Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, September 29, 2011

Senaman Pagi di Bangkok


Diari Anwar pada Wed 12 & Thu 13 January 2011

Wed 12.01.2011 @ 3.15 pm - Berlepas dari KUL ke BKK dengan MAS Flt MH782

Wed 12.01.2011 @ 5.30 pm (local time 1620 Hrs) - Tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok

- Petang & Malam : Aktiviti Bebas.

Thu 13.01.2011 @ Pagi - Aktiviti bebas. Melakukan senaman lompat katak, lompat kijang dan taichi dsb. dalam bilik hotel.

Thu 13.01.2011 @ 2.15 pm - Tiba di KUL dari BKK dengan MAS Flt MH785

Thu 13.01.2011 @ 5.30 pm - Sidang media di ibu pejabat PAS

Baca selanjutnya di sini dan di sini

Monday, September 26, 2011

Video Bang Cock Anwar Ibrahim

Sekarang mari saya cerita pula kisah seorang ahli politik yang menghadapi masalah moral yang teruk sejak zaman-berzaman dan memperkudakan rakyat hanya semata-mata gila hendak jadi PM.

Saya telah menonton video berkenaan di Hadyai pada minggu terakhir bulan Mei 2011 ketika saya ke sana menemani isteri untuk membeli barang-barang perniagaannya. Ianya ditunjukkan oleh seorang rakan warga Thai.

Saya difahamkan video berkenaan di rakam di sebuah hotel yang bukan bertaraf lima bintang di Bangkok.

Ianya bermula dengan lelaki yang berpakaian kemas yang wajahnya sebiji seperti Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik berkenaan dari pintu bilik bersebelahan (connecting room). Terdapat dua perempuan di dalam bilik berkenaan. Saya difahamkan seorang perempuan tukang urut dan seorang lagi pelacur.

Kemudian lelaki yang saya percayai Anwar Ibrahim itu membuka pakaiannya dan memakai 'robe hotel'. Kemudian lelaki tersebut berjalan-jalan sambil memegang telefon tangan. Manakala perempuan pelacur diminta ke bilik sebelah kerana lelaki berkenaan hendak mengurut terlebih dahulu.

Selepas itu lelaki tersebut membuka jubah berkenaan dan tidur meniarap dalam keadaan berbogel, lalu diurut oleh tukang urut wanita berkenaan. Sambil diurut tangan lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Mungkin dia sedang menghantar sms atau membalas sms-sms yang dihantar kepadanya atau sedang melayan FB dan mungkin juga sedang tweet.

Boleh jadi juga dia ingin membuktikan kepada isteri atau anak-anaknya dia tidak melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa di Bangkok kerana setiap minit atau selang beberapa minit dia sentiasa berada di talian.

Hanya setakat itu yang saya lihat, masa tidak mengizinkan kerana isteri saya sedang menunggu dalam kenderaan dan kami harus pulang segera ke Malaysia. Video tersebut panjang. Ianya memakan masa lebih daripada satu jam. Saya difahamkan selepas aktiviti urut mengurut selesai barulah lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang sedang menunggu di bilik sebelah.

Saya ada meminta dari rakan berkenaan untuk menyalin video tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberinya pada waktu itu dan berjanji akan menghantar kepada saya kemudian. Tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerimanya.

Baca selanjutnya......... RBF

Sunday, September 25, 2011

Video seks Anwar Ibrahim di Thailand pada 13 Januari 2011 - Sudah ada orang yang telah menontonnya



Tak payah cari. Klip video 12-13 Januari 2011 setakat ini masih belum ke udara di mana-mana termasuk di YouTube.

Namun misteri mengenainya semakin terungkai sejak trailernya tertera bertarikh 13 Januari 2011 disiarkan dalam klip video CCTV di lif apartmen Ampang dalam blog Papagomo baru-baru ini.

Lebih menarik ia bukan setakat cebisan gambar seorang lelaki memakai robe hotel tetapi kali ini... satu pengakuan.

Agendadaily Khamis malam mendapat pengakuan daripada seorang blogger terkenal, RBF Online bahawa dia sudah menonton sebahagian daripada video yang ditunggu-tunggu itu.

Pengakuan ini dibuatnya selepas tersiarnya berita mengenai komen Tan Sri Rahim Thamby Chik mengenai isu video Thailand itu di Agendadaily bahawa beliau sendiri tidak melihatnya setakat ini kecuali hanya diberitahu oleh Datuk Sharzly Eskay Abdullah wujudnya video itu.

Kata RBF dia menonton klip video itu di Hadyaai, Thailand tiga bulan lalu.

Klip berkenaan dipercayai panjangnya sekitar sejam lamanya.

“Ia diatur oleh seorang rakan di sana,” ujarnya.

RBF mendakwa dari apa yang disaksikan lelaki dalam video itu memang 100 peratus seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video itu dalam hitam putih.

Dia menjelaskan video itu bermula dengan seorang lelaki berpakaian kemas masuk ke sebuah bilik hotel dan kemudiannya tukar pakai robe hotel.

Waktu lelaki itu masuk sudah ada dua wanita di atas katil yang berasingan dalam bilik itu.

Selepas itu salah seorang daripada wanita berkenaan masuk ke bilik sebelah (connecting room).

Kemudiannya kelihatan wanita yang seorang lagi yang masih berada dalam bilik itu mengurutnya.

Kata RBF dia tidak menonton sampai habis kerana ‘panjang sangat’ dan situasi waktu itu tidak mengizinkan.

Menurutnya dia difahamkan aksi berkenaan dirakam di sebuah bilik hotel di Bangkok.

“Kalau ada orang meragui tentang wujudnya video 12-13 Januari... rasanya tidak perlu... sebab saya dah tengok dengan mata kepala sendiri,” katanya.

Ditanya bila agaknya video itu dijangka disebarkan, RBF berkata itu dia sendiri tidak tahu.

“Jangan tanya lebih daripada itu... saya hanya berpeluang menonton sendiri untuk melihat dan mengenalpasti siapa aktornya... bab-bab lain saya tidak tahu apa-apa,” katanya.

agendadaily

Monday, September 19, 2011

Nazri Aziz kepada Anwar : "Selesaikan masalah moral (liwat dan zina) anda dulu, lepas itu baru boleh bercakap isu negara"



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk menyelesaikan masalah moralnya terlebih dahulu sebelum beliau mahu bercakap isu-isu nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

“Dia perlu menyelesaikan masalah peribadi beliau terlebih dahulu, seperti kes liwat (terhadap Saiful) dan video seks (dengan jalang China Doll) sebelum Anwar boleh bercakap tentang isu-isu negara.

“Saya tidak fikir dia boleh dipercayai untuk mengendalikan isu-isu negara,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today (FMT)

Nazri mengulas kenyataan Anwar hari ini yang mendakwa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diganti dengan dua undang-undang lain yang lebih menindas daripada versi asal.

“Mengapa dia panik? Mengapa dia membuat kenyataan negatif tentang semua ini? Bagaimana dia boleh tahu undang-undang sebelum melihat draf?", soal Nazri.

Menurutnya semua undang-undang baru akan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu. Rakyat akan menilai undang-undang itu akan lebih menindas atau sebaliknya.

AIDC

Friday, September 16, 2011

16 September - Antara YB Zulkifli Noordin dengan Anwar Ibrahim : Pembohongan Anwar berterusan


Salam 2 all.

16 Sept 2008 akan tercatat dalam sejarah dunia sebagai hari pembohongan besar dalam tinta tawarikh Malaysia. Hari di mana bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga seluruh dunia dibohongi oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih rakyat pada 08 Mac 2008 akan tumbang.

Caranya mudah, lebih 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan melompat parti menyertai kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e dan membentuk Kerajaan Persekutuan. Teman masih ingat kata Anwar bahawa "kita dah ada jumlah itu". Teman masih ingat bila teman persoalkan mengapa kita mahu bentuk Kerajaan berdasarkan MP yang melompat, tidakkah itu menjadikan kita penganut Machiavelli "matlamat menghalalkan cara", jawapannya, "takpa, kita dapatkan kuasa dulu". Dan bila teman persoalkan tidakkah nanti Kerajaan Persekutuan Pakatan akan dikuasai oleh bukan Islam (sebab Anwar kata kesemua 30 lebih MP BN nak lompat tu non-Muslim), Anwar kata "takpa, aku yang jadi PM".

Sebagaimana mike semua ditipu, macam tu lah kami juga dibohongi. Itu yang didedahkan oleh YB Datuk Seri Zahrain dalam Parlimen, bagaimana kononnya Tuanku YDP Agong dikatakan memberi sokongan. Konon cerita Panglima Angkatan Tentera dikatakan juga menyokong. 16 Sept 2008 adalah satu pembohongan, tegas Datuk Seri Zahrain.

16 Sept 2008 sebenarnya membongkar politik pembohongan dan putarbelit yang menjadi amalan kaum PaLut pimpinan Anwar Ibrahim, semuanya dengan hanya satu matlamat iaitu menduduki Putrajaya "at all cost"
.

Alhmadulillah teman disedarkan ALLAH mengenai pembohongan ini. Dan bertambah kesyukuran teman kerana ALLAH merencanakan satu perancangan yang teman tak pernah terpikir akan berlaku, bila mana dengan ketentuan ALLAH, teman dimufaraqahkan dari Pakatan syaitan kaum PaLut ini kerana mempertahankan kalimah ALLAH Yang Maha Esa! Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH!

Kini politik pembohongan dan putarbelit ini makin terserlah. Bermula dengan pembohongan pakatan luar tabi'e antara PAS yang kononnya memperjuangkan penubuhan Negara Islam dengan parti biaDAP yang mahu menbuhkan negara sekular. Kini pembohongan itu terbukti. Rupanya perjuangan menubuhkan Negara Islam adalah satu kesilapan politik yang besar, kerana kata mereka, rupanya Negara Islam tidak ada dalam Quran.

Bukan sahaja perjuangan itu ditongsampahkan, malah ada pemimpin PAS yang sanggup mati mempertahankan Karpal kafir harbi yang cabar "kalau mau negara Islam, langkah mayat saya dulu!". Kesian kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang matinya diisytiharkan syahid kerana memperjuangkan Negara Islam, mati tanpa dimandikan, dikafankan dan disolatkan! Siapalah nak bertanggungjawab?

Kini terbukti pembohongan dan putarbelit kalipah PaLut @ Anwar Ibrahim. Walaupun Mahkamah mendapati wujud DNA dia di dalam karung kunyit Saiful yang disahkan dari sumber air mani beliau, dan peluang terbuka untuk Anwar menafikan itu dengan hanya memberi sampel darah untuk ujian DNA, namun Anwar enggan memberikannya. Walhal kalau Anwar berikan sampel darah untuk ujian DNA dan terbukti dia benar, ada kemungkinan Kerajaan Persekutuan boleh tumbang! Tapi Anwar tak berani!

Begitu juga bila dinasihatkan oleh mantan Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abidin supaya Anwar mengangkat sumpah muhabalah menafikan aduan Saiful yang mengadu diliwat beliau, Anwar enggan. Walaupun Saiful dengan berani mengangkat sumpah didalam Masjid Wilayah Persekutuan dengan menjunjung Al Quran menegaskan Anwar telah meliwat dia.

Walaupun kaum Anwarinas mendakwa dan berharap Saiful akan ditimpa la'nat ALLAH, malah menyebarkan dakyah menyatakan Saiful mengidap penyakit kulit, tidak boleh berjalan, malah sudah lumpoh. Tetiba keluar gambar Saiful dihadapan Ka'bah, menadah tangan diatas Jabbal Nur bersebalahan Gua Hira' memohon doa, ramai kaum Anwarinas yang terkedu tak terkata apa! La'nat nampaknya dah turun kepada orang lain rupanya!

Pembohongan dan putarbelit Anwar dan kaum PaLut berterusan. Kebenaran makin membelit tengkok mereka. Dalam keadaan kaum Anwarinas mengimpikan agar la'nat turun kepada Saiful, terbongkar video klip kalipah PaLut bermain "kondang-kondi" dengan China-Doll. Maka bermulalah siri-siri pembohongan dan putar belit yang tidak pernah dilihat dalam sejarah.

Bila ditanya di mana jam Omega yang ditinggalkan dalam bilik China-Doll, Anwar tuding jari kata ada pada Azizah. Bila ditanya pada Azizah yang sedang buat sidang akhbar di rumahnya di mana jam Omega itu, Azizah melenting tak tentu arah, walaupun beliau hanya perlu bangkit dari kerusi dan pergi ke bilik untuk ambil jam Omega itu (kalau ada). Tapi tak, Azizah pilih untuk tidak tunjukkan, malah melenting tak tentu pasal. Tau-tau keluar bukti rupanya jam Omega tu memang ada dengan Datuk Eskay. Siap ada video lagi membuktikannya!

Bila ditanya kenapa tak saman sahaja Datuk Eskay, kawan baik dia yang mendedahkan videoklip tersebut, Anwar tidak berbuat apa-apa. Bila ditanya mana jam Omega itu, sebab Azizah masih tak dapat membuktikannya, Anwar melenting tak tentu pasal, macam masa wartawan tanya kenapa tak bagi sampel DNA.

Pembohongan dan putarbelit kaum PaLut makin parah bila ada pulak yang keluarkan video klip rupa dia macam P.Ramlee. Iysk..isyk..isyk..P.Ramlee pun boleh menangis tengok orang yang ngaku fotostat dia tu yop. Siap ngaku perut Anwar tak sebuncit dalam videoklip, macamlah dia pernah tengok Anwar berbogel. Ke memang dia pernah tengok kalipah PaLut berbogel yop?

Dan yang lebih parah, kaum Anwrinas yang berkopiah-jubah berhempas pulas di segala ceramah, kuliah, tazkirah dan mimbar masjid surau memutarkan isu sebagai qazaf. Sedangkan takde siapa pun yang menuduh Anwar berzina. Datuk Eskay sendiri semasa mendedahkan videoklip tersebut berkata dia mendedahkan videoklip itu untuk membongkar karektor kawan baik dia Anwar sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin, itu sahaja. Yang dok putarbelit jadikan isu qazaf apa hal? Yang lebih teruk, ada yang tengok pun tak lagi. tapi dah siap patwa orang lain masuk neraka. Macam lah sorga tu bapak dia punya.

Dan di kalangan tok lebai yang dah tengok, semuanya kata, "memang mamat tu yop". Paling koman pun, ada ulama yang kata, "susah nak kata tu bukan Anwar". Yang paling serius, ada yang sampai diserang sakit jantung sebaik melihat Anwar dengan kondang-kondi dia! Agaknya terkejut dengan belalai melentuk kot!

Penyakit pembohongan dan putarbelit ini berterusan. Agenda jahat himpunan haram 09 Julai membongkar wajah sebenar mereka. Tiba-tiba para ustad dan agamawan yang kononnya selama ini menjuarai isu murtad dan menentang Majlis Peguam sebagai kafir harbi yang wajib diperangi dengan jihad, tetiba mengangkat bekas presiden Majlis Peguam Ambeega Sreenavasan sebagai kalipah mereka. Sedikitpun mereka tidak ingat kekawan mereka yang masuk penjara dan dihukum kerana menentang Ambeega dan Bar Council. Yang penting pada mereka ialah kuasa politik Putrajaya!

Tuanku YDP Agong dibohongi, dengan dakyah konon mereka mahu mengadap untuk mempersembahkan takzim yang mereka telah membatalkan rancangan himpunan haram itu. Rupanya majlis mengadap Tuanku diputar sebagai konon Tuanku menghalalkan himpunan haram itu. Mereka bohongi rakyat dengan mendakwa ratusan ribu akan turun, sedangkan yang turun hanya seciput. Mereka fitnah kata polis bertindak ganas, sebaliknya terbukti melalui video bergambar yang ganasnya mereka sendiri.

Mereka bohong dunia menyatakan polis langgar pemimpin mereka, tetiba kuasa ALLAH membuktikan dema tergolek sendiri. Mereka putarbelit kata ahli mereka sampai mati dikerjakan polis, terbukti melalui video yang dia mati sendiri akibat sakit jantung. Dema putarbelit satu kematian, tetiba keluar video lakonan sandiwara yang cukup meloyakan. Sampai bab mati pun dema sanggup jadikan bahan bohong dan putarbelit yop!

Mutakhir ini, terbongkar agenda mereka membohongi rakyat dengan mendakwa kominis sebenarnya pejuang kemerdekaan. Kominis yang membunuh dan membakar hidup-hidup anggota polis dan keluarga mereka dalam peristiwa Bukit Kepong dinobatkan sebagai pejuang sebenar. Anggota polis yang mempertahankan negara dilabel sebagai barua penjajah. Chin Peng mereka kata pejuang sebenar, malah teman tidak terkejut kalau nanti mereka akan berjuang untuk membawa balik bangsat kominis itu dan dinobatkan sebagai pahlawan negara!

Dan terkini, apabila cubaan dakyah murtad terhadap umat Islam oleh sebuah gereja Methodist terbongkar, kaum Anwarinas ini beriya-iya membela dan mempertahankan gereja dan puak missionary kristian. Kalau dulu bersembur airliur patah kaki meja mereka tempik perang fisabilillah terhadap puak missionary ini, hari ini mereka maki hamun pemimpin mereka sendiri yang mahu mempertahankan Islam. Sehingga pemimpin mereka terpaksa cabar rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat.

Sebenarnya kita umat Islam khususnya, dan rakyat Malaysia amnya patut bersyukur peristiwa 16 Sept 2008 terjadi. Kerana peristiwa itu mendedahkan politik pembohongan dan putar-belit kaum PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e ini, yang menganut ajaran politik machiavelli matlamat menghalalkan cara, hanya kerana mahu menduduki kerusi empuk Putrajaya. Hanya untuk memahkotakan manusia yang cukup jijik dan kotor sebagai kalipah mereka. Mereka muncul sebagai politikus rakus yang terpukau dengan cahaya kepalsuan kemahkotaan. Topeng mereka terdedah. Wajah sebenar mereka terbongkar. ALLAH menelanjangkan politik kotor mereka, sebagaimana China-Doll dibuang tualanya. ALLAH membuktikan Pakatan Luar Tabi'e mereka, sebagaimana jam Omega membuktikan pembohongan mereka.

Allahhumma Ya ALLAH, kami bersyukur kepada Mu Ya ALLAH atas kebenaran ini. Dan peliharalah aqidah kami, dan selamatkan agama dan negara kami daripada fitnah Al -Kazeeb ini.

Teman mengingatkan diri teman dan umat Islam serta rakyat semua, 16.09.2008 membuktikan kepada kita bahawa kita sedang berhadapan dengan spesis kaum yang mampu berbohong dan memutarbelit apa sahaja demi politik kepartian mereka yang sempit. Dan rentetan pembohongan demi pembohongan, putar-belitan demi putar-belitan selepas itu memberikan isyarat jelas kepada kita bahawa umat Islam dan rakyat negara ini akan berhadapan dengan politiking paling kotor yang tidak pernah dilihat sejarah - politik machiavelli matlamat menghalalkan cara berteraskan kepada pembohongan & putarbleit dengan cita-cita mahu menduduki kerusi pemerintahan Putrajaya dan memahkotakan manusia jijik dan kotor sebagaio kalipah mereka!!!

Kaum PaLut ini adalah kaum yang mengamalkan politik songsang, politik luar tabi'e. Mereka wajib ditentang habis-habisan. Mereka sanggup gadai agama mereka sendiri, mereka tergamak menjual kalimah ALLAH Tuhan mereka, mereka sanggup memajak anak-isteri mereka dengan bai'ah talaq tiga demi ketaksuban kepada politik kepartian, mereka sanggup mengtongsampahkan perjuangan mereka konon dah tak jumpa dalam Quran, mereka sanggup memutar sejarah negara dan memuja kominis laknatullah, mereka maki pemimpin mereka yang mahu mempertahankan aqidah umat!

Mereka ini sudah mabuk kuasa! Kita bukan gilakan kuasa, tetapi kita mahu halang orang gila daripada berkuasa!!!

Bagi setiap individu umat Islam yang cintakan agama, bagi setiap individu rakyat yang sayangkan negara, wajib bagi kita menolak politik kotor ini dan mempertahankan agama, bangsa dan negara daripada terus menjadi mangsa liwatan dan rakusan politik jijik dan kotor ini. Jangan sampai nanti generasi akan datang menyumpah dikubur kita sebagai pemusnah agama dan negara tercinta ini.

Semoga Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan yang kita sambut secara berkembar tahun ini pada 16 Sept 2011 memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan maruah dan kedaulatan negara daripada serangan virus politik pembohongan dan putarbelit daripada kaum PaLut ini..ameen.

Selamat Menyambut Kemerdekaan!
Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
17 Syawal 1432
15 Sept 2011

16 September - Selamat Menyambut Hari Penubuhan Persekutuan Malaysia Dari MM


Thursday, September 15, 2011

Old ghosts back to haunt Mat Sabu

JOCELINE TAN

MAT SABU

PAS deputy president Mohamad Sabu has been hit by an alleged sex video even as he is struggling with the firestorm over his remarks on the Bukit Kepong massacre.

THERE were many who thought this would be Mohamad Sabu’s lucky year when he beat the odds to become PAS’ new deputy president.

But his luck seems to be running out. Mat Sabu, as he is better known, has been hit by another controversy even as a firestorm is still raging over his remarks that the communists were the real heroes of the Bukit Kepong massacre.

A video titled Skandal Seks Mat Sabuhas made its way into the Internet and is set to shake the party.

The video contains some very sexy conversation between a man and a woman, whom the commentator in the video claimed to be Mat Sabu and Normah Halim, the woman with whom he was caught for khalwat in 1994 in Kota Baru.

That was a long time ago, but his past has returned to haunt him.

At this point in time, it is hard to tell whether the sexy phone talk, which appeared to have been secretly taped, is genuine or staged.

But Mat Sabu’s dilemma is that this is one issue which he and his friends in PAS will find hard to address or defend because the khalwat incident involving him and Normah has never been denied although it was thrown out by the syariah court.

Mat Sabu and Normah were caught in a hotel room but were acquitted because two of the witnesses gave conflicting accounts of the hotel room’s number in which they were caught for khalwat.


Mat Sabu was then a rising star. He was Nilam Puri MP and PAS deputy Youth chief.

Normah was a local beauty who in her salad days was regarded as the belle of Melor, the area where she hails from.

At the time of the incident, she was married to Bukhari Noor, a handsome and wealthy businessman, also from the area.


The scandal rocked the party which had just come to power in Kelantan.

A lawyer in the case remembered the packed courtroom and how one of the witnesses had even fainted during the proceedings.

Mat Sabu had told a close associate then, mampus aku kali ni (I’m finished this time), but it was not to be.

He scraped through and even survived the general election which was called shortly after.

The khalwat incident is etched irrevocably in the memories of the adult generation who had followed the case.

In fact, most Kelantanese with some interest in politics would have watched the uploaded video by now and formed their own conclusions.

It was clearly put together by his enemies out there, with a running commentary in between segments of the conversation.

However, the commentator was quite understated and had referred to the sexy exchange as “bermain cinta” or “flirting”.

It is not exactly phone sex, but it is what polite society would call “intimate talk” and in less polite society, “dirty talk”.

There are references to the sexual liaisons between the two speakers, all of which are conducted in the local patios and slang terms.

Those who have heard Mat Sabu speak at political ceramah and are familiar with his voice think that it does sound like him.

“The male voice sounds like that of Mat Sabu. I know Normah and her husband; they have come to my restaurant.

“But the woman in the tape is speaking in a whispered tone throughout; quite hard to say if it is Normah.

“I have heard her speaking, but not in a whisper,” said restaurateur Juhaidi Yean Abdullah who is also from Melor.

Mat Sabu may find himself quite alone in this issue.

Not many of his associates from Kelan­tan will be able to defend him with an open heart.


“I have heard about it (the video) but I have not listened to it, so I can’t say if it is true or false.

“It’s so difficult to know what is true or untrue in politics because so many things are happening now that the general election is getting nearer but if this is done with bad intention, then it is not right,” said Kelan­tan PAS deputy commissioner Datuk Nik Amar Nik Abdullah.

Besides, he added, the khalwat case is no longer an issue in Kelantan.

“Many people believed it was a plot by Umno even though they were found together in the room,” Nik Amar said.

Mat Sabu’s friends in PAS are angry that these cerita lama or old stories are being dredged out to discredit him.

They said if the phone conversations were authentic, then they would have been used against Mat Sabu at the height of the scandal.

A lot of it has to do with the Internet and also the fact that Mat Sabu is a major star today.

All eyes are on him and everything he says or does has become newsworthy.

After all, if anything happens to Datuk Seri Hadi Awang, Mat Sabu will be the next PAS president.


But at the time of the khalwat scandal, he was just on the way up.

“He was then known as an ayam tambatan (a fighting cock) that PAS used to peck at the other side,” said Juhaidi.

“The ulama leadership in PAS was so sure that no one like him could ever go so high up.

“He was then just an orator, not a threat to anyone inside or outside the party.”

The stakes, said blogger Syed Azidi Syed Aziz, were much higher now and both sides were using whatever they have against each other.

Mat Sabu’s response to the latest issue has been “no comment”, which Syed Azidi, who used to work for a PAS politician in Kelantan, finds ironic.

“It’s really funny for someone who makes a living out of talking to have ‘no comment’.

“I’m not sure how people will take this, but it is certainly extra bullets for his enemies,” said Syed Azidi.

PAS members took a leap of faith when they elected Mat Sabu as their deputy president.

They were aware of his personal baggage but they thought that unlike the ulama leaders, he would be able to take the party to another level.

Instead, he has led the party from one controversy to another.

And, as Juhaidi pointed out: “Instead of explaining the Negara Kebajikan (welfare state) concept PAS is promoting in place of the Islamic state, the party is spending time defending their deputy president.”

COMMENT By : JOCELINE TAN

Monday, September 12, 2011

Arkib 1994 - Adakah ini perbualan telefon antara Mat Sabu dengan Normah mengenai hubungan seks mereka??? Anda nilai sendiri


Satu rakaman perbualan telefon seks yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1994 kini tersebar meluas di laman youtube sejak Khamis, 8 September.

Mereka berdua pernah didakwa berkhalwat di sebuah bilik di Hotel Perdana ,Kota Bharu. Namun keduanya dibebaskan setelah dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Normah ketika itu ialah isteri orang.Perhubungan antara mereka berdua didakwa bermula semasa Mat Sabu yang ketika itu Ahli Parlimen Nilam Puri,Kelantan sering menumpang di rumah Normah bila ke Kota Bharu.

Ini kali pertama sesuatu perbualan panjang didakwa libatkan kedua mereka tersebar.

Rakaman yang diedit dan turut memuatkan suara latar yang menceritakan A sampai Z latar belakang pemimpin PAS tersebut selain diselang seli dengan rakaman 'phonesex' itu sepanjang 23 minit 21 saat itu.

Juga ada transkrip perbualan antara lelaki dan wanita berkenaan agar diketahui apa diperbualkan mereka.

Rakaman ala dokumentari itu kalau didengar sampai habis, boleh bikin 'seram-sejuk' kerana ada part dengan suara syahdu, memujuk rayu.

Terdapat empat rakaman berasingan, yang dimasukkan ikut urutan, dan diselang seli dengan teks penjelasan serta suara latar.

Ada satu 'part' yang boleh dikategorikan sebagai AMAT 18SX, dan boleh buat tekak 'geli geleman'mendengarnya.

Menurut maklumat disiarkan dalam rakaman itu, ia melibatkan kejadian pada tahun 1994, di Kelantan.

Rakaman itu dimuat naik ke laman sosial youtube oleh individu bergelar tvtrimatra dan rakaman tersebut bertajuk PHONESEX MAT SABU & NORMAH 1994 - 1peluru.blogspot

Sementara itu, tinjauan ke 1peluru.blogspot.com menemui mesej berbunyi "ini rakaman lama, tahun 1994/1995 jadi kualitinya kurang jelas. sila dengar menggunakan ear/headphone.

"Kalau Mat Sabu dakwa ini rakaman palsu, SILAKAN SAMAN supaya kita boleh dedahkan dari sumber mana rakaman ini & akan didedahkan lebih banyak lagi sejarah silam bilik 121 yang tak mampu Mat Sabu ubahsuai sewenang2 seperti sejarah Bukit Kepong!!"

Rakaman tersebut tersebar di berbagai blog dan sehingga berita ini ditulis sudah dilihat lebih 6,000 kali.

Juga sehingga berita ini ditulis belum ada kenyataan dari pihak PAS berhubung kisah gempar terbaru ini.9/9/2011

Oleh : agendadaily


Isu rakaman telefon seks: no komen... no komen... no komen – Mat Sabu


Jarang Mohamad Sabu elak soalan wartawan. Malah, Timbalan Presiden PAS itu juga pantang tolak mikrofon.

Maksudnya, beliau memang suka bercakap sebab itu dapat jolokan ayam sabung PAS kerana hebat berkokok berceramah sana sini.

Dengan stail dan gaya bersahaja, Mat Sabu kerap buat lawak bagi tarik penonton.

Kalau depan wartawan pulak, tutur kata beliau macam Datuk Seri Anwar Ibrahim; ada lawak, marah dan kadangkalai penuh sindiran.

Namun, abang Mat kita tutup mulut rapat bila minta komen pasal rakaman perbualan telefon seks di laman Youtube didakwa suaranya dengan seorang wanita dipercayai Normah Abdul Halim yang pernah ditangkap di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 1994.

Memang pelik cara Mat Sabu layan wartawan Agendadaily dan beberapa media lain yang ‘tangkap’ beliau di jamuan hari raya PAS Pusat di Taman Melewar, petang Ahad 11 September 2011.

Awal-awal lagi beliau nampak macam malas nak layan wartawan sebaliknya duduk di kerusi di pintu masuk dewan PAS pusat itu untuk bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri jamuan tersebut.

Mana boleh tunggu, wartawan terpaksa kepung Mat Sabu nak tanya komen beliau isu itu.

Ditanya sama ada beliau sudah dengar rakaman itu, “No Komen” katanya.

Selepas itu ditanya sama ada, beliau mahu nafi itu suaranya. Jawapannya sama juga ”No Komen.”

Bila ditanya, nak saman tak pihak yang siar rakaman itu, “No Komen,” katanya dalam nada suara serius.

Barangkali malu kerana tak dapat jawap soalan yang semua orang ingin jawapanya itu, Mat Sabu tempelak wartawan dan kata, dah tau wartawan nak tanya pasal itu (rakaman telefon seks).

Rupa-rupanya dalam hebat Mat Sabu ada juga lemahnya.

Tanyalah mana-mana wartawan, jika sesiapa ditanya dan asyik jawab "No Komen, mesti ada yang kata , “Lu fikirlah sendiri,”.


Oleh : ROSLAN BIAN 11/9/2011

Sunday, September 11, 2011

Antara Mat Indera dan Panglima Salleh.... Siapa Pejuang dan Siapa Petualang

Komunis

Kekejaman Komunis


Pengganas Komunis tak kira berbangsa apa.... tetap bukan nasionalis Tanah Melayu.... 1930an... perjuangan mereka lebih kepada sentimen di Tanah Besar China antara Mao Zedong dengan fahaman komunis sosialisnya, menentang Chiang Kai Syek berfahaman Nasionalis (Koumintang). Apa yang tersirat pada kenyataan ini adalah, orang orang cina di Malaya pada masa ini bersatu dengan melupakan segala perbezaan mereka (Hokkien, Teowchew dsb), demi simpati pada nasib bangsa mereka kerana mereka semua ini menganggap Tanah Besar China masih sebagai tanah leluhur... dan bukannya Malaya.

Penentang komunis di Malaya


Namun demikian, apabila Jepun mara ke Tanah Melayu pada 9 Disember 1941, perjuangan Komunis telah bertopengkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA), itupun atas sentimen dendam akibat Tanah Besar China dijajah Jepun. British memberikan bantuan senjata, makanan dan wang kepada MPAJA dan pihak MPAJA menuntut daripada British untuk memegang kuasa politik jika Jepun dikalahkan. Majoriti anggota MPAJA (PKM) adalah berbangsa Cina. Justeru, British enggan melunaskan perjanjian tersebut kerana tanah bertuah ini mereka perakui sebagai Tanah Tumpah Darah orang Melayu. Jelas di sini mereka mempunyai agenda tersirat untuk menguasai Malaya sepenuhnya. Sebab itulah semua persatuan Cina di Malaya bersatu dan mengumpul dana bagi tujuan ini.

Pada tahun tahun awal Peperangan Dunia Kedua 1941-1943, kekejaman komunis di sekitar Batu Pahat telah memaksa majoriti orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat terpaksa menandatangani keanggotaan sebagai ahli MPAJA dengan yuran keahlian satu ringgit. Jika engkar, mereka akan disiksa dan dibunuh secara kejam lalu menyebabkan mereka tiada pilihan selain menyertainya. Antara TOKOH yang akan dibincangkan di sini adalah Panglima Salleh dan Mat Indera, kerana kedua dua tokoh ini turut menyertai MPAJA. Maka, SIAPAKAH PEJUANG SEBENAR antara dua tokoh ini?

Apabila kekejaman MPAJA (juga dikenali sebagai BINTANG 3) telah mencapai kemuncaknya bila Pak Naib (Ketua Kampung) di sekitar Mukim IV dibunuh dengan kejam apabila engkar menurut perintah mereka. Rumah penduduk kampung dibakar.... maka penduduk Mukim IV bersatu dan menubuhkan kumpulan penentang yang berselindung di sebalik aktiviti keagamaan dan diberi nama Persatuan Muhamadiah (Khaujakan). Panglima pertama yang dilantik mengetuai perjuangan ini dikenali sebagai Panglima Ijam. Namun, kumpulan di bawah Panglima Ijam ini cuma bercorak defensif dan serang balas besar besaran dari pihak Bintang 3 mengakibatkan kerosakan yang lebih dahsyat. Dengan demikian, penduduk Mukim IV ingin mencari tokoh lain yang lebih agresif bagi mengekang kekejaman Bintang 3.

Dalam masa yang sama, bagi mengekang penentangan orang Melayu ini, Bintang 3 mengeluarkan arahan agar segala aktiviti keagamaan dan perkumpulan di masjid-masjid diharamkan. Kepada kampung yang engkar, seluruh rumah di kampung tersebut akan dibakar. Keadaan genting penuh penderitaan yang tak tertanggung oleh orang Melayu telah memanggil Panglima Salleh untuk tampil membela Agama, Bangsa dan Negeri..... sedangkan MAT INDERA meneruskan perjuangan beliau dengan bersekongkol melakukan kekejaman terhadap rakyat negeri Johor yang berdaulat (Negeri Johor Darul Ta'zim adalah negeri tak bersekutu yang tidak dijajah British) secara berterusan sehingga kekejamannya dihentikan apabila diracun oleh penduduk Seri Medan.

Panglima Salleh tanpa berlengah telah memimpin perjuangan bersenjata orang Melayu secara offensif dengan menyerang semua kedudukan dan kem Bintang 3 di serata Johor. Rupa-rupanya, kemasukan secara paksa beliau ke dalam MPAJA adalah sebagai siasah dan persediaan untuk mengetahui kekuatan dan lokasi najis-najis Bintang 3 ini. Gempuran Panglima Salleh bersama Tentera Selempang Merah, yang cuma bersenjatakan TAQWA dan parang panjang/pedang, telah berjaya mengekang kekejaman Bintang 3 (KOMUNIS) di Batu Pahat.

Mat Indera, walaupun berpendidikan agama dan mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, telah tewas dengan nafsu iaitu mempunyai cita-cita politik dan cita-cita untuk berkuasa. Beliau gagal menggunakan ilmunya untuk menentang penindasan terhadap agama dan bangsa sedangkan beliau mampu. Walaupun dikatakan bahawa ketika peristiwa di Bukit Kepong, Mat Indera tidak membunuh polis Melayu, namun dengan menyaksikan tanpa menghalang bangsat-bangsat komunis tersebut membunuh polis... wanita dan kanak-kanak adalah melayakkan Mat Indera digelar DAYUS dan pengkhianat bangsa.

Panglima Salleh dikurniakan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) sebagai mengenang jasanya pada 17 September 1955 dan beliau meninggal dunia pada 21 April 1959. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta roh para pejuang yang gugur ketika menghadapi petualang Komunis. Alfatihah....

Perjuangan jihad Panglima Salleh dengan pedang ampuhnya hanya dihentikan setelah Mat Indera dapat dikalahkan dgn tipu helah penduduk Seri Medan, manakala pejuang parang panjang lainnya kembali meletakkan parang masing-masing seawal pengisytiharan darurat di seluruh negara iaitu pada tahun 1948, di mana tugas membasmi dan memerangi komunis dipikul sepenuhnya oleh anggota keselamatan.

Kekejaman komunis dan peristiwa ini kita boleh dapatkan fakta ilmiahnya dari rujukan berikut:-

1. Sejarah Perjuangan Kita tulisan Dr Burhanudin al-Helmi terbitan Semenanjung, tahun 1955.

2. Buku Biografi Perjuangan Politik Dato' Onn oleh Shaharom Hussain terbitan Fajar Bakti, tahun 1985.

3. Tesis Sejarah Malayan People's Anti-Japanese Army oleh Amnah Abu Samah dari Jabatan Sejarah, UM.

4. Artikel Kebangkitan dan Gerakan Tentera Selempang Merah dalam Sejarah Daerah Muar dan Batu Pahat oleh Hairi Abdullah...juga artikel ini disiarkan dalam Jebat, Jurnal Persatuan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia no 3/4, 1973/75.

5. Novel Sejarah "Panglima Salleh Selempang Merah", tulisan dan hasil penyelidikan Zaharah Nawawi, DBP 1988. Penyelidikan beliau dengan cara menemubual pejuang terlibat seramai lebih 30 orang responden adalah dianggap tepat kerana cerita didapati mempunyai persamaan dan bukan dari penceritaan pihak ketiga.

Wednesday, September 7, 2011

Perjuangan Mat Indera adalah untuk tubuh negara komunis

Mat Indera

Mat Sabu


Mohamad Indera atau Mat Indera bukanlah pejuang kemerdekaan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya adalah pemberontak yang mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

Perkara itu dijelaskan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahman Ismail yang berkata, perjuangan Mat Indera berbeza dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan Tok Gajah.

“Mat Indera yang dikatakan mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebenarnya bukan menentang penjajah British sebaliknya bermatlamat menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

“Tok Janggut dan Tok Gajah pula berjuang berhabis-habisan menghalau penjajah dari tanah air bagi mengekalkan pemerintahan tempatan sedia ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Utusan melaporkan, Abdul Rahman turut menjelaskan perbezaan maksud pejuang dan pemberontak berdasarkan pengalamannya yang turut terlibat menyiasat kes-kes mangsa kekejaman komunis dari 1950 hingga 1955.

“Di mana-mana negara dalam dunia, pihak yang mengangkat senjata untuk merampas negara secara kekerasan adalah dianggap pemberontak manakala pihak yang mengangkat senjata untuk mempertahankan keamanan negara adalah pejuang.

“Pemberontak-pemberontak Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pecahan daripada Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang pada asasnya diwujudkan untuk bersama tentera British Force 136 bagi menghalau penjajahan Jepun dari Tanah Melayu.

“Selepas Jepun menyerah diri pada Ogos 1945, MPAJA dibubarkan dan diarahkan untuk memulangkan senjata api bagaimanapun, sebahagian daripada mereka enggan berbuat demikian lalu menubuhkan PKM.

“Ini kerana mereka hendak meneruskan perjuangan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis,” katanya.

Justeru, beliau yang tamat perkhidmatannya pada 1985 itu memberitahu, tindakan Mat Indera jelas menunjukkan dia seorang pemberontak dan bukan pejuang yang perlu dijulang sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai pasukan keselamatan serta Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang dikatakan bersekongkol dengan penjajah British.

“Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan awam dan negara dari sebarang ancaman luar manakala Tunku Abdul Rahman pula bertungkus lumus mencari jalan terbaik membebaskan tanah air tercinta daripada penjajahan.

“Pihak komunis masih berterusan melakukan kekejaman, kerosakan awam dan pembunuhan kejam terhadap orang awam yang tidak berdosa walaupun selepas kemerdekaan dicapai.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan itu sekali lagi jelas membuktikan mereka mempunyai agenda menubuhkan negara komunis walaupun semua penjajah sudah berundur,” jelasnya.

Oleh : agendadaily


SEJARAH KEKEJAMAN KOMUNIS DI BUKIT KEPONG

Gambar Kenangan Anggota Polis Bukit Kepong Sebelum Kejadian

Gambar Balai Polis Bukit Kepong Selepas Kejadian


1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina) semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

3. Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Antara anggota komunis yang terbunuh dalam serangan

Anggota-anggota komunis mengatur langkah untuk membuat serangan


6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

7. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.

8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.

Orang kampung yang berjuang bersama anggota-anggota polis Bukit Kepong

Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping


11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.

Anggota-anggota polis yang dibunuh oleh komunis dicampak ke dalam api

15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka
......... baca seterusnya di sini

Tuesday, September 6, 2011

Azmin Ali Dayus Beristerikan Jalang..!


Kisah Azmin, Hari Raya dan ibunya bukanlah sebuah mitos yang akan terhenti di situ sahaja.

Kali ini, saya menerima maklumat mengenai tingkah laku isteri Azmin pula, Shamsidar Taharin, yang selama ini dilihat bagaikan “wanita suci” oleh penyokong-penyokong taksub PKR.

Menurut sumber yang juga dari ahli keluarga Azmin, Azmin juga merupakan seorang suami yang dayus! Buktinya ialah Azmin hanya tersenyum bila Datuk Nallakaruppan menepuk bahunya ketika berjumpa Azmin di pejabat sambil memberitahu bahawa isterinya baru dihantar Nalla bertemu dengan Anwar untuk di”tiduri”. Apa jenis manusia yang mampu tersenyum apabila diberitahu mengenai kesundalan isterinya begitu?

Ahli keluarga Azmin itu juga turut mendedahkan bahawa Shamsidar tanpa segan silu, pernah melakukan “blowjob” kepada Anwar di dalam kereta meskipun Nallakaruppan memandu kereta tersebut di depan ketika itu. Astaghfirullahilazim. Mengucap panjang saya mendengar pendedahan itu. Benarkah begitu ‘jalang’ sekali sifat isteri Azmin itu?

Ekoran itulah Shamsidar layak dinobatkan sebagai “pelacur kelas pertama”. Menurut sumber, cerita ini disampaikan sendiri oleh Nallakarupan kepadanya dan Azmin turut dicabar untuk bertindak saman terhadap pendedahan itu. Meskipun pendedahan itu dibuat secara terang-terangan sebelum ini di khalayak ramai, Azmin atau Shamsidar tidak pun mengambil tindakan saman terhadap Nalla sehingga hari ini. Ini menyebabkan ahli keluarga Azmin itu mempercayai cerita Nalla tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan ibu Azmin sebagaimana yang saya sampaikan semalam, saya mendapat tahu bahawa keadaan beliau masih lagi dalam keadaan sedih meskipun kejadian yang menghancurkan hati ibu tua itu sudah berlalu beberapa hari. Itu pun setelah beberapa orang anaknya yang memujuk beliau dengan memberikan perhatian yang lebih.

Selain itu beberapa anaknya tidak lokek untuk memberikan duit raya, belikan karpet baru untuk bilik tidurnya, dan beberapa pekakasan rumah untuk menyedapkan hatinya.

Walaupun begitu, adik beradik Azmin itu sering mengurut-urut dan memasak makanan kegemaran ibu mereka untuk mengubat hatinya. Namun, saya percaya, luka yang tertusuk di hati ibu tua itu tetap berdarah dan mengambil masa untuk sembuh. Itulah penangan anaknya, Azmin, yang ditatang sejak kecil bagai minyak yang penuh.

Ibu Azmin masih lagi menangis apabila terkenangkan Azmin yang bertindak mengatakan bahawa makanan dan segenap pelosok rumah beliau sebagai najis dan perlu disamak sebelum dimasuki atau disentuh. Beliau berkali-kali mengulangi bahawa Azmin tetap anak yang derhaka padanya. Jenuh jugalah adik beradik Azmin yang lain memujuk ibu yang terluka itu.

Azwan Ali tak balik jenguk dan pujuk ibu, kah? Masih lagi menyebelahi Azmin yang derhaka dan tidak mengenang jasa itu?

Mengulas mengenai Azmin, ahli keluarganya yang enggan didedahkan itu turut menyatakan bahawa Azmin tidak pernah tidur di rumah ibunya walau untuk hanya satu malam pun pada Hari Raya. Sedangkan, Azmin boleh pula tidur di rumah ibu bapa Shamsidar sejak Hari Raya Pertama hingga Hari Raya Ke-Empat. Sudahlah tidak memberikan satu sen pun duit raya pada ibunya, sikap berat sebelah ini sering dirungut oleh ahli keluarga Azmin, terutama ibunya sendiri.

Seperkara lagi yang membuktikan Azmin berat sebelah dan tidak mengambil berat tentang ibunya ialah dia tidak pernah membawa ibunya melakukan pemeriksaan kesihatan di IJN atau menjelaskan bil perubatan ibu kandungnya itu. Segalanya diserahkan pada adik beradik perempuannya, terutamanya Kak Lang dan Ummi Hafilda, sedangkan dia adalah salah seorang anak lelaki keluarga itu.

Namun yang peliknya, Azmin yang dipercayai memiliki ratusan jutaan RM itu boleh pula mengambil berat tentang mertuanya. Menurut sumber dari ahli keluarga Azmin itu, “madu” Anwar ini pernah menghantar bapa mertuanya ke hospital swasta GlennEagles dan menjelaskan kos perubatan yang mencecah kos RM200,000! Sekiranya tidak percaya, sila bertanya pada kakak-kakak atau adik beradik Azmin untuk pengesahan.

InsyaAllah, saya akan terus menulis lagi mengenai Azmin, Shamsidar dan “kekasih gelap”nya sekiranya saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berbuat demikian. Namun, ia juga bergantung kepada sumber yang memberi maklumat kepada saya, iaitu ahli keluarga Azmin sendiri. Bagaimanapun, ahli keluarganya itu sudah memberikan “green light” untuk bekerjasama dengan saya untuk mendedahkan kebenaran mengenai anak lelaki keluarga Allahyarham Ali itu.

Cuma, saya ingin menegaskan di sini bahawa segala pendedahan ini tidak langsung berniat jahat atau memburuk-burukkan seseorang. Pendedahan ini merupakan satu kebenaran yang perlu disampaikan kepada semua rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan “kosmetik” yang dipakai Azmin, Shamsidar dan Anwar. Ianya mengenai agama dan sahsiah diri sebagai seorang muslim sahaja. Perkara lain saya serahkan pada kalian untuk menilai tentang “seorang Azmin”, luar dan dalam.

Wallahu’alam.

Oleh : Perak Today


Kisah Benar: Cara Azmin berhari raya dengan ibunya baru-baru ini…

Azmin, Samsidar dan keluarga bersama motokar Porche milik Azmin
Semalam, saya berpeluang untuk berkomunikasi dengan anggota keluarga Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, yang merupakan Ahli Parlimen Gombak. Tak payahlah saya sebutkan “siapa” dan beliau merupakan adik beradik Azmin yang keluar dari perut ibu yang sama. Dalam perbualan saya dengannya semalam, beliau sempat menceritakan peristiwa yang berlaku di rumah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Menurut beliau, Azmin dan keluarganya sudah hampir 10 tahun tidak beraya di rumah ibu kandungnya itu. Dan Hari Raya kali ini pun, Azmin hanya pulang beberapa hari selepas 1 Syawal. Sebelum pulang ke rumah ibunya, seperti biasa, Azmin akan menghubungi ibunya untuk bertanyakan sama ada keluarga Kak Long, Kak Lang, Ummi Hafilda dan adik-beradiknya yang lain ada di rumah ibunya atau tidak. Bertanyakan hal itu, Azmin menggunakan bahasa yang sangat “lembut” dengan ibunya…

“Betina-betina sundal sial tu ada kat rumah mak tak?” soal Azmin pada ibunya.

“Astaghfirullah Min..diorang semua tu kan anak-anak mak juga..” balas ibunya.

“Ahhhh..! Tak payah nak ceramah…betina-betina sundal semua tu ada ke tidak?”, Azmin memotong cakap ibunya.

Dan Azmin, bersama Shamsidar dan anak-anak mereka pulang juga ke rumah ibunya itu. Menurut ahli keluarga Azmin ini, ketika pulang ke rumah ibu mereka, Azmin buat perangai “elok”nya. Masuk saja ke rumah, Azmin terus meluru kepada ibunya yang berada di dalam rumah. Ketika itu, beberapa orang adik beradik Azmin, termasuk abang ipar Azmin berada di luar beranda rumah bersembang-sembang sesama mereka…

Tiba-tiba, Azmin bergegas keluar bersama keluarganya. Mukanya bengis, masam dan tak manis langsung! Melihat keadaan itu, ahli keluarganya berpandangan sesama mereka dan kemudian masuk ke dalam rumah mendapatkan ibu mereka. Ibu Azmin sedang menangis! Sambil tersedu sedan, ibu Azmin menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam rumah ketika Azmin “berhari raya” bersama ibunya pagi itu…

Menurut ibu Azmin, Azmin berang kerana ibunya tidak memaklumkan tentang adik beradiknya yang lain turut berada di rumah itu ketika dia ke sana. Azmin sebenarnya tidak mahu langsung berjuak muka dengan adik beradiknya seperti Kak Long, Kak Lang, abang-abang iparnya, terutama sekali Ummi Hafilda seperti mana maklum. Azmin menggelar kakak-kakak dan adiknya itu sebagai “betina sial”, “sundal” dan pelbagai gelaran nista pada mereka.

Menurut ibu Azmin, Azmin marah “menyinga” kerana mendapati adik beradiknya turut berada di rumah ibunya ketika kehadirannya itu. Belum sempat anaknya menjamah nasi impit di meja makan, Azmin menengking anaknya…

“Jangan makan..! Jangan duduk..! Semua tu najis…! Semua yang ada dalam rumah ni semuanya najis! Perlu disamak..!!!” tengking Azmin pada anak-anaknya.

Malah Azmin turut membaling kerusi yang diduduk anaknya seraya mengatakan bahawa adalah haram untuk menyentuh semua perabot, makanan dan apa yang ada dalam rumah ibunya kerana bernajis serta perlu disamak terlebih dahulu…

Jerkahan Azmin itulah yang menyentap hati ibunya. Ibu Azmin menangis! Memang selalu Azmin mengguris hati ibunya dengan kata-kata nista sebelum ini, namun beliau masih dapat menahan sabarnya. Iyalah, sejahat mana pun Azmin, dia tetap anak yang dilahirkannya. Namun kali ini Azmin sudah melampaui batas. Ibu Azmin sudah hilang sabar…

“Min..baik kau keluar Min…keluar!” jerkah ibunya yang sudah menjangkau umur 76 tahun itu.

“Kalau kau balik nak buat kecoh begini, baik kau keluar..! Keluar..!!!”, hati ibu Azmin parah terluka.

Tanpa berlengah panjang Azmin bertindak keluar sambil membawa anak dan isterinya bersama. Mungkin menuju ke Perak, ke rumah mertuanya. Ibu Azmin tersedu-sedan di dalam rumah. Adik beradik Azmin terpaksa menenangkan ibu mereka. Namun, kesabaran ibu tua itu sudah sampai ke tahap maksima. Azmin sudah melampau! Beginikah layanan yang diberikan terhadap ibunya? Sudahlah duit raya pun tidak dihulurkan, Azmin buat ibunya menangis di Aidilfitri pula..!!!

“Kali ni mak dah tak dapat menahan sabar..disumpahnya Azmin!

“Mak kata, biar suatu hari nanti Azmin terlungkup accident dalam perjalanannya nanti, biar dia rasa akibat derhaka kepada ibunya”, kata ahli keluarga Azmin yang menghubungi saya semalam.

Saya terkedu dan beristighfar mendengar cerita ini mengenai perihal akhlak Azmin dan cara layanan yang diberikan kepada ibunya. Azmin memang hati kering sehingga ibunya sendiri pun sanggup dilukai hati ini. Tidakkah Azmin tahu bahawa mengatakan “ah..!” sekali pun pada ibu sudah memadai baginya untuk mendapat dosa besar? “Madunya”, Anwar tidak ajarkah mengenai perkara ini?

Paling mengejutkan saya ialah mengenai kenyataan ibu tua itu yang sangat hancur hatinya diperlakukan begitu oleh Azmin, anak yang dikandungnya selama 9 bulan dan dibesarkan hingga besar…

“Azmin anak yang derhaka!” kata ibunya dalam sedu sedan dan penyesalan yang amat sangat.

Persoalannya, apakah jenis manusia yang memperlakukan ibunya sendiri sedemikian rupa? Siapakah yang menghasut dan memperngaruhi Azmin hingga berubah dari seorang anak yang sangat baik kepada seorang yang berkelakuan seperti syaitan itu? Apakah yang mendorong Azmin hingga sanggup menderhaka kepada ibu kandungnya yang sudah uzur itu?

Saya terkedu. Dan setelah mendengar aduan ahli keluarga Azmin ini, demi Allah, sekiranya saya sebahagian dari adik beradik Azmin, sudah tentu teruk Azmin saya kerjakan. Adalah menjadi kepantangan dalam hidup saya untuk melihat jenis manusia yang sanggup berkurang ajar dan menitiskan air mata seorang ibu! Saya tidak tahu sama ada pembaca boleh tahan atau tidak dengan “binatang” yang berperangai begitu. Namun pada saya, memang nahas saya kerjakan..!!!


Oleh : Perak Today

Somalia - Cerita lengkap tragedi 2 September...


Asalnya Agendadaily hanya menelefon untuk dapat komen Datuk Azeez Abdul Rahim mengenai misi bantuan kemanusian di Somalia baru-baru ini. Tapi Ketua Kelab Putera 1Malaysia ini, macam biasa, “Kau datang pejabat, aku tunggu, banyak cerita,” katanya.


[Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sedang berbuka puasa dalam pesawat TUDM dalam perjalanan ke Somalia - gambar oleh Minaq Jinggo]

Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya di Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.

“Kalau tak boleh bagi manfaat, jangan bawa mudarat,” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.

“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,”
katanya.

Sebelum itu, kami berbual panjang, banyak rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.

Walaupun teruk kena 'bambu' dengan pembangkang, kata Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.

Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily:

Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusiaan Somalia?

Ia bermula apabila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.

Sebelum itu kita sudah hantar pasukan peninjau (recce team) ke sana dan dapat semua maklumat, apabila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.

Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.

Apabila saya beritahu kata ini misi kemanusiaan paling bahaya, ironinya inilah juga misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.

Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claim apa-apa…


Sain masa itu sebelum pergi?

Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.

Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.

Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.

Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.

74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke airport, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.

Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “Sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.

ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.

Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.

Tujuh orang itu pasukan peninjau, team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai di Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.

Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.

Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.

Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.

Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).

Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)


Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.

Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”

Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.

Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.

Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.

Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.


(Azeez sedang tunjuk surat asal dari Bernama yang tidak senaraikan nama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ke Somalia)

Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?

Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5.10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar budak you pergi, you duduk di kem, buat story,”

Kemudian, arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”.

Bila arwah kata hendak balik hantar story, saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.

Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”

Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.

Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai sebab jarak saya dengan tempat kejadian hanya 200 meter.

Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”

Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan Doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.

Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.

Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he's going, he's going,”,

Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tidak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).

PM tanya keadaan Noramfaizul. Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic, tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.

Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.

Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.

Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….

Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.


(Inilah lakaran kedudukan Allahyarham Noramfaizul dan wartawan Malaysia lain dalam jip Nissan waktu kejadian 2 September)

Datuk, sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan Reuters tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh ke arah bahu Aji.

Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.

Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.

Boleh Datuk jelaskan kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?

Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.

Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”

Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.

Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”

Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?

Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.

Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.

Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi.

Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.

Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.

Datuk boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?

African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.

Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.

Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.

Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.

Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita.

Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk?

Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.

Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.


Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.

Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.

Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.

Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.

Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.

Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.

Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa besar.


Oleh : HELME HANAFI - Agendadaily

PAS Pun Tidak Akan Wujud Jika Komunis Memerintah



1. Ceramah Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS), Mohamad Sabu (Mat Sabu) minggu lalu di Pulau Pinang menjadi satu isu kontroversi apabila beliau mendakwa Mat Indera yang memimpin pasukan Komunis menyerang balai Polis Bukit kepong sebagai wira.

2. Beliau juga mendakwa polis-polis Melayu yang diserang oleh Mat Indera adalah alat penjajah British. Jauh lebih daripada itu Mat Sabu juga mendakwa Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenarnya pegawai British.

3. Mat Sabu juga mendakwa sejarah negara adalah pembohongan. Katanya, sejarah negara kita menganggap Tok Janggut dan Datuk Burhanuddin sebagai pengkhianat. Saya berharap Mat Sabu dapat membuktikan di mana sejarah Malaysia yang menyatakan Datuk Burhanuddin al-Helmy dan Tok Janggut sebagai pengkhianat negara.

4. Sejarah Malaysia mengangkat semua para penentang British, Portugis dan Jepun sebagai Pahlawan Negara. Sejak awal sejarah Tanah Melayu dan Borneo, nama-nama mereka yang menentang penjajah dianggap wira tanah air. Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Sipuntum (yang membunuh J.w.w. Birch), Rosli Dhoby, Mat Salleh dan ramai lagi para penentang British terus dianggap pahlawan watan kepada tanah air dan termaktub dalam sejarah negara. Justeru adalah satu pembohongan untuk Mat Sabu mendakwa mereka ini dianggap sebagai pengkhianat negara oleh Sejarah Malaysia.

5. Namun sejarah negara tidak menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British atau mana-mana penjajah. Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina. Sebab itu, majoriti orang Melayu di Kepulauan Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia) menolak Komunis.

6. Malahan yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pun bukan anak watan tanah air. Justeru mengatakan PKM pejuang kemerdekaan, sementara Polis Melayu dan pemimpin Melayu seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman alat British, menunjukkan Mat Sabu tidak mengenali sejarah negara dengan jelas.

FALASI PERTAMA MAT SABU:

POLIS MELAYU, DATO ONN, TUNKU ABDUL RAHMAN PEGAWAI PENJAJAH; PKM MENENTANG PENJAJAH


7. PKM juga sebenarnya alat British semasa penjajahan Jepun. PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) kerana permusuhan antara kerajaan Komunis China dan Jepun serta bertujuan melindungi kaum Cina di Tanah Melayu yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman Jepun. Selepas British kembali menduduki Tanah Melayu, PKM masih bekerjasama dengan British. Namum British tidak mahu mengiktiraf ideologi komunis dan ini menimbulkan penentangan PKM terhadap British.

8. Sebaliknya, British memilih untuk berunding dengan Sultan-sultan Melayu dan nasionalis Melayu bagi proses memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Apabila Sultan dan pemimpin Melayu menolak Malayan Union, British mengubah beberapa perkara dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini secara jelas menunjukkan British sedang ke arah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

9. Justeru secara faktanya sejak 1948 lagi telah wujud kerajaan campuran antara British, wakil Sultan dan wakil orang Melayu bagi pemerintahan Tanah Melayu dan juga proses ke arah kemerdekaan.

10. Polis-polis Melayu yang dilantik dalam pentadbiran ini merupakan anggota yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan penduduk Tanah Melayu dan juga mempertahankan kerajaan campuran yang dalam proses kemerdekaan. Justeru bagaimana mereka dianggap pegawai atau tali barut penjajah jika terdapat wakil orang Melayu dan wakil sultan dalam pentadbiran Persekutuan 1948?

FALASI KEDUA MAT SABU:

MAT INDERA WIRA MELAYU KERANA MENGETUAI KOMUNIS SERANG BALAI POLIS BUKIT KEPONG


11. Mat Sabu akan menggunakan beberapa butiran sejarah yang mendakwa Mat Indera ialah pahlawan Melayu. Memang benar pada suatu ketika Mat Indera ialah wira kerana keberanian dan kehebatan beliau mempertahankan keamanan dan keselamatan orang Melayu pada zaman kezaliman penjajah Jepun. Jika Mat Sabu menganggap Mat Indera wira kerana itu, kita tidak harus mempertikaikannya.

12. Malangnya, beliau menganggap Mat Indera wira kerana menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang mengorbankan pegawai polis Melayu, yang kononnya menurut Mat Sabu ialah alat penjajah British.

14. Mat Indera kemungkinan besar bukan pejuang ideologi komunis. Beliau mungkin terpengaruh dengan dakyah pemimpin PKM bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Justeru menyerang balai Polis Bukit Kepong pada kaca mata Mat Indera ketika itu ialah tindakan perjuangan kemerdekaan. Namun ia tidak menjadikan Mat Indera pejuang kemerdekaan dan pegawai polis yang terkorban sebagai tali barut penjajah. Faktanya berlainan sekali.

15. Faktanya, Parti Komunis Malaya yang menjadi platfom Mat Indera bukan berteraskan perjuangan kemerdekaan anak watan. PKM hanya berjuang untuk penubuhan negara Komunis. Justeru untuk mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan kerana menyerang polis-polis Melayu yang kononnya pegawai British satu kesimpulan yang tidak tepat.

16. Kita mesti ingat bahawa ucapan Mat Sabu jelas sekali mengangkat Mat Indera sebagai wira kerana menyerang balai Polis Bukit Kepong yang mengorbankan para pegawai polis Melayu yang berkhidmat untik kerajaan campuran. Justeru apa sahaja fakta sejarah atau buku yang beliau bawa untuk mempertahankan kenyataan beliau bahawa Mat Indera seorang wira Melayu kemudiannya merupakan "afterthought defence"

17. Apakah mereka yang dibunuh oleh Komunis di Bukit Kepong bukan wira negara sedangkan mereka menjaga keselamatan orang ramai, keamanan Tanah Melayu dan keutuhan proses kemerdekaan negara? Mereka bukan menjadi alat mempertahankan pemerintahan British seperti sebelum 1942. Sebaliknya, mereka pejuang-pejuang keamanan dan kemerdekaan negara yang kerana mengambil bahagian dalam kerajaan transisi sebagai satu bentuk latihan pemerintahan sendiri. Ini tidak dapat difahami oleh ahli politik seperti Mat Sabu yang hanya setiap hari cuba mencipta kebencian terhadap UMNO walaupun terpaksa menukar fakta sejarah.

FALASI KETIGA MAT SABU:

KOMUNIS MAHU MEMERDEKAKAN NEGARA


18. Jika para pejuang kemerdekaan menyebelahi komunis seperti mana Mat Sabu, nescaya hari ini Pas pun tidak akan wujud kerana tiada parti politik dalam sistem pemerintahan komunis. Pas juga tidak akan wujud kerana komunis menganggap agama adalah candu masyarakat.

19. Islam juga tidak akan menjadi agama rasmi Persekutuan jika Komunis memerintah. Tiada juga kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu jika Komunis memerintah negara ini.

20. Justeru sungguhpun Mat Sabu begitu akrab dengan pemimpin seperti Lim Guan Eng, ia bukan bermakna beliau harus menghalalkan perjuangan komunis yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam yang Pas perjuangkan.

21. Bukan semua perlu dipolitikkan apatah lagi pengorbanan ramai anggota keselamatan kita dari pelbagai kaum mempertahankan tanah air daripada ideologi komunis. Bukan sedikit rakyat menjadi mangsa kekejaman Komunis semasa sebelum dan selepas hari merdeka. Apakah hanya kerana politik Mat Sabu sanggup menutup semua ini dan mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

22. Tiada satu saat pun dalam perjuangan Komunis yang berhasrat memerdekakan rakyat dan Tanah Melayu serta mengembalikan hak pemerintahan Tanah Melayu kepada orang Melayu. Justeru untuk Mat Sabu mengangkat perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan sangat melucukan dan bersifat politik membenci UMNO.

23. Sebenarnya tiada kemerdekaan dalam ideologi komunis kerana rakyat tidak mempunyai hak dan kebebasan bercakap, memilih kerajaan dan memerintah. Apakah hidup dalam sistem komunis di anggap satu kemerdekaan? Jika Tanah Melayu diperintah oleh Komunis selepas British, ia ibarat lari mulut buaya masuk mulut harimau kerana kedua-duanya tiada kebebasan yang menjadi asas kemerdekaan.

24. Justeru di mana analisis Mat Sabu bahawa Komunis adalah pejuang kemerdekaan? Jangan jadi manusia yang berperangai habis madu sepah dibuang terhadap pasukan keselamatan kita yang mempertahankan tanah air ini dari keganasan komunis.


Oleh : Dr Mohamad Khir Toyo

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP