Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, August 23, 2011

Perbicaraan LIWAT 2.0 - Anwar Ibrahim Bela Diri pada 22 Ogos 2011


Mahkamah hari ini bertukar jadi tempat melepaskan geram Anwar Ibrahim kepada pihak-pihak yang dituduhnya berkonspirasi untuk mengenakan dia dalam hal meliwat Saiful Bukhari pada June 2008. Habis semua orang, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang dah bersara hampir 10 tahun pun diseretnya sekali.

Dok heboh sana sini tentang nak melawan, Anwar memilih untuk beri keterangan secara tidak bersumpah. Apa maksudnya? Maksudnya keterangan Anwar secara harfiahnya tidak mempunyai kesan kepada keputusan hakim, tidak punya merit kerana tidak dibuat secara bersumpah.

Pendakwa pun tidak perlu buang masa untuk soal balas keterangan yang tidak punya merit seperti itu. Dan paling penting, jika dia bagi keterangan palsu sekalipun, tidak ada dakwaan jenayah yang boleh dikenakan ke atasnya.

Kenapa dan mengapa amalan ‘hutan’ macam ini masih dibenarkan di mahkamah Malaysia pun kita tidak tahu. Memang ia merugikan tertuduh kerana keterangan itu tidak dipakai oleh mahkamah tapi dalam kes Anwar, keterangan sebegitu penting sebab ia boleh dijadikan modal politik dan bahan kempen. Pendek kata menimbulkan persepsi.

Sudah jadi kebiasaan di Malaysia persepsi lebih penting dari fakta, waima fakta bergambar dan bervideo. Bukanlah nak mengatakan semua tapi masih ada lagi segelintir rakyat di Malaysia yang bergantung kepada persepsi untuk membuat pilihan nak mengundi parti mana satu untuk menjadi kerajaan.

Peluang ini yang digunakan Anwar hari ini. Lagipun keterangan di mahkamah, angkat sumpah ke tidak prosedur, siapa peduli pasal prosedur pun, macam itlah pemahaman yang nak diterap Anwar dalam pemikiran pencacainya.

Dia sudah tau, macam mana buat pun dia tetap akan ke dalam sebab bukti air maninya yang dijumpai dalam dubor Saiful itu adalah bukti saintifik yang paling nyata sekali, setakat sekarang tiada apa hujahan peguam bela Anwar yang boleh mematikan fakta tersebut.

Seperti yang penulis pernah sebut dulu, macam mana konspirasi sekalipun, takde konspirasi yang boleh meletak air mani dalam dubor seseorang yang lain sebab air mana adalah milik eksklusif individu yang memerlukan kerelaan individu itu juga untuk mengeluarkannya.

Bukan boleh perah-perah macam susu.

Dan sesi pagi tadi pun, Anwar tidak mati-matian menafikan hubungan liwat itu ada terjadi, cuma hujah Anwar hubungan itu dengan kerelaan, bukan paksaan seperti mana yang didakwa!!!

Isu alibi dan dakwaan Nurul Izzah konon Anwar berada bersama mereka dibilik sebelah juga, musnah sama sekali. Sekaligus, membuktikan anak beranak ini memang pembohong besar.

Apapun keputusan diakhir sesi hari ini, tindakan Anwar memilih beri keterangan secara tidak bersumpah SECARA PERSEPSINYA membuktikan memang dia bersalah!!

Oleh : ADAMYAN

Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Mohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

- Bernama

Friday, August 19, 2011

Anwar dan Peguamnya dua kali kena main dengan Musa Hassan dalam masa seminggu..!!!


Marah betul peguam-peguam Anwar semalam. Mujurlah peguam-peguam yang mewakili Anwar untuk kes liwatnya itu semuanya hitam-hitam belaka. Jika tidak, sudah tentu kita boleh nampak dengan jelas merah padam pada muka mereka apabila dua kali dipermainkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut sumber, peguam-peguam itu terpaksa menahan geram mereka sekali lagi dimahkamah hari ini. Kelmarin, mereka menghebohkan bahawa Musan Hassan akan hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk ditemubual dan ditentukan sama ada berpotensi atau tidak untuk pihak pembelaan itu menjadikan beliau sebagai saksi.

Malangnya, Musa Hassan hanya datang untuk “tunjuk muka” dan kemudian “blah” begitu saja selepas memberitahu bahawa beliau enggan ditemubual dan tak mahu langsung menjadi saksi pembelaan kes liwat Anwar – Saiful Bukhari itu! Masa tu, memang hitam muka peguam-peguam Anwar menahan marah dan geram!

Manakan tidak, untuk kali ini, sudah dua kali mereka di”main”kan secara berdepan oleh Musa Hassan. Kali pertamanya berlaku pada awal minggu ini apabila bekas Ketua Polis Negara itu hadir ke mahkamah sebagaimana yang diperintah mahkamah. Pada mulanya, Musa Hassan dilihat seolah “mengacah-ngacah” peguambela Anwar, bagaikan dia sedia ditemubual. Anwar dan peguamnya ketika itu sudah tersengih-sengih…

Alih-alih, selepas seketika, Musa Hassan memberitahu bahawa beliau membatalkan niatnya untuk setuju ditemuduga. Beliau memberi alasan bahawa beliau tidak mahu Anwar ada bersama di dalam temubual tersebut dan sebab itulah beliau membatalkan temuduga itu serta merta.

Mahu tidak mahu, peguambela Anwar terpaksa “melepaskan” Musa Hassan yang merupakan Pegawai Penyiasat yang mengendalikan kes liwat I Anwar yang bermula sejak tahun 1996 hingga 1999 itu. Lagi pun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah sendiri yang memberikan hak kepada 15 individu yang diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk diberi pilihan sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk ditemuduga dan mereka juga tidak boleh dipaksa untuk setuju!

Sekarang, “jerat sudah makan tuan”..!!! Dan untuk kali keduanya semalam, mereka sekali lagi dipermainkan oleh Musa Hassan. Jangan main-main dengan bekas Ketua Polis Negara itu. Dia cukup berpengalaman dengan kerenah Anwar. Dan dia cukup mahir dengan hak dan undang-undang. Lagi pun, Musa Hassan itu lulusan undang-undang (LLB) dari universiti luar negara jika dibandingkan dengan Anwar yang lulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Anwar dan peguamnya perlu tahu bahawa tidak semua orang boleh mereka permainkan atau memasukkan jarum tipu muslihat mereka. Rakyat yang bangang macam Mazlan Aliman, Nik Nazmi, Tian Chua dan Eli Wong tu boleh la dia tipu. Tapi jangan harap nak mainkan orang macam Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Musa Hassan dan lain-lain lagi. Mereka bukan Suliati atau Fitria yang boleh dipanggil sesuka hati mak bapak saja..!

Nah! Sekarang baru terkena buku dengan ruas. Cuba mengenakan orang, orang kenakan mereka balik! Padan muka. Dua kali dimalukan begitu sahaja. Sebenarnya, Anwar sengaja timbulkan isu nak temuduga saksi ni. Mana pernah dibuat orang untuk panggil dulu saksi nak tengok dia layak atau tidak untuk dijadikan saksi. Tapi pihak kehakiman “manjakan” sangat Anwar sampai boleh buat ikut suka mak bapak dia saja.

Sebenarnya, Anwar buat semua tu untuk tangguhkan lagi perbicaraan dia. Mujurlah Hakim dah “fed-up”. Mahu tak mahu, 22 Ogos ni Anwar kena masuk kandang! Jawab soalan peguam dan semua kisah susur galur air maninya yang bertakung dalam bontot Saiful akan terbongkar! Menjawablah Anwar nanti! Harap Hakim jangan tangguhkan lagi. Kalau tak sempat sumbat Anwar ke Sg. Buloh pada Aidilfitri ni, Hari Raya Aidiladha pun bolehhh..!!!

Oleh : Duke of Monte Cristo

Wednesday, August 17, 2011

Dr. Mahathir pernah solat dalam Kaabah

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah AlMukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggung-jawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr. Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.

Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

‘Dalam Bulan Ramadhan Pun Anwar Ketagih Meliwat’ – Bekas Mangsa

Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib terkejut dengan pendedahan bekas mangsa liwat, Hairani Hj Nahfis yang juga bekas penulis pidato Anwar yang mendapat bayaran RM14,000 sebulan itu menceritakan bahawa dalam bulan Ramadhan pun Anwar masih ketagih untuk melakukan aktiviti homoseksual.

Hairani : Ada kadang kala bulan puasa siangnya puasa, malamnya terawih saya balik terawih, malam kan, dia (Anwar) telefon jugak suruh saya datang, (ke rumah Anwar di Bukit Damansara) kita dah terawih kita puasa.

Taib : Allah. Hah..ha..

Hairani : ..dah bersihkan diri, kemudian dah.., malam cuba tambahkan ibadat lagi, terawih.., balik dia ajak lagi, kan. Saya tau kalau tiba rumah dia tu, mesti akan jadi benda tu (liwat)..

Taib : Hem..hem..

Hairani : ..ni kita bulan puasa kan, jadi, saya bagi macam-macam alasan lagilah. Saya kata mak saya ada kat rumah lah, mak saya tak sihat, saya nak jaga. Sampai dia feduplah. Itulah keadaannya kan,.. beberapa insiden yang berlaku antara saya dengan dia.

Taib : Jadi berapa kali yang..?

Hairani : Lebih daripada tiga kali..

Taib : Lebih daripada tiga kali..?

Hairani : Saya tak dapat menolaknyalah, tiap-tiap kali memang saya tak rela, saya tak pernah keluarkan air mani saya. Tak pernah naik pun, apa namanya ni..

Taib : Ya..

Dalam pengakuan bekas mangsa liwat itu, Ustaz Taib Azamuddin masih lagi bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara. Pengakuan itu dibuat di pejabat Ustaz Taib di Masjid Negara selepas pemecatan Anwar pada tahun 1998.

Menurut mangsa itu, dia diliwat lebih daripada tiga kali bermula dari tahun 1994 di rumah kediaman Anwar, iaitu di bilik adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, tingkat atas, No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Menurutnya, dia mengenali Anwar sejak masih belajar lagi, tetapi tiada apa-apa kejadian homoseksual kerana hubungan secara profesional. Mangsa liwat yang juga bekas pensyarah salah sebuah universiti tempatan itu mengenali Anwar melalui adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Pada satu hari dalam tahun 1994, Sukma menelefon Hairani untuk berjumpa di kedai karpetnya di Bangsar. Dalam perbualan itu Sukma memberitahu abangnya, Anwar mahu berjumpa.

“Kemudian saya tanya pasal apa? Dia (Sukma) kata memang dia dah lama nak jumpa. Mesti ada sebab nak jumpa, kan? Lepas tu dia kata, datang aje laa dia kata, datang nak bagi kerja ke, apa ke.

“Sebab masa tu memang saya ada, bagitau dia (Sukma) sebelum tu yang saya nak cari kerja baru. Kemudian dia kata datang aje. Saya tak tahu macam mana, hati saya berat nak pergi, berat nak jumpa..” kata Hairani.

Dalam pertemuan itu, Hairani menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan Anwar. Sukma memberitahu dia akan menelefonnya untuk mengesahkan tempat pertemuan dengan Anwar itu.

Pada sebelah malamnya, Sukma sekali lagi menelefon Hairani. Dia meminta Hairani berjumpanya pada keesokan harinya, sebelah petang, di Medan Damansara, Pusat Bandar Damansara. Dia meminta Hairani meninggalkan keretanya di situ dan dia akan datang mengambil menaiki keretanya untuk berjumpa dengan Anwar.

Dalam perbualan itu, Sukma memberikan telefonnya kepada Anwar untuk bercakap sendiri dengan Anwar.

“Dalam telefon tu dia (Anwar) kata kenapa susah sangat nak jumpa dia? Dia melawak-lawaklah. Tak de.. saya kata saya seganlah nak jumpa dengan orang-orang besar, kan. Dia kata, tak de nak segan-segan apa-apanya. Saya pun macam dia jugak, dia kata. Dia kata, oklah, esok Insyaallah kita jumpalah”, katanya.

Menurutnya pada keesokannya, dia menunggu Sukma di tempat yang dijanjikan dan Sukma datang mengambilnya serta membawa ke rumah kediaman Anwar di Bukit Damansara, No 8, Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara.

Sukma membawa Hairani masuk ke rumah itu melalui pintu dapur dan dibawa ke bilik khasnya. Di rumah kediaman Anwar di Bukit Damansara, Sukma telah diberi keistimewaan mendapat satu bilik khas di tingkat atas rumah tersebut.

Tidak lama selepas itu, Anwar turut memasuki bilik Sukma itu, berjabat tangan dengan Hairani dan memeluknya dalam jangka masa yang lama.

Ketika itu Ustaz Taib Azamuddin tertarik dengan kenyataan ‘pelukan yang lama’ dan bertanyakan adakah tiada sesiapa ahli keluarga Anwar, selain Sukma pada masa itu.

Taib : Makna(nya) pelukan tu lama?

Hairani : Ha’ah lama.. Dia kata, “..punya lama saya dok tunggu nih, bertahun-tahun sejak I kenal you lagi”.. Saya rasa tak sedap laa bila dia kata macam tu.. kemudian, dia terus peluk saya.

Taib : Keluarga yang lain tak de?

Hairani : Tak de.

Taib : Di rumah tu?

Hairani : Di bawah tu ada, pembantu dia.

Taib : Maknanya isteri ke, anak dia semua tak de?

Hairani : Tak de. Mungkin diaorang ada kat dalam rumah, tapi tak jumpalah.

Taib : Hem..hem..

Sekali lagi Ustaz Taib Azamuddin mencelah apabila Hairani memceritakan Sukma turut berada di dalam bilik itu, semasa Anwar memeluknya.

Taib : Maknanya 3 oranglah waktu tu?

Hairani : 3 orang.

Taib : Hem..hem..

Hairani : Kemudian, dia ajak saya duduk atas katil, dia pegang macam tu (menunjukkan tangan sebelah kanan Anwar memaut bahu).. dan berbual-bual sikit, dia dok ulang-ulang.. dia kata “lama tunggu, juai mahal, susah nak jumpalah.” Dia tanya khabar semua. Tangan mula berjalan, tangan tu.. teruslah terjadi benda tu dia tindih saya.., emm.. berlakulah hubungan homoseks ini. Saya nak tolak tak boleh.

Taib : Waktu tu Sukma masih ada?

Hairani : (mengangguk..)

Taib : Oo.. dia tak keluar?

Hairani : Selepas tu, masa tengah tu dia ada laa, cuma dia masuk bilik air, kemudian dia masuk balik, memang sepanjang tu memang dia ada. Sebab dia duduk di tepi bilik tempat kejadian tu. Kira macam dia tunggu di situ lah. Saya pun tak tau apa-apa, tak membantah apa-apa, tak de lah macam memekik “jangan”.. dia siapa, kan? Lepas tu.., tapi memang saya tak ada nafsu langsung untuk melakukannya.

Taib : Ya lah.. (mengangguk-angguk)

Menurutnya sepanjang aktiviti homoseksual itu, Anwar turut komplen kepadanya kerana ‘bendanya’ tidak keras. Hairani mengakui bendanya tidak keras kerana dia tidak bernafsu dan terkejut.

Selepas selesai aktiviti homoseksual itu, Anwar mengajaknya mandi bersama untuk membersihkan badan.

Hairani : Benda ni lepas selang dua tiga hari tu, dia telefon suruh datang sekali lagi. Saya tak tahu nak buat apa. Nak datang takut jadi lagi. Tak datang takut apa jadi pulak, kan. Sampai benda ni berlaku dua tiga kalilah.., sampai kadang-kadang sampai saya bagi macam-macam alasanlah, sampai dia muak dengan macam-macam yang dibagi.. dia selalu telefon sayalah.

Sampai dua tiga kali cerita pasal benda tu, saya tak boleh terima lagi.. benda tu. Terutama bercakap dengan orang macam tu tentang perkara berkaitan dengan hubungan seks. Tapi itulah hakikatnya, itulah realitinya yang betul-betul berlaku. Saya cuba keluar daripada.. emm.. ada satu masa tu saya dah takut sangat. Nak lari daripada dia. Satu malam dia telefon suruh saya datang ke rumah dia, kan.

Saya malam tu saya tak mahu langsung kan.., saya rasa diri saya kotor kan. Takut nak pergi.. takut, tak pergi takut, sampai saya, saya pergi jugak ke rumah dia, tapi on the way saya telefon dia. Saya kata ada orang ikut saya.

Taib : Ya.. ya..

Hairani : Saya menipu sebab saya tak mahu pergi ke rumah dia kan. Jadi saya create.

Taib : Di Damansara tu lah..?

Hairani : Di Damansara.. (mengangguk), kata ada orang ikut saya sebab saya takut. Dia kata apa ni, bawak terus kereta..dia kata nanti dia suruh polis tembak siapa orang ikut.

Taib : Oo..

Ustaz Taib Azamuddin juga sekali lagi mahu mendapat pengesahan Hairani adakah aktiviti homoseksual itu dilakukan secara bergilir di antara Anwar dan Hairani atau Anwar sahaja yang memainkan peranan aktif.

Taib : Dak, minta maaf cakap ni, minta maaflah cakap kalau saya mencelah . Ni secara analyticalnya. Cara ni.. dia nak mintak bergilir ke atau dia sorang je?

Hairani : Dia sorang.

Taib : Oo.. dia sorang je la. Maknanya dialah yang ada keghairahan, aktif, apa semua tu dialah maknanya?

Hairani : Tapi dia ada suruh saya buat jugak, tapi saya tak boleh sebab benda tu tak de.

Taib : Ya lah, memanglah kita tak.., ye lah benda tu, benda tu bukan boleh buat-buat..

Menurut Hairani, kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya tetapi sukar untuk menyakinkan orang lain mempercayainya termasuk isterinya.

Hairani : Dia ni pada saya, saya anggap dia macam hero saya. Isteri saya pun puji dia, dan dia pun orang pemimpin sayalah, pemimpin masa depan, anak cucu saya, saya ingatlah. Tiba-tiba ini berlaku pada saya. Apa yang dia buat pada saya jadi, rasa segan tu ada laa, takut ada.., macam-macam perasaan.

Saya cuba bersihkan diri beberapa kali tak tahulah adakah, nak mintak pandangan Ustaz, adakah perbuatan saya tu, Tuhan.. Tuhan masih terima keampunan orang macam saya ni.. masih mengampunkan orang macam saya ni lah, boleh tak saya bertaubat, dan taubat saya diterima dalam keadaan apa yang telah saya lakukan.

Taib : Dia, dalam hal yang begini, ialah, yang saya setakat apa yang boleh saya faham daripada cerita tu setakat ini. Berlakunya benda ni di luar kerelaan kita, dan apa tu. Hampir-hampir seolah macam memaksalah.

Cuma, bentuk paksaan tu secara yang tu, bawak kita menjadi tersepit, serba salah. Yang akhir, sudahnya kita terpaksa menurut.. dari apa yang, yang kemahuan itu. Jadi dari segi, wallahu’alam lah..


Hairani : Memang.. memang saya.., hidup saya runsing, sebab itulah kan sampai dia sedikit sebanyak meninggalkan kesan hubungan saya dengan isteri saya lepas dua tiga tahun, setahun selepas saya apa namanya ni.. berkahwin, kemudian baru enam bulan saya berkahwin benda ni berlaku, jadi isteri saya tak..,

Bila saya cerita bagitau betul-betul, dia susah nak terima hakikat macam mana seorang lelaki boleh memaksa lelaki lain melakukan hubungan seks tanpa gunakan pisau ke, apa ke, tapi kita rasa macam kita terpaksa melakukannya. Jadi dia tidak boleh menerima hakikat. Tapi hakikatnya benda tu berlaku, memang dia tak gunakan pisau ke, apa ke. Dato’ Seri tak gunakan pisau ke apa, tapi, dia control saya dari segi mental, saya tak boleh nak buat apa..

Taib : Ya.. ya.. kita tau

Hairani : ..tak boleh nak elak, tak boleh nak tolak.

Taib : Tu kuasa minda boleh.

Hairani : Yang itu yang susah saya nak terangkan pada isteri saya, dan dia tak boleh terima tu, dan dia tak.. dia masih kesal kenapa saya tak cerita pada dia sebelum kami kahwin. Walaupun benda ni berlaku empat lima tahun sebelum kami berjumpa pun, kan.

Oleh : AIDCNews

Rujuk juga : Anwar Ibrahim gila sex - Di siang hari bulan Ramadan pun terus berzina dan meliwat

Sunday, August 14, 2011

Anwar Ibrahim - LIWAT, LEWAT & Anugerah Tuhan


Perkembangan terkini kes LIWAT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agak pelik.

Anwar Ibrahim menghadapi pertuduhan meliwat / melakukan seks luar tabii dengan Saiful Bukhari Azlan – bekas pembantu peribadi serta pembancuh kopi beliau.

Perlakuan jenayah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini dilaporkan mangsa (Saiful) kepada pihak Polis dan siasatan telah dilakukan berhubung laporan tersebut.

Kertas siasatan Polis dimajukan kepada pihak Peguam Negara yang mendapati terdapat bukti-bukti kukuh untuk mendakwa Anwar Ibrahim diatas kesalahan MELIWAT pembantu peribadi beliau.

Antara bukti penting yang dikemukakan ialah specimen DNA yang diperolehi dari dubur Saiful. Specimen itu didakwa mempunyai persamaan nyata dengan DNA Anwar Ibrahim.

Pihak pendakwa telah memohon agar tertuduh (Anwar Ibrahim) menyerahkan spesimen DNA atau membenarkan spesimen DNA beliau diperolehi untuk membuat perbandingan pakar – untuk kali kedua.

Namun setakat ini Anwar Ibrahim – yang dituduh meliwat Saiful – enggan membenarkan DNA beliau diperolehi dan dibandingkan dengan sample DNA yang diperolehi pakar dari dubur Saiful.

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ini mungkin akan tercatat dalam sejarah Negara malah sejarah dunia sebagai satu-satunya perbicaraan yang ditangguhkan sebegitu kerap.

Perbicaraan ini adalah berhubung dakwaan Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh majikan beliau (Anwar Ibrahim) di tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Perbicaraan ini bukan mengenai siapa yang mengenali Saiful atau Anwar Ibrahim atau kedua-duanya sekali.

Ternampak seolah-olah peguambela lebih tertumpu kepada usaha melengahkan perbicaraan.

Terkini, orang yang dituduh meliwat pekerjanya ingin Perdana Menteri dan isteri tampil sebagai saksi dalam perbicaraan-nya.

Perkembangan ini amat melucukan kerana jika tertuduh benar-benar ingin membuktikan yang beliau tidak meliwat Saiful maka, secara logik-nya, beliau harus menyerahkan sample DNA untuk perbandingan.

Saya pasti tindakan peguambela dan peguamtunda ingin memanggil Perdana Menteri dan isteri sebagai saksi dimahkamah bukan untuk mencari kebenaran atau menegakkan keadilan.

Jika ingnkan kebenaran, Anwar Ibrahim akan menyerahkan DNA beliau dengan rela.

Tindakan mendesak Perdana Menteri dan isteri tampil sebagai saksi adalah strategi jahat pihak tertentu untuk mencalar imej Negara dan pimpinan tertinggi Negara.

Jika semua yang mengenali Saiful harus menjadi saksi, maka saya juga boleh tampil dimahkamah kerana saya mengenali Saiful ketika beliau bertugas secara intim dengan Anwar Ibrahim.

Ramai lagi dikalangan bekas ahli tertinggi PKR harus dipanggil menjadi saksi kerana kami mengenali Saiful dan menjadi saksi “tugasan” Saiful dengan Anwar Ibrahim, baik didalam mahupun diluar Negara.

Saya harap peguambela akan memberi nasihat yang bernas kepada anak guam dan bukan-nya bertindak sebagai peguamtunda atau pakar belit.

Rakyat sudah muak dengan penagguhan demi penangguhan kes liwat Anwar Ibrahim tanpa adanya apa-apa kesudahan.

Anwar Ibrahim beranggapan beliau adalah ANUGERAH TUHAN namun saya menyeru agar mahkamah bertindak adil dan tidak memberi layanan istimewa kepada Ketua Pembangkang “anugerah Tuhan” ini.

Bukankah setiap individu adalah sama di mata undang-undang ?

Oleh : ZAHRAIN

Friday, August 12, 2011

Najib, Rosmah Hadiri Sesi Temu Bual Kes LIWAT 2.0 Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang untuk bertemu pasukan peguam bela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh. Mereka tiba 15 minit lebih awal daripada pasukan peguam bela Anwar.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat Tingkat Tujuh kompleks berkenaan.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, hari ini, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

Najib berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi itu dan “saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan.”

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah “sampaikan(nya) mengikut hak saya.”

“Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kehadirannyannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu – Bernama


Kes liwat Anwar : Saya hadir di mahkamah kerana hormati keputusan hakim... - Najib


Jangan kata kalangan wartawan malah peguam Karpal Singh sendiri kata terkejut bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Jumaat hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu pasukan peguam Datuk Seri Anwar sendiri terlewat kira-kira 15 minit. Najib dan Rosmah tiba pada pukul 2.55 petang dan selepas itu baru mereka tiba.

Kehadiran kedua mereka ke mahkamah itu ekoran keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah Isnin lalu membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

Ramai pemerhati yang melihat proses temu bual saksi ini tidak lebih dari usaha untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar kes liwat yang sudah beberapa kali tertangguh.

Perdana Menteri dan isteri telah bertemu dengan pasukan peguam bela Anwar secara berasingan selama lima minit di bilik mesyuarat tingkat tujuh kompleks berkenaan.

Kedua mereka berkata mereka tidak relevan bagi kes berkenaan.

Selain Karpal, dua lagi ialah SN Niar dan Datuk Param Cumaraswamy.

Najib dan isteri meninggalkan kompleks itu pada pukul 3.28 petang ini.

Perdana Menteri kemudiannya terus ke PWTC di mana beliau sepatutnya dijadual mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang asalnya dijadual bermula 3 petang.

Sementara itu ketika ditanya wartawan dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu apa rasional beliau hadir sedangkan dipercayai wujud taktik melengah-lengahkan perbicaraan, Najib berkata kehadirannya di Kompleks Mahkamah itu adalah sebagai menghormati keputusan yang telah dibuat hakim.

"Saya sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim, tak kiralah apa jua jawatan,"katanya.

Perdana Menteri berkata sebab itu beliau hadir ke majlis tersebut dan telah memaklumkan pendiriannya.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan perkara yang dimaklumkannya kepada peguam bela Anwar kerana beliau telah "sampaikan(nya) mengikut hak saya."

"Saya tahu apa hak saya dan saya telah sampaikan kepada pihak peguam yang mewakili Anwar, dan Anwar juga ada di situ," katanya.

Sementara itu, Karpal Singh berkata Najib dan Rosmah menolak untuk ditemu bual bagi kes perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan dan kedua-duanya juga tidak mahu menjadi saksi pembelaan dalam kes itu.

Karpal berkata pasukan pembelaan belum menemu bual enam yang lain termasuk bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan lima yang lain.

"Oleh itu, kita tidak dapat meneruskan perbicaraan seperti dipersetujui sebelum kita selesai menemu bual saksi sebelum perbicaraan," katanya.

Menurut beliau mereka mungkin akan minta penangguhan perbicaraan Isnin ini sehingga temu bual semua aksi selesai.

Selain Najib dan Rosmah, keputusan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Pada penutup kes, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang sahaja.

Mahkamah menetapkan 15 hingga 26 Ogos untuk kes pembelaan. Mahkamah pada mulanya menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama untuk memberi keterangan.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, merupakan seorang saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

www.agendadaily.com

Thursday, August 11, 2011

Niat jahat Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri dan isteri dalam mempolitikkan kes LIWAT 2.0 nya

Kita kongsi seronok apabila Anwar dapat apa yang dia nak. Kita dah tulis dulu, Anwar mahukan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah hadir di mahkamah dan berdepan dengan soalan berbelit-belit Karpal Singh.

Dalam pertemuan dengan wartawan semalam, Karpal begitu yakin bahawa PM dan Isteri TIDAK ADA pilihan untuk hadir dan memberikan kenyataan di mahkamah. Ini kehendak mahkamah, tegas Karpal. Kalau inilah keadilan yang Anwar mahu – dipersilakan.

Anwar mahukan PM di mahkamah di atas alasan ‘public relations’. Anwar nak tunjuk kepada dunia bahawa dia berjaya membawa seorang PM ke mahkamah dalam kes peribadinya. Anwar nak rakyat ada ‘gambaran’ bahawa PM akan diheret ke mahkamah jika dia berkuasa.

Malahan, sewaktu berjalan ke kereta – Anwar ketawa besar bila penyokong PKR bertanya samada Anwar akan datang sekali dengan PM bila bicara nanti. Anwar ada dalam mood yang luar biasa. Ketawa dan senyum sampai ke telinga.

Macam dia yakin sangat bahawa dengan kehadiran PM dan Rosmah; dia akan terlepas.

Gambaran PM dan Isteri ke mahkamah adalah ‘spinning’ yang Anwar mahu maximize sebelum pilihanraya. Malahan, team new media PKR sudah bersiap dengan pelbagai macam video klip yang akan dimasukkan footage PM dan Isteri di mahkamah untuk tujuan kempen. Hebat susunan Pak Sheikh.

Politik Anwar pada ketika ini tak ubah macam watak ‘Angry Birds’. Watak yang mempunyai niat untuk MERUNTUH; bukan membina. Angry Birds memang suka meruntuh. Lagi banyak dapat runtuh; lagi tinggi markah yang akan dia dapat. Inilah politik Angry Birds versi Anwar.

Memang dikatakan kes akan didengar pada pertengahan Ogos ini. Namun, apa yang akan Karpal tekankan adalah kehadiran PM dan Isteri ke mahkamah sebagai saksi utama. Keengganan PM dan Isteri hadir akan memberikan ruang baru untuk Karpal untuk tangguhkan lagi kes ini.

Karpal akan menunggu alasan Hakim. Apabila YA membuat keputusan yang tidak memihak; Karpal akan sekali lagi membawakan usul untuk mengenepikan Hakim buat kali yang entah ke berapa. Malahan, Karpal sudah bersedia untuk mengemukakan usul CONTEMPT of COURT kepada PM dan Isteri sekiranya enggan hadir ke mahkamah. Malahan, budak-budak PR sudah siap dengan spinning ‘PM tidak hormat Mahkamah’.

Karpal mempunyai ‘KPI’ untuk melanjutkan tempoh perbicaraan sehingga selepas pilihanraya (tak kiralah pilihanraya itu bila). Karpal sangat jelas dengan tanggungjawab itu; dan adalah menjadi keputusan Majlis Pimpinan PR agar hasrat itu dapat dilaksanakan. Setakat ini, mereka masih memerlukan politik ‘Angry Birds’ Anwar.

‘They have to be brought here. They must answer questions’ kata Karpal.

Ini semuanya permainan LEGAL untuk memanjangkan kes. Keadilan buat Saiful? Siapa kisah pasal Saiful – yang penting adalah ANWAR!!!


Gelagat Anwar

Wednesday, August 10, 2011

5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar

5 bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri.

Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.

Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara,"
katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu,"
katanya.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.


Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

utusan
Kisah sebenar pertemuan Saiful Bukhari dengan Ezam Mohd Nor

Mohd Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Anwar mendedahkan di Mahkamah Tinggi, Mei lalu bahawa dia berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas diliwat. Saiful dibawa oleh rakannya bernama Rahimi Osman (bekas Setiausaha sulit Anwar) dan pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.

Dalam mahkamah, Karpal bertanya Saiful adakah dia mengenali Ezam sebelum ini, Saiful menjawab dia kenal tetapi tidak rapat. Mungkin Ezam tidak kenal Saiful, tetapi Saiful mengenali Ezam kerana beliau merupakan bekas tokoh penting PKR, bekas Ketua AMK PKR.

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu.

“Ada yang berkata pertemuan anda dengan Saiful adalah bukti konspirasi ?” soal wartawan.

“Konspirasi apa, saya tidak kenal dan tidak pernah jumpa Saiful sebelum ini. Pertemuan saya pada awal pagi 27 Jun 2008 adalah yang pertama dan terakhir. Jadi di mana konspirasinya ?”, jawab Ezam.

“Hanya orang yang bodoh dan orang yang berkepentingan saja yang masih boleh percaya teori konspirasi Anwar Ibrahim,..seorang yang desperate…seorang desperado …seorang yang sudah terdesak yang cuba alihkan pandangan masyarakat dari membicarakan persoalan yang lebih khusus,”katanya lagi.

Untuk rekod, Ezam melepaskan semua jawatannya dalam PKR pada 11 Februari 2007 dan secara rasminya mengumumkan keluar PKR pada 14 April 2007. Manakala Saiful pula bekerja dengan Anwar Ibrahim sekitar Mac 2008 dan meninggalkan Anwar sekitar 28 Jun 2008.

Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi ?) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

“Abang kat mana ? “, tanya kawannya itu.

“Saya kat Perak, ceramah”, jawab Ezam.

“Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa”, tanya kawannya lagi.

“Apa hal nak jumpa pulak ?” soal Ezam.

“Dia dah ‘kena’ dah!” jawab kawannya.

“Kena apa ?” soal Ezam.

“Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)” jawab kawannya.

“Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah” soal Ezam

“Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga”, jawab kawannya.

“Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak”, jawab Ezam.

Pertemuan itu berlaku secara spontan, di tempat letak kereta tidak jauh dari plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara Selatan pada awal pagi 27 Jun 2008, bertemu sekitar jam 3 pagi, selama dua jam.

“Kenapa nak jumpa saya…kenapa tidak orang lain ?” Soalan pertama Ezam kepada Saiful.

“Saya nak jumpa abang, sebab abang berani dan bertegas melawan Anwar. Abang kata abang bersumpah tahu mengenai Anwar tetapi tak mahu dedahkan..akad sumpah abang dalam setiap ceramah yang menyebut “.. Dengan nama Allah…, sebagai seorang muslim saya [Ezam] tidak akan sesekali mengangkat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin…”, jawab Saiful.

“Apakah maksud abang bersumpah itu berkaitan dengan moral Anwar ?” soal Saiful.

Ezam menjawab YA, berkaitan dengan moral Anwar Ibrahim yang tidak boleh diterima sebagai pemimpin Islam.

Setelah Saiful yakin dengan jawapan Ezam, kemudiannya dia menceritakan semua kejadian yang menimpa dirinya, khususnya berkaitan dengan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas dirinya.

Ezam tidak terkejut dengan pengakuan Saiful itu. Malah beliau sebelum ini pernah berdoa kepada ALLAH SWT agar menunjukkan bukti bahawa dakwaannya meninggalkan PKR benar, kerana tidak boleh berkompromi dengan Anwar Ibrahim yang rosak akhlak.

Selepas bercerita kejadian liwat tersebut, Saiful bertanya Ezam, apakah perlu dia membuat laporan polis.

Ezam menasihati Saiful agar tidak perlu membuat laporan polis kerana akan menyusahkan dirinya. Lagi pun kes Anwar meliwat sukar diterima umum, walaupun perkara itu benar.

Sebagai alternatif, Ezam mencadangkan Saiful berjumpa dengan tokoh ulama menceritakan kisah sebenar yang menimpa dirinya dan seterusnya bersumpah di depan mereka dengan nama Allah.

“Saya nak bawa awak jumpa 4 ulama..semuanya dari PAS, awak sanggup ?”, kata Ezam.

“Saya setuju. Cuma esok saya nak pergi hospital sekejap”, jawab Saiful

“Sebab apa nak pergi hospital?” soal Ezam

“Saya nak pergi periksa di hospital, dalam badan saya ada simpan bukti…kalau tak pergi nanti hilang bukti..dah dua hari tahan ni”, jawab Saiful.

Semasa Saiful menceritakan dia menyimpan bukti di dalam badannya, Ezam tidak memahami maksud sebenar mangsa tersebut. Sekarang, apabila semuanya terbongkar di mahkamah barulah Ezam tahu bahawa maksud sebenar Saiful adalah dia menyimpan air mani Anwar di dalam duburnya selepas diliwat pada 26 Jun 2008.

“Lepas itu, Saiful pergi hospital pusrawi, HKL, apabila Saiful beritahu dia kena liwat, secara automatik hospital memberitahu polis. Sebab kes liwat mesti dibuat report polis. Bila polis masuk, dia tengok yang liwat itu, nama besar, Anwar Ibrahim, terpaksa Saiful ditahan, jadi saya tidak boleh lagi bawa Saiful jumpa ulama” jelas Ezam.

Begitulah kesudahan Ezam berjumpa Saiful untuk kali pertama dan terakhir. Katanya selepas itu mereka tidak bersua lagi.

“Bagaimana konspirasi boleh berlaku dengan hanya satu pertemuan…hanya beberapa jam sebelum Saiful bertindak membuat laporan polis ( selepas dinasihatkan oleh doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dimana dia jalani pemeriksaan). Biasanya konspirasi akan ambil masa yang panjang.” kata Ezam.

“Justeru saya ingin memberitahu Anwar Ibrahim dan Wan Azizah…cukuplah menipu orang membabitkan orang lain yang tidak berdosa dalam dosa yang dilakukan.Beliau seharusnya ke mahkamah berdepan dengan saudara Saiful sebagai orang yang jujur menjawab persoalan-persoalan asas”

“Persoalan asas… sama ada dia (Anwar) meliwat atau tidak meliwat…itu persoalan asasnya…bukan rela ke tak rela…atau konspirasi ka”, tegas Ezam lagi.

Menjawab soalan adakah hasil pertemuan dua jam dengan Saiful itu beliau yakin kejadian liwat itu benar-benar berlaku.

Ezam berkata,”saya yakin Saiful seorang innocent victim …dia seorang jujur…bila saya cadangkan jumpa ulamak untuk selesaikan secara Islam…beliau setuju..tak nampak takut…biasanya orang kalau bohong nampak takut kalau nak jumpa ulamak.

“Saya yakin dia berkata jujur…dan tidak ada sebab pun dia nak bohong pada saya…saya waktu itu orang biasa saja…saya bukan ada pegang jawatan apa…saya baru masuk UMNO lebih kurang sebulan masa tu.” kata Ezam menutup perbualan.

Tuesday, August 9, 2011

Mahkamah Tinggi benarkan Anwar menemubual Najib, Rosmah bagi bicara LIWAT 2.0 dengan SYARAT......


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin 8 Ogos 2011 membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat dengan syarat mereka bersetuju.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar juga mohon temubual pemilik kondo dimana insiden liwat didakwa berlaku,Hasanuddin Abd Hamid , bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan.

Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan Anwar.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwa untuk memastikan bahawa semua saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwa ditemu bual oleh peguam tertuduh.

"Selepas mengkaji semua kes undang-undang yang diketengahkan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah membenarkan permohonan kedua-dua pihak memandangkan di bawah undang-undang pihak pembelaan berhak menemu bual semua saksi pembelaan yang ditawarkan kepada mereka," menurut Mohamad Zabidin.

Dalam permohonan pertama pada 26 Julai, Anwar memohon perintah mahkamah bagi mengarah pihak pendakwa memastikan kehadiran saksi-saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwa di penghujung kes mereka kepada mahkamah, untuk ditemu bual oleh pihak pembela.

Pada 16 Mei 2011, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.-8/8/2011-

OLEH : NOOR HASILAH ISMAIL



Klik : www.mobtv.my

Bila MM menonton video ini di mana Karpal Singh membuat statement yang Najib, Rosmah dll. tidak boleh tidak MESTI hadir untuk ditemubual sebagai bakal saksi pembela Anwar, dan jika tidak hadir boleh dikeluarkan Warrant of Arrest terhadap mereka amatlah melucukan MM.

Tindakan yang lebih baik ialah untuk Anwar memohon kepada mahkamah supaya saphoena dikeluarkan to compel Najib, Rosmah dll. itu hadir dalam perbicaraan proper.

Niat Anwar hanyalah satu saja, iaitu memalukan sesiapa saja yang pada pandangannya menghalang atau menyekat aktiviti moralnya yang rendah itu.

Selasa Ogos 9, 2011
Kes Liwat: Temu Bual Dengan Bekas KPN Dibatalkan Kerana Kehadiran Anwar
KUALA LUMPUR: Temu bual terhadap dua saksi bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan, dibatalkan selepas kedua-dua mereka membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi berkata anak guamnya berhak untuk hadir semasa temu bual dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, yang diadakan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini Selasa.

Beliau berkata memandangkan kedua-dua saksi membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan esok untuk bertemu pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah mengatur untuk menemu bual saksi yang lain, Nair berkata pendakwaan belum memberi maklumat mengenainya kepada pembelaan setakat ini.

Kepada soalan sama ada Musa dan Rodwan datang ke mahkamah bersama peguam mereka, Nair menjawab "tidak".

Pada Isnin, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.

Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.

Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.

Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama.
- BERNAMA

Peguam Muda : Apa Muslihat Anwar Kacau Temu Bual Saksi

“Kenapa Datuk Seri Anwar perlu hadir semasa sesi temu bual saksi-saksi, sedangkan urusan itu boleh diwakilkan kepada para peguamnya ?”, soal peguam muda, Mohd Khairul Azam Abd. Aziz ketika dihubungi AIDCNews.

“Kenapa Anwar perlu sangat-sangat untuk hadir, seolah-olah ada muslihat tertentu dan cukup terdesak”, katanya lagi ketika mengulas pembatalan sesi temu bual dua saksi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof semalam.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden ketika dihubungi media menyatakan pihaknya membantah sesi temu bual itu kerana kehadiran tertuduh, yakni Anwar Ibrahim.

Sementara itu, peguam bela, Sankara Nair memaklumkan bahawa, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan mendengar bantahan tersebut di kamar beliau pagi ini dengan kehadiran kedua-dua pihak.

“Hakim telah buat keputusan saksi-saksi boleh beri keterangan atau tidak bergantung kepada persetujuan mereka.

“Kedua-dua saksi telah beri kerjasama. Mereka dengan ikhlas datang dan luangkan masa mereka untuk bantu mahkamah, tetapi kenapa pula Anwar perlu hadir bersama, sedang dia merupakan tertuduh dalam kes ini”, katanya.

Menurutnya walaupun undang-undang tidak ada peruntukan khusus dalam proses temu bual, namun kaedah universal perundangan adalah seorang saksi itu perlu berada dalam keadaan selesa (bebas bercakap) untuk memudahkan saksi-saksi itu memberi keterangan tanpa ganguan daripada tertuduh.

Katanya analogi temu bual saksi itu diibaratkan seperti proses meminang dalam adat Melayu yang kebiasaannya diwakilkan kepada pihak lain untuk mewakili dirinya.

“Anwar mempunyai ramai peguam yang handal-handal yang boleh mewakili dirinya, jika sekadar untuk mendapatkan maklumat dalam proses temu bual itu.

“Atau Anwar sendiri sudah tidak percayakan kehandalan peguamnya, terutamanya Karpal Singh yang mempercayai Anwar seorang peliwat satu ketika dahulu dan pernah menggesa Anwar bertaubat ?”, soalnya.

Mohd Khairul Azam yang juga merupakan peguam peribadi kepada Ummi Hafilda berkata sepatutnya Anwar tidak hadir dalam proses temu bual itu, kerana kehadirannya dianggap seperti ‘pengacau’ yang berniat mahu bertengkar dengan saksi-saksi tersebut.

Menurutnya perdebatan dan pertengkaran itu sepatutnya diadakan dalam prosiding mahkamah dan bukannya dalam sesi temu bual yang belum tentu lagi saksi-saksi itu akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi pihak Anwar.

“Apakah perkara yang sama juga akan dilakukan kepada Datuk Seri Najib dan Rosmah ?.

“Jika ini sikap Anwar, mungkin saksi-saksi yang lain juga tidak akan beri kerjasama, kerana mereka melihat Ketua Umum itu cukup terdesak dan mempunyai muslihat tertentu”, katanya.

Sunday, August 7, 2011

PAS mengeluarkan Sijil Penghargaan penyertaan perhimpunan haram BERSIH 2.0


Dengan ini anda disedekahkan Sijil kerana menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada Julai lalu. Tunjukkan kepada anak cucu nanti tau. Ceritakan kepada mereka kesamsengan anda semasa perhimpunan haram itu.

Cabutan dari: www.facebook.com/photo.php?

Friday, August 5, 2011

MalaysiaKini, kisah Mismah dan kod MyKad 71



MyKad Wan Azizah juga memakai kod 71 kerana dia dilahirkan di Korea kepada pasangan Korea. Diambil sebagai anak angkat oleh Wan Ismail semasa beliau berkhidmat di Korea. Orang-orang tua kampung Sama Gagah, Permatang Pauh boleh sahkan bahawa Wan Azizah adalah anak angkat Wan Ismail.



MyKad Azmin Ali juga menggunakan kod 71 kerana dia dilahirkan di Singapura semasa Singapura masih lagi dalam Persekutuan Malaysia. Azmin Ali dilahirkan di Singapura semasa Pak Ali berkhidmat sebagai anggota Tentera Malaysia.


HEBOH di alam siber apabila MalaysiaKini melaporkan konon seorang wanita Indonesia bernama Mismah memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap, kemudian tersenarai sebagai bakal pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu itu telah digunakan oleh para penulis blog propembangkang untuk memburuk-burukkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR dan kerajaan.

Contohnya :-
i. Poji @ Topeng Perak Unmasked - PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"

ii. Malaysia Waves - 168 Legal Aliens Registered as Legal Voters. Here's the Proof.

Bagaimanapun, para penulis blog prokerajaan terutama blog Double Y (yuseriyusoff.blogspot.com) mengeluarkan bukti-bukti menunjukkan bahawa laporan portal berita itu tidak tepat dan bersifat fitnah.

Penulis ini berkata, wartawan yang membuat laporan itu, Kuek Ser Kuang Keng perlu bertanggungjawab kerana dia yang menyediakan berita palsu berhubung Mismah dan selepas diasak oleh para penulis blog prokerajaan, beliau menuduh pula SPR yang menukar status wanita terbabit dalam rekod mereka.

Sehubungan itu, beliau menyeru wartawan terbabit didakwa di bawah akta-akta sedia ada.

"Bagi saya wartawan Kuek Ser tidak berfikir panjang dalam menilai keharmonian dan keselamatan sesuatu komuniti. Laporan berita yang ditulis semalam berniat jahat menyerang agensi-agensi kerajaan.

"Kuek Ser berniat melemahkan keyakinan rakyat terhadap agensi penting macam JPN. Wartawan MalaysiaKini ini wajar dikenakan dengan akta-akta yang telah wujud dalam negara kita, supaya menjadi pengajaran kepada wartawan lain agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita," katanya.

Laporan JPN jelas menunjukkan bahawa tidak wujud sebarang proses kelulusan dalam tempoh empat jam sebaliknya Mismah sudah menjadi penduduk tetap selama 29 tahun dan kelulusan kerakyatannya pada Januari lalu.

Blog Papa Gomo (www.papagomo.com) juga membidas MalaysiaKini kerana sanggup membuat laporan tidak benar dan rekaan setelah menyedari pembangkang semakin terdesak untuk mencari sokongan rakyat.

"Persoalan pada kita semua apa tindakan kerajaan Malaysia pula? KDN (Kementerian Dalam Negeri ) yang seharusnya mengambil tindakan tegas terhadap MalaysiaKini yang telah membuat satu pembohongan ketara dalam pelbagai isu namun sehingga kini ditikam bagaikan tak lut oleh KDN.

"Apa yang telah MalaysiaKini lakukan jelas membuatkan rakyat memandang serong terhadap kerajaan BN, walhal isu Mykad tersebut adalah satu konspirasi terancang pemimpin pakatan pembangkang," katanya.

Blog Musram Rakun (musramrakunman.blogspot.com) pula mahukan KDN menampilkan Mismah, individu yang menjadi bahan oleh pihak pembangkang untuk mempertikaikan ketelusan JPN, SPR dan Jabatan Imigresen.

"Jangan tunggu lagi, ambillah iktibar dari perhimpunan Bersih kerana lambat bertindak akhirnya meletup," katanya.

Sementara itu blog KL Boyz (klboyzwangsa.blogspot.com) pula berkata, sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah bagi seseorang warganegara asing untuk memperoleh kerakyatan negara ini dan mereka perlu mendapat memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Katanya, jika mereka sudah berusaha untuk mendapatkan MyKad begitu lama dan dengan bersusah-payah, kenapa mereka dihalang untuk mengundi kerana mereka telah menjadi rakyat Malaysia yang faham dan akur dengan undang-undang negara.

"Sebenarnya pembangkang ketakutan kerana ramai mereka yang berstatus penduduk tetap telah diluluskan oleh kerajaan untuk mendapatkan kerakyatan negara Malaysia, setelah lama menginap di sini yang rata-rata telah lebih dari 20 tahun," katanya.

Selain Mismah, isu kod negeri 71 pada kad pengenalan pengundi juga dijadikan bahan oleh pihak pembangkang untuk memperlekehkan SPR yang konon kod tersebut adalah kod bagi rakyat berstatus penduduk tetap tetapi dibenarkan mengundi.

Sehubungan itu beberapa blog termasuk MyMassa (mymassa.blogspot.com) dan Gerakan Anti PKR atau GAP (gerakan-anti-pkr.blogspot.com).

MyMassa mendedahkan bahawa jika benar kod negeri 71 bagi pengundi berstatus penduduk tetap, bermakna beberapa pemimpin mereka termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali juga boleh dianggap berpenduduk tetap seperti Mismah kerana mempunyai kod negeri yang sama.

Katanya, tuduhan bahawa mereka yang mempunyai kad pengenalan dengan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu telah membongkar bahawa Azmin, Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita PKR) dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) juga dianggap berstatus penduduk tetap dan pengundi hantu.

GAP mengulas, jika BN menggunakan kod negeri 71 sebagai pengundi hantu, bagaimana dengan tiga ekor hantu ini? "Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap. Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin," kata GAP.

Blog House PK (parpukari.blogspot.com) pula berkata, isu kod negeri 71 yang dibawa oleh para blogger propembangkang ternyata makan diri sendiri apabila didapati para pemimpin mereka juga mempunyai kod negeri yang sama dengan pendatang.

"Maka tidak hairanlah mengapa mereka menentang sistem biometrik yang mahu diperkenalkan oleh SPR dengan bersungguh-sungguh sehingga sanggup menipu mengatakan penggunaan dakwat kekal celup jari lebih cekap berbanding sistem biometrik yang didakwa boleh ditipu.

"Sebabnya mudah sangat, kalau sistem biometrik diperkenalkan dan dikuatkuasakan, ramailah pemimpin pakatan haram yang akan didedahkan sebagai PATI (pendatang asing tanpa izin)," katanya.

Oleh : LUKMAN ISMAIL

Nyawa Anwar Ibrahim terancam lagi…


AnwarAIDC - Siapa alibi Anwar pada kejadian liwat 26 Jun 2008???


Oleh XPressMinda - Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden?

Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa ntah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mito seekor kucing kurap.


1. Propaganda Tumbukan Ketua polis

* Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.

* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.

* Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.


2. Drama Keracunan Arsenik

* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.

* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.

* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.

* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

* Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.


3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.

* Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..

* Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.

* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.


4. Lelucon Patah Tengkuk

* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.

* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.

* Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.

* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.


5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang

* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.

* Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.

* Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

* Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.

* Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.


6. Hikayat Ancaman Bunuh

* Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

* Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.

* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.


7- Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah

* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.

* Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

* Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

* Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

* Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

* Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.


8- Demo Jalanan Bershit 2.0 - 09/07/2011

* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.

* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.

* Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2011), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.

* Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

* Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.

* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex.


9- Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.

Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.

Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.

Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim.

Tuesday, August 2, 2011

Dr. Rosti letak jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL)

SHAH ALAM, 2 Ogos (Bernama) - Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam bekuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan perletakan jawatannya melalui khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

"Ada keputusan yang tak sanggup saya laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya," katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor, Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohad Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi "Pak Turut" kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan industri pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Selangor itu tidak dijadikan medan berpolitik.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan tiga pegawai -- Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Pro Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Datuk Dr Rosti Saruwono assumed the position of Vice President, Education Division, PETRONAS since 1 March 2004. Prior to this he was the Rector/Chief Executive Officer of Universiti Teknologi PETRONAS. He was also the MD/CEO of Institute of Technology Petronas Sdn. Bhd. the company that plans the establishment of the University since 1995.

Datuk Dr Rosti received his B. E. (Mechanical Engineering) from the University of Queensland, Australia in 1973. He then started his career with the Ministry of Labour and Manpower as the Principal of the Industrial Training Institute, Kuala Lumpur from 1974 to 1980. In mid 1980 he joined PETRONAS as the Section Head of Technical Training.

He was later (1985) appointed as the Manager of Institute Latihan Perindustrian Petroleum (ILPP), Kuala Trengganu after obtaining his MBA from the Henley Management College, Brunel University, United Kingdom. Later on, Datuk Dr Rosti joined the Group Manpower Planning and Development Department as its manager before being appointed as Deputy General Manager, Human Resource Division from 1988 to 1990.

From 1990 to 1993, Datuk Dr Rosti did his Ph.D. in Business Studies at the Henley Management College, Brunel University, UK where he as also a Research Associate. Upon returning to Malaysia, he was appointed as MD/CEO of PETRONAS Management Training Sdn. Bhd. Subsequently in 1995 he was appointed as the MD/CEO of Institute of Technology PETRONAS Sdn. Bhd. to spearhead the establishment of Universiti Teknologi PETRONAS.

Datuk Dr Rosti’s other qualifications include certificate in Non-Formal Education (Philippines, 1979) and Post Graduate Diploma in Petroleum Management (Oxford, 1983). He had also attended several management course including the Senior Executive Program of Columbia University, New York.




Perpaduan Islam KIMMA memalukan Pas

SETELAH terlibat berkempen dalam beberapa siri pilihan raya kecil, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) semakin aktif membantu dan menyeru kepada perpaduan Islam di seluruh negara.

Segala apa yang dilakukan oleh Kimma yang menjadi ahli gabungan UMNO pada 27 Ogos tahun lalu, bukanlah kerana ingin mendapat tempat di dalam Kabinet. Sebaliknya, ia bermatlamat supaya semangat perpaduan diterima oleh semua umat Islam di Malaysia.

Kehadiran Kimma, yang dulunya hanya bergerak secara kecil-kecilan dan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi golongan India Muslim, di pentas politik negara, berpunca kerana tidak tertahan dengan perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam.

Seruan perpaduan Islam yang dibawa Kimma ini nampaknya telah diterima pelbagai ras kecuali Pas yang semakin egois untuk menolaknya.

Ini berlaku kerana Pas menari mengikut rentak pakatan pembangkang yang matlamat perjuangan mereka adalah untuk menghancurkan negara ini.


Kepimpinan Pas yang kononnya didokong ribuan ulama menolak gagasan perpaduan berlandaskan Islam dan pembangunan negara secara konstruktif.

Sehubungan itu, Pas wajar belajar daripada Kimma yang telah membuktikan bahawa langkah menyemai semangat perpaduan di kalangan India Muslim telah membuatkan golongan itu terus membangun.

Peluang perniagaan serta pelbagai insentif yang terus diberikan secara berterusan kepada India Muslim membuktikan bahawa segala yang telah dilakukan oleh Kimma amat relevan dan perlu dicontohi.

Dalam pada itu, apa yang dilakukan oleh Pas adalah sebaliknya. Perpaduan di kalangan umat Melayu semakin payah dipulihkan kerana dijumudkan oleh perjuangan Pas yang hanya pandai bertakbir dalam misi menumbangkan kerajaan sedia ada.


Ini berbeza dengan keluhuran perjuangan Kimma yang menjadikan perpaduan sebagai tiang seri dan Islam sebagai tunjang untuk penyatuan.

Gejala perpecahan yang dibawa oleh Pas adalah amat besar kesannya kepada negara sehingga ada ahli parti itu yang sanggup menyertai 'pemberontakan' di atas nama demokrasi baru-baru ini serta menghalalkan revolusi bagi mendapatkan kuasa.

Amat malang sekali kerana terdapat umat Melayu yang jumud pemikiran mereka serta memiliki jiwa yang tidak tenang telah menyertai Pas semata-mata kerana ia memberikan mereka tiket mudah untuk menemui jalan 'kebenaran' menuju kemakmuran akhirat.


Prinsip ketaatan kepada pemimpin dan keharmonian hidup bernegara yang dianjur oleh Kimma telah ditukar Pas dengan dendam untuk mendapatkan kuasa.

Kita juga ingin tahu di manakah pemimpin Pas ketika pencerobohan zalim dilakukan ke atas penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Kenapakah laungan takbir tidak kedengaran semasa jentolak Lim Guan Eng rakus menerobos kampung ini?

Kita juga ingin tahu di manakah pemimpin Pas ketika premis perniagaan milik ahli-ahli Kimma diganggu oleh kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang.


Sehubungan itu, Pas perlu lebih bersikap zuhud dan harus menyelusuri perjuangan Kimma yang lebih mulia daripada sudut pengamalan ajaran Islam dan membela masyarakat India Muslim.

Perjuangan Kimma mampu menggugat ketelusan Islam yang dilaungkan oleh Pas. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor misalnya semakin tertekan dengan kehadiran Kimma dalam membela nasib umat India Muslim.

Ini terbukti apabila wujud tawaran rasuah yang tinggi dan janji untuk memberikan kerusi pilihan raya kepada Kimma yang dibuat oleh pimpinan Pas Selangor.

Bagaimanapun, tawaran itu langsung tidak menarik perhatian Kimma kerana ia hanyalah kekayaan dunia yang bersifat sementara. Angan-angan oleh kepimpinan Pas bagi melamar kongres ini hanya tinggal kenangan.


Wang ringgit dan kerusi sebenarnya bukan keutamaan sebaliknya yang penting adalah penentangan habis-habisan terhadap perjuangan palsu Pas.

Ahli-ahli kongres ini juga melihat Pas bukanlah wadah sebenar dalam memperjuangkan Islam dan jauh sekali membela rakyat marhaen kerana matlamat parti itu hanyalah untuk mendapat kuasa dan melunaskan dendam terhadap pemimpin UMNO.

Dengan ini, apa yang dapat disimpulkan bahawa pemimpin Pas sepatutnya merasa malu dengan perpaduan erat berlandaskan Islam yang ditunjukkan oleh Kimma.

Pas perlu berundur daripada pentas politik kerana parti itu hanya memalsukan nama Islam bagi mendapatkan sokongan penganut agama itu.

Kepimpinan Kimma yang sepatutnya dicontohi kerana mereka lebih patuh kepada ajaran Islam sebenar berbanding pemimpin Pas yang sentiasa bertakbir dengan matlamat untuk memecah-belahkan umat Islam.

Oleh: MUHAMAD RIDZUAN HASHIM

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP