Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, February 27, 2011

'Saya Tidak Minta Dilahirkan Sebagai Melayu' - Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir berkata Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam.

Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

"Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.

Mengenai Islam yang diperjuangkannya, Nik Aziz berkata ia adalah Islam sederhana yang diletak di tempat yang tinggi dan menentang tindakan melampau yang bertentangan dengan agama.

Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar untuk mengembalikan Islam sebenar sebagaimana air yang mengalir dari hulu sungai tidak sama dengan air di muara.

"Setelah mengalir jauh, pastinya melalui pelbagai rintangan, sampah sarap dan pelbagai kekotoran, untuk minum (air di muara) kena tapis dulu, kita kena rebus (masak) dulu," jelasnya.

KOTA BAHARU, 27 Feb (Bernama)

Putar Belit Nik Aziz Pecah Belah Umat Islam Malaysia

Mudir Pondok Saa’adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang menyeru semua pihak menyokong sepenuhnya usah-usaha ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau kesal seruan perpaduan umat Islam selaras perintah Allah S.W.T. tidak diendahkan, malah ditolak sesetengah yang melaungkan slogan Islam.

Beliau berkata, memandangkan kedudukan Melayu dan umat Islam hari ini, langkah ke arah berkenaan amat perlu untuk meninggikan syiar dan mempertahankan kedaulatan Islam.

“Hari ini kita tengok bagaimana bangsa-bangsa lain telah menjadi kuat akibat perpecahan yang berlaku sesama kita. Jadi perpecahan yang berlaku disebabkan oleh parti-parti yang gilakan kuasa dan dunia tidak memperdulikan persaudaraan sesama Islam.

“Perpecahan ini kita boleh katakan bermula pada tahun 1963, apabila berlaku bibit perpecahan antara UMNO dan Pas yang mana Pas telah mengkafirkan orang UMNO apabila parti itu bekerjasama dengan MCA yang dianggap kafir.

“Namun hari ini, Pas telah menjadi sebaliknya dengan bekerjasama pula dengan orang kafir. Apakah gelaran yang patut kita berikan. Apakah enam kali kafir?” soalnya.

Ustaz Zainal seterusnya menempelak Nik Aziz yang sanggup memecahbelahkan umat Islam dengan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran.

“Tetapi Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap untuk menyerang orang Islam. Ini terang-terangan tidak ada di dalam nas. Terang-terangan tidak boleh menggunakan orang kafir untuk menyerang orang Islam,” kata Mudir Pondok Saa’adah Ad-Dhaghari, Geting, Ustaz Zainal Abidin Awang.“

Jadi kerana Nik Aziz mahukan mengikut iktiqad beliau, dan supaya mendapat kekayaan dunia, akhirnya beliau sanggup memecahbelahkan umat Islam. Maka ketika itu, pada tahun 1963 bermulalah detik perpecahan yang amat kuat sehingga tidak makan penyembelihan orang UMNO dan sebagainya.

“Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pendirian Dap sekarang kerana mereka berubah sikap dan sanggup bekerjasama Pas asalkan Pas tidak mendirikan negara Islam.

“Nik Aziz juga berkata kepada Dap pada ketika itu bukan sahaja dalam manifesto, malah dalam perlembagaan Pas sendiri pun memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam. Nilailah siapa sebenarnya Nik Aziz,” katanya.

Ustaz Zainal seterusnya berkata, Pas terlalu banyak memutarbelit ayat-ayat Allah S.W.T sepertimana mereka menyamakan kerjasama antara Pas dengan Dap seumpama Perjanjian Hudaibiyyah
.

“Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap pada 1999 kononnya dengan berlandaskan Perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dengan penduduk kafir. Pada waktu itu, Nabi bersefahaman dengan kafir supaya negara tidak menjadi kacau bilau dan bukannya Nabi bersama dengan orang kafir untuk menyerang kaum Ansar dan Muhajirin.

“Tetapi Pas telah ‘bertahallur’ dengan Dap untuk menyerang orang Islam. Ini terang-terangan tidak ada di dalam nas. Terang-terangan tidak boleh menggunakan orang kafir untuk menyerang orang Islam,” katanya.


Monday, February 21, 2011

Anwar Ibrahim mengaku dia terlibat dengan perbuatan liwat di ceramah umum

Kalau korang dengar... dahsyat bai Anwar punya temberang semalam.. Dari cerita dalam negara, sampailah cerita luar negara semua dia kencing bersemburrrr.. Gua punyalah tepuk tangan pasal seronok. Bukan gua seronok dengar cerita tipu Anwar tu bai.., tapi gua seronok tengok pecacai-pecacai Pakatan kena kencing sampai kuyup... Hahahaha...

"Kalau saya tawan Putrajaya..., pukul 12 tengah hari harga minyak petrol akan turunnnnnn"... Masa ni lah gua tepuk tangan paling kuat pasal gua suka tengok pengikut Pakatan semua terlompat-lompat. Bukan main seronok dorang terjerit-jerit bertake beer dan ber reformasi.

Dan tak sah kalau Anwar tak cerita pasal kes liwat dia yang popular tu kann... Semalam Anwar kata, sepatutnya kes dia dah selesai dan mahkamah patut buang saja kes liwat tu.. Dia kata macam tu pasal katanya doktor pakar hanya sahkan dia buat cubaan nak meliwat sajaa.., bukannya liwat lagi punnnn.... Hahahaha...

Tapi kalau ada cubaan nak meliwat sekalipun... kira betullah Anwar ni kaki sondol bontot jantan kann..??
So, macam mana lah puak-puak bangang Pakatan tak boleh nak sedar lagi benda ni..? Memang lemau betullah otak dorang semua...

Catatan oleh : Che Wan

Friday, February 18, 2011

Saya juga menentang ISA

Penerangan yang jelas lagi terpeninci yang diberikan oleh Tun Hanif Omar (bekas Ketua Polis Negara 1974 - 1994) berkenaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Operasi Lalang pada tahun 1987 yang kini dibangkitkan semula oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Dengar baik-baik apa yang diperkatakan oleh Tun Hanif ini mengenai ISA dan Operasi Lalang ini dalam video di bawah dengan ehsan sdra. minaq jingo.

Juga video-video yang melibatkan Sdra. Chandra Muzafar dan YB. Ibrahim Ali, kedua-duanya merupakan bekas tahanan ISA di bawah OPS Lalang itu.

Sila rujuk "Kertas Perintah 14 Tahun 1988 - Ke Arah Memelihara Keselamatan Negara" yang dibentangkan di Parlimen berkaitan Operasi Lalang berkenaan.

Untuk mengetahui Undang-undang ISA, sila klik di bawah:-
Internal Security Act 1960 (Act 82)
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82)



Wednesday, February 16, 2011

Jawapan Dr. Mahathir kepada Nik Aziz

1.      Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2.      Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3.      Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4.      Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5.      Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6.      Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7.      Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8.      Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9.      Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10.      Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11.      Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12.      Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13.      Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14.      Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15.      Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16.      Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17.     Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18.      Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19.      Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20.      Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21.      Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22.      Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23.      Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24.      Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25.      Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26.      Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27.      Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28.      Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29.      Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30.      Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31.      Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32.      Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33.      Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34.      UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35.      Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36.      PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37.      Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38.      Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39.      Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40.      Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41.      Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42.      Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43.      Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44.      Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45.      Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46.      Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47.      Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48.      Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49.      Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50.      Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

By: Dr. Mahathir Mohamad

By Dr Syed Alwi Ahmad - February 16, 2011 1:58 PM

Assalamualaikum wr wb,

Kepada Tun Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz (Ayah Cik),

Saya sebagai seorang saintis (ahli fiziks) dan guru - amat bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir. Tak cukup dengan hanya melaung slogan Islam dan Hudud - kerana tak mungkin tamadun Islam boleh di bangunkan tanpa mengukuhkan ekonomi serta berteknologi tinggi.

Dalam suasana masyarakat majmuk ASEAN, kita harus akur bahawa kaum bukan Islam tidak mahukan suasana iklim sosial yang mereka anggap adalah terlalu Islamik.

Maka itu harus ada kompromi dan itulah yang di perjuangkan UMNO dan BN selama ini. Namun saya mengakui bahawa pemerintahan BN ada kelemahannya seperti isu rasuah. Tapi secara keseluruhan nya, pemerintahan BN boleh di kata kan amat adil.

Lihat sahaja di Singapura. Saya rakyat Singapura. Konon nya ada meritokrasi. Apakah meritokrasi itu boleh di laksanakan secara adil jika tiada "level playing field" ? Yang kaya mampu tuisyen yang mahal mahal - tapi apa nasib mereka yang kurang berkemampuan ?

Wahai Tok Guru (Ayah Cik) - usah was-was, usah ragu-ragu. Niat UMNO dan BN memang baik dan saya sebagai rakyat Singapura senantiasa berdoa agar PAS dan UMNO bersatu hati.

Kepada kaum Melayu Malaysia - sokongilah perjuangan UMNO serta pujuklah PAS untuk bersatu hati dengan UMNO.

Ingat - perpaduan Ummah adalah lebih penting dari ego sesiapa. Diri kita tak penting. Yang penting ialah perpaduan Ummah dan masadepan anak anak kita.

Wassalam
Dr Syed Alwi Bin Ahmad (Alsree)

Monday, February 14, 2011

Menjawab fitnah Nik Aziz terhadap Tun Dr. Mahathir

Tulisan ini adalah menjawab komen Nik Aziz di dalam Harakah "Tun Dr. Mahathir Mudah Lupa'

Oleh : LUKMAN MOIDIN

Saya tertarik mengulas jawapan balas Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz di dalam akhbar Harakah bil 1612 tentang Isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Dr. Mahathir.

Jawapan balas dan persoalan ini saya kemukakan bagi penilaian kita atau sesiapa sahaja yang masih mahu berfikir secara rasional berasaskan fakta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu ‘berdendam’ dan banyak mempersoalkan ‘keIslaman’ UMNO dan Tun Dr. Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah ‘bertanggungjawab’ ‘menyebarkan Islam’ melalui PAS dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan ‘berasa selamat’ di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Dr. Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau lupa bahawa parti yang beliau ‘anuti’ itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui ‘kelulusan’ kerajaan kafir nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan yahudi dan nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan senjata kafir ini adalah membenarkan PAS ditubuhkan.

Apakah benar Islam itu PAS, dan PAS itu Islam ? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli PAS, datuk atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman PAS. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman PAS ?

Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan, belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan PAS apabila DSAI dipecat. Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat ‘hidayah’ dan menyokong PAS termasuklah penulis. Apakah nasib kami yang pernah menyokong PAS dan akhirnya ‘keluar’ atau ‘murtad’ dari menyokong PAS di hari kiamat?. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai PAS ?

Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100% kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa ‘banyak kepincangan’ di lakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam PAS. Seperti mana PAS juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang ‘kecewa dan marah’ pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong PAS juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan. Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa PAS pula tidak boleh? Maksum sangatkah PAS hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.

Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Tun Dr. Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Baharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan “Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai”.

Merupakan fakta yang terlalu jelas (buta kayu kalau tak nampak lagi), usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, sistem takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Dr Tun Dr. Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita. Tun Dr. Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura (talibarut yahudi di rantau ini). Kerana itu mereka ‘mendekati’ Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi kelak.

Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara barat hari ini seperti yang DIAKUI oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan ?

Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas
yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Tun Dr. Mahathir. Kebimbangan yahudi dan nasrani terhadap idea untuk mengantikan penggunaan wang kertas dengan Dinar Emas pasti akan menruntuhkan ekonomi mereka dan boleh menyebabkan negara-negara kafir ini menjadi peminta sedekah kepada negara Islam jika idea Tun Tun Dr. Mahathir ini direalisasikan. Lucunya sempat pula Nik Aziz ‘menceduk’ idea ‘syiling emas’ untuk mendapatkan ‘laba’ politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.

Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal. Tentu Nik Aziz mendapat ‘pahala’ kerana disebabkan ‘ideanya’ anak-anak Kelantan terpaksa berhijrah dan membawa pulang rezeki untuk ibu bapa, menyempurnakan hajat menunaikan haji, membayar zakat serta sedekah bagi mendapat keberkatan.

Manakah tangan yang memberi dan manakah tangan yang menerima ? Adakah kerajaan PAS Kelantan mampu mengatakan peluang pekerjaan dan kemakmurkan rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada bumi bertuah ini datang dari perahan idea dan 'tafakur' Nik Aziz selama 20 tahun memikirkan permasalahan rakyat?. Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Tun Dr. Mahathir ?

Nik Aziz juga sempat meminta Tun Tun Dr. Mahathir menyatakan ‘kesalahan’ beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Tun Dr. Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan. Banyak manakah ‘berhala besar’ yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar. Tidak malukah Nik Aziz mengistihar Kelantan sebagai ‘Serambi Mekah’ sedangkan ketika Nabi Ibrahim dipilih oleh Allah SWT sebagai Rasul, baginda telah memecahkan patung berhala di sekitar Kaabah. Peliknya, Nik Aziz pula adalah ulama yang membenarkan patung-patung berhala yang lebih cantik dan lebih besar didirikan di ‘Serambi Mekah’. Banyak manakah pula masjid yang telah PAS Kelantan berjaya dirikan sepanjang pentadbiran Nik Aziz? Bolehkah fakta ini dikemukakan kepada kita? Jika Nik Aziz mempertikaikan kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula mahu tahu dan melihat kesungguhan PAS dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.

Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membukti kepada penulis tentang ‘tong kosong’ yang dipalu oleh PAS Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, KEBERSIHAN yang menjadi ASAS KEIMANAN pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya. Kita selalu digembar-gemburkan tentang bertapa imarahnya dan 'penuhnya' masjid dan pusat pemgajian agama di sana. Justeru semasa di berada di Kota Baharu, penulis berkempatan solat suboh, jumaat, mahgrib dan isyak di beberapa masjid. Hakikatnya adalah sebaliknya dan ianya adalah hampir sama atau lebih kurang sahaja jemaaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan, pandangan serupa ditempat lain dalam negara kita.

Penulis juga turut ‘melawat’ setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor. Malah di sebuah masjid yang terserengam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus. Terbukti dan fakta yang diakui oleh Nik Aziz dalam kuliah mingguannya bahawa beliau kesal dengan tahap kebersihan tandas masjid di Kelantan yang gagal diuruskan olehnya. Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga tonggak dan asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat dibawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun. Itu belum lagi berbagai ‘kes-kes pelik’ dan kes luarbiasa dilakukan oleh rakyat yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mungkin para pembaca boleh menyelak akhbar untuk mendapatkan banyak kisah-kisah sensasi berlaku sepanjang Nik Aziz mentadbir seperti perkahwinan antara ‘perempuan’ dengan perempuan dan lain-lain.

Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Dr Tun Dr. Mahathir kerana ‘kesilapan’ beliau yang belajar dalam ‘bidang kedoktoran’ dan bukannya ‘bidang keagamaan’, juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara. Jika itulah yang ‘dikosmetik’ kepada penampilan Tun maka sudah tentu perpespi penyokong PAS pasti berbeza.

Memang benar seperti kata Tun Tun Dr. Mahathir bahawa jasa yang paling besar yang patut dikenang terhadap Nik Aziz ialah perpecahan yang telah beliau lakukan. Sabda Nabi SAW “Sesiapa yang datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat Islam, sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia”. (riwayat Muslim).

Hadis di atas menyorot kembali penubuhan PAS pada 1951 yang telah menimbulkan bibit-bibit perpecahan umat Islam. Malah PAS sentiasa berusaha dalam sistem demokrasi untuk bertapak di negeri-negeri BN bagi menyemai dasarnya dan memecahkan kesatuan umat Islam dan menggalakkan kita membenci UMNO/BN seperti di dalam ceramah dan akhbar suci mereka Harakah. Doktrin British yang melihat kaedah ini dahulu kini benar-benar berjaya kerana mereka tidak perlu berada di sini untuk menghancurkan kesatuan kita.

Kepada penyokong PAS, tepuk dada tanya iman benarkah Islam itu disebarkan melalui PAS di negara Malaysia ? Lupakah kita banyak penyelewengan dalam agama di lakukan oleh orang-orang agama dan ditutupi oleh bayangan keilmuannya yang menyebabkan kita semua terpesona. Kepada penyokong dan penganut ‘fahaman PAS’, hakikatnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan memberikan ‘hidayah sebenar’ kepada kita. Kalau itu yang kita inginkan lakukan solat Istiqarah minta petunjuk dari Yang Maha Esa,, adakah Nik Aziz dan PAS mewarisi pejuangan yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW ? Adakah akhlak dan tutur kata pemimpin PAS selama ini cukup mulia dalam berbicara sesuai dengan cara Rasullullah SAW. Sejauh mana jasa Nik Aziz dan Kelantan jika sambutan Maulidur Rasul pun tidak menjadi keutamaan dan dipandang sepi, sedangkan kerana Baginda Nabi SAW, manusia seluruh dunia menerima Islam yang sumul dan mengiktiraf sumbangan besar junjungan baginda Nabi SAW. Sedangkan Micheal J Hart pun mengakui kehebatan Rasullulah apalah susah dan berat untuk kerajaan yang mengangkat moto 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah' untuk mengadakan sambutan dan mengingati kelahiran manusia paling agung di dunia.

Al Fatihah untuk Nabi SAW yang menyinari cahaya Islam kepada kita. Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Lukman Moidin
Penulis ialah Perceramah & Aktivis Belia
Email : manjbp70@hotmail.com



Isu Nasionalisme : Jawapan Nik Aziz Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?

Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!


Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Sunday, February 13, 2011

Kes Liwat Kedua Anwar pada 14 Feb. mungkin ditangguh. Baru balik dari Washington. Nak cari MC..! Nak cari MC...!



Anwar : ‘Saya Ada Pilihan Lari Ke Washington Atau Balik Ke Malaysia’

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai dua pilihan sama ada lari dan terus menetap di Washington atau balik semula ke Malaysia untuk menghadapi kes liwat yang bermula pada 14 Februari.

“Satu kaki saya di parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan

“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali (ke Malaysia) tetapi pilihan telah dibuat” kata Anwar ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation pada 10 Februari 2011.

anwaraidc.com

Saturday, February 12, 2011

Demonstrasi Jalanan Di Malaysia Adalah Budaya Anwar Al-Juburi

BUDAYA ANWAR

By: Dr. Mahathir Mohamad

1. Apabila sahaja saya dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1974, maka Anwar Ibrahim pun mula menghasut penuntut universiti untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apa saya sudah lupa.

2. Walaupun Anwar bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak dia memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan dirinya melalui demonstrasi jalanan kerap diguna olehnya. Dianya memuncak apabila disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tiap minggu demonstrasi diadakan.

3. Budaya demonstrasi datang dari luar. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian semasa melawan Malayan Union, orang Melayu berdemonstrasi.

4. Tetapi apabila cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan.

5. Sebabnya ialah orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini demonstrasi adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Barangan jualan terutama makanan sudah disiap dan tidak boleh disimpan. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.

6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat. Kita sedar bahawa pembangunan negara membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.

7. Apabila demonstrasi jalanan diadakan, pelabur sama ada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.

8. Polis terpaksa ambil tindakan. Gas pemedih mata dan belantan diguna. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara jadi buruk. Ini sangat menggembirakan Anwar kerana inilah ceritanya kepada orang luar negeri. Malaysia katanya adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Demonstrasi bukan untuk mengugut kerajaan sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa buruknya Negara sendiri. Secara tidak langsung tujuan demonstrasi ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.

9. Ada negara-negara di mana demonstrasi kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?

10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai.

11. Ada orang di sebelah sana, di Barat yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama mereka adalah seperti Wolfowitz, Cohen dan lain-lain yang menjadi sahabat karib DSAI.

Hosni Mubarak letak jawatan sebagai Presiden Mesir

Presiden Hosni Mubarak telah meletakn jawatan sebagai Presiden Mesir dan seterusnya menyerah pemerintahan Mesir kepada Majlis Angkatan Tentera Mesir.

Kenyataan pihak tentera Mesir pada tengah hari Jumaat menyebut mereka akan memansohkan undang-undang dharurat yang diperkenalkan 30 tahun lepas itu sebaik sahaja "keadaan semasa berakhir".

Pihak tentera Mesir juga memberi jaminan akan meminda Perlembagaan Mesir dan akan mengadakan pemilihan yang adil dan saksama akan dibuat dan menyeru supaya aktiviti perniagaan disambung semula.

Sebahagian besar rakyat Mesir amat tidak berpuas hati dengan kenyataan pihak tentera itu.

Jadi dari hasil demonstrasi besar-besaran oleh sebahagian rakyat itu telah mengundang Mesir kembali diperintah di bawah pemerintahan Tentera. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Thursday, February 10, 2011

Republique de Malaisie Senor Presidente Azmin

Dalam Ceramah dan Sesi Penerangan yang diberikan oleh Ummi Hafilda, Rahimi Osman dan YB Datuk Satim Diman yang diadakan pada malam Rabu 9 Februari 2011 di Jalan Kebun, Kelang, satu pendedahan terbaru dan serius telah dibuat oleh Ummi Hafilda tentang cita-cita besar Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga abang kandungnya bahawa sekiranya PKR berkuasa di Malaysia Azmin akan menjadikan Malaysia ini sebuah negara Republik.

Azmin seterusnya akan melantik dirinya sebagai Presiden di samping menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri.

Bila disebut negara republik umum mengetahui sistem Kerajaan republik itu tanpa peranan Raja dan Sultan-sultan Melayu lagi, seperti yang telah berlaku di Indonesia, Mesir dan negara-negara lain di dunia ini yang mana hanya Presiden sahaja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan negara.

Jadi di Malaysia ini Azmin bercadang akan menyahkan Raja/Sultan Melayu kerana menurut beliau, mereka banyak menghabiskan wang.

Ikuti rakaman video Free Malaysia Today ini dan juga rencana dari anwaraidc


Tuesday, February 8, 2011

Anwar Ibrahim gila sex - Di siang hari bulan Ramadan pun terus berzina dan meliwat

Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:-

"Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipanggil oleh polis termasuklah Kak Long ku, Kak Lang ku, saksi-saksi yg lain macam Azizan, Laila isteri orang, Samsidar Taharin, Raju driver Nalla, dan semua mangsa seks dia dan mangsa liwat dia.

Yang paling aku tak boleh terima salah satu keterangan dari seorang mangsa seks dia. Perempuan tu berkata, dia main dengan Anwar dalam bulan puasa pukul 5.30 petang. Dah lah berzina di bulan Ramadan dan belum waktu berbuka, sehingga waktu magrib, so Anwar terus berkata, "oh sorry, I have to rush for my Tarawikh".



Astarafilulahhilazim apa punya setan, apa punya dajjal, apa punya pelesit. Dah lah bulan mulia dinodai, dengan tak mandi hadas, kononya nak tunjuk yg dia tak tinggal tarawikh, sanggup dia mempersendakan Allah mcm kawan-kawan dia saje. Takut kita dengar.

Sebab itulah Allah humban dia ke lembah hina dipenjara supaya dia bertaubat, namun sedikit pun tidak memberi pengajaran kepadanya. Apalah nak jadi, dia tak kesian ke kepada arwah bondanya Mak Yan, tersiksa di dalam kubur dengan perbuatan anak yg durjana.

Raju, driver nalla juga mengesahkan dia yg membelikan kondom, dia yg mengemas bilik, menyalin cadar, membuang tisu dan segala keperluan disediakan untuk Anwar sebelum projek dan selepas projek kepada pihak polis, pening aku mendengarnya. Raju juga mengesahkan ...ITU BOSS (ANWAR) BANYAK SAYANG ITU PEREMPUAN, MAKNANYA SAMSIDAR.

Saya masih ingat kata-kata Azizan kepada ASP Roduan, Anwar satu satunya manusia yg dia pernah jumpa yg tidak takut langsung kepada Allah swt. Lepas sembahyang maghrib, bagi salam kiri kanan, dia terus suruh Azizan tonggeng untuk dia melliwat.

Bila Azizan tanya apa ni boss, baru lepas solat, dia kata tak pe, tuhan tu maha pengampun maha penyayang. Nanti ambik wuduk gugurlah semua dosa.


Senang-senang je dia buat fatwa sendiri. Dosa gugur tu kalau dosa kecil, bukan dosa menjubur. Kan nabi tak nagku umat, tak de kerak neraka nak terima, hai mazhab apalah dia ni agaknya. Tak pernah aku jumpa seumur hidup manusia keji dan jahat mcm ni. Macam mana lah detik kejadian dia dulu, pelik dgn bini orang dia tibai, jantan, mat jambu dia ghairah.

Duit Bank Negara dia kebas berbillion ringgit sampai timbalan gabenor Dato Murad tak pasal pasal masuk penjara kerana ikut arahan dia, tak ke aniaya orang?? Dengan Yahudi dia bersekongkol untuk jatuhkan negara islam yg aman damai.

Dengan Tun M dia khianat dan fitnah, dengan negara dia huru harakan, dengan orang Islam dia pecah belahkan. Itu tak termasuk pulak kejadian-kejadian ngeri yg terjadi yg melibatkan nyawa melayang. Saya tak tuduh tapi pelik kenapa kereta Azizan dilanggar lari sampai bini dan anak yg sarat dlm kandungan terkeluar dan mati ditempat kejadian????

Kenapa isteri Dato Aziz Samsudin juga meninggal kemalangan, kereta Merz saya dibakar, peluru beberapa kali dihantar ke pejabat saya. Kepala kucing dihantar didepan rumah, bom jangka diletak di tempat saya berceramah tahun 1999, kenapa kenapa?????

Ya Allah berilah kami jawapan. Datanglah pertolongan di luar batasan kami yg ajaib untuk menentang pengkhianat-pengkhianat negara ini. Kami tiada daya Ya allah, kami tiada kekuatan, kecuali dengan izin mu Ya Allah bagi meneruskan perjuangan ini semoga hamba mu yg munafik ini diharamkan sama sekali dari menjadi pemimpin kami Ya Allah. Makbulkan doa kami lah dengan segera, amin ya rob bal alamin"

MM: Anwar Ibrahim atau Azmin Ali sekali-kali tidak akan berani menyaman malu Ummi Hafilda atas 'pembohongan' ini.
.

Sunday, February 6, 2011

Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya membawa pulang pelajar-pelajar dari Mesir!

Ketika rakyat dan kerajaan sibuk mahu membawa pelajar Malaysia di Mesir pulang, seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari sana mempunyai pendapat yang berlainan.

Bagi beliau, mereka tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri.

"Bagaimana dengan barangan mereka di sana dan apa pandangan penduduk sana yang melihat kita mahu bersama dengan mereka dalam keadaan aman tetapi lari ketika susah," kata Editor Kanan PTS Islamika, Ustaz Rohidzir Rais, 36 yang baru pulang dari sana.

Beliau lebih bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang menghantar wakil ke sana dan membekalkan wang untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah.

Beliau mempersalahkan media tempatan kerana membesar-besarkan sesuatu isu yang tidak pun berlaku seperti pelajar wanita dirogol, kematian yang sebenarnya telah berlaku sebulan lalu dan tidak cukup makanan selain roti.

Rohidzir yang baharu pulang ke tanah air dua hari lalu selepas seminggu terperangkap di dalam suasana demontrasi di Kaherah, tindakan media itu sangat melampau.

"Media dengan maksud tertentu menimbulkan suasana resah perasaan di kalangan ibu bapa yang setiap hari dihidangkan dengan kejadian yang seolah-olahnya anak-anak mereka akan diperapa-apakan oleh keadaan di Mesir.

"Sedangkan pengalaman seminggu saya di sana, kami boleh tidur lena hingga 10 jam kerana langsung tidak terasa apa-apa melainkan sedikit sahaja, malah penduduk tempatan pula bersedia melindungi rakyat Malaysia.

"Ibu bapa yang kelam kabut dengan suasana tidak menentu yang dibangkitkan oleh pihak media dengan sajian berita menakutkan setiap hari lantas mereka mendesak pihak berwajib untuk bawa pulang pelajar," jelasnya.

Tambahnya, jika media memaparkan makanan yang ada roti sahaja tiada nasi dan sebagainya seperti makanan Malaysia, itu sesuatu yang sangat lucu kerana memang orang Arab makan roti yang merupakan makanan asasi mereka.

Makanan seperti beras masih ada walaupun dalam jumlah berkurangan dari biasa dan harga sedikit bertambah dari sebelumnya namun pelajar-pelajar itu masih mampu meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pulang asalkan mereka mengikut arahan pegawai negara ini yang bertugas di sana, ujarnya.

Rohidzir ditemui di pinggir ibu kota selepas sehari pulang ke Malaysia namun kelihatan gembira dengan peristiwa ini meskipun terperangkap selama seminggu di sana kerana pengalaman ini baginya, sangat bernilai.

Beliau dan Imran Azmi, juga Editor Kanan Islamika, dalam rangka menghadiri Pesta Buku Kaherah yang terbesar di dunia Arab yang dijadualkan bermula pada 26 Januari lalu dalam usahanya mencari buku-buku terkenal Mesir untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Memang ketika hendak pergi, kami sudah tahu tentang kebangkitan rakyat itu tetapi kerana sudah berpengalaman bahawa ia tidak lama kerana memang Mesir adalah negara demontrasi; kami tidak menjangkakan mereka akan berhimpun melebihi 2 juta di Tahrir Square (Dataran Merdeka).

"Sesampainya kami di Dataran Merdeka langsung terperangkap di tengah-tengah suasana demontrasi (muzaharat) dan sempat juga mengambil gambar-gambar menarik untuk titipan sejarah ke dalam bentuk buku.

"Niat hati ketika datang untuk meninjau tempat bersejarah kerana empat tahun ketika belajar dahulu, tidak berkesempatan berbuat demikian, rupanya kami terlibat secara tidak langsung di dalam senario mencipta sejarah baru," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, keputusan Kerajaan Malaysia disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah.

Rohidzir yang berpengalaman selama empat tahun (1998 - 2002) belajar di negara itu berpendapat, sewajarnya rakyat Malaysia tidak perlu dibawa pulang
.

"Kita dilihat sebagai hanya mementingkan diri sendiri sahaja atau selfish kerana hanya sanggup tinggal di sana ketika senang dan meninggalkannya ketika mereka ditimpa bencana," jelasnya.

Kedudukan tempat tinggal pelajar negara ini, ujarnya, agak jauh dalam beberapa jam perjalanan kereta dan apa yang berlaku di Kaherah seperti dentuman, tidak pun didengari oleh pelajar.

Dalam pada itu, Rohidzir turut membayangkan, jika pun semua pelajar berjaya dibawa pulang dengan selamat, bagaimana keselamatan peralatan belajar mereka yang ditinggal sementara seperti kitab-kitab yang banyak dan kandungan komputer sangat berharga.

Setelah aman, ujarnya, pelajar-pelajar akan datang semula ke Mesir dengan kos siapa pula dan banyak lagi perkembangan negatif yang bakal berlaku ekoran tindakan kurang tepat yang diambil oleh pihak berwajib.

Sementara itu, beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.

Rohidzir bagaimanapun melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana selamat pulang dengan membawa perjanjian hakmilik buku dengan penerbit terbesar negara Arab, Darus-Salam.


Sumber : harakahdaily

Sunday February 6, 2011
PM and wife’s personal ties a big help

KUALA LUMPUR: The Saudi Arabian government has granted unlimited flight access to Malaysia to airlift its citizens from Egypt to Jeddah – a rare move made possible due to the close personal relationship between Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife Datin Seri Rosmah Mansor with the Saudi Royal House.

“I am very happy with the Saudi authorities for granting us all sorts of special concessions in the airlifting of our citizens,” said Najib in an interview here yesterday. “They have told us that we can mount as many flights as we need in the rescue mission.

“This is a rare privilege, mostly because of the close personal ties my wife and I have with King Abdullah Abdul Aziz and his family,” he added.

The Saudi government had granted blanket visas to all those evacuated from Egypt as well as landing rights for the eight RMAF, Malaysia Airlines and AirAsia aircraft taking part in the evacuation exercise.

Najib said that when faced with such a crisis, it was diplomatically acceptable for both private and official channels to be used to ensure the rescue operation was successful.

“It is fortunate that we enjoy such a good relationship with the Saudi royal family. I was actually awakened at 2.30am on Thursday by a call from Saudi Arabia confirming the various special concessions for our airlift.

“I think it takes a very special friendship to work until so late to solve someone else’s problem and then to call someone at that hour to tell them about the blanket approval.”

Rosmah said she had also made some calls because she could not stand by and watch the students suffer “as some of them had nothing to eat”.

“As a mother, how could I not act? I feel for all the mothers whose children are studying there. I am glad I could help.

“Some of the Malaysian officials, aware of my Saudi connections, also asked me to assist. My husband was busy so that was why I helped,” she said.

“I could not afford to take any risk by waiting as every minute matters in a situation like this. Waiting a minute could cost lives. That’s why I made the call to the Saudis,” she said.

“Of course, I reported to him (Najib) what I did later.”

Sumber : thestar.com.my

Saturday, February 5, 2011

Hal Ehwal Mesir - Mengapa PAS harus campur tangan???

Antara mereka yang berarak ke kedutaan Amerika ialah exco Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor, yang menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika yang menyokong kerajaan Mubarak.

Pemimpin lainnya termasuk ahli parlimen PAS Kubang Krian, Salahuddin Ayub; ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu dan ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Friday, February 4, 2011

sajak untuk NIK AZIZ

Nik Aziz..tok guru
pejuang islam sebenar
kaya dengan fatwa
"Allah itu maha samseng"
"Allah itu maha mencarut"
"Allah maha sombong"

Nik Aziz pemimpin serambi mekah
siapa sokong Pas masuk surga
undi pas 3 kali dapat pahala haji
tak undi pas adalah orang jahiliah
masuk neraka

tok guru NIK AZIZ
pembawa pepecahan umat
perosak akidah islam
mendapat wahyu syaitan sesiapa saja yg menentang Pas dosa
masuk pas dijanjikan surga

Nik Aziz kata umno kafir sebab
umno berkawan dengan parti kafir

Nik Aziz sesumpah
fatwamu mengelirukan ummat
berubah mengikut musim
pengikutmu kiang hanyut
diperdaya syaitan dan konco koncomu

Nik Aziz yang amat alim
tak makan kendiri orang umno kawin
tapi boleh saja kenduri lim lee dan singh
nik aziz orang suci
tak sah nikah dengan orang umno
tak sah sembahyang pakai imam umno
tapi berzina dengan bini orang
tak mengapa, pas ampun belaka
tuhan nik aziz boleh mengampunkan dosa

wahai tok guru PAS
bagilah fatwa fatwamu jangan jemu
katakan pada pengikutmu
najismu halal dimakan
kencing singh boleh diminum
atau kinzir boleh dibela
sebab mereka pejuang pas
depan belakang sama sahaja
asal saja undi pas
undi pas masuk sunga
walaupun tak sembahyang tak puasa
undi pas masuk surga...

Nik Aziz
hari ini, peluk peluk cium tuan karpal, tabik tuan karpal!!
mungkin karpal pun masuk surga
kerana nik aziz dah berlagak tuhan
boleh menhapus dosa manusia

wahai pengikut nik aziz
makanlah najis nik aziz
mungkin ada berkatnya
buat memanjangkan nyawa
bagi meneruskan perjuangsan

marilah sholat perdana
marilah doa perdana
biar pecah peruk orang umno
ajarlah pada tuhan
macam mana cara nak hapus umno...
supaya dapat ke putra jaya

NIK AZIZ HARUS BERTAUBAT


Oleh : Anonymous

Thursday, February 3, 2011

Di manakah usaha PAS & PKR bagi membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir?

Ramai yang susah hati dan juga bimbangkan keselamatan para pelajar kita di Mesir. Ini kerana Mesir kini sedang dilanda pergolakan akibat dari pentadbiran dalaman mereka sendiri. Tapi, syukurlah pemimpin-pemimpin negara kita amat prihatin dan berusaha sepenuhnya bagi membantu menyelamatkan kesemua para pelajar kita.

Untuk menguruskan 11,000 pelajar-pelajar Malaysia (4,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 7,000 pelajar lagi dalam bidang agama) yang dalam kesusahan di luar negara seperti di Mesir ini, ia bukan satu perkara yang mudah. Ini satu tugas yang perlukan kesabaran dan tindakan amat teliti dari Kerajaan Malaysia.

Tetapi, di manakah usaha dan juga tindakan pihak pembangkang terutamanya dari Nik Aziz, Anwar dan lain-lain di dalam isu pelajar kita di Mesir ini? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih pada pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang mengatur usaha penyelamat. Pemimpin-pemimpin pembangkang hanya pandai bersuara "segerakan selamat pelajar Malaysia' di mana pada hakikatnya sebahagian pelajar-pelajar anak pembangkang di Malaysia ini turut dalam terlibat dalam demonstrasi di Mesir itu dan ada pula yang mengalami kecederaan.

Lagipun, dikhabarkan hampir kebanyakan pelajar di sana adalah terdiri dari golongan yang pro pembangkang. Ini menguatkan lagi tanggung jawab parti-parti pembangkang untuk bersyukur dan membantu kerajaan di dalam usaha menyelamat.

Jangan hanya asyik nak mendoakan bala dan sibuk mengumpulkan rakyat untuk berdemonstrasi mendesak Presiden Mesir untuk meletak jawatan. Ini bukan masanya untuk tunjukkan kebangangan berpolitik, tetapi sebaliknya adalah masa untuk berkerja demi kesejahteraan rakyat.

Seperti sudah menjadi satu tradisi, pihak pembangkang hanya tahu menunggu kesilapan dan juga kelemahan pihak kerajaan. Ini semua bagi memenuhi agenda politik mereka untuk mengutuk dan memperlekehkan setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Rakyat kini sudah bijak menilai. Rakyat kini sudah mampu membezakan pemimpin manakah yang tahu buat kerja dan yang mana yang hanya tahu bercakap sahaja. Kerajaan Barisan Nasional kini berusaha bersungguh-sungguh untuk selamatkan setiap individu warga negara Malaysia di Mesir.

Sedangkan pihak Pakatan hanya tahu menyalak tanpa melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Apatah lagi untuk mententeramkan kerisauan keluarga pelajar-pelajar kita yang sedang bimbang tentang nasib anak-anak mereka.

Inilah bezanya di antara pemimpin yang tahu buat kerja dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja. Pemimpin kerajaan sudah memikirkan mencari strategi dan cara untuk mengeluarkan serta memindahkan warga Malaysia. Pihak pembangkang pula sibuk bertungkus lumus mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi.

Jika diteliti, adakah dengan cara berdemonstrasi seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan akan mampu menyelamatkan para pelajar kita di Mesir?

Bukti sudah jelas didepan mata yang pemimpin-pemimpin Pakatan langsung tak tahu berfikir untuk buat kerja. Yang mereka tahu hanyalah untuk menambahkan kesusahan yang ada didalam negara.

Sebab itulah mereka-mereka ini tidak pernah diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin utama didalam negara. Puak-puak ini akan hanya membawa kemusnahan jika diberikan kuasa pada mereka. Lihat sahaja contoh dibeberapa negeri yang mereka tadbir sekarang sebagai renungan.


Oleh:Pak Long


Fatimah Zuhri - Update dari Cairo : Sedih...have warned and told them jgn keluar waktu curfew. jgn sertai demo tapi ada juga yg degil. La ni pljr Malaysia dipdg tinggi oleh both sides (pro Mubarak n anti Mubarak). Bila u join demo anti-Mubarak, u buat pljr Malaysia yg lain, yg x tahu apa2 menjadi mangsa pihak pro-Mubarak! Susah sgt ke nak phm? :-( this is not ur fight! This is egyptian internal affair)
ada yg kena tembakan peluru getah...lol
lantak la. lol...
sape suruh cari pasal?

Fatimah Zuhri - Update from cairo : STUDENTS IN EGYPT - If you are chatting with friends from Egypt yg baru dpt online OR if you are that student in Egypt yg baru masuk FB, please go and LIKE the page by Global Medic Network (GMN). Global Medic Network akan work with Wisma Putra and Team di Mesir untuk uruskan proses penghantaran anda ke Jeddah. Please sebarkan!!!

Fatimah Zuhri - Saudara/Saudari,

Maaf x boleh nak cater and reply to individual punya questions but basically

A) TIADA DIRECT FLIGHT DARI MESIR KE MALAYSIA
B) SEMUA AKAN TURUN DI JEDDAH
C) SEMUA AKAN BERKAMPUNG DI JEDDAH
D) TIADA SESIAPA DIANAKTIRIKAN
E) HANYA KAPAL LAUT/TERBANG BERIKUT YANG BEROPERASI :

- 3x C-130 Hercules TUDM
- 1x Airasia A320
- 1x MAS 747
- Kapal TLDM Bunga Mas 5

http://www.facebook.com/globalmedic
SITUASI TERKINI DI MESIR

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.

Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:

· Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];

· Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan

· Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.

Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:

i) C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:
- 4.45pm;
- 5.55pm; dan
- 7.28pm

Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.

ii) MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.

iii) AirAsia

AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah balik ke Malaysia.

Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.

Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:

(i) Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii) Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii) China – bermula 31 Jan. 2011
(iv) India – bermula 31 Jan. 2011
(v) US – bermula 29 Jan. 2011
(vi) UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii) Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii) Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.

Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.

Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi seperti berikut:

Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830/019-2784566/019-3414080/019-3154080

Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

Wisma Putra, PUTRAJAYA
3 Februari 2011


Tuesday, February 1, 2011

15 Sebab Mengapa PAS Kalah Di PRK Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008.

Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal mengurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi.

Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk. PAS tidak tenang di Tenang.

Faktor Setempat

1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah.

2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang.

3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah.

4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.

6. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.

Faktor Semasa

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.

13. Ada pemimpin PAS yang menyatakan bahawa hudud bukan agenda utama bersama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

harakah daily online

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP