Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, December 28, 2010

Anwar mengamalkan "Pilih Kasih" dan dasar "Pecah & Perintah - Gobala yang kata

Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.

Gobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.

Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."

"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar amal 'pecah dan perintah'


Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.

Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.

"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.

Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.

Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.

'Surendran bukan ahli PKR'


Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.

"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.

Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.

"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).

"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.


Sumber : malaysiakini
MM: Gobala MP Lunas yang berperangai samseng jalanan ini sedang menemui jalan matinya dalam PKR. Anwar akan mendiamkan diri seribu bahasa yang akan membuatkan Gobala bertambah meroyan.

Anwar Ibrahim - Insan yang sempurna!


Anwar juga menuduh Mahathir mengamalkan nepotisme, memperkayakan anak beranaknya dan kaum keluarganya terutama sekali keluarga sebelah isterinya. Malah ada anak-anak Mahathir yang menggunakan alamat Sri Perdana dalam prospektus syarikat masing-masing. Betul. Tapi apakah Anwar tidak mengamalkan nepotisme?

Dia sering berkata dia tidak membenarkan mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri, memberi apa saja projek atau tanah balak dan sebagainya kepada kaum keluarganya. Kononnya dia ingin membuktikan kepada rakyat dia tidak mengamalkan nepotisme. Betul ke?

Ayahnya, Datuk Ibrahim A Rahman, menjadi Pengerusi IOI. Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. Kini IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.

Sewaktu Anwar menikah lari dengan Wan Azizah di Siam, Datuk Wan Ismail hanya seorang pengarah di bidang perang urat saraf di Jabatan Perdana Menteri. Waktu menikah dengan anaknya Anwar bukan seorang menteri. Cuma mudir Yayasan Anda. Pada waktu itu dia dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya yang menikah dengan pejuang Islam nombor wahid!.

Anwar dianggap sebagai musuhnya kerana dianggap sebagai anti kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah sebagai anti-kerajaan dan peranan Wan Ismail ialah melumpuhkan golongan-golongan pelajar di kampus yang anti kerajaan.

Tiba-tiba anak gadis sendiri sudah muhabbatkihe dengan pejuang Islam!. Ada semacam filem Hindustan sedikit tema percintaan dan ketegangan antara menantu dengan bapak mertua. Dengan bantuan Dollah Badawi kedua pihak, menantu dengan bapak mertua, kembali berdamai. Bila menantu jadi menteri, tambah-tambah lagi sebagai Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri luka lama hilang serta-merta.

Kini Datuk Wan Ismail dikatakan juga kaya-raya berkat tuah menantu yang pernah dia musuhi di masa lalu. Barangkali dia menjadi kaya raya tanpa minta projek dari menantunya. Cukuplah sebagai bapak mertua pintu rezeki dan peluang terbuka luas. Tidak perlu lagi mencari lampu Aladdin yang ajaib yang ada kuasa jin afrit untuk membantu mereka.

Begitu juga dengan abang-abang dan adik-adik Anwar. Semua menjadi kaya raya walaupun kelayakan akademik tidak seberapa dan pengetahuan perniagaan yang mendalam tidak pernah dimiliki sebelum Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Boleh jadi juga mereka ini menjadi cerdas dan bijak berniaga hingga menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Barangkali inilah kelebihan mereka yang tidak dimiliki oleh rakyat marhaen yang lain. Apakah tangkal azimat yang dipakai mereka?

Sudah pasti mereka tidak menggunakan khidmat nasihat hantu raya, polong atau pun raja toyol. Yang nyata mereka menjadi kaya raya setelah Anwar menjadi menteri. Sebelum itu adik beradiknya ada yang menjadi guru, kerani kapal, pembantu makmal, photographer tapi kini boleh dikatakan semua mereka kaya raya walaupun kononnya Anwar tidak membantu mereka. Hebat, hebat sungguh keluarga Pak Berahim dan Wan Ismail ini!

Kalau dibandingkan kelayakan akademik anak-anak Mahathir mempunyai kelulusan akademik dan profesional yang tinggi. Semua memiliki ijazah antaranya dalam bidang finance dan mendapat pendedahan yang cukup baik dalam dunia korporat. Kalau mereka mengendalikan beberapa syarikat korporat yang besar itu dianggap wajar memandangkan kebolehan dan kemampuan mereka. Kalau mereka mendapat itu juga dianggap wajar. Tentulah tidak wajar mengatakan kedudukan sang ayah sebagai Perdana Menteri tidak membantu anak-anaknya dalam perniagaan dan perusahaan.

Tapi bagaimanakah adik-beradik Anwar yang tidak pernah terdedah dalam dunia korporat sebelum Anwar menjadi menteri tiba-tiba kini menjadi pengerusi berbagai-bagai syarikat yang disenaraikan BSKL dan juga syarikat sendirian berhad yang lain? Barangkali otak dan kemampuan mereka sebagai tokoh-tokoh korporat adalah lebih baik dari anak-anak Mahathir. Sama-sama mengamalkan nepotisme.

Rakyat tidak marah kalau membantu anak buah sedikit sebanyak. Rakyat hanya benci dan marah menyinga kalau nepotisme itu keterlaluan hingga mengancam rezeki dan peluang mereka yang bukan ada pertalian darah dengan kedua-duanya.

Anwar Tak Berani Bersumpah Dengan Al-Quran

Anwar banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin. Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun Perdana Menteri Mahathir telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab. Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks. Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka. Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.

Melayu bukannya masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti. Anwar juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual. Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seolah-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Lalu dia menjerit seluruh alam bahawa itu semuanya fitnah belaka. Kalau itu dianggap fitnah mengapakan dia amat gerun dan bimbang bila hendak dihadapkan ke mahkamah?

Mengapakah dia memperalatkan golongan remaja yang emosional dan tidak matang dalam politik menjadi pendindingnya hingga mencetuskan rusuhan dan demonstrasi liar di ibukota saban minggu? Pemimpin yang berwibawa dan bermaruah sanggup menghadapi cabaran dan sanggup menghadapi siapa saja sebagai kesatria. Dia tidak akan memperalatkan orang lain untuk menjamin kepentingan politik peribadinya seperti mana yang dilakukan Anwar sekarang.

Kalau alasan Mahathir memecatnya dianggap fitnah apakah yang bukan fitnah? Apakah alasan "Mahathir takutkan pengaruh Anwar" dianggap alasan yang super bagus untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar bukan seorang homoseksual?

Mahathir yang memberi peluang kepada Anwar menikmati kuasa sebagai menteri, melindunginya dari berbagai kelemahannya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan kewangan sewaktu menjadi menteri kabinet kini dianggap terlalu takut terhadap Anwar?

Masyaallah! Tanpa Mahathir, Anwar hanya berkokok di luar pagar kuasa dan akan menjerit dan melolong sebagai pemimpin ABIM dan mudir Yayasan Anda. Ini realitinya.

Lalu dia berkata bahawa ada konspirasi dari pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan untuk menggagalkan yang berusaha untuk menghapuskan korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan yang kononnya melibatkan orang-orang Mahathir!

Ya Tuhan, benarkah orang-orang Mahathir sahaja yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan tetapi Anwar dan kroni-kroninya super bersih dari amalan yang mungkar itu? Betulkah dia bersih lagi bersih? Kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

Demikianlah dia melemparkan tuduhan konspirasi untuk menolak dakwaan Mahathir bahawa dia seorang homoseksual - sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang tahu secara mendalam lakonan politik Anwar selama menikmati kekuasaan dan kekayaan dalam kabinet.

Mereka yang arif dalam perundangan Islam berkata mesti ada empat orang saksi yang baik untuk membuktikan kesalahan Anwar tersebut. Saksi-saksi itu pula mestilah terdiri dari mereka yang berakhlak mulia dan barangkali tidak ada rekod buruk langsung. Tapi yang paling penting mata mereka jangan rabun. Apakah ada tukang intip yang melihat perbuatan terkutuk itu?

Ini bukan mainan seks di celah-celah batu atau dalam semak samun, atau di tepi perigi buta atau dalam kebun getah di mana terdapat mereka yang hobinya intip-mengintip cara kampung tidak ada. Bilik apartmen atau kondo dibuat dengan batu. Malah nak masuk ke kondo dan apartmen atau kondo pun terpaksa menemui pengawal.

Tidak ada mata manusia yang lebih dari 20-20 boleh menembusi dinding batu yang pejal untuk melihat berbagai adegan seks yang mengikut tabii atau pun yang luar dari tabii. Barangkali jin, syaitan dan afrit serta malaikat sahaja yang boleh melihat adegan "perjuangan yang super hebat" itu kerana mereka hidup dalam alam ghaib!

Tentulah kita tidak boleh menjadikan jin, syaitan dan malaikat sebagai saksi sebab kita sendiri pun tidak dapat melihat mereka. Lagi pula kita sendiri tidak tahu bagaimanakah hendak berkomunikasi dengan mereka untuk meminta menjadi saksi kerana mereka makhluk lain dari kita.

Manusia yang ada intelek dan bijaksana masih boleh menjamin keadilan dan kesejahteraan untuk ummah. Hari ni pengetahuan teknologi yang super canggih boleh dimanfaatkan untuk membuka rahsia alam dan juga manusia. Orang boleh menggunakan kamera video digital dan alat perakam suara yang juga super canggih dapat merakamkan segala perilaku manusia dalam keadaan yang tersembunyi dari makhluk ramai.

Barangkali Nalla Karuppan tahu menggunakan alat-alat ini sebagai salah seorang pengusaha filem tempatan. Memang Anwar tak tahu mengendalikan gadget ini sebab dia lebih berminat menjadi pelakon di pentas politik tanah air dan antarabangsa. Bayangkan sperma Clinton yang kering kuntang terlekat pada jaket Monica Lewinsky berbulan-bulan itu pun dapat dianalisa dan dipastikan kepunyaan Presiden Amerika inikan pula video dan filem.

Malah menurut kajian forensik pihak pakar dapat menganalisa secara sainstifik dubur yang kena main dan barangkali juga batang yang ganas dalam hubungan homoseksualiti. Inilah hasil dari pengetahuan teknologi manusia yang boleh dimanfaatkan

Banyak orang berpendapat amatlah bahagia dan melegakan perasaan orang ramai yang memuja dan menyanjung tinggi ketokohan Anwar sebagai pejuang Islam yang berakhlak mulia agar dia bersumpah di masjid dengan menjunjung al-Quran di hadapan alim ulama dan para penonton dari berbagai lapisan hidup untuk menjernihkan suasana.

Biarlah kuasa Allah Ta'ala menentukan kebenaran seseorang. Mintalah Allah Ta'ala menunjukkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia khasnya dan masyarakat Islam sedunia tidak ditimpa malu yang amat sangat akibat pemecatan Abang Anwar (panggilan manja yang sering diucapkan Wan Azizah dalam ceramah-ceramah politiknya).

Dalam isu pemecatan Anwar yang dikatakan terlibat dalam homoseksualiti maka kita menyeru kepada seluruh umat Islam mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai dan memohon kepada Allah agar menunjukkan kebenaran dan melindungi negara serta rakyat Malaysia dari bencana kemurkaanNya. Kita tidak membela Mahathir atau pun Anwar dalam sembahyang hajat. Yang kita pohon bersama dengan penuh kusyuk dan tawaduk ialah KEBENARAN. Hanya Allah yang menentukannya.


Petikan buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.




Senarai kroni Anwar -- Rustam Sani yang hebat mengecam kerajaan juga mendapat projek

KUALA LUMPUR 19 Jun 1998 - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme dan nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan hartanah di kawasan Brickfields di Kuala lumpur.

Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddinnama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur.

Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar.

Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB).

Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

Sunday, December 26, 2010

DAP terima Islam bukti kejayaan PR ???

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu menerima Islam sebagai agama rasmi negara membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mendekatkan bukan Muslim kepada agama Islam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pada masa sama, UMNO gagal memberikan kefahaman yang jelas mengenai agama Islam terhadap kedua-dua parti komponennya iaitu MCA dan MIC.

Bukti terbaru, wartawan MCA menganggap negara Islam adalah sebuah negara yang primitif.

“Bahkan, UMNO juga menjauhkan golongan bukan Islam dengan mengambil pendekatan salah mengenai isu bacaan ayat suci al-Quran oleh orang bukan Islam dan isu larangan memasuki masjid oleh bukan Islam,” katanya, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong menegaskan, hal itu perlu dilihat secara terperinci oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu, dalam kongres kedua PR, Karpal Singh menyatakan bahawa isu negara Islam perlu segera dibincang oleh PR kerana beliau tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau juga buat pertama kalinya membuat kenyataan terbuka dan membuat ketetapan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara serta menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen PR.


http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story8547149.asp

Cabutan dari : tranungkite.net

MM: Sememangnya Karpal dan semua pemimpin politik bukan Melayu Islam 'accepted' peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa "Islam adalah agama rasmi Persekutuan". Tapi mengatakan bahawa pemimpin politik bukan Islam menerima Islam sebagai satu 'addin menunjukkan sifat naif dan bebal.

Wednesday, December 22, 2010

Afifa tu dari benih siapa? Azmin Ali atau Anwar Ibrahim.....

Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank tanpa perlu pergi ke pejabat cuma seminggu sekali sebagai halwa penyedap dan kadangkala sampai dua minggu tak payah ke office dengan gaji puluhan ribu dan kereta mewah AUDI ketika itu plat no WEU 64 beserta driver sekali, iaitu Azizan Abu Bakar?

Checklah dengan Phileo Allied Bank betul ke tak, fitnah ke tak? Itu tak termasuk dengan puluhan juta saham tiap kali saham baru di lancarkan. Tunggu.........akan dipaparkan tak lama lagi. Bawak bertenang nanti ada tersembur nasi pulak. Apapun kita menanti dengan penuh takzim dari pihak SPRM menyiasat segala bukti yg telah diserahkan oleh Anuar Shaari.

Hai Shida, Shida imej islam hanya tercipta selepas kes meletup di mahkamah, nak tunjuk alimlah konon padahal tuhan je yg tau, sebelum tu, huh kau lah yg paling seksi bergaya dan mengoda, berkali-kali dia (Shida) melafazkan kepada saya berasa bangga yg amat sangat walaupun telah beranak dua ketika itu, tapi Timbalan Perdana Menteri syok setengah mati kat dia. TPM tau mana dia tak kemaruk, dan dia selalu complain kat saya, abang saya Azmin membosankan. Sememangnya hubungan mereka suami isteri amat-amat dingin tidak bercakap di antara mereka, kecuali di khalayak umum atau cuma yg melibatkan anak-anak kerana Azmin memang sayang pada anak-anak.

Kalau mcm tu lah dia memerintah negara, suka-suka hati ambik kekasih kerja dengan imbuhan yg amat-amat lumayan, kalau 100 lovers mcm mana, mampus bangkrap negara mcm tu. Tun M bekerja berhempas pulas majukan negara seawal 7.30 pagi dah masuk pejabat. Setanan ni senang senang dia je bagi kekasih jawatan tinggi tanpa perlu bekerja dengan hanya menjual diri, mampus kiamat.

Bangun pukul 14, pergi blow rambut, gi spa, gi high-tea, gi shopping, tengok fashion show, tengok konsert, kuka kaki, kuka kaki,tapi hidup mcm tuan puteri.................taubatlah makhluk-makhluk munafik ni.

Kenapa Aljuburin hantar Azmin al konon ambik kursus sains politik ke apa jadah ke di London selama 6 bulan, di Oxford Universiti tak silap. Ketika zaman asyuk masyuk angau bercinta, zaman pening lalat semata-mata nak bercengkerama dengan si Shidah tiap minggu di rumah Azmin di Bukit Mas, Taman melawati, kau datang sembunyi-sembunyi tak guna pihak polis selaku pengiring Timbalan Perdana Menteri. Apa ingat aku tak tau. Kak Ton si org gaji lah spy aku. Tiap kali kau datang, dia akan bagi tau aku, katanya, si haramjadah tu dah mai dok merapu dua orang kat tingkat bawah. Rumah banglo Azmin di Bukit Mas tu agak sunyi di lereng bukit dan 3 tingkat, so kalau berada di tingkat bawah memang agak sunyi, sesuailah si setanan bercengkerama dengan isteri orang.

Oh Ya dalan situasi lain, Kak Ton juga ada pernah bagi tau kau sering mandikan Fifa masa tu masih baby. Salinkan pampers, pakaikan bedak, apa ke jadah kau tak de kerja lain ke sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sibuk dtg nak mandikan baby, masalah rakyat berjuta di luar sana yg masih tak selesai. Kalau Obama pun buat mcm kau gi mandikan baby macam mampus Amerika di bedil dek Iran. ha ha lawak pulak Kak Kiah ni, mcm tu nak jadi pemimpin ISLAM MADANIIIIIIIIIIIII , AIR MANIIIIIIII, kah kah, kah. Jawab lah kau dengan tuhan yeop, kata Zulkifli Nordin.

Hey Nuar, kalau kau tu bukan pemimpin dan kau tak rosakkan keluarga aku, aku tak kisah. Lantak kau lah. Kau berjawablah dengan Tuhan. Tapi bila kau menawarkan diri nak jadi pemimpin, maka satu tanggungjawab besar dan berat untuk ku pikul bagi menentang kemungkaran dan penipuan kepada rakyat yg tak berdosa, terutamanya para ulamak yg masih ramai tak mau membuka mata dan minda.

Aku berjiwa patriotik. Aku lebih sayang bangsa dan negara dari kehancuran kerakusan kau yg tidak bermaruah dan bermoral. Sampaikan abang aku yg baik pun Azmin suatu ketika dulu, kau rosakkan sampai dah tak nampak jalan pulang. Sampai semua titik hitam dosa penuh di dada. Gelap gulita Azmin dah buta dengan nafsu dunia.

Mana aku tak marah, dan wajib aku bangkit semula, kalau kau orang semua dah bertaubat, tak fitnah org yg melampau, sampai jadi hina, siapalah aku untuk tidak memaafkannya, sedangkan nabi pun ampunkan umatnya. I can just forgive n forget walaupun parut luka masih ada. But u all too much, hancurkan Islam, hancurkan Melayu, hancurkan negara, aku berdosa sampai mati kalau tak membetulkan keadaaan ini. Pembohongan n fitnah yg amat-amat dahsyat. Penipuan dah jadi mainan hidup. Kemungkaran dah jadi ulam makanan, nafsu rakus dah melonjak ke tahap syaitan, so I have to put a full stop, tanda noktah di atas segala hipokrasi.

So Min pls faham, I am not against u to be a leader, but aku menentang kemungkaranmu. Pls Min baliklah pada Allah. Kalau kau nak maki aku dengan 1001 satu perkataaan kesat pun tak pe aku terima sebagai adik, tapi jangan sampai mempersendakan Allah.


Cabutan dari : The Untold Stories of Anwar and Azmin


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali. Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.
Berita Harian Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419
KUALA LUMPUR 28 Okt. 1999 - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.


Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: "Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja."



Polis wajar siasat Anwar mengenai anak Shamsidar


Semenjak kebelakangan ini, timbul beberapa penulisan mengenai anak bungsu pasangan Azmin Ali-Shamsidar Mohd Taharim merupakan benih Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar “Mat King Leather” Ibrahim.

Anwar telah dikatakan mengarahkan Azmin untuk ‘menipu’ mengenai sampel darah anak bungsu Shamsidar, apabila diperintah oleh Mahkamah.

Dalam perbicaraan kes salahguna-kuasa sepuluh tahun lampau, surat Ummi Halfida Ali dan kenyataan dalam buku Khalid Jafri “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM” mengenai anak bungsu Shamsidar merupakan benih dari Anwar dan bukan suaminya Azmin, menjadi bahan bukti dalam Mahkamah. Oleh demikian, Mahkamah telah mengarahkan siasatan DNA keatas kanak kanak tersebut.

Walaupun DNA telah membuktikan sebaliknya, cara sampel darah kanak kanak tersebut diambil adalah diragui. Dipercayai, Azmin telah pergi ke doktor terus dengan membawa anak tersebut dengan tujuan mengambil sampel darah tanpa melalui Polis (yang sepatutnya memantau proses ini). Polis gagal mengesahkan bahawa sampel darah yang diambil ialah dari anak yang didakwa sebagai dari hubungan Anwar-Shamisdar. Pegawai Penyiasat Kanan kes tersebut SAC 1 Musa Hassan (kini IGP) telah memberi keterangan mengenai ini yang dianggap meragukan itu dalam Mahkamah. Ada kemungkinan Azmin telah ber’pakat’ dengan doktor yang mengambil sampel darah kerana samada doktor itu sedar sampel darah yang diambil itu merupakan anak yang betul itu juga diragui.

Sekiranya ini dakwaan mengenai anak bungsu Shamsidar ini benar, maka pihak Polis wajar sekali lagi meminta, (kemungkinan melalui proses Mahkamah) agar Azmin mengulangi siasatan DNA bagi kanak kanak tersebut. Ini kerana kali ini doktor yang membuat siasatan itu mesti menentukan sampel darah diambil sendiri (bukan sebagaimana siasatan DNA lepas dimana Azmin datang kepada doktor yang menyiasat dan membawa anak tersebut terus tanpa melalui Polis) dan diperhatikan saksi pendakwaan dan/atau pihak Mahkamah.

Ini amat penting untuk menentukan Anwar tidak berbohong (manipulasikan bahan keterangan kes Mahkamah – dengan kerjasama Azmin Ali) semasa perbicaraan kerana isu ‘Anak Shamsidar ialah benih Anwar’ merupakan bahan penting dalam kes tersebut, yang bermula apabila Azmin membuat laporan Polis mengenai buku Khalid Jaffri “50 Dalil” tersebut. Ini juga amat penting sebagai rujukan dalam kes sumbang seks-liwat kedua yang Anwar “Mat King Leather” Ibrahim bakal harungi yang perbicaraan dijangka bermula 25 Januari ini.

Untuk rekod, Ketua-Pembangkang-tanpa-keahlian-parti Anwar “Drama King” Ibrahim dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara kerana salahguna kuasa mengarahkan Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia ‘mengunakan kekerasan’ untuk mendapatkan penafian (retraction) Umi Halfida berkenaan surat beliau kepada Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai salahlaku seksual Anwar, termasuk perbuatan bersekedudukan dengan isteri Azmin Ali, Shamsidar Mohd. Taharim sehingga melahirkan seorang bayi perempuan. Hukuman ini telah dirayu sehingga Mahkamah Persekutuan dimana Anwar gagal untuk membebaskan diri. Hari ini, Anwar ialah dan masih lagi seorang mantan banduan kes jenayah.

The "thirteen million plus Ringgit" guy rambles….

Terima kasih P@nji

Tuesday, December 21, 2010

ADUN PAS Kelantan berkhalwat dalam keretapi??? Rileks la... Tiada 4 saksi pun untuk mensabitkan kesalahan tu!!!

Sudah heboh di dalam blog-blog serta laman sosial Facebook tentang pendedahan video saksi utama bagi isu khalwat seorang Adun PAS. Video yang mendedahkan tentang penangkapan Adun ini juga memuatkan dakwaan bahawa Nik Aziz sendiri telah “melindungi” Adun yang dikatakan berkhalwat tersebut. Seperti yang dijelaskan oleh saksi... khalwat Adun itu di dalam video tersebut, Nik Aziz telah memberitahu mereka untuk melepaskan tertuduh kerana “Allah telah maafkan dosa mereka yang terbabit”....

Syyyyy!!! Dialog Adik Abang

Kenapa Azmin sanggup datang merayu-rayu suruh tarik balik segala laporan salah laku ke atas si Dajal tu sebelum memberi amaran sekiranya saya berdegil dalam masa 48 jam Anwar akan arahkan KPN Tan Sri Rahim Noor menangkap saya, mujurlah Allah swt, memberikan sifat degil yg bertempat dalam jiwa ini demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Saya jawab "NO".

Saya masih ingat pada suatu petang selepas hampir dua minggu surat saya dikeluarkan Azmin datang mencari saya di rumah mak, ketika itu dia datang bersama barua saksi palsu dia Datuk Sng Chee Hua, dibiarkan Datuk Sng berbual dengan arwah bapa saya dan dia mengajak saya naik ke bilik saya di tingkat atas, dalam perbualan tersebut, dia (Azmin) punya merayu bagai nak gila.

Kalau selama ni dia begitu angkuh dengan adik beradik dan sukar untuk berbual mesra bersama kami, tapi petang tersebut seolah-olah dia baru dapat skrip lakonan dari Juburin, masih terngiang-ngiang di telinga kerana perkataan tersebut dia tak pernah sebut seumur hidupnya. Dia kata:-

Azmin Ali : I love u as my sister, n now I need your help, kau pls tukar semua statements kat polis, nanti aku ajar apa nak cakap, yg selebihnya boss aku uruskan dgn Rahim Noor, Anwar nak kau cakap kat polis yg kau tak nampak kereta Nalla Daimler WBW 37 ambik Shida (isteri Azmin) kat Bangsar Shopping Complex gi condo Tivoli Villa dgn Anwar dan Anwar nak kau bacakan satu draf yg dia buat for u to muncul kat TV, n kau buat-buat nangis menyesal buat tuduhan ni, sebab kau mesti cakap yg kau dah diupah, ada certain nama nanti Anwar bagi.
Anwar mahu saya buat mcm Ustaz Ashaari al Qrqam bila muncul di TV. Astarafilulahhilazim. Saya pandang muka dia tepat. Sedih yg tak terhingga abang dari satu ibu, satu bapa cukup dengan pelajaran agama tergamak menghalalkan kemungkaran isterinya bersama boss durjana.

Ummi Hafilda :Sorry Min, I can't, tak boleh, aku tak boleh tarik balik apa yg aku dah bagi tau dalam surat aku. Aku tak nak muncul kat TV, mcm tak de maruah diri. Dah buat tiba-tiba tarik balik, gila apa pandangan orang pada aku semata-mata kerana duit. No way Min sorry n mcm mana aku nak nafikan pasal kereta Nalla tu, sebab gambar aku dah bagi dalam laporan aku tu,
Ketika itu dia masih berlembut, cuba memujuk

Azmin Ali :Tak pe, kau pikir masak-masak dan kita jumpa nanti kat Restoran Seri Melayu, kat bilik VIP. Boss aku nak cakap, dia ada imbuhan untuk kau malam nanti. Duit n projek.
Saya sebak sambil berkata;

Ummi Hafilda :Min, duit bukanlah segalanya. Kau tau bini kau mcm tu n yet kau nak suruh aku bersubahat. Kau gila Min. I can't, sorry tak boleh.
Saya menjadi begitu marah yg amat sangat. Terus menelefon Kak Long dan Kak Lang bertanya pendapat. Mereka juga turut terperanjat, tetapi menyerahkan kata putus pada saya, jalan mana yg saya bakal pilih.

Pada mulanya saya keberatan pergi ke Restoran Seri Melayu, tetapi diasak beberapa kali menerusi telefon dengan nada berbau ugutan.

Azmin Ali :Boss (Anwar) suruh kau datang, kalau tak dia naik angin nanti, dan aku tak guarantee apa jadi selepas tu.
Saya gagahkan hati melangkah pergi dengan pelbagai perasaan sedih dan marah. Apakan daya saya tiada kuasa. Cuma semangat jiwa yg begitu berkobar-kobar. I dont care, saya tak peduli kali ni. Apa jadi pun jadilah. Tekad yg begitu kental.

Di Restoran Seri Melayu, bukan main lagi dia datang bersama barua Datuk Sng dia n the geng, merayu sekali lagi, dia tawarkan wow cukup-cukup lumayan dia kata even Boss akan bantu bagi any projek kat kau plus cash.

Dengan nada marah saya cakap;

Ummi Hafilda :Kau boleh hidup dengan duit lendir but not me.
then teringat lagi kata-kata angkuh dia;

Azmin Ali :Kalau kau masih degil, u will face the consequences, Boss aku rapat dgn Rahim Noor, nanti kita tangkap kau dibawah ISA, aku bagi masa kat kau 48 jam otherwise... sorry.
Saya pandang muka dia;

Ummi Hafilda :Tak pe lah kalau itu qadak aku, aku terima. Tapi, nak bersubahat atas benda yg mungkar dan jijik tidak sekali. Kita tengok min apa jadi. Abah seorang guru agama tapi kau boleh halalkan benda-benda mcm ni. Aku tak faham Min. Kau kena nasi kangkang agaknya.
Azmin Ali :Shut up! Kau sape nak ajar aku. Bodoh sombong. Orang nak bagi kau senang, kau nak cari pasal pulak.
Saya terus beredar dengan perasaan yg begitu mengelodak marah dan terus ke rumah Kak Long menceritakan segalanya. Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya sebagai abang dan adik.

Selepas itu seperti yg diugut dan kerana kedegilan saya untuk tidak tunduk kepada kehendak manusia durjana bernama Anwar, akhirnya membawa kepada penangkapan saya dan mangsa liwatnya sebelum ini iaitu Azizan Abu Bakar yg juga pemandunya pada 17hb ogos, 1997.

Itu adalah sebahagian rentetan peristiwa yg tidak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat demi agama saya, bangsa saya, negara saya, maka saya rela ditangkap dengan begitu hina dan menakutkan. Amat dahsyat seolah-olah mengepung dan memburu penjenayah yg paling dikehendaki seperti Kalimutu atau Botak Chin suatu ketika dulu. Siap dengan M16 beb, kalau tak kuat iman dah terkencing, terberak dalam seluar, namun sepanjang jalan ke Bukit Aman dalam kereta polis selepas ditangkap saya membaca has bu naullah hi wak nik mal wakil, Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung. Itulah kekuatan saya, di mana saya terus didera dari 12 malam hingga ke subuh tanpa henti secara mental dan kasar untuk mendapatkan pengakuan bersumpah palsu saya dan Azizan ketika itu.

Ummi Hafilda :Kau memang anjing Anwar, insyaAllah kalau kau masih tak bertaubat dan memohon ampun kepada kami semua yg dizalimi mcm Azizan, aku, Saiful, Dr. Mahathir, aku rasa doa- doa orag teraniaya tiada hijab langit dan bumi, kau akan terima padahnya yg lebih dahsyat lagi.
Kenapa dia tak nak mengaku bahawa teori konspirasi yg dimomokkan selama ini adalah amalan kotor dia dan Azmin, bukannya Dr. Mahathir atau musuh-musuh politiknya yg lain.

Ummi Hafilda :Yg konspirasi tu engkau Anwar alJuburin, kau yg conspired dgn Azmin suruh aku tarik balik laporan. Kau suruh upah aku dengan imbuhan. Kau jugak yg konspirasi dengan puluhan polis tangkap aku dan Azizan. Kau jugak yg bawak saksi-saksi palsu untuk gugat kredibiliti aku. Kau jugak yg conspired dgn semua peguam terbalikkan semua fakta dan bukti sampai jadi caca merba dibuatnya. Kau jugak berjaya mendapatkan pelbagai surat palsu dan akuan melalui tekanan pihak polis ketika itu.

Hai tak tau lah setan apa dalam badan kau ni? Kesian Dr.M ditelanjangkan di seluruh dunia dengan teori konspirasinya, sedangkan bertahun-tahun kau ditatang seperti anak emas dalam dulang emas oleh Dr.M ketika itu, sehinggakan siapa pun tak boleh kutuk Anwar atau bercakap buruk tentang kau. Punyalah taksubnya Dr.M kat setan ni satu ketika dulu.
Itu pun orang tak nampak lagi siapa yg benar, siapa yg salah sehinggakan surat saya juga telah dibuang ke tong sampah apabila diserahkan oleh Datuk Aziz Samsudin, namun rakyat msia juga harus berterima kasih kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana melalui penyiasatan yg rapi serta bukti-bukti kukuh yg diperolehi di rumah Nallakarupan melalui tips maklumat yg diberikan di dalam surat laporan saya serta segala perbualan rakaman yg dijalankan selama 6 bulan di persembahkan kepada Dr. M ketika itu, barulah beliau tersentak dan tersedar dari lamunan mimpinya yg begitu agung terhadap alJuburin ini.

Maka kali pertama saya dipanggil oleh Dr.M ialah setelah hampir setahun surat saya dikeluarkan iaitu pada 26hb Ogos 1998, iaitu 6 hari sebelum Anwar dipecat, untuk mengesahkan bahawa sayalah penulis salah laku TPM ketika itu dan juga memastikan beberapa perkara di dalam surat pertuduhan saya itu.

Pertemuan berlaku hampir 45 minit di kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu iaitu di Sri Perdana, insya'Allah akan saya terbitkan buku khas segala semua intipati cerita dari A to Z termasuk segala perbualan saya dengan Dr.M di malam yg penuh bersejarah itu. Seorang PM yg begitu hebat mahu mendengar sendiri isi hati dari insan yg kerdil ini. Manakan mungkin dapat berkonspirasi dalam masa 6 hari melibatkan lebih 100 saksi, kalau nak menipu tak semudah itu. Gunakan lah aqal bila bercakap.

Itulah pertama kali Dr. M mengenali saya, dan kali kedua pertemuan dengan beliau ialah pada 1hb Sept 1998 sehari sebelum alJuburin dipecat, juga berlaku di Sri Perdana bersama semua Menteri-menteri Besar untuk mereka bersoaljawab dengan saya setelah bukti-bukti diperkukuhkan oleh pihak polis Bukit Aman.

Bersambung , tungguuuuu.......................

Syukur negara dikurniakan dengan pegawai atasan polis yg tinggi imannya seperti Tan Sri Musa Hassan, ketika itu dia hanya memegang jawatan sebagai SAC II kalau tak silap saya. Dia begitu amanah, jujur dan berdedikasi serta tegas dalam menjalankan tugasnya. Walaupun dia dipanggil 3x oleh Aljuburin di pejabatnya untuk menutup kes dan penyiasatan, tetapi Tan Sri bertegas dengan membawa alQuran, dia mengatakan di dunia saya lepas tetapi di akhirat nanti saya berjawab. Begitulah hebatnya seorang Islam yg addin tidak tunduk dan gentar kepada tekanan dan ugutan orang atasan (Anwar). Dia memang anak jantan (Maaf Tan Sri). Anak orang beriman, Tan Sri Hassan Azahari. Selayaknya dia dilantik sebagai Ketua Polis Negara oleh Tun M. Sememangnya tiada unsur konspirasi di antara saya dan Tun, semuanya berlaku di atas kehendak Ilahi.

Saya sendiri tidak menyangka surat yg saya tulis bagi tujuan peribadi untuk tatapan Tun sahaja akhirnya telah mengundang satu keadaan paling kontroversi di atas muka bumi yg bertuah ini, sesuatu yg tidak dijangka apatah lagi bila Tun mengeluarkan kenyataan di semua media dan tv, sehari selepas saya ditangkap dengan kenyataan seperti berikut :-

"HANYA ORANG BODOH DAN GILA SAHAJA AKAN PERCAYA ANWAR BERPERANGAI SEDEMIKIAN RUPA"

Begitulah taksubnya Tun membela si Anwar ketika itu sebelum pihak polis berjaya membuktikan segala pertuduhan saya mempunyai asas yang kukuh serta bukti-bukti yang nyata bagi beliau untuk didakwa. Amin.

Kenapa lantik sampai 13 lawyer? Kecuali ORANG PENIPU JE, yg takut menghadapi pertuduhan dan kebenaran, apatah lagi nak berlawan dengan Ummi dan Azizan, insan biasa yg tak punya kuasa. Ha..ha.. takut jugak kau dengan aku ya. Masa kau ada kuasa sedap je kau lanyak aku gunakan polis, ambik kau, bila kena heret ke mahkamah, mengelupur mcm cacing kepanasan.

Sedangkan Presiden Clinton, sama timing kena tuduh dengan kau kerana skandal seksnya dengan Monica Lewinski, hanya melantik dua lawyer je. Seorang Presiden dari kuasa besar di dunia pun tak de akal kelentong mcm kau, yg akhirnya bila diasak bertubi-tubi, dia terpaksa menyerah kalah dengan mengaku "YA" berlakunya keadaan itu, dan sanggup buat live telecast keseluruh dunia memohon ampun kepada isterinya dan seluruh rakyat Amerika. Kita yg tengok pun terharu, orang Yahudi pun tau rasa malu, bersalah dan berdosa. Perasaan marah rakyat menjadi reda, kerana kita manusia, bila buat silap pohonlah ampun kepada tuhan dan orang yg kita zalimi.

Ini tidak, bermati-matian menegakkan benang yg basah dengan cara yg paling tak bertamadun dan paling kotor sehingga mengheret nama-nama yg tak berdosa kekancah hina mcm Tun M, Tan Sri Musa, Peguam Negara, Azizan, aku, dll musuh politik kau. Tak ke berapa banyak dosa tu, memecah belahkan umat, membuat fitnah yg dahsyat, menghuru-harakan negara semata-mata nak tutup dosa. Hai tak tau lah kerak keberapa neraka kau ni. Orang lain pun jahat jugak, tapi tak de lah jahat sampai nak mampus 64 tahun, tak tobat-tobat, agaknya pelesit kategori kelas pertama agaknya dalam badan kau ni.

Bersambung , tungguuuuu.......................



Cabutan dari : Ummi Hafilda Blogspot - Srikandi7

Monday, December 20, 2010

Mungkin kito serupo....... Kito serupo???

Iking's ex-husband: Child is not mine

Ryan, Daphne, Darren
The ex-husband of model and TV presenter Daphne Eleanor Iking told the Magistrate’s Court today that Isobel Daniella Iking-Chong is not his biological child.

Ryan Chong Yiing Yih said that DNA tests had confirmed that Isobel is not his daughter.

Chong said he decided to get tests done after reading e-mail exchanges between former Adidas managing director Darren Choy Khin Ming and Iking.

He said that his suspicions grew when an e-mail from Iking to Choy stated: “Her (Isobel’s) face resembles u more.”

Malaysia Chronicle


Azmin bersama isterinya Shamsidar Taharin
Apabila talipon berbunyi kedengaran suara seorang tokoh pemimpin yang sangat-sangat saya kenali iaitu Anwar Ibrahim dengan nada rasa cinta dan menggoda. Tetapi apabila beliau terperasan bahawa saya bukanlah wanita yang dicarinya maka beliau meletakkan talipon. Kebodohan beliau nampak jelas apabila beliau memanggil semula dan inilah perbualan kami:-
Anwar : I nak bercakap dengan Shida (Shamsidar, isteri Azmin)
Ummi : Siapa ni (Agak keras)
Anwar : Anwar (Dengan nada yang agak perlahan)
Ummi : Is it Dato' Seri?
Anwar : Ya, bercakap
Ummi : Sorry, I didn't recognise your voice just now. (Tujuan saya untuk memerangkap beliau bagi memastikan beliau adalah pemanggil yang meletakkan telefon sebelum ini. Beliau tidak menafikan)
Anwar : Ha... tulah suara you seksi sangat. You have a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that's why I letak phone
Ummi : hah... apahal
Anwar : I nak tanya fasal Afifa (Anak bongsu Azmin). Rindu kat dia
Ummi : She's okay, alhamdulillah sihat.
Anwar : Tak apalah thank you.
Apabila gagang talipon diletakkan, maka berdetak hati saya mengesahkan gerangan si lelaki tersebut dengan pembantu rumah (Aton - pembantu rumah Azmin selama 8 tahun) mengaku itulah gerangan si lelaki yang sering memanggil setiap hari.

DIALOG-DIALOG YANG MENIMBULKAN SYAK WASANGKA

Dialog I
Dalam satu perbualan Shamsidar dengan pembantu rumahnya (Aton)
Shamsidar : Kesian Afifa, orang jumpa papa (Anwar) hari-hari tapi Fifa jumpa papa sebulan sekali
Aton : Kalau dah tahu jumpa papa sebulan sekali, kahwinlah dengan papa.
Shamsidar : Itulah yang susah ni, papa sana tua, abah sini (Azmin) muda, pening kepala.
Dialog II
Apabila membuat panggilan talipon Anwar akan sering berkata seperti ini melalui pembantu rumah:-
Anwar : Ton, Datin Seri (Shamsidar) ada?
Dialog III
Percakapan yang sering terjadi antara anak perempuan Azmin yang sulung, Liyana (7 tahun) dengan anak keduanya Shazrin (5 tahun). Norlia adalah kakak Azmin dan Ummi.
Shazrin : Mak Long, jangan cubit Fifa. Mummy kata dia anak Menteri. Anak uncle Anwar.
Norlia : Ayen, mummy ada boyfriend tak?
Shazrin : Ada
Norlia : Siapa boyfriend mummy?
Shazrin : Uncle Anwar
Norlia : Kenapa Ayen tak cakap abah, mummy ada boyfriend Uncle Anwar.
Shazrin : Mummy kata nanti abah lepuk (pukul).
Norlia : Nana, siapa boyfriend mummy?
Liyana : Uncle Anwar
Norlia : Mana Nana tahu?
Liyana : Alah Mak Long ni, mummykan cakap pelan-pelan, lama-lama dengan Uncle Anwar, mestilah boyfriend dia.
Perbuatan Shamsidar telah menimbulkan satu budaya negatif, di mana mengajar anak-anaknya yang tidak mengerti apa-apa melalui proses pembesaran yang bercanggah dengan nilai budaya dan agama.

Dialog IV
Melalui perbualan Shamsidar dan Ummi.
Shamsidar : Cantik tak handbag I?
Ummi : Bolehlah.
Shamsidar : You nak tahu siapa bagi?
Ummi : Siapa dia?
Shamsidar : Boyfriend I.
Ummi : Siapa boyfriend you?
Shamsidar : Hai.... Anwar Ibrahimlah.
Ini adalah sebahagian dialog yang tidak sedap didengar dan telah menimbulkan syak wasangka kepada kami seluruh keluarga (kecuali Azmin) sehingga membawa penyiasatan kes.

Dipetik dari "Laporan Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim)" bertarikh 5 Ogos 1997 kepada Perdana menteri Malaysia (Tun Dr. Mahathir Mohamed) yang dihantar oleh Ummi Hafilda dengan persetujuan bersama kelima-lima adik beradiknya iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd Azman Bin Ali, Azwan Bin Ali dan Ummi Hafida Bt. Ali. (Nota : Seorang lagi keluarga mereka ialah Azmin Bin Ali, suami Shamsidar Taharin)


Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali. Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.
KUALA LUMPUR 28 Okt. 1999 - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.


Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: "Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja."


Sunday, December 19, 2010

Warkah untuk Wan Azizah............


Assalamualaikum Datin Seri Azizah yang saya hormati,

Memang berat untuk saya menulis surat terbuka kepada seorang surirumah dan ibu yang begitu bertanggungjawab terhadap anak-anak sekaligus seorang tokoh lagenda sehebat Mahsuri namun selaku seorang warganegara yang merasa bertanggungjawab untuk mendokumentasikan penglibatan anda selaku isteri kepada seorang lagenda seperti Anwar Ibrahim, saya terpaksa melakukannya.

Dalam sejarah Melayu memang terdapat wanita tak berdosa seperti isteri Megat Terawis mati ketika mengandung mengidam seulas nangka di bawah Sultan Mahmud yang zalim, akhirnya hidupnya mati dijulang, dibunuh oleh Megat. Mahsuri mati dibunuh, begitu juga dengan kisah Lancang Kuning.

Bukan salah ibu mengandung, anda yang taat pada suami terpaksa menanggung 'aib dan malu akibat kesilapan salah laku YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya tidak mengulangi kesilapannya untuk kedua kali setelah dipenjarakan.

Pada mulanya saya tak tergamak menulis surat ini tetapi sudah memang kerja saya selaku penulis maka saya mesti tulis juga. Macam nelayan yang kerjanya memburu ikan masakan dia hendak tangkap ayam hutan.

Siapa sebenarnya berniat mahu timbulkan politik kebencian terhadap puan? Penulis atau suami puan? Sebenarnya siapa pun tak peduli dia mahu jadi seorang homosex tetapi kerana dia seorang yang bergelar "PAK SHEIKH" dan perbuatannya boleh menjadi ikutan ramai kerana Pak Sheikh boleh buat kenapa anak muda lain tak boleh, 'monkey see monkey do'.

Siapa yang tak sedih? Memang sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim, apakah ini suratan takdir, qadak dan qadar atau karma? Lu fikirlah Wan Azizah. Dosanya membawa Azizah kahwin lari sudah dimaafkan. Pada hal itu teladan yang tak elok terutama mereka yang berpegang pada pantun: TANAM PISANG RAPAT-RAPAT, BIAR SENANG PUYUH BERLARI, KU PINANG TAK DAPAT, KU PUJUK-PUJUK KU BAWA LARI.

Seandainya Anwar Ibrahim seorang manusia biasa, tidak ambitious, tidak mahu jadi Perdana Menteri, tidak buat kacau dalam negara, tidak timbulkan huruhara dengan mengadakan reformasi seperti Tengku Razaleigh Hamzah mithalnya siapa pun tak bercakap tentang isterinya. Anwar seorang bekas pemimpin ABIM tokoh Islam yang disegani semasa muda, sekiranya anda hanya seorang surirumah mungkin siapapun tak peduli. Sendiri punya kubur dalam, sendiri jawablah. Anda seorang doktor perubatan, politikus, public figure dan pemimpin parti politik yang mahu mengambil alih pemerintahan negara, mana boleh tutup sebelah mata.

Apakah Saiful dan keluarganya tiada maruah dan harga diri seperti keluarga anda? Perbuatan siapa kalau bukan Dato Seri Anwar yang menyebabkan Siaful terpaksa membuat laporan polis. Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Saiful oleh orang-orang Anwar. Apakah tidak benar Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Saiful?

Dato Seri Najib telah bersumpah dengan lafaz Demi Allah, "WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI, Saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saaribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok. Dato Seri Najib juga bersumpah sama di dalam masjid Guar Perahu, Bukit Mertajam di hadapan ratusan jamaah. Kalau Anwar telah melakukan sumpah menidakkan perbuatan liwatnya terhadap Saiful ini perkara yang sama tutup cerita.

Seandainya apa yang didakwa oleh Ezam di muka belakang buku saya MALAYSIA WITHOUT MALAYS tidak betul kenapa anda tidak ambil tindakan mahkamah terhadap saya dan Ezam?

BANGKAI GAJAH MANA BOLEH DITUTUP. Inilah susahnya kerana anda tidak mahu berterus terang. Para pengikut dan rakyat menjadi seperti orang yang GAJAH DEPAN MATA TAK NAMPAK, HAMA DI SEBERANG LAUTAN YANG JELAS KELIHATAN maka terjadilah satu jari menunjuk ke arah pemimpin yang tak disenangi oleh Anwar, tiga jari yang menunjuk ke arah sendiri dilupai.

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Dato Seri Anwar dan keluarga. Apa pilihan Saiful jika aduannya kepada polis yang Anwar menembak punggungnya dikatakan satu fitnah? Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Dato Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan "Qazaf" di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)? Jika duduk dalam rumah kaca jangan baling batu ke rumah orang.

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan Qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan 4 orang saksi melihat zakar Anwar masuk ke dalam dubur Saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukkan Anwar?
Kenapa tunggu sampai hampir dua tahun dengan bermacam alasan, rakyat hendak tahu keputusan mahkamah? Betul tak Saiful mangsa liwat Anwar? Itu sahaja.

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding Saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tidak tahu langsung mengenai perangai luar tabie Anwar? Di dunia kita boleh terlepas bagaimana di akhirat nanti?

Perbicaraan Liwat Ke2 Anwar - Saiful

Wan Azizah menenami Anwar Ibrahim di mahkamah
Sesiapa yang rapat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengenali sifat sebenarnya dan akhirnya akan membuat keputusan menjauhi daripadanya. Mereka yang mengenalinya dengan rapat akan mengenali sifatnya sebenarnya yang tidak jujur. Hanya orang yang di luar tidak tahu sifatnya. Semakin kita dekat dengannya, kita akan tahu betul ke dia seorang pejuang kebangsaan atau tidak. Dr. Chandra Muzaffar (bekas timbalan Presiden Keadilan) keluar parti. Begitu juga peguamnya Zainur Zakaria, Dato Nallakurapan sahabat baik selama ini dan diikuti ramai pemimpin lain.

Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Imej Anwar telah jatuh merudum di sebalik gerakan agresif untuk menonjolkan diri sebagai pejuang hak asasi dan demokrasi serta sentiasa melobi media antarabangsa. Nama Anwar tidak lagi tersenarai dalam sertatus individu paling berpengaruh di dunia dalam bancian terbaru majallah TIME. Anwar pernah berada dalam senarai tersebut pada kedudukan ke 9 bagi bancian 2008.

Ramai pengikut PAS yang sedar bahawa PAS bukan dilahirkan untuk menyelamatkan isu moral Anwar. Isu moral termasuk kes liwat kali ke 2, tindakan agresifnya untuk mendapatkan campurtangan asing, isu pembohongan 16 Sept, imej sebagai putar alam, mengkhianati kawan dan banyak lagi, menyerlahkan siapa sebenarnya beliau. Sebagai seorang isteri yang taat setia, kita tak mengharapkan anda meninggalkan dia, syurga di bawah tapak kaki suami.

Perlunya orang Islam mematuhi ajaran Islam sepenuhnya untuk mengangkat moral pemimpin mengikut akhlak Nabi Muhammad S.A.W.

Wan Azizah perlu meninggalkan politik jadi seorang ibu mithali kerana telah hilang kewibawaan akibat lebih menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran dan menjadi pejuangan demokrasi dan pejuang hak asasi manusia.

Bagaimana pula perasaan keluarga Saiful dan Saiful sendiri yang hidupnya di dalam penjara sedangkan Anwar bebas disokong oleh para penyokong taksub membuat berbagai tuduhan dan gelaran?

Selaku isteri Sheikh Anwar Ibrahim tentu puan tahu bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda "Seandainya anakku Fatimah Azzaharah mencuri akan ku potong tangannya." Bagaimana kita mahu anak kita menjadi seorang manusia yang baik kalau bukan kita yang menjadi contoh teladan yang baik bagi mereka. Ketam akan mengikut ibu bapa ketam berjalan. Ibunya borek anaknya rintik peribahasa Melayu.

Saya syorkan kepada penyokong PKR jika mereka membaca artikel ini, sila cetak dan tanyakan sendiri kepada Azizah! Soalan wajib tanya, apakah perasaannya yang jujur selama 30 tahun bersuamikan Anwar?

Namun sejarah wanita dalam pelbagai tamaddun dunia memperlihatkan pelbagai evolusi. Sama ada di bumi Arab, India dan China, sejarah wanita menyaksikan mereka menjadi pemuas nafsu kaum lelaki, dinafikan haknya.

Kehadiran Islam meletakkan kedudukan mereka bersesuaian dengan fitrah kejadiannya. Mereka memiliki kekuatan tersembunyi yang sangat diperlukan oleh kaum lelaki sebagai penyempurna kehidupan tetapi kenapa ada wanita bila diberi kesempatan menjadi diktator kepada lelaki dan ada lelaki yang menjadi diktator kepada isteri.

Dari buku Tuhan, Politik dan Seks


oleh:
SH ALATTAS

Saturday, December 18, 2010

Anwar Ibrahim, nafsu liar dan wanita-wanita dipilih

Motokar Ferrari, Azmin, keluarganya dan Ferrari di belakang

Secret Lovers!!!

Anwar bersama Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.
ARKIB : 10/06/1999
KUALA LUMPUR 9 Jun - Senior Asistan Komisioner 1 Musa Hassan mendedahkan dalam afidavitnya hari ini mengenai pengakuan Datuk S. Nallakaruppan bahawa dia memperkenalkan tiga orang wanita bernama Ann, Syarifah dan Norlela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar bertemu ketiga-tiga wanita itu di apartmen di Tivoli Villa, menurut afidavit itu yang diikrarkan untuk menyokong pihak pendakwa membantah permohonan Anwar membatalkan prosiding perbicaraan terhadapnya.

Ann dan Sharifah diperkenalkan oleh Nallakaruppan tetapi Norlela ialah pekerja di butik milik Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Hotel Hilton.

Dalam afidavit itu, Musa melampirkan kenyataan beramaran yang dibuat oleh Nallakaruppan, rakan permainan tenis Anwar, berhubung pertemuan Anwar dengan beberapa wanita.

Memetik sebahagian kandungan kenyataan beramarannya, Nallakaruppan memberitahu bahawa hubungan Anwar dengan wanita bermula kira-kira dua atau tiga tahun terakhir iaitu sekitar tahun 1996.

Kata Nallakaruppan, pada tahun 1997 kira-kira pukul 6 hingga 6.30 petang, dia diminta oleh Anwar untuk mengambil seorang wanita di kompleks membeli belah Bangsar menaiki kereta BMW nombor pendaftaran WCH 5959.

Menurutnya, dia kemudian membawa pasangan itu ke Tivoli Villa kerana kata Anwar dia ada masalah keluarga yang hendak diselesaikan dengan wanita itu.

Mereka ditinggalkan di Coffee House Tivoli Villa selama 45 minit.

Coffee House itu terletak dalam satu bangunan dengan apartmen di Tivoli Villa di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi.

"Biasanya selepas menggunakan apartmen itu, dia (Anwar) akan menyerahkan kunci kepada saya dan kepada T.K. Lim.

"Saya tidak tahu sama ada Anwar dan Shamsidar menggunakan apartmen itu tetapi saya meninggalkan mereka di coffee house yang berada dalam bangunan Tivoli Villa," katanya.

Dalam pertemuan pertama Nallakaruppan tidak diperkenalkan kepada wanita itu. Tetapi sebulan kemudian pada Hari Raya, Nallakaruppan melawat rumah Setiausaha Sulit Anwar, Azmin Ali, dan mendapati wanita yang ditemui oleh Anwar di Tivoli Villa itu ialah isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Nallakaruppan memberitahu Musa bahawa pertemuan kedua antara Anwar dan Shamsidar berlangsung empat bulan selepas pertemuan pertama dengan modus operandi yang sama iaitu Shamsidar menunggu di kompleks membeli belah Bangsar.

Menurut Nallakaruppan, beliau meninggalkan pasangan itu di coffee house Tivoli Villa, dan datang semula selepas 45 minit. Kemudian dia dan Anwar bermain tenis.

Kata Nallakaruppan, pada hari sepatutnya mereka menjemput Shamsidar, Anwar lazimnya menghubungi wanita itu melalui telefon terlebih dahulu.

Ketika dia bertemu dengan Azmin tidak lama kemudian, Nallakaruppan memberitahu Azmin mengenai pertemuan antara Anwar dan isterinya, dan bertanya sama ada mereka mempunyai masalah keluarga.

''Azmin bertanya saya, di mana pertemuan itu diadakan tetapi saya hanya kata di Bangsar. Tetapi Azmin tidak beritahu sama ada dia ada masalah keluarga dengan Shamsidar tetapi Anwar beritahu mereka ada masalah keluarga,'' katanya.

Dalam kenyataan beramaran pada 23 Januari 1999 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Musa kemudian bertanya Nallakaruppan adakah dia juga terlibat memperkenalkan wanita-wanita lain kepada Anwar.

Jawapan Nallakaruppan ialah: "Ya, saya terlibat memperkenalkan wanita lain kepada Anwar.

"Wanita yang saya perkenalkan ialah Ann, Syarifah dan Norlela."

Dia memperkenalkan Ann kepada Anwar pada tahun 1997. Wanita itu datang sendiri dan menunggu dekat Tivoli Villa di mana selepas itu Nallakaruppan dan Anwar membawanya ke Tivoli Villa.

Selepas meninggalkan mereka di sana lebih kurang 45 minit Nallakaruppan kembali mengambil mereka dan menghantar Ann kembali ke keretanya.

Menjawab soalan lain, Nallakaruppan menafikan dia mendapatkan pelacur-pelacur untuk Anwar.

Sementara itu, Timbalan Kanan Pendakwa Raya Azahar Mohamed dalam afidavitnya berkata, Anwar telah berniat jahat menyalahgunakan proses mahkamah dengan membuat tohmahan yang tidak berasas dalam permohonannya.

Dalam ikrar afidavitnya, Azahar berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung permohonan yang yang dikemukakan oleh Anwar untuk menyingkirkan beliau dan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Abdul Gani Patail daripada mengendalikan kes Datuk S. Nallakaruppan.

Beliau mengemukakan laporan polis terhadap Anwar, peguam Zainur Zakaria, Manjeet Singh Dhillon dan lain-lain.

Dalam laporan polis itu, Azhar menyifatkan ''tohmahan tersebut adalah palsu sama sekali dan berniat jahat untuk menghalang saya daripada menjalankan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Anwar.''

Abdul Gani pula dalam afidavitnya turut mengikrarkan perkara yang sama.

Beliau memberitahu kehadirannya di Bukit Aman pada malam 20 September 1998 ketika Anwar ditangkap adalah atas arahan Peguam Negara dan permintaan polis untuk mendapatkan nasihat berkaitan kekacauan dan rusuhan yang tercetus di Kuala Lumpur pada hari itu.

Katanya, kehadirannya itu sama sekali tidak menimbulkan persoalan berat sebelah dan sikap pendakwaan berhubung segala prosiding terhadap Anwar.


Oleh: KAMARIAH AHMAD

Friday, December 17, 2010

APCO - Pembohongan Anwar ditelan bulat-bulat oleh puak PAS dan puak PKR

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mendedahkan isu Apco yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang di Dewan Rakyat selama ini adalah satu pembohongan.

Sehubungan itu, sejak berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) lagi beliau tidak mahu terlibat dengan pakatan pembangkang berhubung isu tersebut kerana jelas ia telah diputarbelitkan dengan memberi gambaran seolah-olah Malaysia dipengaruhi oleh Israel melalui Apco.

Beliau berkata, begitu juga dengan dakwaan pakatan pembangkang kononnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diresapi oleh Israel melalui Apco di Bukit Aman.

"Sebenarnya Apco yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai 'American Protocol Communication Outfit' atau singkatannya APCO.

Ia merupakan satu sistem komunikasi terutamanya perhubungan walkie-talkie dan langsung tiada kena-mengena dengan Apco Worldwide yang kononnya dikuasai oleh Israel," katanya dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Mengenai Apco Worldwide, Zulkifli di dalam blognya berkata, sangat jelas syarikat itu langsung tidak ada kena-mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.

Beliau berkata, Apco Worldwide adalah syarikat perunding dimiliki oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company iaitu sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.

"Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua pelanggan yang memerlukan khidmat runding cara. Maka tertubuhlah Apco (mengguna pakai singkatan nama firma tersebut)

Margery Krause telah menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Apco Worldwide. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita bagi tujuan khidmat runding cara" katanya.

Beliau berkata, Apco Worldwide telah melantik beberapa konsultan daripada pelbagai latar belakang dan mereka antaranya bekas presiden, bekas hakim, bekas menteri yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama serta banyak lagi.

Oleh itu, katanya, dakwaan kononnya Apco dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar.

"Ini merupakan pembohongan semata-mata. Begitu juga dengan isu Apco yang turut melibatkan Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman.

"Hanya kerana nama serupa maka nama Apco Worlwide dan APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan" katanya lagi.

Zulkifli berkata, begitu juga dengan slogan 1Malaysia dan One Israel yang kelihatan sama, maka terus dituduh Malaysia telah diresapi dan dipengaruhi Yahudi.

"Bagaimana pula dengan slogan 'Pas 4 All' dengan slogan 'Israel 4 All'? Adakah wajar jika ada orang menuduh Pas telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi dan Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan.

"Bagaimana pula dengan lambang 'Satu-Mata' Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan?
"Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putar belitkan orang lain" katanya.

Justeru, beliau berkata, dalam isu itu umat Islam khususnya wajib merujuk kepada satu ayat al-Quran iaitu Surah al-Hujurat ayat enam yang bermaksud:

"Wahai orang beriman sekiranya datang kepada kamu berita daripada seorang yang fasik, janganlah kamu percaya tetapi selidikilah dahulu (untuk tentukan kebenarannya), janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu disebabkan kejahilan kamu, kelak nanti kamu yang menyesal."
- Utusan Malaysia
Postings yang mempunyai kaitan:-
1. APCO and Malaysia - What you need to know
2. Desperado
3. APCO modal Anwar untuk tutup kerakusan liwatnya
4. ANWAR SUSPENSION OVER APCO - The truth

Wednesday, December 15, 2010

Teman & Anwar - My Story


Teman ni sebenonya penyokong kuat DSAI. Dari mula dia masuk UMNO dan kemudian menang KP UMNO Malaysia mengalahkan Dato Suhaimi Kamaruddin dengan 10 undi dan lepas itu memegang jawatan Timb Menteri di JPM, teman ikut dia. Kalau dia datang ke Perak jaranglah tak ada muka teman didalam majlisnya. Gemo bebeno teman mendengo dia berucap. Memang teman akui ucapan dia power gila.

Bila dia dipecat daripada UMNO dan dari jawatan kerajaan, timbul juga tandatanya di dalam kepala hotak teman. Betoi ke perangai Anwar tak senonoh macam diceritakan. Teman pun mula menyiasat dan mencari kebenaran. Nak mencari kebenaran mesti dengo dua belah pihak. Tak boleh dengo sebelah pihak terus jump into conclusion. Mana ada hakim dalam dunia ini dengo sebelah pihak terus jatuh hukum. Kalau ada pun kangaroo court (ala komunis). Dalam Islam mesti dengo dua belah pihak.

Teman pun dengo juga ucapan Anwar. Dia kata bila dia keluar nanti tidak ada apa yang dibawanya kecuali sebuah kereta Proton Saga dan dia dah beritahu Azizah suruh dia siap2 untuk bekerja balik sebagai doktor. Kesian juga mendengo Anwar keluar seolah keluar sehelai sepinggang. Pendengar bukan main marah dan memaki hamun Dr.Mahathir. Timbullah gelaran Maha Zalim, Maha Firuun dan macam-macam lagilah yang tak sedap telinga orang yang berfikir mendengarnya, tetapi gemo beno le orang yang dah mula bencikan Dr.Mahathir.

Teman pun pergi pulak dengo di pihak lagi satu. Teman dengo penerangan daripada Dr. Mahathir. Setelah diterangnya dengan panjang lebo peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan Anwar disingkir, Dr.Mahathir berkata "TUAN TUAN BALIK KE TEMPAT MASING MASING, ADAKAN SEMBAYANG HAJAT BUKAN UNTUK SAYA TETAPI UNTUK KEBENARAN SUPAYA AKHIRNYA YANG MENANG IALAH KEBENARAN".

TERSENTAK teman dibuatnya. Mana mungkin Dr. Mahathir suruh orang sembahyang hajat sekiranya dia ada terlintas dihatinya hendak menganiayai Anwar.

Jadi solat hajat telah diadakan di surau2, di masjid2 di seluruh negara. Malahan ada rombongan pergi ke Masjidil Haram di Makatulmukarramah untuk menunaikan solat hajat. Doanya sama iaitu mohon ALLAH tunjukkan kebenaran.

Tak berapa lama kemudian, Dr.Mahathir menunaikan ibadah umrah. Bila tiba musim haji, Dr.Mahathir pergi sekali lagi ke Mekah menunaikan ibadah haji. Di Mekah Dr.Mahathir telah diberi kesempatan masuk ke dalam KAABAH dan di MADINAH ke makam Nabi MUHAMMAD S.A.W.

Sekembalinya Dr.Mahathir dari menunaikan haji, seorang rakan teman (ADUN di Perak) telah berkesempatan bertemu dengan Dr.Mahathir di Putrajaya di sebuah cafetaria. Dia lihat Dr. Mahathir berbaris mengambil barang makan dan setelah membayarnya, dia pergi ke meja makan.

Katanya "SAYA LIHAT MUKA DR.MAHATHIR JERNIH, BERSIH".

ALLAH telah makbulkan doa solat hajat kaum muslimin dan muslimat.

Teman hairan kenapa Anwar yang merasakan dirinya teraniaya tidak membawa seluruh ahli keluarganya ke Tanah Suci. Bukankah dia orang yang teraniaya? Bukankah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah. Sebaliknya Anwar round Malaysia menghasut rakyat supaya bangkit menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir.

Maka teman ambil keputusan tinggalkan Anwar. Tindakan teman tepat. Kemudian Anwar ulang semula perangai dia yang lama dengan Saudara Saiful Bukhari Azlan, pekerjanya sendiri.

Saiful berani bersumpah tetapi Anwar sampai ke hari ini tidak berani melakukannya.

ORANG TAKUT KERANA BENAR ATAU KERANA SALAH?

Sama-sama kita renungkan. Assalamualaikum.


Oleh : Abdul Hayee
December 15, 2010

Tuesday, December 14, 2010

Intro - Video Ummi Hafilda untuk menelanjangkan sifat munafik sang peliwat Anwar Ibrahim

Ummi melakukan sumpah laknat sepuluh tahun lalu tetapi si peliwat tegar Anwar Ibrahim masih belum berani bersumpah laknat.



Sumber : Jangan lupa bertandang ke blog Ummi Hafilda untuk mengetahui perkembangan terbaru. Klik di sini

Eksklusif : Ummi Hafilda menjawab fitnah penyokong PAS Farihah Ahmad dalam blognya


Farihah Ahmad"PERJUANGAN MENENTANG KEMUNGKARAN INSAN MUNAFIK DAN PENGORBANAN SRI KANDI"??? adoihh, terkencing terberak aku baca artikel ko ni Ummi... ayoyo Ummi...kantung sudah keringkah??

deyy...cuba tengok dakwaan-dakwaan ini dahulu sebelum saudari membuat dakwaan ke atas orang lain yg LANGSUNG TIADA BUKTI ni...

Apa benar dakwaan Ummi mendapat suatu projek di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai imbuhan untuk peranan yang dimainkan saudari??
(1 Nov 1999,Bernama)


Ummi HafildaProjek pengiklanan di Airport, saya rasa anda kurang membaca mungkin hanya ambil akhbar tabloid, kita harus adil pada semua, mcm saya harakah ke suara keadilan ke saya beli nak tau apa dia cakap, lepas tu nilaikan. Saudari saya telah terlibat dalam perniagaan seawal umur 23 tahun, dan punya syarikat pengiklanan sendiri umur 25 saya dah capai taraf jutawan melalui penjualan billboard, bukan jual diri ok, orang jual diri ni kita boleh tengok muka dia berkeruh tak de NUR, tengoklah muka kawan baik awak tu pemimpin besar awak tu dah macam muka setan, tak de NUR tak de cahaya iman, wajah Dr. Mahathir walaupun dah 85 tahun tapi tetap bercahaya dan berseri semuanya berpunca dari kejernihan hati, iman dan perbuatan.

Saya tulis surat salahlaku anwar umur saya 28 tahun so maknanya saya berduit bukan kerana dengan upah konspirasi seperti yg dituduh tapi sebelum tu lagi saya dah berjaya ketika itu akan saya buktikan melalui gambar saya beri 200,000rm setiap tahun kepada persatuan pemadam msia (Dadah Kebangsaan) untuk tujuan kebajikan ketika umur saya 25 tahun lagi saya dah berderma sebanyak itu.

So dajal mana pulak nak tuduh kata saya dapat imbuhan projek di Airport bahkan kerana surat keramat saya itulah saya hilang hampir berjuta ringgit kerana kontrak saya ditamatkan serta merta. Saya hilang penaja penaja besar pengiklanan yg dah sign kontrak berjuta ringgit dgn saya. Itulah nilai pengorbanan yg harus saya bayar kerana perjuangan agung ini.

Tapi tak pelah, itu pilihan saya, tak kaya lagi tak pe yg penting, iman, akidah , maruah diri, prinsip hidup, hala tuju dan sumbangan terhadap agama, bangsa dan negara. Saya tak peduli bagaimana manusia memandang saya tapi yang penting bagaimana Allah melihat saya. Hati saya, Nawaitu saya, perbuatan saya, perjuangan saya dan impian saya.

Tak Payah nak PLASTIK, HIPOKRIT LAMBAT LAUN ORANG TAU JUGAK TAIK TAIK KITA NAIK KE MUKA. Saya suka kata kata falsafah ikon agung Mahatma Gandhi, katanya kalau kita hidup hanya untuk diri dan keluarga maka kita masih belum dianggap berguna tetapi kalau kita hidup untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara maka barulah kita menjadi manusia sempurna.


Farihah AhmadBagaimana pula dengan catatan bapa Ummi sendiri(Catatan Haji Ali bin Omar, 18.10.98) mengenai sikap Ummi?? antara kandungannya,
'Saya lucutkan warisan zuriat Ummi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat'
saya andaikan Ummi pasti lebih arif mengenai keseluruhan kandungan catatan ayahanda saudari itu...


Ummi HafildaSoalan kedua kononnya saya anak derhaka, kalau saya anak derhaka dah lama dah dapat bala, jangan main main dengan hukum karma Allah terhadap penderhakaan kepada orang tua. Cepat kena. Namun shukur setiap solat tak henti saya sedekahkah fatihah untuknya dan setiap pagi dan malam sebelum tidur pasti saya membaca yasin untuk kedua ibu dan bapa untuk arwah abah saya mohon pada Allah dengan berkat mukjizat Yasin dan khanzal arash bagaimana terangnya doa itu moga Allah lapangkan kuburnya, terangkan kuburnya, tempatkan dia bersama para Auliya dan ulamak. Amin.

To me arwah abah adalah yg terhebat, sorang guru agama yg banyak mengajar saya erti bertwakal kepada Allah secara total bagi apa jua masalah kehidupan. Tanpa ilmu yg diturunkan tanpa iman yg dipasakkan dalam jiwa, dah lama gila dengan tekanan dan serangan fitnah yg dahsyat ni. Shukur ilmu agama yg ditinggalkan menjadikan saya lebih kuat. Azmin tak payah nak cakap saya anak derhaka atau nak buat segala surat bersumpah kerana dia dengan Anwar memang mcm sesumpah bertukar tukar mengikut keadaan.

Nak tanya Azmin setiap kali abah masuk hospital sape yg jaga abah even tido jaga abah di tengah malam Azmin tak pernah tapi sayalah yg sering menjaganya boleh check di Institut Jantung Negara termasuk tanya pakar bedah Dato Yahaya siapa yg sering bersama di hospital termasuklah kalau hantar check up kedua ibu bapa setiap bulan ada ke Azmin luangkan waktu bawak mak pergi hospital tiap bulan ada ke?

Saudari Farihah tak tengok program astro awani tahun lepas ke berapa kali ibu saya bonda Che Tom buat kenyataan di tv dia kata dia berdoa pada Allah tiap hari diberi petunjuk siapa yg bersalah sama ada saya atau Anwar tapi alhamdulilah ibu kata akhirnya orang yang bersalah telah ke penjara bukan Ummi. Itu kata kata ibu saya so, kalau saya ni anak derhaka kenapa ibu saya sampai hari ni masih menyokong perjuangan saya, bahkan ketika Azmin nak ke mekah tahun lepas apa pesanan ibu saya kepada dia AZMIN BERTAUBATLAH yg menyebabkan Azmin naik angin dia kata kenapa perlu dia bertaubat dia tak berdosa punya angkuhnya pada ibu sendiri pun dia nak kencingkan.

Kakak saya yg kedua pun baru balik Mekah nama Intan dia kata dia menangis dan berdoa di depan kaabah supaya Azmin diberi hidayah insaf di atas segala dosa dosanya. Kak Long saya pun baru 3 hari lepas sebelum berlepas ke India ada kata dia tak keberatan kalau ada wartawan nak tanya pendapat dia, cuma satu pinta dia sebagai kak long Azmin bertaubatlah, pasal politik dia tak pandai nak bercakap kerana dia suri rumah.

Abang ipar saya Jamal saya anggap abang kandung dunia ahirat sering memberi kata kata semangat dan dorongan yg buat saya terus ingin ke depan menegakkan kebenaran. Dia pun turut berdoa depan kaabah baru baru ni bahkan ketika wukuf dia ada sms dengan saya dia kata dia baru je berdoa pasal Azmin dan Shamsidar, berlinangan air mata saya bila baca sms tu, abang ipar lebih mulia dari abang kandung sendiri. Itulah ujian tuhan.

Abang ipar saya Said pun saya sanjung tetap bersama saya hingga ke hari ini, dari segi prinsip, Azwan pun saya ucap terima kasih walaupun dia ni gila gila laser tapi dia ada prinsip dia memang meluat dengan si Anwar tu dan saya tau dia sanjung Dr. M sampai hari ni.

Abang tiri saya yg sulung pun Razali sering bertanya khabar dan mendoakan saya, dan sepanjang ke mahkamah selama 100 hari siapa yg teman saya kak long Norlia, kak lang Intan dan Azwan tiap hari akan saya titipkan gambar dalam blog nanti sebagai bukti, kenapa kakak-kakak tak bersama dia dan kenapa dia tak bertegur sape dengan mereka hari hari di mahkamah, itu kakak kakak dia yg basuh berak kencing dia masa kecik sampai darjah satu pun masih berak dalam seluar tanyalah kak long dia selalu cikgu panggil suruh cuci bontot Azmin dah terberak dalam seluar dan kenapa selama berbelas tahun dia tak bertegur sapa dgn kakak-kakak dia jadi YB hangguk adik beradik sendiri pun dibuang nak pimpin masyarakat dan negara pi lah mabuk bini sendiri pun di gadai apatah lagi bangsa melayu nanti dilelong kat mana nanti nauzubilah (mulalah saya marah nada saya bertukar melampau sangat dia yg jahat, difitnah kita pulak disisih keluarga.

Tanya Nalla tanya pakar DNA Lim Kong Boon air mani siapa? so kenapa Farihah nak fitnah kata saya dah tak relevan di kalangan keluarga, apa nak suruh semua ahli keluarga saya tampil ke depan ke menyatakan yg benar ke. Nanti orang tuduh lagi dapat upah dari Najib, letih lah nak jawab semua fitnah ni buang masa.


Farihah AhmadApa pula respon saudari terhadap kenyataan Mahathir’s Political Secretary Aziz Samsuddin yg mengatakan,
“Ummi Hafilda is a prostitute, sodomy would be the best way. Other ways would have no affect.”??


Ummi HafildaKononnya kenyataan Dato Aziz Samsudin kepada raja komando nauzubilah minzalik nak sebut pun meremang bulu roma ummi is a prostitute, ummi adalah pelacur, kesian saya, sedih saya, begitu hebat harga yang saya perlu bayar untuk menyelamatkan negara saya dari kehancuran. Seperti yg disahkan Anuar Shaari pembunuhan karektor telah dilakuakan ke atas saya sejak 1997 bagi menghilangkan kredibiliti saya sama sekali, di pandangan rakyat siapa saya kononnya nak bercakap pasal moral orang lain ini strategi syaitan sebab kita tengok hari ni dah rogol anak sampai kembung dah rogol cucu masih masuk mahkamah pakai kopiah bila keluar laungkan allahuakbar, ini budaya anwar supaya minda umum di'saiko'kan yg bersalah nampak mcm malaikat hidup, yg benar digambarkan sehinanya.

Dato Aziz bercakap sendiri dengan saya bahkan bersumpah demi Allah demi rasul dia tak pernah kata sehina itu ke atas saya dan saya ingin mencadangkan mana mana wartawan tak kiralah keadilan atau utusan pergi interview Dato Aaziz sendiri kalau nak kata saya cuba menegakkan benang yang basah. Tapi dah terbukti orang orang kanan dia yg taksub pada dia sampai sanggup masuk penjara kerana dia mcm Ezam dan Nalla akhirnya berkata Ummi Hafilda berkata benar, so kenapa lah Farihah tak boleh nak berfikir lagi secara rasional.

Siapa benar siapa penipu mustahil ke kalau kita baik semua orang di sekeliling kita bukan sahaja meninggalkan kita tapi selepas itu memerangi kita dengan agresif sekali dan menjadi musuh utama kita. Sudah pasti dialah yg jahat, yg setan, yg munafik, yg menderhaka.

Azmin tak payah naik angin semua sultan pun dah murka dengan kenyataan dia dan Anwar so bukan dari adik dia saje. Kenapa kau berdua diserang dari semua arah dalam dan luar negeri mungkin doa doa orang yg teraniaya di zalimi, difitnah seperti saya dan Saiful telah di jawab Allah. mcm berteh goreng kena sesah dek semua orang kanan dia dulu bahkan hari ni kena SERANG TEBUAN OLEH KENYATAAN WIKILEAKS, SINGAPURA DAN AUSTRALIA. LAKNATULLAH DAH SAMPAI. so tak payah nak tepis tepis lagi ambik wuduk masuk mana mana masjib BERTAUBATLAH kalau gentlemen mcm Clinton mintak maaf pada seluruh rakyat msia mcm Clinton buat dulu pohon maaf pada seluruh rakyat Amerika, orang kafir pun tau rasa bersalah dan berdosa, saya pasti kalau Anwar, Azmin, Azizah pohon maaf sudah pasti seluruh rakyat akan memaafkan nya, sedangkan nabi pun ampunkan umatnya siapalah kita pula manusia, tapi kalau mereka masih terus terusan mendabik dada, menyerang orang lain pula dengan segala fitnah yg dahsyat, menghina hak istimewa orang melayu maka WAJIB BAGI KITA SEMUA ISTIHARKAN PERANG KEATAS MEREKA HABIS HABISAN. SAMA ADA KITA MATI ATAU MEREKA YG TERSUNGKUR KEBUMI DEK HIPOKRASI MEREKA SENDIRI. BUKAN MAHATHIR YG TERSUNGKUR TAPI INSAN INSAN DURJANA YG MENERIMA HUKUM KARMA DARI ALLAH SWT.


Farihah Ahmad"takut pada Allah, atau sekurang-kurangnya malu pada malaikat"
suka saya dengan statement saudari yg ni...
Ummi tentu masih ingat pada perbicaraan anwar yang dulu ada seorang lelaki yang bernama Norazman Abdullah @Baginda telah mengaku mengadakan hubungan seks dengan saudari di London.

soalan saya : kenapa pihak berkuasa agama tidak mengambil tindakan ke atas pengakuan tersebut???

adakah ini sikap yg menunjukkan bahawa saudari, "TAKUT PADA ALLAH,ATAU SEKURANG-KURANGNYA MALU PADA MALAIKAT"??

saudari Ummi tentu masih ingat kes saman saudari terhadap Bacaria mengenai isu 'Bacaria yg menuduh saudari telah berkahwin....dan saudari mendakwa MALU BESAR..’
Saudari telah menang saman RM150K dalam kes Bacaria ini...

TAPI yg HAIRANnya kenapa saudari tak pula menyaman Baginda ?? kalau hendak diikutkan, pengakuan dan dakwaan Baginda(4) itu LEBIH SERIUS dan AMAT MEMALUKAN...
hehe, inikah yg dikatakan,
"TAKUT PADA ALLAH,ATAU SEKURANG-KURANGNYA MALU PADA MALAIKAT"??

Amat bersimpati dengan nasib saudari yg cukup menyedihkan apabila kaum keluarga saudari sendiri seolah-olah menganggap saudari tidak 'relevan' lagi sebagai anak ALI.

*cakap biar serupa bikin~


Ummi HafildaSoalan terakhir dari farihah hubungan seks dgn si Iban Baginda rakyat Sarawak. Itulah kata saudari ni tak banyak membaca hanya kutip kutip cerita dari insan insan puaka, gambar saya pernah keluar di Mingguan Malaysia melakukan sumpah laknat dengan menjunjung alQuran akan saya titipkan dalam blog saya nanti gambar tersebut bersumpah dengan nama Allah dan rasul bahawa saya tidak pernah melakukan zina atau apa pun hubungan seks dengan beliau dan rela dilaknat allah sekiranya saya berbohong.

Mengikut Islam sekiranya kita menipu dalam sumpah laknat Allah tidak akan melambatkan walau sesaat pun bila cukup haul yakni tempoh selepas setahun tapi dah lebih 10 tahun saya masih sihat alhamdulilah dalam rahmat Allah sentiasa dan sering dihantar orang orang yg baik menjadi sahabat saya. Tak de pulak bala atau serangan dari semua arah mcm dia dan azmin dok hadapi sampaikan kumpulan orang-orang India yg dianak tirikan dan ditipu dalam parti pun dah berkumpul beratus orang menyerang mereka melalui demonstrasi. HARI NI LAGI DAHSYAT LETUPAN GUNUNG BERAPI DEK MAKLUMAT WIKILEAKS NAK LARI MANA LAGI, TERBANGLAH IKUT RAJA PETRA NYAH KAMU BERDUA DARI SINI BUAT MALU BANGSA JE ORANG MELAYU TAK DE JAHAT MCM TU.

Farihah bertanya lagi kalau saya boleh saman karangkraf kenapa saya tak saman Baginda, tu lah kata saudari memang tak banyak membaca, saya telah buat lapuran polis mengenai fitnah yg dahsyat itu di bawah fitnah jenayah, kerana bagi saya kalau saman pun tak guna bukan dia berduit setakat jadi driver dan pecacai Datuk Sng kawan baik Azmin n Anwar so saya nak dia ke penjara di atas fitnah yg dasyat tu, tapi malangnya mungkin pihak polis lebih banyak menumpukan kes yang lebih penting ketika itu iaitu segala pertuduhan dahsyat ke atas anwar maka kes baginda tergantung, namun saya masih berharap pihak polis akan membuka fail semula.

Saya harap bekas peguam fanatik Anwar, Zulkifli Nordin dapat memberi bukti tentang katanya Baginda si driver telah di beri imbuhan tanah di Selangor dan di lantik menjadi chairman, saya ingin tau kebenaran cerita itu dan lihat bukti tersebut, inshaalah Allah izinkan.

Zul juga yg membuka pekong bahawa orang yg sama telah mengaku murtad dan keluar dari Islam dan memberi makan babi kepada anaknya, di mana telah menjadi isu panas baru baru ni ketika budak itu dipukul oleh guru kerana makan babi.

So masyarakat nilaikan lah orang yg amat rendah nilai hidup boleh ngaku murtad boleh makan babi so apa masalah setakat nak mengaku oh saya dah tido dengan sipolan sipolan kalau imbuhannya cukup lumayan.

Sebenarnya yg mengamalkan kerja kotor upah mengupah ni dan teori kotor konspirasi adalah Anwar dan Azmin, mereka buat sebab tu mereka sering tuduh orang lain mereka yg melacurkan diri dan parti sebab tu mereka tuduh orang lain pelacur dan sanggup bawak saksi palsu ke mahkamah kan itu semua termasuk dalam 7 dosa besar mengemukan saksi palsu atau menjadi saksi palsu sehinggakan adik sendiri pun dizalimi semata mata menutup kemungkaran diri, isteri dan bos munafiknya.

Berat betul dosa dosa si Azmin ni tak taulah macam mana dia nak mati nanti kalau masih tak bertaubat atau mohon maaf pada orang orang yg dizalimi mcm Tun, mcm saya, mcm Saiful, mcm pm tak taulah buah pinggang dia pun dah dibuang satu sebab terlampau banyak makan rezeki haram rezeki kotor rezeki lendir rezeki rasuah, so lu pikirlah sendiri.

Hidup tak tenteram sentiasa ada musuh baru mcm cendawan tumbuh mengasak mereka walau duit kocek penuh melimpah ruah tapi tiada keberkatan hidup dan ketenangan hidup. Muka pun makin hari makin macam puaka, orang lain yg dituduh jahat ada jugak Nur di wajah so renung renungkan lah.

Namun saya tak mudah lemah atas sebarang kemungkinan fitnah yg baru yg akan muncul, kerana saya percaya dan yakin hamba yg benar sentiasa diberi lindungan oleh Allah apatah lagi apa yg saya buat adalah jihad kepada agama, bangsa dan negara.Yang busuk tetap akan berbau walau macam mana pun kita cuba menutupinya.Letih lah jawab soalan soalan fitnah ni, tapi saya perlu membersihkan nama wajib dalam islam kalau tak rasulululah tak pergi berperang bila hak orang islam dirampas atau kepala dipijak atau hati ditoreh melampau sangat.

Kita manusia ada perasaan dah lama sangat bersabar ingatkan dia nak bertaubat dan balik ke pangkal jalan bila saya diam seribu bahasa rupanya lagi setan. So marilah kita semua yg dah diberi hidayah dan petunjuk perangi mereka habis habisan sebelum bumi bertuah ini terlepas ketangan pengkhianat -pengkhianat negara yg rakus dek nafsu durjana kerana wang dan kuasa telah menghantui mereka.

Ok lah setakat ini lembaran jawapan harap yg budiman dapat menerima seadanya. Maklumlah saya manusia biasa bukan maksom kalau tersalah bahasa dan gaya itulah saya tak plastik tak reti nak hipokrit.Kalau yg masih menyampah tak pe lah namun saya yakin lebih ramai yg menyokong perjuangan saya dari terus menganyang saya. Apa pun yg baik dari Allah yg buruk dari manusia , Allah tak pernah zalim pada hambanya namun hambanyalah yg menzalimi diri sendiri.

Assalammualaikum. Ramai ramai kita buat solat hajat supaya kebenaran timbul. amin


Sila click image untuk ke blog mereka berdua

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP