menjurus kepada isu politik,” jelasnya.

Ibrahim bertegas sekiranya PAS betul-betul konsisten dalam isu ini tiada alasan bagi mereka untuk segera bertindak menghapuskan judi kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Sesuatu lesen judi termasuklah lesen empat ramalan nombor ekor, lesen loteri, kilang arak dikeluarkan mesti dengan mendapat kelulusan daripada kerajaan tempatan.

“Bila di bawah kuasa kerajaan tempatan, maknanya kerajaan tempatan berkuasa pada bila-bila masa untuk menarik lesen itu, tapi kenapa mereka tidak buat begitu sebagaimana dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang menarik semua premis judi nombor,” katanya.

Mohd Zuharman

Thursday, May 20, 2010

PESANAN TOK GARU


Wahai anak bangsa ku.

Aku nak minta korang tolong ingat dan fikir tentang masa depan kuasa politik kita orang melayu di tanah melayu ni plak. Korang sedar tak perjalanan kuasa politik melayu ni tak ubah macam pergerakan waktu sembahyang orang islam jer.

1. Waktu mula2 mencapai kemerdekaan – "Waktu Subuh" Suara melayu di parlimen pada waktu tu cukup mantap. Tak siapa berani sentuh hak2 istimewa orang melayu, kekebalan raja2 melayu dan kesucian agama islam. Kita melayu rasa aman dan nyaman seperti pada kedinginan pagi.

2. Sekitar tahun 80an – "Waktu Zohor" Suara bukan melayu bertambah ramai di parlimen (sorry aku tak simpan data lengkap). Kita melayu menjadi panas dengan isu pribumi. Melayu kata cina kaum pendatang, cina pun kata melayu juga pendatang. Melayu kata cina pendatang dari negeri cina datang ke tanah melayu naik tongkang. Cina kata melayu juga pendatang dari indonesia datang ke tanah melayu naik sampan. Mujur "Ops Lalang" oleh pemerintah dapat menyejukkan keadaan. Kalau tidak there will be the 2nd 13 May tragedy.

3. Keputusan PRU 12 pada Tahun 2008 – "Waktu Asar" Kuasa BN tergugat teruk walau pun tak kalah. Dalam BN tinggal Umno saja yang menang banyak, sedangkan rakan2 Umno seperti MCA, MIC dan Gerakan bungkus teruk. Waktu itu Umno hanya ada Trengganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Kedah dan Kelantan boleh dekat Pas (masih OK lagi … nasi hanya bertukar pinggan). Penang jatuh kepada DAP. Perak dan Selangor nyaris2 nak jatuh kepada DAP, mujurlah kuasa raja melayu yang telah menyelamatkan keadaan, maka Perak dapat MB dari Pas dan Selangor dapat MB dari PKR (mereka berdua tu hanya boneka kepada DAP saja) tak ubah macam orang melayu diletak jadi pengerusi dalam syarikat milik bukan melayu. Jadi sekarang ni DAP dah nampak bahawa raja melayu merupakan batu penghadang nombor 1 yang menyekat laluan mereka ketampok kuasa. Dan DAP sedar jika mereka sahaja yang pulun nak robohkan tembok penghadang itu tanpa bantuan dari orang melayu maka laluan akan menjadi bertambah sukar. Tapi nampaknya orang melayu sendiri yang dalam Pas dan PKR turut sama menggoyang2 tembok itu supaya tumbang. Yang membimbangkan adalah DAP menggoyang tembok disebelah luar, sedangkan Pas dan PKR menggoyang dari sebelah dalam. Di pihak DAP terdapat tangan2 tersembunyi yang tak kelihatan dengan mata kasar yang turut sama menggoyang tembok itu (this will empower the DAP strength), sedangkan disebelah dalam Pas dan PKR terpaksa bergelut dengan Umno yang berusaha mempertahankan tembok itu daripada digoyang (resulting imbalance of thrust between the inside and the outside). Akhirnya kerana ketidak seimbangan tekanan menyebabkan tembok itu tumbang ke dalam dan menghempap Umno, Pas dan PKR. Akhirnya siapa yang mendapat laluan mudah ????

4. Apakah PRU 13 nanti bakal menjadi - "Waktu Maghrib" buat kita orang melayu? Kita lah yang menentukan. Tuhan pun tak dapat nak tolong. Sebab tuhan dah kata dalam quran "aku tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya". Apakah tembok yang sedang cuba digoyang2kan itu bakal menjadi tersangat lemah, tangan kitalah yang ada jawapannya. Cuma nak bagi tahu, kalau tembok itu sudah rebah maka kita kena sedar sebenarnya sudah masuk "waktu maghrib" buat kita orang melayu.

5. Sesudah "Maghrib"” kedatangan "Waktu Isyak" dengan malam yang gelap gelita pasti berlaku dan kita orang melayu tak ada upaya lagi untuk menahan maupun menghalangnya. Dalam kegelapan malam itu kita orang melayu akan teraba2 mahu mencari lampu untuk menyuluh jalan buat kita (membina perpaduan dan kesatuan). Tapi sayang lampu itu semuanya sudah dihancurkan oleh mereka secara halus dan perlahan2 tanpa kita sedari. Kita sudah terlambat ….

6. "Waktu Subuh" menjelma semula diikuti pancaran sinaran mentari yang membawa seribu satu nikmat. Tapi sayang seribu kali sayang nikmat itu bukan untuk dikecapi oleh kita orang melayu. Kita mungkin sekadar melihat dan mencium baunya sahaja. Dan kalau berpeluang nak rasa nikmat itu pun, mungkin sisa2 yang ditinggalkan yang mereka sudah tak mahu lagi.

Kepada anda yang prihatin dengan masa depan politik melayu di tanah melayu ini, saya hendak bertanya ……

"Tidak kah kita mahu sedar dan tidak kah kita mahu mengakui, bahawa sesungguhnya orang lain telah dan sedang memperalatkan perbedaan fahaman politik diantara kita demi memudahkan mereka mencapai impian kuasa"

"Tidak kah kita sedar bahawa kejatuhan Penang ke tangan mereka, maka amat sukar lah untuk kita merampas kembali Penang pada PRU yang seterusnya. Itu adalah amaran awal dari Allah swt kpd kita umat melayu/islam di negara ini"

Akan tetapi semua benda itu boleh jadi "tidak akan menjadi kenyataan" seandainya kita semua bersatu mempertahankan atas nama bangsa melayu dan agama islam.

Seruan saya "Bersatu lah Wahai Bangsa Ku. Kita Masih Belum Terlambat"
Tok Garu

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2

Gambar Peringatan - "The Taliban Shari’a court in Pakistan ordered the right hands of three local tribesmen to be cut off as punishment for an alleged theft - Pakistani police from the tribal region of Orakzai, near the Afghanistan border, have confirmed the incident. After the amputations, the men were transported to a hospital for treatment. The resultant blood loss following the amputations has put the men in danger of losing their lives. Orakzai, in northwest Pakistan’s semi-autonomous tribal area, has recently been the centre for action in an anti-Taliban sweep by the Pakistan military, which is trying to eradicate Islamist extremism."

UNDANG-UNDANG JENAYAH MENGIKUT SYARIAH DALAM KONTEKS SISTEM FEDERALISME
Oleh: Muhammad Fathi Yusof

Selain dari kes yang telah diputuskan di mahkamah, terdapat juga konflik hubungan Negeri-Persekutuan yang melibatkan pembahagian kuasa perundangan mengikut Jadual Kesembilan ini, khususnya berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah berasaskan undang-undang Islam.

Isu ini timbul buat kali pertama apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan dengan sebulat suara Enakmen Jenayah Syariah II, 1993 pada 25 November 1993. Peraturan ini dibuat berasaskan kuasa kerajaan negeri untuk ‘mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan terhadap prinsip-prinsip Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut Islam’. Selanjutnya pada tahun 2002, Dewan Undangan Negeri Terengganu pula meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 bagi menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

Namun begitu enakmen-enakmen ini belum dapat dilaksanakan kerana beberapa faktor antaranya akibat dari halangan perundangan dan tidak mendapat restu dari kerajaan Persekutuan. Pada dasarnya enakmen-enakmen ini adalah sah dan boleh berkuatkuasa sebagai undang-undang negeri. Namun demikian ia terdedah kepada cabaran dan pertikaian oleh pihak yang terlibat kerana ia bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Muhammad Imam (1), selagi tidak ada kerjasama daripada kerajaan Persekutuan, undang-undang ini sukar untuk berkuatkuasa secara lancar kerana ia bercanggah dengan prinsip pembahagian kuasa perundangan federalisme dan boleh dianggap ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan. Percanggahan ini berlaku kerana beberapa sebab, di antaranya:

(a). Enakmen ini mengadakan kesalahan-kesalahan (2) yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan. Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang menghadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak ‘berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan’.

(b). Enakmen ini juga meluaskan tahap hukuman (3) melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965. (4)

(c). Enakmen ini turut berkuatkuasa ke atas orang-orang bukan Islam yang bebas memilih sama ada mahu diadili mengikut enakmen ini atau tidak.(5) Peraturan ini bercanggah dengan bidangkuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan hukum Islam untuk orang-orang Islam sahaja. (6)

(d). Ia juga menyebabkan penubuhan mahkamah-mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas bukan Islam (7). Peruntukan ini bertentangan dengan bidangkuasa mahkamah Syariah yang tercatat di dalam undang-undang (8) dan Perlembagaan Persekutuan (9).

Menurut Prof. Ahmad Ibrahim,(10) selagi tidak ada tindakan dari Parlimen, Enakmen Jenayah Shariah II Kelantan 1993 tidak dapat berkuatkuasa secara sah kerana ia ultra vires perlembagaan dan bercanggah dengan undang-undang Persekutuan. Beliau mencadangkan dua tindakan yang boleh dilakukan oleh Parlimen iaitu, pertama, meluaskan kuasa kerajaan Negeri Kelantan melalui Perkara 76A serta meminda atau memansuhkan Akta 1965; atau kedua, meminda Senarai Negeri dengan meluaskan bidangkuasa perundangan negeri-negeri. Ahmad Ibrahim turut mencadangkan agar peruntukan berkaitan dengan bukan Islam dimansuhkan dari enekmen berkenaan kerana ia boleh dicabar melalui kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11).

Walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam urusan agama Islam, ini tidak bermakna Parlimen tidak boleh membuat undang-undang berkaitan dengan Islam. Parlimen boleh membuat sebarang undang-undang yang berkait dengan Islam selagi perkara tersebut di dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ekslusif untuk membuat undang-undang dalam semua perkara berkait dengan Islam. Keadaan ini berlaku kerana Perlembagaan hanya menghadkan kuasa kerajaan negeri di dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga, wakaf, zakat dan jenayah-jenayah syariah, sedangkan hukum Islam adalah luas mencakupi segala bidang kehidupan. Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang berkait dengan Islam bagi perkara yang tidak termasuk di bawah kuasa kerajaan negeri, umpamanya di dalam urusan muamalat Islam seperti bank Islam, sistem kewangan Islam dan sebagainya.(11)

==================================================

(1) Mohammed Imam, Islamic criminal law in Malaysia: federal-state jurisdictional conflict, Current Law Journal, [1994] 1: xxix
(2) Lihat Bah. II dan III Enekmen Jenayah Syariah II 1993 Kelantan yang memasukkan kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak dan liwat sebagai kesalahan jenayah.
(3) Lihat fasal 64 enakmen berkenaan yang memasukkan hukuman mati, rejam, penjara dan sebat yang jauh dari yang dibenarkan oleh Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965.
(4) Mahkamah Syariah hanya boleh mengenakan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, atau, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau kombinasinya
(5) Lihat fasal 56(2) Enakmen berkenaan yang menyatakan orang-orang bukan Islam tidak dihalang untuk diadili mengikut peruntukan enekmen itu.
(6) Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan
(7) Bah. VI Enakmen berkenaan menubuhkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas
(8) Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965
(9) Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
(10) Ahmad Mohamad Ibrahim, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm 52.
(11) Mohammed Imam, Making Laws Islamic in Malaysia: A constitutional perspective, Current Law Journal July 1994 Jil 3 hlm xxv.


Rujuk juga:-

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1

Gambar Hiasan - "Torah of the Jews (Old Testament in the Christian Bible) Deuteronomy 22:23-24 - Sexual intercourse between a man and a woman engaged to another man both should be stoned to death"

Hukum hudud dalam al-Quran bermaksud hukum-hakam Allah secara umum termasuk semua suruhan dan laranganNya. Hukum hudud yang menyeluruh ini lebih penting dan lebih aula daripada hudud yang sempit dan terbatas yang bermaksud hukuman-hukuman bersyarat ketat, sukar untuk dilaksanakan dan dianggap tuntutan paling akhir dalam agama untuk dilaksanakan. Ini kerana hukum hudud yang menyeluruh ini adalah pokok ajaran Islam.

Ulama-ulama berbeza pendapat tentang banyak perkara mengenai hukum hudud. Antara perbezaan pendapat mereka yang jelas ialah:-

1. Mereka berbeza pendapat tentang maksud hukum hudud., dan

2. Mereka berbeza pendapat tentang bilangan kesalahan yang mesti dikenakan dalam hukum hudud.

Ulama zaman dahulu menamakan hudud terhadap semua dosa atau perkara yang haram. Ini kerana hudud itu secara umumnya bermaksud batasan agama, suruhan buat baik dan larangan buat jahat (al-amr bilma’ruf wa an-nahy ‘anilmungkar)

Bagaimanapun, pada zaman akhir-akhir ini, pengertian terhadap hudud berubah di mana para ulama menyempit dan mengkhususkan maksudnya kepada hukuman yang dibataskan (al-mahdud) dan disebut secara jelas (qat’iyah) dalam al-Quran dan dipanggil hukuman yang telah ditetap atau hukuman nas (al-‘uqubah al-muqaddarah / al-‘uqubah an-nasiyah)

Ini bererti hukum hudud itu ada dua:-

Pertama, hukum hudud yang umum bermaksud semua dosa atau perkara haram yang ditegah oleh Islam seperti meninggalkan sembahyang, tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, memaki-hamun, mencarut, menghina, mengumpat, menipu dan lain-lain.

Kedua, hukum hudud yang khusus bermaksud kesalahan-kesalahan yang ditetapkan hukumannya dalam al-Quran seperti hukum hudud berzina, hukuman mencuri, minum arak, qazaf (tuduhan isteri berzina atau tuduhan terhadap wanita mukminah berzina), murtad dan hukuman hirabah (merompak, memerangi Allah, RasulNya)
.

Ibn Taimiyah dalam kitab as-Siasah asy-Syari’iyah dan Abu Ya’la dalam kitab al-Ahkam as-Sultaniyah adalah di antara beberapa ulama dahulu yang membahagikan hudud kepada dua bahagian itu.

Adalah jelas bahawa hudud itu pada ulama zaman silam bukan semata-mata hukum hudud seperti yang kita sering baca dalam Harakah atau mendengar huraian-huraian para ustaz dan ulama PAS. Ini kerana hudud itu adalah semua suruhan dan larangan Allah.

Dalam pada itu perkataan atau istilah hudud seperti yang difahami oleh orang awam tidak wujud dalam al-Quran kerana semua ayat al-Quran yang menyebut tentang hudud adalah bermaksud batasan agama secara keseluruhannya.

Untuk mengetahui betapa kecil hukum hudud berbanding hukum-hakam Islam yang lain memadai disebutkan dalam al-Quran terdapat 10 ayat yang membincang mengenai hukum hudud berbanding 500 ayat yang membincangkan keseluruhan hukum.

Ini bererti ayat yang menyebut hukum hudud hanya 1 daripada 500, ataupun 0.17 peratus dari keseluruhan ayat al-Quran yang berjumlah kira-kira 6,000 ayat itu.


Perhatikan ayat 187 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:187)] :


“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah Hudud (batas-batas larangan) Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”

Hudud dalam ayat di atas itu ialah berkaitan dengan larangan supaya tidak mencampuri isteri pada siang hari bulan Ramadan.

Perhatikan pula ayat 229 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:229)] :


Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan Hudud (aturan-aturan hukum) Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan Hudud (aturan-aturan hukum) Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah Hudud (aturan-aturan hukum) Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar Hudud (aturan-aturan hukum) Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat di atas disebut hudud sebanyak empat kali, tetapi semua tidak bermaksud hudud yang difahami sekarang, tetapi ia berkaitan dengan batasan yang tidak boleh dilanggar jika berlaku perceraian di antara suami isteri.

Begitu juga ayat 230 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:230)] : yang membincangkan tentang hudud yang dibenarkan bagi suami isteri sesudah bercerai tiga kali untuk kembali hidup serumah semula jika isteri itu berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu.


Ayat ini bermaksud:
Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan Hudud Allah dan itulah Hudud Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Ayat 13 daripada surah an-Nisa’[Wanita/The Woman (4:13)] :-



Segala hukum yang tersebut adalah Hudud (batas-batas syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar..”

Ayat di atas membincangkan tentang hudud yang bermaksud syariah dan hukum-hakam secara umum seperti yang dihuraikan oleh ulama-ulama.

Ayat 97 daripada surah at-Taubah [Pengampunan/The Repentance (9:97)] ini juga merupakan syariah dan hukum-hakam agama secara umum.

“Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui Hudud (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”.

Ayat 112 daripada surah at-Taubah [Pengampunan/The Repentance (9:112)],




ayat 4 daripada surah al-Mujadilah [Wanita Yang Bersoal Jawab/The Pleading Woman (58:4)]

"Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum (Hudud) Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."


dan ayat 1 daripada surah at-Talaq [Talak/The Divorce (65:1)] juga bermaksud demikian.

"Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum (Hudud) Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)."

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. disebut hudud dalam dua maksud, iaitu hudud yang umum dan hudud yang khusus.

Walaupun hukum hudud (khusus) ditetapkan dalam Al-Quran tanpa menamakan hukum hudud, tetapi kriteria untuk membolehkan dilaksanakan hukum tersebut tidak ditetapkan oleh Allah s.w.t.


Sebaliknya Allah menetapkan kriteria untuk mengelak daripada melaksanakan hukum hudud secara tidak tepat atau menyempitkan lagi pelaksanaannya, iaitu dengan mewajibkan empat orang saksi dalam kes jenayah zina dan dua saksi dalam kes mencuri dan lain-lain.

Begitu juga kriteria yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, baginda tidak melaksanakan hukum hudud kecuali melalui pengakuan pesalah sahaja. Selain itu baginda juga sentiasa mencari jalan supaya tidak melaksanakan hukum hudud seboleh-bolehnya seperti kes yang melibatkan seorang lelaki yang dianggap oleh Rasulullah memadai lelaki itu bersembahyang jemaah dengan baginda sebagai sudah bertaubat.

Abdullah bin Omar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. selepas melaksanakan hukuman hudud terhadap Ma’iz, baginda berdiri dan berkata: “Jauhi kekotoran yang ditegah oleh Allah ini dan sesiapa yang terlibat melakukannya, hendaklah menutup dengan tutupan Allah serta bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang mendedahkan jenayahnya, kita akan melaksanakan hukuman Allah ke atasnya

Rasulullah melaksanakan hukuman hudud ke atas Ma’iz selepas dia datang berjumpa baginda dengan membuat empat pengakuan terhadap jenayah yang dilakukannya. Baginda berusaha untuk menjauhkan Ma’iz daripada tuduhan (jenayah) dan baginda memberitahu tentang jalan keluar yang menyebabkan tidak cukup syarat untuk mensabit jenayah. Tetapi lelaki itu berkeras juga mahu dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Usaha yang serupa dilakukan oleh baginda terhadap jenayah hudud yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama al-Ghamidiah.

Abu Burdah bercerita, kami sahabat Muhamad berbincang antara satu sama lain jika Ma’iz dan al-Gamidiah tidak datang membuat pengakuan kali ke empat dan baginda sudah tentu tidak menuntut melaksanakan hukuman ke atas mereka.

Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu Hazzal – merupakan orang yang menggesa Ma’iz supaya membuat pengakuan kepada baginda: “Lebih baik bagi kau jika kau menutupnya saja”


Dalam sebuah hadis lain ada menceritakan tentang seorang sahabat membawa seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah zina untuk dilaksanakan hukum hudud oleh Rasulullah, tetapi baginda menegur sahabat itu dengan berkata bahawa adalah lebih baik baginya menutup saja perkara keji itu daripada diberitahu kepada baginda dan orang ramai.

Jadi jika kita teliti secara mendalam terhadap kes hukum hudud pada zaman Rasulullah, Khalifah Rasyidun dan para sahabat lain, kita mendapati bahawa kriteria pelaksanaannya adalah ditentukan melalui ijtihad berdasar kepada suasana masa dan tempat yang berlaku jenayah-jenayah yang dianggap perlu dikenakan hukum hudud.

Sebagai contoh para sahabat melaksanakan hukum hudud bermacam-macam mengikut ijtihad masing-masing. Salah satu contohnya Khalifa Umar bin al-Khattab membatalkan pelaksanaan hukum hudud pada tahun berlakunya kesusahan di Madinah.

Menurut ijtihad sesetengah sahabat yang lain pula melaksanakan hukum hudud boleh berdasarkan kepada qarinah, iaitu berdasarkan bukti seperti kehamilan seorang wanita. Tetapi sesetengah sahabat yang lain menolak qarinah kerana mereka percaya mani lelaki boleh masuk ke dalam faraj wanita tanpa melalui persetubuhan contohnya ketika mandi dalam bilik mandi awam yang digunakan secara bergilir antara lelaki dan perempuan.

Dengan itu tidak hairan jika berlaku perbezaan pandangan yang sangat luas di kalangan ulama berhubung hukum hudud termasuk mengenai jumlah dan cara melaksanakannya.

Perbezaan pandangan ini telah berlaku kerana kelainan fahaman para ulama terhadap nas dari al-Quran, bermacam-macam contoh pelaksanaan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Hakikatnya hukum hudud merupakan bahagian yang amat kecil dari hukum-hakam Islam. Selain itu ia dikenakan syarat yang amat ketat oleh Allah dan tidak pernah dilaksanakan oleh Rasulullah kecuali melalui pengakuan.

Bagaimanapun, hukum hudud ini menjadi perkara besar di negara Malaysia ini dan dianggap perlu diberi keutamaan berbanding perkara-perkara pokok yang dituntut oleh Islam sebagaimana digembar-gemburkan oleh PAS.

Apa yang dianggap lebih pokok yang perlu diberi keutamaan bukan sahaja merujuk kepada akidah, ibadat, menyebarkan pendidikan agama Islam sehingga tersebar luas dalam masyarakat dsb., tetapi juga untuk memerangi kemiskinan umat Islam melalui pelbagai rancangan pembangunan ekonomi.

Ini adalah kerana hukum hudud tidak dilaksanakan jika kemiskinan berlaku secara berleluasa dalam masyarakat. Tetapi malangnya tindakan kerajaan melancarkan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat tidak diakui oleh PAS.

Malah PAS menganggap, menurut kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak Islamik.

Oleh demikian adalah keterlaluan ulama PAS menuduh kerajaan sekarang tidak melaksanakan hukum hudud sebagai menolak hukum Allah. Ini kerana tindakan kerajaan adalah jelas serupa seperti tindakan kebanyakan negara-negara Islam adalah tepat dengan kehendak Allah yang meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk melaksanakan hukum hudud.

Selain itu ia sesuai juga dengan pelaksanaan Rasulullah s.a.w. di mana baginda menunjukkan beberapa jalan keluar untuk mengelakkan atau mengubah hukum hudud kepada hukuman yang lebih ringan, iaitu takzir.

Satu lagi ialah Kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kerana pelaksanaan hukum hudud adalah masaalah ijtihad dan bukan masaalah menolak nas al-Quran.

Untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa undang-undang hukum hudud PAS adalah yang terbaik dan menurut al-Quran, Kerajaan PAS negeri Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Nik Aziz telah meluluskan undang-undang hukum hudud khas untuk orang Islam negeri Kelantan melalui Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993. Walaupun Enakmen itu telah diluluskan oleh DUN dan mendapat perkenan al-Sultan Kelantan, namun hingga ke hari ini Datuk Nik Aziz tidak menggazetkan tarikh mula pemakaiannya. Tanpa menggazetkan Tarikh Kuatkuasanya, Enakmen itu tidak berkuatkuasa dan tidak sah hingga ke tarikh ini. Persoalaan sekarang ialah jika dulu Zaid Ibrahim pernah memfailkan untuk mencabar kasahihan (validity) dari segi undang-undang Enakmen Hudud Kelantan itu, tapi kini Zaid Ibrahim berada dalam kumpulan sama, maka Datuk Nik Aziz sepatutnya memberanikan hatinya semula untuk menggazetkan tarikh pelaksanaan Enakmen Hudud Kelantan itu.

Semasa Datuk Seri Hadi Awang menjadi Menteri Besar Trengganu, beliau dengan sombongnya menunjukkan yang beliau lebih berani dari Datuk Nik Aziz dengan mengazetkan tarikh mula pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02) untuk dipakai kepada setiap orang Islam negeri Trengganu. Akibah darinya, dalam pilihanraya umum 2004 itu, gaji, elaun, kereta, kediaman Menteri Besar dsb. tidak lagi dinikmati olehnya.

Sebagaimana kita semua sedia maklum, penggubalan sesuatu undang-undang di negeri itu adalah terletak kepada pejabat Penasihat Undang-undang Negeri (Bahagian Penggubalan Undang-undang) sebagaimana cara dan kehendak peruntukan yang dikehendaki oleh Legislative. Tugas PUN ini adalah termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri sendiri. Tetapi jika sesuatu kehendak Legislative itu bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka perkara itu dimaklumkan kepada Legislative kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana peruntukan dalam Enakmen negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka peruntukan itu tidak terpakai. Jadi tidak terperanjatlah kita mendapati Nik Aziz dan Hadi Awang mendapatkan khidmat berbayar dari orang luar Kerajaan untuk mendrafkan rang undang-undang Hudud negeri masing-masing itu.

Perbelanjaan-perbelanjaan untuk menggubal Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02) amatlah tinggi memakan belanja beratus ribu ringgit, kos ini termasuklah upah mendraf, elaun-elaun kehadiran mesyuarat yang dibayar kepada EXCO dan ahli-ahli mesyuarat lainnya untuk mengkaji draf sehingga proses terakhir, kos percetakan dsb. Ini adalah kes pembaziran wang rakyat di mana akhirnya rakyat Trengganu sendiri tidak tahan dan menghukum Datuk Seri Hadi Awang.

Kedua-dua pemimpin politik PAS itu sebelumnya telah pun sedar (aware) bahawa Rang Undang-undang hukum hudud negeri-negeri itu tidak harus diwujud/diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negeri-negeri lagi kerana:-

1. bertentangan dengan Senarai 1 & 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Persekutuan yang wujud mengenai kesalahan-kesalahan jenayah dan hukuman-hukumannya yang berkuatkuasa iaitu Penal Code [Akta 574] yang terpakai kepada sesiapa sahaja (tanpa mengira keturunan dan anutan agama) yang melakukan kesalahan jenayah di Malaysia. Undang-undang ini turut menyenaraikan juga kesalahan dan hukuman terhadap zina (dengan keizinan wanita itu) sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 375(c), 375(d), 375(e) ataupun 375(f). Kesalahan jenayah di bawah Seksyen 375 ini boleh dijatuh hukum penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak lebih 20, dan hendaklah dikenakan sebatan sebagaimana dinyatakan di Seksyen 376;

2. bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah-mahkamah Syariah (Bidangkuasa Penghakiman Jenayah) 1965 [Akta 355] yang menghadkan kuasa Mahkamah Syariah menjatuh hukuman atas kesalahan-kesalahan jenayah Islam seperti zina, berkhalwat, minum arak, tidak berjumaat, tidak berpuasa, perkara bertentangan akidah dsb. tidak boleh lebih daripada tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan sebatan enam kali.

Andainya PAS inginkan juga undang-undang 'Hudud' dijalankan terhadap orang-orang Islam di Malaysia, langkah yang harus mereka lakukan ialah dengan salah seorang MP PAS yang berani mengemukakan 'rang undang-undang persendirian' ('private bill') Hudud ini di Parlimen serta mencadangkan pindaan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di setiap negeri / wilayah persekutuan di Malaysia. Sebagaimana yang telah diwar-war oleh Datuk Nik Aziz sendiri masa kini dengan mengatakan kepimpinan DAP dan PKR sudah bersatu hati dengan mereka untuk mencapai matlamat bersama, maka inilah tindakan atau cara terbaik untuk mencapai cita-cita murni PAS!. Jika dikira bilangan Ahli-ahli Parlimen PAS, PKR, DAP dan MP UMNO yang beragama Islam, sudah tentulah sudah melebihi jumlah dua pertiga dan berhak meminda Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana yang telah berlaku di DUN Kelantan dan DUN Trengganu dulu, kesemua ADUN UMNO yang beragama Islam telah menyokong Enakmen Hudud negeri masing-masing.

Tapi persoalan yang besar ialah sanggup ke PAS berbuat demikian?

Rujuk juga:-

1. Hukum HUDUD hanyalah ciptaan ahli-ahli Fiqh
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4
5. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5





Tuesday, May 18, 2010

5 golongan Ahlul PAS


Sebenarnya Pas dianggotai dan disokong oleh beberapa kelompok masyarakat. Antara kelompok itu ialah:-

Pertama golongan yang menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini menyakini menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.

Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.

Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas. Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.

Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.

Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.

Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang Islam UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit. Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.

Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.

Golongan kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.

Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.

Golongan ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru. Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.

Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama. Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh mamaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukakan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada masyarakat

Golongan kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.

Aman bin Daud

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP