Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, October 30, 2011

Nik Aziz dan HUDUD


Aceh melepasi keghairahan Kelantan dalam melaksanakan hukuman hudud. Jika Kelantan melaksanakan kelak, hukuman seperti ini boleh dicadang diadakan di hadapan Masjid Muhammadi, Kota Bharu setiap kali selepas solat Jumaat. Di Pulau Pinang pula, di hadapan Kompleks Komtar. Gambar ini menunjukkan seorang wanita menghadapi hukuman rotan di khalayak ramai di Aceh kerana melakukan maksiat.
Oleh: Zaini Hassan

SAYA amat teruja membaca berita utama New Straits Times (NST) semalam (25 Oktober) mengenai langkah kerajaan Pas Kelantan menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk mengkaji “kemungkinan melaksanakan” Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, atau hukum hudud di negeri itu. Jawatankuasa itu terdiri daripada panel 19 anggota.

Saya juga cukup teruja kerana selepas Nik Aziz Nik Mat berhempas pulas membangkitkan isu itu (terutamanya menjelang ketibaan pilihan raya umum) sejak 1990-an (kira-kira 20 tahun lalu), baru kini ia mahu dikaji?

Sepatutnya ia hanya menunggu untuk pelaksanaan sahaja dan soal teknikal telah diselesaikan sejak belasan tahun malah puluhan tahun dulu lagi.

Saya dan mungkin jutaan lagi rakyat Malaysia amat hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco Pembangunan Islam Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah itu.

“Ia (panel itu) akan mengkaji kemungkinan melaksanakan enakmen itu, kerana ia mempunyai pandangan perundangan yang ia (hudud) boleh dijalankan, tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Jawatankuasa itu akan melihat sebarang ruang yang ada untuk pelaksanaan. Jika ada, jawatankuasa itu akan membuat syor kepada kerajaan negeri,” kata Amar kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri itu kelmarin.

Sekali lagi saya kebingungan. Mahu kaji lagi? Mahu cari ruang lagi, mahu mencari syor lagi. Saya cukup sedih kerana selepas lebih 20 tahun soal hudud digembar-gemburkan ia masih dalam kajian?

Kajian apa lagi wahai Tuan Guru Nik Aziz? Sepanjang pengalaman saya membuat liputan di Kelantan dulu (semasa Nik Aziz mula menjadi MB), setiap kali isu hudud dibangkitkan, inilah bunyi ceritanya – kaji, kaji, kaji...

Sekali lagi saya cukup bingung dan keliru. Apakah Nik Aziz mahu membingungkan rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam? Sudahlah Tuan Guru. Cukuplah.

Saya, yang mengikuti soal hudud ini sudah terlalu lama merayu Nik Aziz cepat-cepatkanlah melaksanakan hukuman hudud itu di Kelantan dan negeri-negeri pakatan pembangkang lain, terutamanya di Pulau Pinang.

Sudah tentu Lim Guan Eng juga akan mengalu-alukan hukum hudud dilaksanakan di negerinya kerana ia boleh menjamin Pulau Pinang bebas daripada jenayah di negeri itu. Lagipun kan Guan Eng seorang pejuang (advocate) anti jenayah dan moral yang hebat.

Sesiapa yang didapati melanggan GRO rakyat China yang terlalu ramai di negeri itu sekarang akan dihukum rotan di khalayak ramai, di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Dengan sendirinya tugas polis pun akan lebih ringan dan sekali gus rumah-rumah persundalan dan kelab-kelab GRO akan dapat ditutup. Selangor juga, dikhabarkan sedang menghadapi masalah kebanjiran rumah urut yang semakin bercambah. Ia juga boleh dilaksanakan di Selangor.

Wahai Tuan Guru Nik Aziz marilah kita berdoa supaya pelaksanaan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan segera di Kelantan.

Lagipun, Kelantan mencatatkan kes HIV/AIDS yang tertinggi di Malaysia, yang kini sudah mula menjangkiti isteri-isteri pasangan masing-masing.

Bagi Karpal Singh, yang pernah berkata “langkah mayat” dia dulu jika undang-undang dan konsep negara Islam itu mahu diadakan juga perlulah akur. Hormatilah sedikit Nik Aziz yang merupakan orang berpengaruh dalam pakatan.

Bagi negeri-negeri lain pula, perkasakanlah isu-isu ekonomi, muamalat dan munakahat kerana ia akan menjamin kesejahteraan hidup umat Islam.

Apabila perut kenyang dan terhindar daripada kemiskinan maka tiadalah wujud jenayah dan kekufuran yang bukan-bukan.

(Baca: Di antara Syariat Islam dan hukum hudud di bawah tulisan ini yang dipetik: Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya.)

Saya berharap Nik Aziz, ikhlaslah kali ini. Laksanakanlah segera hudud di Kelantan. Jika boleh gazetkanlah cepat "Tarikh Kuatkuasa Enakmen Hudud Kelantan 1993" itu. Kami semua sudah penat dengan isu yang tidak habis-habis ini. Jangan biarkan orang lain gelak kepada kita.

INI adalah perspektif kedua mengenai hukum hudud yang saya mahu berkongsi dengan pembaca. Ia ditulis oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA (www.isma.com).

Ikuti tulisan beliau:



DI ANTARA SYARIAT ISLAM DAN HUKUM HUDUD

SEMASA saya belajar di University of Queensland 1984-1987 dulu, apabila pokok Jacaranda yang meranting kering di musim sejuk mula berbunga lebat berwarna ungu hampir di setiap jalan di universiti, di sebalik kecantikannya, jiwa para mahasiswa/i mula gundah gulana kerana ia menandakan peperiksaan hampir tiba.

Begitu juga di Malaysia, di setiap penghujung empat tahun lalu apabila isu hukum hudud mula dilemparkan melalui media massa ke tengah-tengah para pengundi, ia menandakan musim Pilihan Raya Umum Malaysia hampir tiba, hanya menunggu bila tarikhnya ditetapkan, bergantung respons para pengundi di bandar dan kampung, tua dan muda, kafir dan Islam.

Bagi golongan masyarakat yang faham dan beriman, mereka melihat dan menilai isu ini dengan pandangan Syarak dan pertimbangan realiti.

Namun mereka adalah hanya segelintir dari masyarakat umum yang jauh lebih ramai dan tersebar di seluruh negara.

Ada pun pada umum masyarakat, mereka kebingungan kerana sekali lagi isu ini diketengahkan dalam keadaan ilmu dan jiwa mereka yang tidak mampu memahaminya, dan ramai dari kalangan mereka yang akhirnya membuat pertimbangan dari neraca yang tidak Islamik lalu mengambil pendirian yang tidak tepat.

Syariat Islam dan hukuman Hudud mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Syariat Islam adalah satu sistem hidup rabbani, keseluruhannya berasaskan al-Quran, kitab Allah dan petunjuk peninggalan dari Sunnah Rasul-Nya, Muhammad SAW, bermula dari membina ilmu dan akidah, melahirkan ibadah dan akhlak pada diri dan masyarakat dalam sesebuah negara, kemudian mereka meluaskan dakwah Islam ke negara-negara jiran sehingga Islam memimpin dan membimbing seluruh dunia, tanpa meninggalkan seinci pun bumi yang tidak diperintah oleh Syariat Islam.

Dengan ini Syariat Islam sifatnya membangunkan manusia dan dunia, lahir dan batin, manakala hukum menghukum seperti hudud, takzir dan seumpamanya boleh kita nisbahkan sebagai hanya 5% sahaja dari Syariat Islam yang sifat umumnya adalah membangun.

Sebab itu al-Quran yang mempunyai lebih 6,000 ayat hanya mempunyai sekitar 500 ayat sahaja mengenai hukum hakam atau dipanggil “Ayat-ayat Ahkam”.

Dari sekitar 500 ayat-ayat ahkam, hanya sebahagian kecil sahaja yang menyentuh hukum hudud dan selainnya menggarap isu-isu ekonomi, muamalat, munakahat, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Adapun hukuman yang digelar “Hudud”, ia adalah tujuh hukuman yang telah ditentukan Allah dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Bagi mereka yang suka penerangan dengan angka, saya gambarkan di sini (sekadar mengemukakan angka yang tidak semestinya tepat, tetapi boleh memberi kefahaman yang lebih jelas), hukuman Hudud yang tujuh itu adalah seperti sekitar 5 peratus (%) dari undang-undang Islam yang 95% lagi adalah Takzir (denda) yang diserahkan kepada Dewan Rakyat di Parlimen menggubalnya dan hakim di kamar mahkamah menentukannya.

Oleh kerana 7 hukuman tersebut (1. bunuh, 2. zina, 3. menuduh zina/qazaf, 4. curi, 5. minum arak, 6. samun/qat’ tariq, 7. bughoh – menentang pemerintah dengan kekerasan) telah ditentukan Allah, dan tidak boleh diolah lagi oleh Parlimen atau hakim, maka ia disebut Hudud, di dalam bahasa Inggeris bermakna “already defined”.

Kalau begitu, hukuman dan denda (termasuk Hudud) hanyalah 5% daripada ajaran Islam yang bersifat membina umat dan negara, bukan meruntuh dan menghukum, manakala hukuman Hudud hanya 5% daripada undang-undang Islam dalam sesebuah negara yang lengkap dan membangun, maka dari segi matematiknya hudud hanya 5% x 5% = 0.25% daripada keseluruhan ajaran dan Syariat Islam sebenarnya.

Ia bukan segala-galanya mahupun juzuk besar daripada ajaran Islam yang sangat luas, membangun dan membahagiakan umat manusia.

Begitu juga yang kita maksudkan dengan rumah tangga Islam adalah ibu bapa yang berkeperibadian Islam, mendidik anak-anak dengan ajaran Islam, menjaga adab-adab Islam dalam rumah, suami isteri yang saling menghormati perjuangan Islam masing-masing, berdakwah kepada jiran-jiran, dan sebagainya, bukan semata-mata si ayah merotan anak (hukuman).

Begitu juga apabila kita maksudkan dengan sebuah Negara Islam, ia adalah negara yanag tertegaknya Syariat Islam dalam setiap bidang kehidupan rakyatnya, dan bukan semata-mata melaksanakan hukuman Hudud dan cuai pelbagai aspek Syariat Islam yang lain.

Ringkasnya, apa yang rakyat Islam di Malaysia mahu adalah penegakan Syariat Islam dalam semua bidang media massa terutamanya di siaran televisyen, pendidikan, pengurusan negara, kementerian dan jabatan, membebaskan rakyat daripada belenggu budaya Barat, membina umat yang berjihad dan punya kekuatan di rantau, menguatkan kesatuan umat dan membanteras perpecahan, menguatkan hubungan di antara negara-negara Islam, menyebarkan roh Islam ke dalam jabatan dan sektor kerajaan dan swasta, membanteras rasuah, membanteras pelacuran, arak, judi, dadah, kelucahan, pergaulan bebas, bidah, khurafat, syirik, mendorong hafazan al-Quran dan bahasa Arab terutama kepada generasi baru dengan berbagai insentif, kesihatan, ekonomi, akhlak, berjimat dengan wang rakyat dan menyuburkannya, meneroka kekayaan dan hasil bagi negara dan mengelakkan pemborosan dan pelaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud.

Oleh kerana itu kita adalah rakyat yang lebih bijak dari terheret membincangkan isu hudud menjelang pilihan raya, sedang selama tempoh tenang 4-5 tahun di antara dua musim pilihan raya, media massa merosakkan umat dengan memaparkan budaya Barat yang negatif kepada anak bangsa kita, pelacuran, arak, judi, kelucahan, rasuah tersebar ke tahap yang sukar dibendung dan telah menghakis banyak tunggak-tunggak negara terutamanya akhlak dan jiwa rakyat serta wang dan kekayaan negara.

Semangat roh jihad di kalangan belia dan bebas dari pengaruh dominasi Kuasa Barat merupakan tunggak penting yang masih di dalam keadaan yang minimum.

Apa yang kita tuntut adalah Malaysia menjadi sebuah Negara Islam yang didefinisikan oleh Imam Hasan Al-Banna yang bermaksud “tidak akan tertegak Ad-Daulah Al-Islamiyah (Negara Islam) melainkan di atas asas Dakwah, sehingga ia menjadi Negara Risalah (negara yang mempunyai visi dan misi menyebarkan Islam ke seluruh dunia), bukan (semata-mata) ia berbentuk pentadbiran, atau kerajaan material beku pekak yang tidak mempunyai roh.

Seperti mana juga dakwah tidak (dapat) tertegak melainkan dalam satu perlindungan (iaitu negara) yang menjaga, menyebar, menyampai dan menguatkan Dakwah tersebut)". Satu persoalan yang sering dibicara oleh golongan terpelajar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa kebanyakannya dalam hal ehwal tanah, adat resam dan hal ehwal agama Islam manakala Parlimen dan Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dalam bidang jenayah berat lebih-lebih lagi yang membabitkan hukuman mati.

Malah dikatakan sebarang penggubalan hukuman jenayah berat di DUN seperti hudud yang bertentangan dengan Parlimen, maka ia terbatal dengan sendirinya dan tidak boleh dilaksanakan oleh pihak negeri.

Wacana ilmiah mengenainya perlu dianjurkan lebih meluas untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat.

Mereka yang benar-benar ikhlas bercakap mengenai hudud yang belum terjadi, seharusnya menegakkan Syariat Islam dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas dalam masa yang sama yang sepatutnya telah lama terjadi dan mudah untuk dilaksanakan.

Adapun berbicara mengenai Hudud yang berkait dengan penggubalan dan sebagainya, tetapi membiarkan banyak perkara yang bertentangan dengan Syariat Islam di dalam pentadbiran dalam negara dan penghayatan dalam masyarakat adalah sebenarnya merupakan permainan kata-kata untuk mengeliru dan meraih sesuatu daripada masyarakat awam yang kurang mengerti apa yang sebenarnya sedang dan akan berlaku.

Adalah lebih baik membuktikan keikhlasan dengan perbuatan daripada cuba meyakinkan dengan perkataan.



Sila rujuk juga : Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1

Thursday, October 27, 2011

Cabaran Anwar – Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad


Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Empat tahun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Haniff Omar pertama kali memberitahu saya tentang dakwaan-dakwaan mengaitkan Anwar dengan pelakuan homoseksual, saya menerima satu naskah buku >>>click>>> ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri’ (50 Reasons Why Anwar Ibrahim Cannot Become Prime Minister)

Buku itu ditulis oleh Datuk Khalid Jafri, bekas pengarang Utusan Malaysia. Menyedari buku tersebut begitu sensasi dan menganggapnya tidak lain daripada usaha untuk mendapatkan wang, saya enggan membacanya.

Namun, khabar-khabar angin berhubung Anwar masih tidak dapat dilenyapkan.

Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda.

Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar
.

Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali.

Saya mengaku walaupun begitu saya masih menganggap segala dakwaan tersebut tidak masuk di akal.

Jika kandungannya mengenai hubungan Anwar dengan wanita, mungkin saya boleh mempercayainya, tetapi dalam hal ini macam mana pula seseorang yang begitu alim membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan homoseksual?

Payah bagi saya untuk mempercayai seorang dewasa berkedudukan tinggi dan seorang Muslim yang boleh dicontohi melakukan perkara yang didakwa itu.


Walaupun dakwaan Ummi mengukuhkan laporan KPN yang disampaikan kepada saya empat tahun sebelum itu, saya tidak menganggapnya sebagai serius.

Sebulan kemudian, sepucuk lagi surat Ummi menyusul. Kali ini untuk memaklumkan dia menarik balik dakwaan-dakwaan tersebut.

Saya berasa hairan mengapa pula kali ini dia menafikan apa yang didakwanya sebelum itu.

Sementara itu, polis meneruskan pemerhatian ke atas segala aktiviti Timbalan Perdana Menteri, seperti mana lumrah dilakukan mereka.

Walaupun sekiranya saya menyuruh mereka jangan melakukannya, saya yakin mereka tidak akan ikut.

Kali ini mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan beberapa orang yang terbabit.


Apabila KPN baru, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan pegawai penyiasatnya Tan Sri Musa Hassan mengemukakan bukti kepada saya, barulah saya sedar yang saya tidak lagi boleh mengetepikannya.

Lalu saya berkata saya mahu berjumpa dengan kesemua saksi dan berbincang dengan mereka secara peribadi. Tindakan itu agak rumit kerana ia bermakna saya membabitkan diri secara terus dengan perkara berkenaan.

Pada waktu itu saya sedang dalam proses mencari penyelesaian kepada krisis mata wang. Ia merupakan sesuatu yang saya perlu memberikan perhatian penuh memandangkan Sukan Komanwel 1998 akan diadakan.

Sukan tersebut amat penting bagi saya, dan itulah sebabnya saya berasa tidak selesa kerana isu terbaru itu juga memerlukan perhatian saya.

Tidak lama kemudian saya bertemu dengan kesemua saksi secara individu dan tertutup di kediaman rasmi saya, Sri Perdana, Kuala Lumpur.


Saya memberikan kepada mereka jaminan bahawa segala yang dibincangkan adalah rahsia dan saya hanya mahu mendengar sendiri cerita-cerita tersebut.

Di antara saksi termasuk Azizan Abu Bakar, pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut polis Anwar meliwat Azizan beberapa kali, jadi saya bertanya kepada Azizan mengenai segala dakwaan itu. Sememangnya dia berasa amat takut kerana Anwar ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Disebabkan itu mesyuarat di antara kami mendapati dirinya begitu takut dan tidak keruan.

Azizan memberitahu segala-gala secara terperinci tentang kejadian itu.

Dia berkata dia amat takut kerana Anwar seorang yang begitu berkuasa dan boleh memberikannya masalah besar. Itulah sebabnya dia mengaku tidak berani melawan.


Saya sedar betapa payah untuk mengingat kembali tarikh sebenar dan waktu segala-galanya berlaku. Itulah sebabnya saya tidak mementingkan sangat butiran-butiran tersebut.

Pada saya pertemuan tersebut mencukupi untuk meyakinkan saya bahawa Azizan bercakap benar.

Di mahkamah, tarikh sebenar dan waktu amatlah penting dan cukup bagi digunakan sebagai bahan bukti sama ada untuk menghukum atau membebaskan seseorang tertuduh, tetapi saya juga percaya para peguam dan hakim juga tidak mungkin mudah mengingati secara terperinci dan dengan tepat apa yang mereka lakukan setahun lalu.


Sesetengah orang mungkin menyimpan catatan dalam diari, tetapi saya rasa tidak siapa pun yang mencatatkan segala-gala yang mereka lakukan setahun lalu.

Saya turut menemuramah empat orang wanita yang memberitahu saya mereka dipujuk oleh seorang lelaki India bernama Nalla supaya pergi berjumpa dengan seseorang yang amat berkuasa.

Beliau dikatakan membawa wanita-wanita tersebut secara berasingan ke sebuah rumah di Bukit Kenny, sebuah kawasan eksklusif orang-orang kaya di Kuala Lumpur. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang mereka mengenali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka disuruh menanggalkan pakaian dengan tujuan melakukan hubungan seks. Dua daripada mereka enggan melakukannya, tetapi yang dua orang lagi bersetuju.

Mereka mengaku bersedia untuk mengadu kepada polis dan kepada saya, tetapi mereka berkeras tidak mahu hadir di mahkamah untuk memberi keterangan.


Pihak polis memberikan taklimat terperinci kepada saya mengenai hasil penyiasatan mereka serta pendapat mereka berhubung segala bukti yang dikumpulkan.

Mereka juga mengaku beryakinan bahawa kesemua saksi yang mengadakan pertemuan dengan saya bercakap benar.

Berhadapan dengan segala maklumat daripada polis dan hasil temuramah saya sendiri, saya berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu.

Saya tidak boleh membiarkan orang berkarakter seperti itu menggantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia, malahan saya langsung tidak mahu beliau dalam kerajaan.

Segala tindakan dan kemunafikannya berselindung di sebalik wajah seorang yang alim tidak boleh diterima. Saya juga tidak dapat menerima cara-cara keji yang digunakan beliau untuk memerangkap orang dan seterusnya memastikan mereka menutup mulut.

Saya kemudian memanggil kesemua Menteri Besar UMNO, Ketua Menteri dan ketua-ketua negeri ke Sri Perdana untuk bermesyuarat. Saya juga mengarahkan pihak polis supaya memaklumkan kepada kesemua saksi bersedia untuk dipanggil.

Kemudian saya memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut mengenai apa yang saya dimaklumkan mengenai Anwar. Saya menunjukkan kepada mereka gambar-gambar kesemua saksi.

Saya bertanya kepada mereka sama ada mahu menyoal kesemua saksi, tetapi setelah berbincang sesama sendiri mereka menyatakan keyakinan terhadap apa yang didakwa dan tidak berasa perlu untuk menemuramah saksi-saksi tersebut.

Saya tanya mereka apa tindakan yang harus saya ambil. Saya berkata sekiranya saya menyembunyikan bukti dan membenarkan Anwar meneruskan tugasnya, lambat laun apa yang dilakukannya akan dibongkar jua dan digunakan untuk memeras ugutnya.

Dan dengan demikian dia akan terus terdedah kepada bahaya bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada Malaysia.

Malahan saya juga akan terbabit sekiranya diketahui saya sememangnya tahu segala yang berlaku tetapi gagal mengambil sebarang tindakan.

Jika itu berlaku saya pasti dituduh bersekongkol menutup perkara tersebut.


Macam mana sekali pun, saya tidak boleh membenarkan beliau terus memegang jawatannya. Saya perlu melakukan sesuatu yang betul dan menyingkir beliau.

Saya juga merasakan apabila orang ramai mengetahui tindakan yang saya ambil, saya yakin mereka akan bersetuju.

Seterusnya para pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan saya sebulat suara menyetujui rancangan saya dan berkata mereka akan menyokong saya sekiranya berlaku sesuatu.

Berbeza daripada proses untuk menyingkir seseorang hakim, tindakan untuk menyingkir Anwar tidak perlu mematuhi sebarang prosedur Perlembagaan.

Sebagai Perdana Menteri saya mempunyai kuasa untuk menyingkir beliau daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri selain menggugurkan beliau daripada Kabinet, seperti mana saya mempunyai kuasa untuk melantik beliau.

Bagaimanapun, selepas beliau berhenti menjadi anggota kerajaan, beliau masih menjadi ahli UMNO dan Timbalan Presiden parti itu. Itu juga tidak dapat diterima.

Hakikatnya, penyingkirannya sebagai Timbalan Presiden dan ahli parti hanya boleh dilakukan dengan persetujuan Majlis Tertinggi UMNO.


Pada masa itu saya juga sedang serius membuat rancangan untuk berundur, jadi saya perlu membuat keputusan segera.

Pada 2 September 1998 saya mengeluarkan kenyataan melalui agensi berita Bernama bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada Kerajaan.

Pada waktu itu ramai orang telah membaca buku Khalid Jafri yang disebarkan juga kepada kesemua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO. Buku tersebut juga laris dijual di pasar-pasar malam.

Ramai yang mengetahui tentang surat Ummi Hafilda, tetapi kebanyakannya sama ada tidak menyedarinya atau tidak yakin apa yang berlaku.


Rata-rata ramai yang mempercayai pemecatan Anwar satu tindakan bermotifkan politik kerana bukan rahsia lagi usaha beliau untuk menjejaskan kredibiliti saya dan menghakis sokongan terhadap saya di kalangan ahli UMNO.

Para penyokong beliau menuduh saya mengamalkan kronisme dan rasuah hinggakan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 1998 ada di antara mereka yang secara terbuka mengkritik saya dan kepimpinan saya.

Orang ramai sedar Anwar sebenarnya orang di sebalik serangan tersebut, tetapi pada waktu itu saya masih belum bersedia untuk mengumumkan segala salah lakunya. Saya hanya sekadar memberikan isyarat tetapi tidak mendedahkannya semasa menyampaikan ucapan penutup.

Apa yang saya dedahkan secara terperinci kepada pihak Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin UMNO tidak dapat didedahkan kepada orang ramai. Disebabkan itulah ramai yang menganggap tindakan saya menyingkirkan Anwar disebabkan kebimbangan kononnya Anwar akan menggulingkan saya.

Hingga sekarang pun masih payah bagi saya untuk menerangkan dengan meyakinkan bahawa sebenarnya saya tidak takut segala ini berlaku.

Dengan kepercayaan saya masih popular di kalangan majoriti ahli UMNO, saya terus yakin akan berjaya mengatasi sebarang cabaran daripada Anwar.

Saya berjaya mengatasi Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam – kedua-duanya tokoh UMNO yang terbukti berpengaruh, sementara Anwar pula hanya seorang individu dari luar yang pernah memusuhi parti di masa lalu.

Saya telah mendidik dan membentuk beliau dan membantu beliau naik dalam UMNO sehingga menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri.

Saya yakin seluruh ahli UMNO dapat melihat bagaimana beliau sebagai anak didik saya bersikap begitu tidak mengenang budi dan tidak sabar, apatah lagi bagi seorang muka baru.

Di kalangan veteran parti beliau hanya seorang yang berlagak – seorang yang telah mengguris hati ramai penyokong serta tokoh dalam kerakusannya untuk membolos diri naik ke atas.

Mungkin beliau mempunyai barisan penyokong yang komited dan kuat – yang sanggup menuruti dan berhutang budi dengan beliau atau untuk kepentingan lain. Bagaimana pun, saya yakin akan dapat mengatasi beliau sekiranya beliau mencabar.

Dakwaan saya menyingkirkan beliau kerana takut beliau akan menggulingkan saya tidak berasas sama sekali.

Saya menyingkir beliau di atas dua sebab – bahawa beliau tidak sesuai meneruskan perkhidmatan dalam kerajaan dan beliau juga tidak sesuai menggantikan saya sebagai Perdana Menteri.


Sekarang saya terpaksa membawa kes Anwar ke Majlis Tertinggi UMNO. Dan kerana kesemua Menteri Besar yang saya telah yakinkan tentang perkara tersebut juga ahli Majlis Tertinggi, saya percaya akan mendapat sokongan padu daripada mereka.

Tetapi Anwar juga seorang ahli parti, malahan Timbalan Presiden. Ini bermakna beliau akan hadir pada mesyuarat Majlis dan duduk di sebelah saya.

Mesyuarat bagi menentukan nasib Anwar diadakan beberapa hari kemudian di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Saya memulakan mesyuarat dengan menerangkan secara terperinci rasional di sebalik tindakan menyingkir beliau daripada kerajaan. Dan dengan pihak yang dimaksudkan duduk di sebelah saya, suasana amat tegang dan saya tidak berasa selesa.

Tetapi saya tidak mempunyai pilihan – saya tidak dapat mengarahkan beliau supaya keluar kerana sebagai seorang ahli beliau berhak hadir dalam mesyuarat.

Setelah saya habis menerangkan rasional tindakan saya itu, saya memberikan peluang kepada Timbalan Presiden UMNO untuk menjawab segala tuduhan terhadapnya selain memberi sebab kenapa beliau tidak patut dipecat.

Sepanjang keterangannya, Anwar tidak sekali pun menyentuh persoalan mengenai homoseksual, tetapi hanya memberi penumpuan kepada hubungan beliau dengan wanita.

Dia bertegas mengatakan tidak melakukan sebarang yang luar biasa. Beliau berkeras berkata semua termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi juga pernah melakukan perkara sama.

Dia menepuk meja sekali dua bagi menunjukkan kemarahan.

Kesemua ahli Majlis mendengar apa yang dikatakannya tanpa sekali pun menyampuk atau menyuruh beliau berhenti.

Setelah habis, ahli yang pertama bercakap ialah Datuk Paduka Ibrahim Ali. Beliau mengaku mengenali Anwar sejak sekian lama – sejak tahun-tahun 1970an dan kedua-dua mereka pernah ditahan di Pusat Tahanan Kamunting.

Beliau mengkritik Anwar kerana menepuk meja dan seterusnya berkata beliau mahu mempercayai apa yang dikatakan kerana beliau telah membaca buku Khalid Jafri dan juga surat Ummi Hafilda (salinan surat tersebut sebenarnya disebarkan secara terbuka.)

Ibrahim berkata Anwar bukan saja patut dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi juga daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO.

Seperti lumrah prosedur yang saya sentiasa ikuti, saya membenarkan semua orang berhujah. Ramai yang menyatakan pendapat, kebanyakannya menentang Anwar, tetapi tidak selantang Ibrahim.

Mereka menyokong tindakan saya memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan selepas itu ada di antara mereka yang mencadangkan Anwar disingkir daripada jawatannya dalam UMNO. Ada yang menggesa supaya keahlian UMNO beliau ditarik balik.

Saya masih tidak bersedia untuk membincangkan tindakan yang akan diambil. Semua orang telah bercakap dan saya menyuruh Anwar memberikan reaksi kepada segala pandangan oleh ahli-ahli Majlis.

Beliau enggan dan seterusnya berdiri dan meninggalkan mesyuarat.

Selepas itu saya bertanya kepada Majlis apa yang harus dibuat. Saya mengingatkan mereka berhadapan dengan dua pilihan: penyingkiran sebagai Timbalan Presiden dan penyingkiran daripada parti.

Majoriti menyetujui tindakan penyingkiran, yang bermakna Anwar tidak lagi memegang jawatan Timbalan Presiden.

Jam hampir tengah malam apabila mesyuarat berakhir, tetapi saya tidak pulang kerana perlu menandatangani beberapa surat, sementara yang lain-lainnya meninggalkan ruang.

Saya diberitahu para penyokong Anwar berkumpul di tingkat bawah, tetapi polis akan memastikan tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tidak lama kemudian apabila saya menuju ke bawah saya mendapati kira-kira 60 orang penyokongnya dalam keadaan marah. Mereka membaling botol plastik ke arah saya sebelum saya sempat memasuki kereta. Mereka menjerit dengan marah dan mengeluarkan kata-kata termasuk ‘zalim’ dan ‘diktator’

Sebenarnya Anwar telah menjemput kumpulan yang setia dengan beliau ke situ. Beliau juga telah bercakap dengan mereka selepas keluar daripada mesyuarat.


Dengan dilindungi pengawal peribadi dan anggota polis, saya yakin mereka tidak akan dapat mencederakan saya kerana keadaan terkawal.

Sejak sekian lama sehingga pada malam itu saya biasa berhadapan dengan orang yang menghormati saya ke mana saja saya pergi, tetapi kali ini merupakan pengalaman berbeza. Saya terkejut melihat para penyokong Anwar di situ.

Walaupun di masa-masa lampau beberapa orang tokoh pernah dipecat, termasuk Datuk Harun Idris, Aziz Ishak dan juga diri saya sendiri, namun keadaan seperti yang berlaku pada malam itu tidak pernah terjadi.

Pada pengalaman saya drama yang berlaku itu sememangnya stail Anwar. Selepas beliau dipecat, beliau terus mengapi-apikan pengikutnya.

Beliau menjelajah ke seluruh negara memberitahu orang ramai kononnya pemecatan itu sebahagian daripada konspirasi untuk menggagalkan rancangannya beliau untuk menjadi Perdana Menteri, dan kononnya segala-gala yang berlaku tidak lain daripada percaturan politik.

Beliau tidak pun menyebut atau pun menyentuh keterlibatannya dalam aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

PAS yang mengecamnya sewaktu berada di dalam UMNO kini mempertahankan beliau.

Ahli Parlimen PAS Mohamad Sabu yang sebelum itu sentiasa menyelitkan bayang-bayang kegiatan homoseksual dan tidak bermoral Anwar kini begitu teruja hinggakan seolah-olah memeluknya erat.

Seterusnya ahli-ahli PAS mengadakan perhimpunan dan menarik hingga seramai 30,000 orang di mana saja Anwar berucap. Kebanyakan mereka ahli PAS atau penyokong parti itu. Ada juga ahli UMNO yang turut hadir.

Saya tidak mahu menjadikan kempen riuh di serata negara beliau sebagai satu isu besar kerana Sukan Komanwel sedang berlangsung. Tentu sekali tidak sesuai bagi saya menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan keadaan sebenar.

Ia merupakan sesuatu yang rumit – bukan sesuatu yang mudah diterangkan kepada audiens yang besar.

Saya, bagaimana pun, memanggil kesemua pemimpin UMNO akar umbi untuk memberikan penjelasan. Kebanyakannya mempercayai apa yang saya terangkan tetapi ada juga yang melemparkan perkataan-perkataan kesat dan meninggalkan perjumpaan.

Sememangnya payah untuk meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bukannya dimangsakan atau pun simbol kemurnian yang sentiasa dilaungkannya.

Telah begitu lama beliau bersama para pemimpin UMNO bahagian serta ahli-ahli. Ini kerana saya merestui beliau membantu memantapkan talian hubungan dan komunikasi dia antara pejuang parti dan akar umbi.

Tetapi beliau menggunakan peluang tersebut untuk mempromosikan diri, terutama di kalangan orang kampung. Beliau berjaya memimpin dan mengimamkan orang Islam dalam solat berjemaah dan menyampaikan khutbah-khutbah yang meyakinkan.

Dalam keadaan sedemikian amat payah bagi orang ramai mempercayai beliau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pada pemikiran mereka, jika beliau seorang yang baik, orang yang menuduhnya , iaitu saya, semestinya jahat. Begitu mudah dan ringkas pendirian mereka – pendirian yang dengan liciknya dibentuk oleh seorang yang pakar dalam berhujah dan payah dibidas.
Akhirnya saya digambarkan sebagai tidak adil di mata ramai rakyat Malaysia yang alim.

Beberapa hari selepas pemecatan Anwar daripada Kerajaan, ketua pembangkang di Parlimen Lim Kit Siang mengeluarkan satu kenyataan media bahawa saya sebagai Perdana Menteri mempunyai tanggung jawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa berhubung pemecatan Anwar.

Presiden Aliran, P. Ramakrishnan juga berkata rakyat berhak diberitahu sebab-sebab Anwar dipecat.

Lagi pun, terdapat 14 NGO mengeluarkan kenyataan media bersama mendesak supaya saya “menerangkan dengan betul” mengenai penyingkiran Anwar.

Dengan suara dan desakan yang semakin lantang dari pelbagai pihak meminta saya memberikan penjelasan, saya pun mengadakan satu sidang media di pejabat saya pada 22 September.

Di sidang media itu, seorang wartawan bertanya mengapa saya memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO.

Saya menjelaskan pada mulanya saya sendiri tidak mempercayai segala dakwaan homoseksual terhadap Anwar, tetapi kemudian semakin yakin selepas menemuramah pasangan-pasangan Anwar.

Anwar kemudian mengemukakan saman malu RM100 juta terhadap saya.

Mahkamah Tinggi kemudian membatalkan tindakan saman tersebut kerana saya dilindungi prinsip kebenaran dan perlindungan bersyarat (qualified privilege).

Dalam perundangan kebenaran merupakan pembelaan lengkap dalam kes saman malu.
Menurut Mahkamah Tinggi, sebagai Perdana Menteri saya mempunyai tanggung jawab di bawah undang-undang selain tanggung jawab moral dan sosial untuk memaklumkan kepada seluruh negara berkenaan perkara-perkara berkaitan Anwar dan kelayakan beliau memegang jawatan-jawatan awam. Perkara tersebut telah menjadi isu kepentingan awam.

Saya mempunyai tanggung jawab untuk menerangkan kepada negara reaksi Kerajaan dan UMNO berhubung beberapa serangan serta dakwaan oleh Anwar.

Kesemuanya merupakan isu-isu am kepentingan awam, yang mereka mempunyai sebab dan kepentingan untuk dimaklumkan.

Mahkamah Tinggi berkata tindakan saya dilakukan dengan jujur dan tidak bertujuan jahat apabila saya bercakap mengenai Anwar. Oleh itu, saya dilindungi pembelaan bersyarat.

Mahkamah Rayuan tidak membenarkan rayuan Anwar dan mengulangi apa yang dikatakan oleh Mahkamah Tinggi, iaitu saya dilindungi pembelaan kebenaran dan pembelaan bersyarat.

Mahkamah Persekutuan juga tidak membenarkan permohonan Anwar supaya dibenarkan membuat rayuan. Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, beberapa perkembangan di Indonesia menggalakkan lagi Anwar dan penyokongnya.

Pada 21 Mei, 1998 Presiden Suharto digulingkan melalui tekanan demonstrasi jalanan yang berterusan dan besar-besaran. Mengambil iktibar daripada kempen anti Suharto di Indonesia, Anwar mula bercakap tentang reformasi dan menggambarkan saya sebagai korup dan lebih mementingkan kronisme.

Pada 20 September, sehari sebelum upacara penutup Sukan Komanwel, Anwar mengadakan perhimpunan besar di Dataran Merdeka di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang juga merupakan tapak bersejarah di mana negara ini mengisytiharkan Merdeka pada 1957.

Lokasi tersebut pada beliau dan para penyokongnya merupakan sesuatu yang simbolik dan bijak, tetapi bagi ramai ahli UMNO, ia merupakan satu persendaan.

Perhimpunan tersebut sengaja diadakan pada masa yang sama dengan lawatan Queen Elizabeth II ke Gereja St Mary yang terletak di sebelah kawasan tersebut. Ini dilihat sebagai satu tindakan tidak menghormati lawatan seorang pembesar negara, tetapi Anwar tidak mempedulikannya.

Anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan berkenaan dan memastikan Queen Elizabeth tidak diancam bahaya.

Anwar seterusnya menggesa pengikutnya membakar kediaman saya dan juga ibu pejabat UMNO. Berikutan itu satu kumpulan berjaya memecah masuk bangunan UMNO dan merosakkan beberapa buah bilik.

Satu lagi kumpulan berjaya menghampiri satu kilometer dari kediaman saya, tetapi sempat disuraikan oleh anggota polis. Pihak polis, bagaimana pun, tidak lagi dapat membiarkan tunjuk perasaan oleh Anwar dan penyokongnya, tidak kira sama ada Sukan Komanwel sedang berlangsung atau pun tidak.

Pada petang 20 September, mereka menangkap beliau di rumahnya.

Sejak waktu itu saya sedar akan timbul lebih banyak masalah, namun saya berharap ia tidak berlaku sewaktu Sukan Komanwel sedang berlangsung.

Kumpulan wartawan luar yang berada di sini untuk membuat liputan pemberontakan oleh Anwar menganggap perkembangan yang berlaku sebagai peluang untuk menghentam dan mengutuk Malaysia kerana menangkap seorang pemimpin Pembangkang. Itulah yang mereka amat harapkan berlaku.

Sementara itu, wartawan tempatan yang mengetahui latar belakang segala isu, menghadkan liputan mereka kepada perkembangan dan keputusan Sukan Komanwel, terutama prestasi Malaysia yang cemerlang. Laporan mereka mengenai demonstrasi itu hanya berdasarkan fakta semata-mata.

Tetapi apabila kami mengadakan majlis makan tengah hari untuk media di Hotel Mint yang merupakan pusat media sepanjang Sukan Komanwel, seorang wartawan wanita dari Australia bertanyakan tentang Anwar.

Beliau begitu sinis apabila menyentuh tentang tuduhan salah laku moral dan liwat di antara orang dewasa berdasarkan suka sama suka apabila menganggapnya sebagai perkara biasa. Bagi beliau dan mereka yang sehaluan dengannya Anwar tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada waktu itu saya masih sibuk mengatur dan menyelia kawalan mata wang.

Para pemerhati dan wartawan asing berkata perbezaan cara Anwar dan saya menangani krisis kewangan di antara sebab beliau dipecat, tetapi tuduhan itu tidak benar.

Perbezaan di antara kami amat sesuai dibahas di Kabinet, tetapi ia tidak sesuai dibawa hingga ke peringkat itu. Ia sememangnya tidak perlu kerana sebagai ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Anwar bersetuju dengan idea saya mengenai pengawalan mata wang, sekurang-kurangnya begitulah dilihat secara luaran.

Ada juga pihak yang mengatakan Anwar orang di sebalik peletakan jawatan oleh Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara. Bagaimana pun, pada waktu itu saya tidak mengesyaki apa-apa.

Dakwaan kononnya saya memecat Anwar kerana perbezaan cara kami menangani krisis kewangan sememangnya tidak tepat.

Beliau juga tidak disingkirkan kerana sebab-sebab politik, seperti cubaannya untuk menjejaskan sokongan parti terhadap saya. Sekira itu tanggapannya, saya pasti dengan mudah menguruskannya tanpa perlu memecat beliau.

Apabila KPN memaklumkan kepada saya bahawa polis telah mengambil keputusan untuk menangkap Anwar bersabit tindakan menghasut keganasan, saya berasa agak bimbang.

Ini kerana mereka yang bersimpati dengannya tidak akan menerima saja tindakan tersebut, malahan ia juga akan menyebabkan Anwar dijulang sebagai simbol ‘perjuangan’ politik mereka.

Lantaran saya menasihati KPN supaya jangan menggunakan kekerasan atau pun menggari Anwar apabila ditangkap. Bagaimana pun, sebaliknya polis menggunakan pendekatan yang biasa digunakan dalam amalan dan prosedur mereka – mereka pergi ke rumah Anwar dengan memakai tutup kepala, memecahkan pintu dan menggarinya. Beliau dihumban ke dalam van polis dan dibawa ke ibu pejabat polis.

Saya menyangka beliau akan dikenakan tuduhan di mahkamah serta merta, tetapi setelah beberapa hari tiada apa yang berlaku. Kemudian saya diberitahu beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri.

Berkali-kali saya bertanyakan kepada polis mengapa beliau belum lagi dikenakan tuduhan, tetapi mereka hanya memberikan jawapan yang samar.

Akhirnya saya mendapat tahu beliau mengalami kecederaan di bahagian mata sewaktu dalam tahanan dan polis mahukan supaya kecederaan itu sembuh sebelum beliau dibawa ke mahkamah dan menghadapi kamera.

Kesan lebam di mata itu, bagaimana pun, memakan masa untuk hilang dan memandangkan saya sendiri pun tidak mahu beliau ditahan di bawah ISA, saya memberitahu polis tidak lagi boleh berlengah.

Anwar dihadapkan dengan tuduhan pada 29 September 1998, sembilan hari selepas beliau ditangkap. Hari itu hari pertama beliau muncul di khalayak ramai dan lembam di matanya masih ketara.

Sebagai seorang doktor saya tahu betapa mudahnya bagi seseorang mengalami lebam di mata. Itulah sebabnya pada peringkat awal saya menyangka beliau telah terhantuk kepala.

Saya tidak pernah bayangkan seseorang membelasahnya. Perkara tersebut amat dimarahi ramai apabila saya berkata kemungkinan kecederaan itu disebabkan perlakuan sendiri, tetapi secara jujur saya tidak percaya polis membelasah beliau, terutama apabila saya telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati.

Rupa-rupanya KPN Rahim sendiri yang bertanggung jawab menyebabkan lebam di mata Anwar. Dia membenarkan Anwar membangkitkan kemarahannya, lantaran ditempelengnya Anwar tanpa menyedari apa yang berlaku akan digunakan sepenuhnya sebagai modal oleh Anwar dan para penyokongnya.

Sebenarnya Rahim bukannya membantu saya dari segi politik – apa yang dilakukannya lebih banyak membawa mudarat kepada kedudukan Malaysia di mata dunia.

Dengan itu para penyokong Anwar dan parti-parti pembangkang memperoleh bukti nyata berhubung tuduhan saya bersikap ‘diktator. Mereka seterusnya mempamerkan poster-poster Anwar dengan mata lebamnya di seluruh pelosok negara.

Penyokong beliau menjadikan seolah-olah saya yang secara peribadi bertanggung jawab ke atas layanan ganas itu, walaupun saya cuba memastikan perkara tersebut tidak berlaku.

Anwar menghadapi tuduhan berasingan bersabit rasuah dan meliwat, tetapi kedua-dua tuduhan mempunyai kaitan dengan dakwaan beliau meminta seorang pegawai kanan polis, Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas supaya mengugut Ummi Hafilda hingga memaksa dia menarik balik surat aduan pertama kepada saya itu.

Perbicaraan rasuah yang bermula pada 2 November, 1998 berlangsung selama lima bulan.

Tahap keterujaan di mahkamah sewaktu keterangan diberikan oleh Mohamad Said begitu tinggi apabila beliau menjelaskan bagaimana Anwar mengarahkan beliau “menukar” pendirian Ummi Hafilda dan memaksa beliau menarik balik dan seterusnya menafikan kandungan suratnya kepada saya.

Tindakan tersebut dianggap sebagai rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan mahkamah mendapati beliau bersalah. Sejak daripada itu segala usaha perundangan Anwar gagal kerana kesemua rayuannya ditolak oleh mahkamah.

Perbicaraan liwat bermula pada 7 Jun 1999. Usaha untuk mengikuti perkembangan perbicaraan di akhbar amat mendukacitakan kerana berlaku beberapa kecuaian pihak pendakwa.

Satu peringkat yang amat menjengkelkan apabila pihak pembelaan mendakwa tindakan meliwat tidak berlaku pada hari yang disebutkan dalam tuduhan.

Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah tidak berkata apa-apa, seolah-olah menyetujui jenayah tersebut tidak berlaku, dan surat khabar pula turut melaporkan tiada pelakuan liwat.

Tetapi, walaupun ia tidak berlaku pada hari yang dinyatakan, tidak bermakna ia tidak berlaku sama sekali.

Masalahnya dengan pihak pendakwa, mereka kesemuanya penjawat awam belaka dan tidak mengerti tentang pemikiran penjenayah.

Amat mengecewakan mengikuti perkembangan tersebut kerana mereka tidak sebenarnya menjalankan tugas secara betul dan baik. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.

Mereka mengemukakan begitu banyak bukti yang tidak relevan di mahkamah hingga menyebabkan orang ramai semakin kurang yakin kesahihan kes tersebut.

Walaupun akhirnya Mahkamah Tinggi mendapati Anwar bersalah, namun beliau berjaya mengutip kelebihan hinggakan ramai rakyat Malaysia berasa yakin beliau sebenarnya mangsa satu konspirasi politik.

Macam mana orang boleh percayakan ini saya sendiri tidak faham.

Untuk berkomplot menjatuhkan Anwar dengan cara ini saya memerlukan bantuan polis, Peguam Negara dan pendakwa-pendakwanya, saksi, hakim, pakar makmal forensik dan lain-lain lagi.

Tentu sekali seorang daripada kumpulan konspirator yang begitu ramai ini akan lambat laun membocorkan butiran komplot tersebut.

Walaupun beberapa orang saksi menganggap saya sebagai musuh, namun tidak seorang pun tampil untuk menyatakan bahawa dia dipaksa berbohong untuk menyokong saya.

Di antara saksi-saksi itu termasuk bekas Ketua Pengarah Agensi Pencegah Rasuah (ACA), Datuk Shafee Yahya, yang sebelum itu menuduh saya mencampuri penyiasatan agensi tersebut ke atas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Pada 1998 saya menerima banyak aduan mengatakan ACA keterlaluan sewaktu menjalankan penyiasatan. Oleh yang demikian dengan menyedari bagaimana kadangkala pegawai kerajaan bertindak keterlaluan dalam menjalankan tugas mereka, saya bertanya kepada Shafee supaya menerangkan keadaan tersebut.

Pertemuan kami tidak berjalan lancar dan Shafee menjadi marah dan menuduh saya mengganggu tugasnya.

Sebenarnya, apa yang berlaku dengan ACA tidak ada kaitan dengan kes Anwar. Tetapi Shafee berjaya diberi kesempatan di mahkamah dan begitu gembira berjaya dapat mencerca saya.

Walaupun Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Persekutuan dengan suara majoriti membatalkan keputusan tersebut dan membebaskan Anwar bersabit tuduhan meliwat.

Mahkamah Persekutuan berkata bukti yang dikemukakan tidak selari dengan keterangan Azizan, iaitu dia diliwat oleh Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja (adik angkat Anwar) pada waktu, tarikh dan tempat yang disebutkan.

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kandungan keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar berikutan kesilapan teknikal berhubung tarikh kejadian yang didakwa berlaku.

Mereka juga tidak menyedari bahawa majoriti Mahkamah Persekutuan berpendapat terdapat “…bukti untuk mengesahkan pihak perayu (Anwar dan Sukma) terbabit dalam perlakuan homoseksual, dan oleh itu kami lebih mempercayai insiden di Tivoli Villa memang benar berlaku…”

Walaupun keputusan dibatalkan kerana kesilapan teknikal, hakikatnya apa yang dipersetujui secara konklusif oleh Mahkamah Persekutuan ialah keterlibatan Anwar dan Sukma dalam kegiatan homoseksual.


Satu lagi elemen yang didakwa sebagai “konspirasi’ saya terhadap Anwar ialah apa yang dianggap sebagai campur tangan saya dalam sistem perundangan.

Saya sering kali dituduh mencampuri urusan mahkamah, menghina hakim dan bermusuhan dengan profesion perundangan. Ini saya huraikan di muka surat lain.

Di sini saya hanya perlu menyatakan bahawa Anwar dibicarakan di mahkamah dalam kes yang saya lihat sebagai jelas.

Orang Melayu secara amnya alim dan bersifat konservatif, dan pada mereka meliwat adalah dosa besar. Mereka tidak akan membiarkan pelakuan sebegitu berlaku atau menunjukkan simpati terhadap orang yang melakukannya.

Bagaimana pun, nama baik Anwar yang diselubungi sifat alim telah mempengaruhi ramai orang bahawa tuduhan terhadapnya tidak dapat diterima akal.

Mereka enggan percaya Anwar sanggup berkelakuan sedemikian, walaupun pihak mahkamah mendapati beliau bersalah.

Media tempatan dan Barat juga keberatan untuk melepaskan persepsi mengenai imej saya yang didakwa bersikap ‘diktator’.

Media asing, terutama, berkata Anwar tidak bersalah dan pendapat itu diterima bulat-bulat oleh sesetengah rakyat Malaysia.

Dalam pada itu parti-parti pembangkang dan surat khabar mereka terus meletakkan saya dalam keadaan yang seburuk yang mungkin.

Saya dibuat seperti saya yang sedang dibicarakan, dan jika seseorang itu mempercayainya , seolah-olah keseluruhan hidup saya dan kerja-kerja saya hanya ditumpukan untuk membinasakan Anwar dan kerjayanya.

Sekali lagi Anwar mengemukakan saman malu terhadap saya berdasarkan jawapan saya kepada satu soalan oleh seorang wartawan selepas saya menyampaikan ucapan perasmian persidangan “Human Rights and Globalisation’ (‘Hak Asasi Manusia dan Globalisasi) yang ditaja oleh SUHAKAM pada 9 September 2005.

Menjawab soalan berhubung isu Anwar, saya menerangkan bahawa dalam masyarakat kita, meliwat tidak boleh diterima dan saya tidak boleh membenarkan seseorang yang bersifat sedemikian dalam Kabinet saya, dan bakal menggantikan saya sebagai Perdana Menteri.

Saya juga berkata, “Bayangkan kami mempunyai seorang Perdana menteri yang ‘gay’…tak ada seorang pun akan selamat.”

Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi membatalkan saman malu Anwar terhadap saya…sekali lagi berdasarkan bahawa saya dilindungi pembelaan kebenaran (justifikasi) dan perlindungan bersyarat.

Rayuan Anwar seterusnya kepada Mahkamah Rayuan juga dibatalkan kerana terdapat beberapa kecacatan dalam Rekod Rayuan yang difailkan oleh peguamnya.

Pada 24 November 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya permohonan Anwar untuk kebenaran mengemukakan rayuan ditolak.

Pada waktu Anwar dipecat, ahli-ahli Majlis tertinggi UMNO sering kali mengadu mengenai sikap media. Beberapa orang daripada mereka mencadangkan supaya tindakan diambil ke atas wartawan yang mengkritik, terutama apabila kritikan mereka ditujukan kepada saya secara peribadi.

Jika itu dilakukan – apabila pengarang-pengarang kanan dibuang atau dipindahkan, saya juga akan dipersalahkan oleh mereka di luar Majlis Tertinggi. Mereka akan berkata saya yang mengarahkan supaya mereka dibuang atau dipindahkan.

Saya perlu mengaku bahawa saya tidak pernah menyangkal segala yang didakwa, tetapi sebaliknya menyetujui keputusan Majlis Tertinggi kerana saya tidak mahu mereka yang mengambil berat tentang saya merasakan seolah-olah saya mengecewakan mereka.

Saya berpendapat mereka ikhlas menyokong saya. Tetapi apabila saya meletakkan jawatan mereka dengan pantas menentang saya untuk dilihat sebagai berpihak kepada bos baru mereka.

Secara kebetulan di bawah kepimpinan bos baru itulah Tan Sri Abdullah Ahmad , pengarang New Straits Times disingkirkan tanpa rasa ragu-ragu.

Beberapa orang pengarang kanan NST dan Utusan Malaysia turut disingkirkan. Ketika itu tidak seorang pun menuduh pengganti saya bertindak ke atas para pengarang yang tidak menyokong beliau.

Sama ada kita dapat menerimanya atau tidak, saya perlu menerima segala-galanya sebagai sifat kita orang Malaysia. Apabila kita berada di atas, orang akan cuba membaca pemikiran kita dan berusaha melakukan apa yang mereka berpendapat kita inginkan.

Mereka berasa marah bagi pihak kita, dan kita akan dilihat sebagai mengecewakan mereka sekiranya kita tidak turut berasa marah seperti mereka.

Seperti yang saya telah sebutkan, apabila Perdana Menteri Australia Paul Keating melabelkan saya sebagai seorang yang degil dan keras kepala, saya tidak marah – beliau berkata demikian kerana saya enggan mengikut jejak majoriti, dan label sedemikian sememangnya agak sesuai untuk saya.

Saya sering tidak melakukan segala yang dilakukan orang lain.

Kebanyakan orang Malaysia memang macam itu, dan ia membolehkan negara ini menunjukkan betapa kita boleh berdiri di atas kaki sendiri dan berkeupayaan.

Tetapi mereka berkata saya sepatutnya berasa tersinggung dengan apa yang dikatakan Keating. Mereka pula yang berasa terhina bagi pihak saya berikutan apa yang diluahkan PM Australia itu. Saya tidak mahu memalukan mereka, jadi saya pun ikut saja.

Hal berhubung Anwar dan krisis mata wang telah menyebabkan Malaysia tidak stabil, justeru sememangnya menjadi tanggung jawab saya untuk bertindak mengimbangi keadaan ekonomi dan politik negara.

Menjelang lewat 1998, ekonomi negara semakin menunjukkan pemulihan, tetapi situasi politik masih tidak bertambah baik.

Pergerakan reformasi Anwar dan penubuhan Parti Keadilan disusuli dengan lebih banyak demonstrasi jalanan serta perhimpunan.

Walaupun saya telah bersara sebagai Perdana Menteri beberapa tahun lalu, dakwaan tentang aktiviti homoseksual Anwar tidak juga lenyap.

Segala-galanya berulang kembali apabila timbul dakwaan baru mengenai kegiatan homoseksual beliau.


Kali ini ia membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berusia 23 tahun. Dia mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Pada 7 Ogos tahun yang sama Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit tuduhan meliwat Saiful.

Pada 15 Ogos Saiful bersumpah menggunakan Quran di hadapan pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Ini merupakan cara Saiful cuba membuktikan dia bercakap benar. Saiful kemudian mencabar Anwar supaya turut bersumpah menggunakan Quran dan menafikan tuduhan itu.

Pada 16 Ogos saya juga mencabar Anwar bersumpah menggunakan Quran bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah. Saya kata sebagai seorang tokoh terkemuka di arena politik Malaysia Anwar sepatutnya bertindak mengikut sentimen orang ramai dan bersumpah dengan cara sedemikian selain mengemukakan kenyataan bersumpah berhubung dakwaan yang dibuat oleh Saiful.

Anwar tidak bersumpah menggunakan Quran untuk menafikan tuduhan bahawa beliau pernah meliwat Saiful.
Dan oleh kerana perbicaraan masih berterusan saya tidak mahu membuat sebarang komen.

Tidak dapat dinafikan Anwar seorang yang berkarisma dan beliau tahu cara untuk mendapatkan sokongan daripada orang lain. Segala-gala yang saya lakukan untuk Anwar di masa-masa lalu kini diketepikan.

Saya digambarkan seolah-olah telah memangsakan beliau dan menghumbankannya ke dalam penjara, seolah-olah tiada perbicaraan dilakukan.

Apabila nama saya disebutkan di dalam mana-mana buku atau rencana, saya digambarkan sebagai seorang Perdana Menteri yang menghumban timbalannya ke dalam penjara. Apa yang nyata beliau sebenarnya dituduh mengikut prosedur dan seterusnya dibicarakan, tetapi ini tidak pula disebutkan.

Sememangnya sifat saya untuk memaafkan orang, dan saya telah memulihkan karier beberapa orang yang pernah cuba menjejaskan kedudukan politik saya. Ini saya lakukan hingga sanggup menamakan seorang daripada mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Anwar dipecat.

Tetapi saya mendapati sukar untuk memaafkan Anwar kerana tindakannya memburukkan saya di mata dunia.

Sepatutnya hari ini Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana tindakannya sendiri. Beliau tidak memberikan saya pilihan selain menyingkirkan beliau, dan saya berpendapat apa yang saya lakukan adalah yang terbaik untuk negara.


Mungkin saya pernah melakukan banyak kesilapan, tetapi memecat Anwar bukan satu daripadanya.


Baca seterusnya..... di sini

Thursday, October 13, 2011

Bangkok 12.01.2011 @ 6 pm - 7 pm : Adakah Anwar Ibrahim melakukan perkara ini???



Lukman Moidin dalam dalam blognya "ada menyebut" sesuatu mengenai perbuatan Anwar Ibrahim yang telah jauh menyimpang dari ajaran Islam namun dia tidak pula memperincikan perbuatan tersebut.

Ianya telah disiarkan pada bulan Jun tahun ini.


Anwar VS Eskay, Siapa tumbang, Siapa bimbang?

Jumaat, 17 Jun 2011

BAHAYA ANWAR

Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok? Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara? Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini, tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat".


dan ini mungkin jawapannya..............


GEMPAR! ANWAR KE THAILAND UNTUK JUMPA BOMOH BESAR LAUKHON?



Aku mendapat maklumat daripada sumber yang sangat kukuh, bahawa video seks Anwar di Thailand yang sebahagian kecilnya dipaparkan semalam, sebenarnya mengandungi satu lagi babak yang paling menggemparkan!

Dalam babak tersebut, Anwar bersama-sama seorang sami yang terkenal di Bangkok bernama Laukhon telah berbomoh dengan cara Buddha atas tujuan menyelamatkan Anwar daripada kes liwatnya. Anwar di dalam babak tersebut dilihat memegang sejenis tangkal dan diminta berdoa di hadapan patung Buddha dengan penuh khusyuk dan tawadduk.

Sepanjang perbicaraan Anwar Ibrahim, beberapa orang bomoh termasuklah seorang bomoh Orang Asli dan seorang bomoh Punjabi tidak pernah miss untuk datang serta berada di galeri orang awam. Dalam perbicaraan kes liwat yang pertama dulu pun, bomoh-bomoh itu jugalah yang ditagih khidmat.

Namun dengan fakta terbaru ini, cerita-cerita tentang gilanya Anwar Ibrahim kepada bomoh semakin sah dan nyata!

Baca seterusnya..... di sini

Wednesday, October 12, 2011

Bangkok 12.01.2011 @ 6 pm - 7 pm : Apa Anwar Ibrahim buat???

Semua kita tahu Anwar bertolak ke Bangkok pada 12.01.2011 dengan flight MAS dan tiba di Bangkok jam 4.30 petang waktu Thailand.

Kita juga tahu pada pagi 13.01.2011 jam 08.30 sebelum Anwar pulang ke Malaysia waktu tengah hari, pada sebelah paginya Anwar terlibat dengan aktiviti kesukaannya dan aktiviti ini telah dirakamkan.

Trailer kepada rakaman video ini telah disiarkan sejak 2 hari lalu oleh bloggers Papa Gomo dan Parpukari diikuti oleh bloggers lain.

Kita pun sedar sehingga hari ini Anwar sendiri ataupun isterinya Wan Azizah, maupun anaknya Nurul Izzah tidak memberi sebarang respons terhadap trailer video aktiviti Anwar di Bangkok itu.

Sehingga hari ini Anwar terus kelu dan bisu, tetapi disuruhnya Naib Presiden PKR, N. Surendran bercakap bagi pihaknya. Seperti biasa, segala aktiviti liwat dan memaut pelacur disalahkan kepada pihak lain, bukan kerana nafsu iblisnya sendiri.

Walau bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui apa yang telah Anwar lakukan pada tarikh ketibaannya di Bangkok antara jam antara 6.00 hingga 7.00 malam (waktu Thailand).

Inilah kata-kata Datuk Eskay yang ada bersama-sama Anwar Ibrahim semasa di Bangkok pada tarikh dan masa berkenaan:-

"U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?” Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara? Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘di luar jangkauan’ ini. Tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat."

Adakah Anwar bergusti dengan Siamese Doll??? tidak mungkin.... atau adakah Anwar bergusti dengan pondan Siam??? atau perkara lain yang tidak terfikir oleh kita selama ini???

Hanya Datuk Eskay dan Anwar Ibrahim sahaja yang tahu jawapannya, selain dari Allah swt Yang Amat Mengetahui.

Baca seterusnya..... di sini

Tuesday, October 11, 2011

Kesan Anwar Di Bang Cock

Pagi semalam, pejabat PKR di Tropicana macam dilanda ribut + tsunami + gempa bumi. Kecoh.

Satu opis diarah datang awal disebabkan ada taklimat khas mengenai kaedah mengenepikan rakaman video terbaru yang dikeluarkan oleh Papa Gomo dan Parpu Kari.

N Surendran dan Latheefa Koya adalah antara orang terawal yang dipanggil mengadap. Tajuk perbincangan adalah ‘damage control’ kepada apa yang sedang berlaku di laman alternatif.

Kebanyakan circle Anwar percaya bahawa video terbaru ini turut disupply oleh tuan yang sama. Eskay. Modus operandi pun sama. Gaya pun sama. Kaedah pun sama. Semua ini, menurut mereka memang bertujuan untuk mengugut Anwar bagi mendapatkan lebih banyak wang. Itu sahaja.

Namun seorang yang ternama dalam kem Anwar – menyatakan bagaimana ini akan menjadi ‘the end’ kepada perjuangan Anwar. Tidak ada lagi kredibiliti. Hancur berkecai. Berderai.

Khabarnya, berdasarkan rekod diari di Pejabat – yang biasanya akan di‘synchronize’ dengan diari peribadi Anwar – mencatatkan kebenaran bahawa pada tarikh yang tersebut; Anwar memang block untuk satu lawatan ke Thailand. Kantoi?

Passenger Manifest MAS untuk Flight bagi tarikh-tarikh itu ada tercatat nama Anwar dalamnya.

Anwar perlu mencari jalan baru bagi menafikan itu adalah dirinya.

Kalau ikut kepada gerak geri – menurut kalangan pimpinan PKR yang menonton rakaman tersebut di Subang Jaya pagi semalam itu…memang benar; itu adalah Anwar.

Gambar kata ya. Rekod diari kata ya. Kawan-kawan kata ya. Apa lagi?

Surendran dan Latheefa Koya diarah berbincang untuk mencari kaedah menghentikan perkara ini.

Baca seterusnya..... di sini

Monday, October 10, 2011

Rakaman video Anwar Ibrahim berpesta seks di Bangkok pada 13 Januari 2011



Mahu menonton rakaman video Anwar Ibrahim di Bangkok pada 13 Januari 2011???

Sila klik di sini


atau klik di sini


Anwar berlepas ke Bangkok pada 12.01.2011 dengan Flt. MH782 dan pulang ke KLIA pada 13.01.2011 dengan Flt. MH785

Semenjak kemunculan video yang menunjukkan Anwar Ibrahim bersama salah seorang trio Datuk T memasuki lif sewaktu hendak melanggan pelacur, satu persoalan baru pula yang timbul. Di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari 2011 ?

Semuanya kerana di penghujung klip video berkenaan memaparkan wajah Anwar Ibrahim beserta dengan tarikh dan waktu.

Perkara tersebut telah mula dibahaskan oleh media-media cyber sejak lebih seminggu yang lepas. Ada blogger-blogger yang dilihat seolah-olah cuba mengugut Anwar sambil bertanyakan soalan itu.

Pada pandangan sel13.com, blogger-blogger berkenaan telah pun mempunyai video tersebut di tangan mereka. Cuma mereka mereka mahu jawapan dari mulut Anwar sendiri yang menyatakan di mana beliau berada pada tarikh itu.

Beberapa blog serta facebooker yang menyokong Anwar menyatakan pada tarikh tersebut Anwar berada di dalam negara dan berada dalam sidang media pada jam 5.30 petang, 13 Januari 2011 di ibu pejabat Pas. Memang benar pada tarikh tersebut Anwar ada dalam sidang media berkenaan. Tetapi sebelah pagi Anwar Ibrahim berada di luar negara.

Sisatan yang sel13.com lakukan, pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sehinggalah beliau berlepas pulang dari lapangan terbang yang sama akan kami bongkarkan kemudian di dalam Edisi Bongkar Sel13.com.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang. Manakala sidang media di ibu pejabat PAS diadakan pada jam 5.30 petang.

sel13.com

Saturday, October 8, 2011

Penjelasan Dr Mahathir Tentang Salah Laku Moral Anwar Ibrahim

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menjelaskan mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan keahlian UMNO, semuanya berpunca dari salah laku moral.

Berikut merupakan penjelasan Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan sebab-sebabnya kepada ahli mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, yang turut dihadiri Anwar pada malam 3 September 1998.

Semasa saya berjumpa dengan Menteri Besar dan juga beberapa orang lain yang datang berjumpa saya untuk mengetahui berkenaan masalah ini, ada tuduhan bahawa saya ambil tindakan ini kerana politik kerana saya nak menyelamatkan diri saya.

Saya nak kata di sini, kalau saya ambil tindakan pasal politik, apa gunanya saya tunggu sehingga keadaan jadi begini genting dan masalah-masalah lain menekan negara. Pilihan ini saya ambil kerana saya percaya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang kukuh.

Saya tidak puas hati dengan tuduhan ini pada mulanya.

Tahun lepas, bulan Ogos tuduhan ini dibuat oleh orang-orang. Seorangnya ialah adik kepada Azmin (Ummi Hafilda) iaitu setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang driver yang dahulu bekerja sebagai driver Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudian bekerja sebagai driver Azmin, sekarang ini sudah bekerja di Melaka (Azizan Abu Bakar).

Surat telah disampaikan kepada saya dan kedua-dua dan surat itu dibawa oleh Megat Junid yang menyatakan bahawa ini telah dibuat oleh orang berdua ini dan telah berjumpa dengan Megat Junid dan Tun Daim.

Saya tolak sepenuhnya tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya tuduh Megat Junid cuba membuat surat layang dengan pakar fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan dengan itu, tidak ada siapa yang tahu dan saya pula diberi oleh pihak polis satu kenyataan yang dibuat oleh adik Azmin iaitu Ummi yang berkata bahawa tuduhan yang dibuat dalam surat pertamanya itu adalah tidak berasas dan saya anggap bahawa dengan itu, kes itu telah selesai.

Sepertimana Ahli-ahli Majlis Tertinggi tahu, saya tidak kata apa-apa kepada Majlis Tertinggi tentang pendirian saya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahkan saya masih anggap dia bakal pengganti saya.

Dan selepas peristiwa itu pun, saya masih lagi buat kenyataan berkali-kali bahawa saya memberi sokongan penuh iaitu dia akan menjadi pengganti saya dan saya ingin serah UMNO bulat-bulat termasuk penyokong-penyokong saya kepadanya sebagai Presiden parti dan juga sebagai Ketua Kerajaan.

Ini adalah satu kenyataan yang selalu saya buat di hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau di ucapan-ucapan lain yang saya buat. Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annoyted assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya.

Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis.

Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukan crony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi.

Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya, semua Ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid. Kalaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid.

Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain.

Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998. Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.

Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah. Sampai sekarang ini pun saya tak baca.

Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini.

Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna.

Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah.

Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar. Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini.

Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini.

Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya,

“Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?”

Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?”

Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak.

Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata.

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu.

Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.”

Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia.

Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar.

Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin.

Apabila dia bekerja dengan Azmin, adik Azmin bertanya kepada dia, berkenaan dengan ke mana dia selalu bawa isteri Azmin. Dan apabila cerita-cerita ini bangkit, dia sebut apa yang berlaku kepada dia. Apa yang Dato’ Seri Anwar buat kepada dia.

Itu… Ummi tadi telah mengajak dia supaya membuat laporan dan dia pun membuat satu laporan yang ditandatangani. Tetapi, dia kata yang tulis bukan dia. Yang tulis Ummi dan dia tandatangan. Ummi lah yang tanya kepada driver ini tentang kelakuan isteri Azmin yang selalunya dapat panggilan telefon, dapat pergi ke shopping complex dan hilang sekejap.

Lepas itu balik, bercakap berkenaan dengan boyfriendnya yang biasa menyebut bahawa anak dia itu adalah anak Dato’ Seri Anwar. Sebab itu adik Azmin ini buat keputusan untuk melapor.

Dan apabila dia melapor, dia diburu oleh polis. Sehingga polis pergi ke rumah kawannya dan pecah pintu dan tangkap dia dan paksa dia suruh ubah kenyataan bahawa apa yang dia kata itu tidak benar. Jadi, itu cerita daripada Ummi.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Oleh kerana Dato’ Seri Anwar sendiri beritahu kepada saya, bahawa Ummi ini ialah keluarga kepada Azmin. Dan Ummi ini sudah rujuk balik kepada keluarganya dan tidak lagi membuat tuduhan-tuduhan ini.

Dan oleh kerana itu, saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi.

Sebaliknya, pada suatu malam saya hadir satu majlis perkahwinan. Setelah saya balik ke rumah, isteri saya telefon. Dia kata, ada dua orang nak jumpa saya. Sanggupkah saya jumpa? Saya kata, “Pasai apa?” “Ialah pasal kes.”

Yang datang ni ialah Ummi dan seorang lagi yang berjanggut dan mengaku dirinya tiga pupu kepada Dato’ Seri Anwar, ada kaitan dengan Sulaiman Palestin.

Dan Ummi bercerita tentang apa yang berlaku. Sama seperti yang diceritakan oleh Azizan. Saya tanya Ummi, saya dengar kata dia telah tarik balik (tuduhan yang dibuat sebelum ini).

Dia kata, dia tidak pernah tarik balik. Dia terpaksa.. dipaksa oleh polis untuk menarik balik apa yang dia buat kenyataan.

Jadi, pendek kata, setelah saya dengar semua ini, saya berpendapat bahawa cerita-cerita ini adalah benar.

Dan inilah yang menyebabkan saya memikir semula tentang Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sesuainya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Yang lain saya boleh maaf, saya boleh lupa tetapi perbuatan songsang ini perbuatan yang tidak halal, baik daripada segi agama ataupun bagi masyarakat kita.

Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara.

Memang Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba berkata, bahawa tuduhan ini tidak benar. Tetapi saya perlu buat penilaian saya sendiri. Dan saya yakin dan saya percaya bahawa tuduhan ini adalah benar.

Selain daripada itu, saya juga berjumpa dengan seorang Ketua Bahagian UMNO daripada Perak, Hamzah namanya. Dia bawa saya tape recording – apa nama telephone called, antara isterinya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi saya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada seorang isteri kepada seorang Ketua Bahagian UMNO. Cuba nak pikat dia supaya – apa nama – supaya berjumpa untuk tujuan apa. Dan loghat cakap itu saya dapati tidak begitu baik.

Saya masih tidak mahu mendedahkan perkara ini seboleh-bolehnya. Walaupun pihak polis sudah ready, sudah pun menyiapkan kes-kes ini terutama berkenaan Datuk Nalla.

Saya nak cuba kalau boleh tidak mendedahkan perkara ini. Sebab itu, saya minta supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan. Saya berharap kalau dia letak jawatan, dia pergi, saya tak payah nak sebut tentang perkara ini kerana perkara ini mengaibkan seseorang dan parti kita dan keluarga-keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang saya berpendapat tidak berdosa. Dan saya tidak hendak perkara ini mencemarkan mereka.

Tetapi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menuruti. Dengan itu, saya terpaksa melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apabila saya lucutkan jawatan ini, saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seseorang yang memegang jawatan ini.

Saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan. Saya tidak boleh mempertahankan tindakan saya melainkan saya dedahkan segala-galanya.

Saya cuba nak harap kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pergi dengan rela hati dan saya tidak perlu berkata apa-apa. Kalau pun nak tuduh bahawa ini ialah oleh kerana pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan ekonomi, yang itu tidak mengapa, saya boleh pertahankan diri saya.

Tetapi apabila saya mengambil tindakan melucutkan, saya mesti jelaskan sebab-sebab yang saya ambil tindakan.

Sebab itu saya panggil Menteri-menteri Besar ke rumah saya sebagai ketua-ketua perhubungan. Saya tidak panggil Majlis Tertinggi kerana saya berharap, masih berharap – saya tidak perlu jelas kepada Majlis Tertinggi. Saya jumpa dengan Menteri Besar, saya terang semuanya.

Dan saya sanggup kalau Menteri-menteri Besar nak jumpa dengan orang yang saya jumpa pun saya sanggup untuk berjumpa, supaya dapat mengesahkan sendiri apakah benar atau pun tidak ?

Tetapi Menteri-menteri Besar tidak berminat untuk nak bertanya walaupun mereka berjumpa dengan Ummi dan Hamzah dan seorang lagi budak yang berjanggut.

Saya bagi penerangan kepada Menteri Besar supaya tindakan yang saya akan ambil akan difaham oleh Menteri-menteri Besar. Saya berhajat – berharap, saya dapat menerangkan perkara ini kepada Majlis Tertinggi tanpa mengeluarkan butir-butir yang tidak sedap didengar.

Tapi sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan jawatan. Saya terpaksa melucutkan jawatannya dan saya terpaksa menjelaskan semuanya pada malam ini.

Saya tak nak ulas banyak lagi. Saya tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa ada konspirasi daripada seluruh alat kerajaan. Saya tak tahulah apa asas-asas itu.

Saya tak akan tahankan diri saya kerana bagi saya, yang penting ialah seorang yang mempunyai moral yang begitu buruk, moral yang menjadi lebih buruk kerana menggambarkan diri sebagai seorang yang alim, seorang ulama, seorang yang boleh menjadi imam, boleh buat khutbah, orang yang semacam ini lebih daripada orang lain, tak patut buat kerja yang semacam itu.

Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO.

Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar ingin nak mempertahankan diri, sila…
AIDCNews -



ANWAR, TOLONG JANGAN GANGGU DR M

Monday, March 8, 2010
Sudah-sudahlah Anwar.

Janganlah nak kacau dan cari gaduh lagi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apa yang Dr Mahathir tidak buat untuk menaikkannya. Daripada menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO hinggalah Timbalan Perdana Menteri.

Ramai kawan-kawan Dr Mahathir, termasuk Tun Musa Hitam, Tan Sri Sanusi Junid, pernah berkecil hati dengan beliau kerana melebihi Anwar dalam banyak perkara.

Malah, suatu ketika Dr Mahathir boleh memarahi ‘orang yang beliau sayangi’ kerana Anwar, khsususnya ketika surat Umi Hafilda mula berlegar di kalangan pemimpin UMNO.

Saya juga antara orang pertama yang menerima salinan surat berkenaan! Saya pernah menulis dalam satu kolum di akhbar Harian Watan mengenai perkara ini yang menyebabkan Datuk Mohd Najib Razak (kini Datuk Seri) yang ketika itu Menteri Pelajaran berang dengan saya.

Akibat kolum itu saya dipanggil Najib di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Damansara dan kami ‘bertengkar’ hingga Najib mengugut untuk menyaman saya.

Itupun kerana Najib dan saya mahu pertahankan Anwar! Segalanya kembali pulih selepas Najib memahami tujuan saya.

Kepada Anwar, pandang dan renungkanlah nasib diri. Jangan kerana tidak lagi memakai baju putih (kadangkala sedikit lusuh) dan mengajar di Yayasan Anda, Anwar menjadi bongkak.

Sewajarnya selepas naik begitu cepat dan menikmati kekayaan yang rasanya tidak pernah beliau impikan pada 1970an dan 1980an, tiba-tiba Anwar menjadi ‘riak’ pada awal 1990an.

Bukan Dr Mahathir sahaja yang susah, kami di Berita Harian pada 1980-an dan 1990-an pun susah kerana Anwar.

Dan saya akui, banyak juga kerja untuk Anwar terpaksa saya lakukan ketika di Berita Harian.

Ingatlah tentang isu Carcosa dan ucapan beliau pada satu kursus Pemuda UMNO di Port Dickson. Isunya bukan apa sangat tetapi menjadi tajuk utama di Berita Minggu (saya masih simpan keratan itu).

Anwar menjadi tumpuan kerana ‘menyerang’ Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama yang ketika itu masih hidup).

Malah, banyak petang juga saya menjawab panggilan Anwar bertanya berita apa mengenai beliau yang akan dimuatkan di Berita Harian keesokan harinya.

Beliau mungkin sudah membuat panggilan kepada orang lain yang menyokongnya di Berita Harian tetapi saya antara yang menjadi ‘rujukannya’ dalam beberapa hal.

Malah, ketika menjadi Menteri Pertanian, apabila timbul isu RM2 juta yang disumbangkan oleh Genting kepada Pemuda UMNO, Anwar sanggup menaiki kereta saya - Fiat 132 dengan no daftar WW1385 – dari pejabatnya ketika itu di Wisma Pertanian hingga ke rumahnya di Petaling Jaya – bagi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Esoknya, Allahyarham Megat Junid Megat Ayob (Datuk Seri) membuat penafian di Berita Harian, hasil daripada perbincangan saya dengan Anwar.

Macam-macam lagilah ‘bantuan’ saya kepada beliau ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO. Namun selepas beliau menjadi Menteri Pelajaran, hubungan kami mula renggang.

Namun, saya memerhatikan, Dr Mahathir semakin erat dengan beliau dan tidak adil untuk beliau memburuk dan menuduh Dr Mahathir berbagai.

Oleh kerana Dr Mahathir mempunyai prerogative untuk melantik beliau – bermula dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hinggalah Timbalan Perdana Menteri (termasuk Menteri Kewangan), maka sedarlah pemecatan terhadapnya juga boleh dibuat oleh Perdana Menteri.

Tidak jauh bezanya antara digugur dengan dipecat. Tetapi dalam konteks Anwar, beliau dipecat kerana kes-kes yang diakibatkan oleh beliau sendiri.

Saya tidak hairan kalau jika mahkamah Persekutuan membuat keputusan hari ini bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada 2 September 1998 adalah sah. Malah, ia dicapai sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff berkata Yang di-Pertuan Agong, sebagai monarki raja berpelembagaan akan bertindak atas nasihat perdana menteri dan kabinet bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Menurut Alauddin, hakim tidak sangsi bahawa perdana menteri telah menasihatkan yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan pelantikan Anwar.

Jelas keputusan yang dibuat oleh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri bukan bersaorangan kerana Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong telah dirujuk.

Jika selama ini Anwar meminta orang ramai menghormati mahkamah dan menggunakan mahkamah untuk menegakkan keadilan, apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, Anwar juga perlu hormatinya.


Oleh: Hambali Abdul Latiff at 3/08/2010 01:50:00 PM

Friday, October 7, 2011

Revisited - Kali terakhir Anwar Ibrahim meliwat Saiful

Rahimi Osman bersama Anwar Ibrahim
Rahimi: Saya dipaksa libatkan Najib, Rosmah

Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - mendakwa dia dipaksa untuk menandatangani dua akuan bersumpah berhubung tuduhan yang Anwar telah meliwat seorang lagi bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut laporan polis Rahimi hari ini, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya.

Pada hari itu, Anwar dan para penyokongnya berkumpul di Hotel Quality, beberapa jam selepas Saiful membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua telah dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

"Kandungan kedua-dua akuan bersumpah itu adalah tidak benar sama sekali. Dan saya dipaksa untuk menandatanganinya. Saya juga tidak diberikan sebarang salinan kedua-kedua akuan bersumpah tersebut.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut Rahimi, dia telah mengemukakan akuan bersumpah tersebut bersama laporan polisnya.

Bimbangkan keselamatan

Dakwanya, dia terpaksa menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah tersebut kerana risaukan keselamatan dirinya, memandangkan ketika itu "ratusan penyokong dan orang kanan Anwar berada di keliling hotel".

Menurutnya, dua peguam Anwar - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli - menahannya di hotel tersebut selama beberapa hari bersama seorang rakan.

Dalam laporan itu lagi, Rahimi mendakwa mereka telah memintanya menandatangani akuan bersumpah itu walaupun "saya tidak langsung bersetuju dengan kandungannya".

Menurut laporan itu lagi, Rahimi mendakwa dia telah dihubungi oleh Latheefa beberapa bulan yang lalu melalui telefon untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah.

"Dia mengatakan bahawa akuan bersumpah yang telah saya tandatangani sebelum ini telah hilang. Namun saya tidak melayan mereka dan cuba sedaya upaya menjauhkan diri dari mereka."

Dalam laporan polisnya, Rahimi juga meminta perlindungan kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu. Beliau adalah ketua penerangan PKR.

Sementara itu, Saiful Izham, ketika dihubungi, menyatakan rasa terperanjatnya terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau perlu melihat kenyataan Rahimi terlebih dahulu, sebelum membuat sebarang ulasan.



Akuan Berkanun Muhamad Rahimi Osman (muka surat 1)

Saya merupakan bekas Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (‘DSAI’). Saya berkhidmat dengan DSAI pada tahun 2007 hingga pertengahan 2008. Saya bertanggungjawab menyelenggara semua program DSAI semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 (‘PRU 12’).

Semasa berkempen di Kelana Jaya, saya terserempak dengan rakan sekolah saya, Mohd Saiful Bukhari bin Mohd Azlan (‘Saiful’).

Kami bertanya khabar dan saya tanya kepada dia apa yang dia lakukan di sini (Kelana Jaya), saya dengar dia menyokong BN di Facebook. Dia menjawab,”"aku dah fed-up dengan side sana”.

Gembira kerana dia ingin membantu dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (‘PKR’), saya kemudiannya keluar minum teh dan berbual-bual dengan Saiful pada malam itu.

Sebelum ini semasa di sekolah Saiful memang penyokong kuat DSAI. Dia bersama arwah emaknya selalu berdemonstrasi di jalanraya pada tahun 1998.

Esoknya, saya menjemput dia ke pejabat DSAI di Seksyen 16.

Kami berbual di dalam bilik mesyuarat di Pejabat tersebut. Kemudiannya DSAI masuk dan saya kenalkan dia kepada Saiful. Dia berborak sebentar dengan Saiful dan kemudiannya kami terus berbincang mengenai kempen-kempen PRU 12.

Semasa PRU 12, Saiful ditugaskan untuk membantu saya. Dia membantu saya untuk memasukkan jadual yang saya sudah buat ke dalam komputer dan menghantar kepada petugas-petugas PRU 12 yang berkenaan.

Hari-hari terakhir PRU 12, DSAI memberikan RM4000 kepada saya dan menyuruh saya memberikan RM2000 kepada Shafiq (salah seorang pembantu sukarela) dan RM2000 kepada Saiful. Saya serba salah, Shafiq telah membantu selama 3 bulan tanpa sebarang bayaran, tetapi Saiful cuma baru membantu selama beberapa hari sahaja.

Selesai PRU 12, Saiful cuma datang ke pejabat sekali sekala mengikut waktunya sendiri kerana dia menganggap bahawa dia cuma staff separuh masa atau sukarelawan sahaja di pejabat itu. Saya menguruskan semua jadual DSAI seorang diri.

DSAI meminta dan menekan saya untuk memanggil Saiful semula ke pejabat sebagai staff tetap. Saya buat sepertimana yang disuruh.

Saya berjumpa dengan Saiful dan memintanya datang ke pejabat untuk bekerja sepenuh masa. Saiful beritahu saya, dia serba salah kerana dia pernah kenal rapat dengan Khairil Anas, Pegawai Khas Dato’ Seri Najib.

Khairil Anas membantu Saiful dengan memberikan surat sokongan untuk Saiful meminta biasiswa sekolah penerbangan.

Saiful takut dia akan dilabel sebagai agen dan perisik memandangkan ada beberapa orang rakan lama Saiful yang berkhidmat secara sukarelawan dalam PKR tidak senang melihat Saiful rapat dengan pejabat DSAI.

Malam tersebut, dalam perjalanan ke KLIA untuk menghantar DSAI ke luar negara, saya telah menceritakan masalah Saiful kepada DSAI, termasuk berkenaan hubungan rapat Saiful dengan salah seorang staff Dato’ Seri Najib.

Saiful turut sama dalam perjalanan tersebut tetapi menaiki kereta yang lain. DSAI nampaknya langsung tidak kisah dengan cerita dan keadaan Saiful. Sampai di KLIA beliau cuma bergurau dengan Saiful dengan berkata, “you baik-baik nanti boleh kena bom.”

DSAI terus meminta Saiful berkhidmat di pejabat seperti biasa dan Saiful bersetuju. Semasa dalam pejabat, DSAI sering memanggil Saiful masuk ke dalam biliknya untuk berbual-bual. Saya pelik kerana jarang staff-staff yang lain mendapat layanan yang begitu mesra daripada DSAI.

Walaupun baru sahaja kenal, DSAI nampaknya sangat akrab dengan Saiful.
Kami bekerja seperti biasa dan hampir setiap hari selepas habis pejabat, kami akan melepak di kedai mamak sehingga larut malam.

Saiful sering menerima panggilan telefon dan apabila menjawab panggilan tersebut, Saiful akan lari jauh dari meja kami.

Saya pelik kerana kalau biasanya teman wanita Saiful yang telefon, dia akan jawab depan-depan sahaja. Perbualan telefon itu biasanya berlaku dalam masa setengah jam, diikuti dengan sms berpanjangan.

Satu hari, saya cuba menilik caller ID, saya amat terkejut apabila melihat panggilan dan sms tersebut adalah daripada DSAI.

Saiful kemudiannya diberikan satu tugas yang membuatkan hampir semua staff senior di pejabat terkejut, iaitu mengaturkan segala mesyuarat dan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang kononnya ingin melompat parti pada ketika itu.

Saya berasa hairan kerana Saiful yang cuma dikenali DSAI kurang sebulan diberi kepercayaan untuk membawa satu tugas yang sangat penting dan sangat sulit. Tambahan pula ada kisah mengenai rapatnya Saiful dengan pegawai khas Dato’ Seri Najib.

Saiful selepas itu mula sibuk terbang ke Sabah, Singapura, Bangkok dan Hong Kong. Boleh dikatakan, tiada satu pun staff di pejabat tahu atau mempunyai maklumat tentang pertemuan-pertemuan itu.

Tugas saya cuma mengosongkan jadual DSAI pada hari-hari tertentu untuk ‘mesyuarat sulit’.

Tidak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti dari pejabat DSAI memandangkan keadaan pejabat mula stabil dan saya menyerahkan tugas-tugas saya kepada Ibrahim Yaacob, Ketua Staff dan dibantu oleh Saiful sendiri.

Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin menumpukan kepada perniagaan saya yang telah tinggalkan semenjak aktif dalam kerja-kerja politik.

Saya memandang bahawa perniagaan saya adalah jaminan masa depan jangka panjang daripada terus bekerja dalam politik.

Selepas berhenti, saya masih juga datang ke pejabat di waktu lapang untuk membantu dan saya juga sering berjumpa dengan Saiful. Dalam masa yang sama, Saiful sering mengadu bahawa dia berasa tertekan tetapi tidak memberitahu saya apa sebabnya dia tertekan. Bila ditanya mengapa, Saiful akan terus beralih topik.

Pada satu hari, Ibrahim Yaacob menelefon saya untuk mencari di mana Saiful. Menurut Ibrahim, Saiful tidak datang ke pejabat dan tidak dapat dihubungi ketika itu.

Katanya Saiful juga sudah mula menunjukkan tidak minat untuk bekerja dan tidak berdisplin. Saya kemudiannya menelefon Saiful tetapi tidak dapat untuk dihubungi. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.

Sesampai di rumah Saiful, saya memanggil dan menunggu selama 20 minit sebelum adiknya, Tati keluar dan mengatakan Saiful sedang tidur. Tati menjemput saya masuk dan memanggil Saiful. Saya mulanya menegur Saiful kerana tindakannya memonteng kerja, Saiful cuma diam dan kemudian memberitahu saya bahawa ada perkara penting yang nak dibincangkannya.

Saiful teragak-agak dan nampak serba salah, kemudian dia menceritakan kepada saya bahawa selama ini dia telah diliwat oleh DSAI. Saya berasa amat terkejut dan cuma berdiam diri. Saya masih dalam keadaan tidak percaya tetapi Saiful nampaknya jujur.

Dia memberitahu saya bahawa sudah banyak kali dia diliwat oleh DSAI. Itulah sebenarnya ‘mesyuarat-mesyuarat sulit selama ini’.


Kami berpakat untuk berjumpa kembali di sebelah malam, saya inginkan cerita yang lebih lanjut mengenai perkara itu.

Malam itu, Saiful menceritakan kepada saya segala insiden yang telah berlaku di mana dia diliwat, bagaimana dia diliwat sehingga saya tidak sanggup untuk mendengarnya. Saiful juga serba salah dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Kami cuba mencari penyelesaian untuk perkara tersebut. Kami tidak tahu kepada siapa untuk dirujuk, kalau rujuk dekat Ibrahim Yaacob, sudah pasti Ibrahim akan ceritakan kepada DSAI.

Saya kemudiannya berjumpa dengan Dato’ Mumtaz Jaafar. Saya dan Saiful sendiri mengenali Dato’ Mumtaz dengan rapat pada ketika itu, kerana anak-anak Dato’ Mumtaz adalah rakan-rakan sekolah kami. Dato’ Mumtaz juga merupakan jurulatih kepada adik Saiful dalam acara sukan.

Saya berjumpa dengan Dato’ Mumtaz untuk meminta nasihat dan pandangan sebagai seorang yang lebih berumur.

Dato’ Mumtaz telah membawa saya ke rumah Dato’ Seri Najib dan berjumpa dengan Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah sangat terkejut dengan apa yang saya ceritakan. Tidak lama selepas itu, Dato’ Seri Najib pulang dan saya bertemu dengan beliau.

Sehari sebelum itu, Saiful ada berjumpa dengan Dato’ Seri Najib mengadu mengenai apa yang berlaku. Mereka nampaknya seperti ragu-ragu dengan Saiful, namun saya telah menceritakan dengan lebih terperinci.

Walau bagaimanapun, Saiful telah berjumpa dengan Dato’ Seri Najib selepas dia menceritakan kepada saya bahawa dia telah diliwat.


Jadinya, saya amat pasti bahawa tiada konspirasi politik oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

Pada 25 Jun 2008, Saiful telah menelefon saya dan berjumpa dengan saya pada waktu tengahari. Dia mengatakan bahawa DSAI meminta beliau untuk pergi ke kondo sekarang.

Saiful amat pasti bahawa DSAI ingin meliwatnya lagi sebab itu kebiasaannya apa yang berlaku. Saiful mula rasa takut dan tidak tentu hala. Setelah berborak dan berbincang, Saiful mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke kondo tersebut, kerana jika dia tidak pergi DSAI akan mula mengesyaki sesuatu. Atas dasar keselamatan diri. Saiful nekad pergi ke kondo tersebut.

Malam tersebut, Saiful berjumpa saya dan menceritakan bahawa ada kesan air mani DSAI di dalam badannya. Dia mahukan satu jalan untuk bertindak kerana bukti masih ada.


Saya cuba untuk mencari jalan yang terbaik dan meminta pandangan ketiga. Keesokannya, saya membawa Saiful berjumpa dengan Sdr Ezam Md Noor.

Saiful pada ketika itu masih tidak mandi dan tidak membuang air besar kerana mahu menyimpan apa-apa bukti yang boleh didapati di badannya.

Sdr Ezam menasihati Saiful untuk membuat pemeriksaan kesihatan dahulu untuk mendapatkan repot kukuh bukti yang ada di badan. Kemudiannya berjumpa dengan alim ulama untuk mendapatkan nasihat.

Keesokan harinya, Saiful telah pergi ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Oleh kerana Pusrawi tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap, Saiful terpaksa pergi ke Hospital Kuala Lumpur.

Sejak dari itu, saya gagal menghubungi Saiful sehingga tiba-tiba kami mendengar khabar satu laporan polis telah dibuat oleh Saiful.

Saya dan Sdr Ezam sendiri terkejut mengenai perkara tersebut.

Hanya beberapa jam selepas itu saya dapat menghubungi Pakcik Saiful, Uncle Tuah. Uncle Tuah memberitahu saya bahawa Saiful masih ada di dalam bilik pemeriksaan. Saya bergegas ke HKL untuk berjumpa dengan Uncle Tuah dan Saiful.

Setelah berjumpa dengan Saiful dan berborak seketika, saya mengambil keputusan untuk pulang dan biarkan Saiful berehat.

Saya menerima panggilan telefon bertalu-talu ketika itu tetapi saya enggan menjawab mana-mana panggilan. Saya hanya menjawab panggilan dari Ibrahim Yaacob mengatakan DSAI ingin berjumpa dengan saya di Quality Hotel.

Saya pulang ke rumah berjumpa dengan bapa saya, bapa saya menasihati saya untuk berjumpa sahaja dengan DSAI di Quality Hotel.

Lewat malam 26 Jun 2008, saya tiba di Quality Hotel. Terdapat ratusan penyokong PKR dan juga orang-orang kanan DSAI. Saya naik ke tingkat 10, dibawa oleh Badrul Hisham dan terus berjumpa dengan DSAI.

DSAI kemudian menarik saya di sebuah bilik dan menanyakan saya apa yang telah Saiful beritahu saya. Saya secara ringkas memberitahu DSAI bahawa Saiful telah beritahu saya awal lagi bahawa DSAI telah meliwatnya, termasuk lokasi kejadian seperti kondominium, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.


DSAI nampak sangat cemas pada ketika itu dan beliau menyuruh saya untuk tidak memberitahu sesiapa meskipun pihak polis bahawa Saiful telah menceritakan semuanya kepada saya.

DSAI kemudiannya terus mengarahkan peguam Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli untuk menguruskan saya.

Peguam tersebut sedang menyiapkan satu Akuan Bersumpah untuk saya tandatangani. Dalam masa yang sama, saya minta untuk pulang tetapi mereka tidak mengizinkan. Mereka mengarahkan saya untuk tidur di Quality Hotel bersama seorang lagi rakan bernama Rashid.

Saya cuma dibenarkan pulang di bawah pengawasan Pengawal Keselamatan DSAI untuk mengambil barang-barang keperluan.

Tiba semula di hotel, peguam-peguam tadi telah menyiapkan Akuan Bersumpah untuk saya tandatangani. Akuan Bersumpah tersebut tidak dikarang sendiri oleh saya.

Namun, atas dasar keselamatan diri saya menurunkan tandatangan saya pada akuan bersumpah berikut. Hotel tersebut menjadi kubu bagi ratusan penyokong dan orang-orang kanan DSAI. Saya risau apa-apa terjadi kepada saya jika saya enggan memberikan kerjasama.

Saya ditahan di Hotel Quality untuk beberapa hari, malam tersebut juga telefon bimbit saya telah diambil oleh YB Yusmadi dan cuma dipulangkan pada keesokannya harinya.

Dalam tempoh mereka menahan saya, saya tidak dibenarkan pulang ke rumah atau ke mana-mana. Saya dikawal rapi oleh beberapa orang dipercayai penyokong kuat DSAI.

Peguam yang sama juga membuat beberapa pindaan kepada Akuan Bersumpah yang telah saya tandatangani, kali ini tambahan cerita untuk memalitkan nama Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam hal ini.

Cerita palsu telah direka untuk memfitnah Dato’ Seri Najib dan isteri. Pada ketika itu baru saya tahu betapa kotornya permainan politik DSAI dan rasa menyesal untuk menyumbang tenaga selama ini kepada beliau.


Mereka juga telah menyuruh saya membuat rakaman video yang kandungannya palsu belaka dan dikarang oleh mereka sendiri.

Saya kemudiannya dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Old Town Petaling Jaya untuk menandatangani Akuan Bersumpah yang terakhir. Selepas itu saya dibenarkan pulang, tetapi masih dalam pengawasan ketat mereka.

Segala pergerakan saya dipantau dan masa ke semasa mereka kerap menelefon saya. Kemudian mereka meminta saya tidur di rumah DSAI di bawah pengawasan beberapa orang.

Ketika polis menahan DSAI, saya dan Rashid telah dibawa lari oleh orang-orang DSAI ke Tropicana, Hotel Armada dan sebuah pondok agama di Kajang. Saya tidak tahan dan tertekan dengan keadaan ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi dilayan seperti pelarian.

Saya mula memberontak dan tidak mahu mendengar kata-kata mereka. Saya mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Akhirnya mereka menurut kehendak saya, tetapi masih memantau segala pergerakan saya.

Selepas beberapa bulan, saya masih lagi berhubung dengan mereka. Saya takut untuk melakukan apa-apa tindakan sendiri. Harapan saya cuma DSAI berjaya untuk mengugurkan kes ini. Supaya saya tidak perlu menjadi saksi dan berbohong di mahkamah.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku, saya tidak sanggup untuk menipu dan berbohong. Lama kelamaan, saya nekad untuk menjauhkan diri dari mereka dan mula mencari jalan terbaik untuk saya memperbetulkan kesalahan saya.

Apabila kes liwat bermula di mahkamah dan nama saya telah disebut oleh Saiful, Latheefa Koya telah menelefon saya untuk berjumpa. Saya pergi berjumpa dengan Latheefa untuk mengetahui apa yang mereka mahu, tetapi agak risau jika mereka mula menahan saya kembali.

Saya telah berpesan kepada isteri saya, jika saya tidak kembali dalam masa 4 jam dan tidak dapat dihubungi, terus buat laporan polis. Latheefa cuma meminta saya untuk menandatangani satu lagi akuan bersumpah kerana akuan bersumpah yang telah saya tandatangani dulu sudah hilang katanya.

Saya pura-pura setuju, dia akan menyiapkan akuan bersumpah itu dalam masa beberapa hari dan akan menelefon saya untuk saya tandatangan.

Itulah kali terakhir saya berhubung dengan mereka, saya telah menukar nombor telefon dan berpindah rumah.

Semasa kes bersambung semula dan semakin hangat, Latheefa sekali lagi menelefon saya untuk berjumpa dengan dia dan Peguam Karpal Singh.

Namun saya tidak melayan permintaan mereka sehinggakan DSAI menelefon bapa saya untuk menyuruh saya pergi berjumpa dengan peguam-peguam beliau.

Saya amat sakit hati kerana DSAI beberapa kali menelefon dan menganggu bapa saya untuk memaksa saya. Saya cuma memberitahu bapa saya yang merupakan penyokong kuat DSAI bahawa DSAI ini adalah kaki penipu dan tidak harus dipercayai.

Perbuatan DSAI ini juga telah menyebabkan saya bergaduh dengan bapa saya. DSAI sanggup melakukan apa sahaja termasuk memecah belahkan keluarga saya untuk menyelamatkan dirinya.


Konspirasi Dalang Paksa Rahimi Tandatangan Akuan Bersumpah - Wee

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa wujudnya konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Muhamad Rahimi Osman, 26, bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata, niat jahat berkenaan disedarinya apabila mengetahui bahawa ada 'pihak tertentu' yang tidak berpuas hati dengan akuan bersumpah pertama yang ditandatangani bekas Setiausaha Sulit Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Jelas beliau, menerusi akuan bersumpah pertama yang ditandatangani Muhamad Rahimi, tidak langsung mengaitkan mana-mana pihak berhubung kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful.

"Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) mengenai keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Wee berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya yang mendedahkan bahawa beliau terlibat semasa Muhamad Rahimi menandatangai akuan bersumpahnya.

Tambah Wee yang juga seorang peguam, beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

"Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu.

"Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya.

Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.

Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.

"Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.

"Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya.

Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,

Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK



Rasid Rosdi

Lagi bekas pembantu Anwar dakwa dipaksa buat SD

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut.

"Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya.

"Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman,” katanya.

Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu.

Bekas banduan

"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

"Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya.

Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar.

"Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ia boleh mengganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Rahimi membuat kejutan dengan cerita yang hampir sama tetapi mendakwa akuan bersumpah 'palsu' yang dibuatnya juga memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Rahimi juga mendakwa ditipu oleh Latheefa dan berkata kandungan akuan bersumpah itu tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu kes liwat perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau sedang menyemak beberapa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.


Ezam Mohd Noor - "I joined Umno because of Anwar Ibrahim, and left Umno because of Anwar Ibrahim
Ada ‘cerita panas’ dalam laporan polis Rasid mengenai Anwar

Siapa sebenarnya Rasid Rosdi yang tiba-tiba muncul pada Rabu dan buat laporan polis mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan sumpah oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri tidak setuju dengan kandungannya hampir tiga tahun lalu.

Mungkin ramai tidak tahu siapa sebenarnya pemuda ini tetapi kemunculannya telah membuka babak baru dalam isu yang menyelubungi Ketua Umum PKR itu kebelakangan ini.

Ingat lagi kisah panggilan telefon cemas Datuk Seri Wan Azizah Ismail kepada Ezam Mohd Noor dari Washington apabila diberitahu oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu padanya ada ‘seorang lelaki’ di rumah mereka (waktu itu) di Bukit Damansara.

Apapun Presiden PKR itu kemudiannya menafikan pernah meminta Ezam mengawasi Anwar yang berada di rumah itu dengan lelaki berkenaan sehingga Ezam mencabarnya bersumpah depan ulama.

Panggilan telefon itu yang kata Ezam spark off beliau mula ragu mengenai perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Agendadaily difahamkan lelaki berkenaan ialah Rasid.

Sebelum inipun sudah ada blog mendakwa wujud hubungan Anwar dengan Rasid yang bermula di Penjara Sungai Buloh ketika mereka kebetulan sama-sama menjalani hukuman di situ dahulu.

Teka teki sama ada apa dilaporkan itu betul atak tidak terjawab dengan kenyataan akhbar Rasid Rabu serta satu laporan polisnya mengakui mengenali Anwar sejak di penjara.

Menariknya, ketika mendedahkan mengenai akuan sumpah yang ditandatangani secara paksa itu, Rasid membuat satu akuan sumpah baru dan laporan polis menceritakan secara terperinci hubungan mereka.

Difahamkan ada beberapa ‘cerita panas’ didedahkan oleh Rasid dalam laporan polisnya termasuk menghantar ‘suatu barang’ ke kondo di Damansara yang menjadi tempat kes dakwaan kejadian liwat Saiful Bukhari Azlan.

Jika benar ini antara kandungan laporan polis dan akuan sumpah terbaru Rasid di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini, ia pasti akan membuka mata ramai terhadap cubaan untuk mendakwa wujudnya konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes liwatnya.

Pengakuan Rahimi Osman,seorang lagi bekas pembantunya baru-baru ini hingga timbul insiden beberapa aktivis PKR ganggu sidang akhbarnya di sebuah restoran di Klang baru-baru ini dan Rasid pasti mengundang banyak tandatanya pada kes liwat Saiful yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang.

Cuma soalnya bagaimana Anwar nak “bersilat’ menghadapi dua orang bekas pembantunya yang tampil ‘ buka cerita’ ini.

Respons awal Anwar ketika ditanya Agendadaily selepas sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen petang Rabu mengenai laporan polis Rasid, beliau kelihatan terkejut dan bertanya bila (Rasid buat laporan).

Anwar enggan komen, katanya “tanya peguam”.

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP