Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, August 20, 2013

Dr. Morsi, Ikhwanul Muslimin dan Rakyat Mesir - Ke Arah Demokrasi Tulin?

Rentetan peristiwa yang menyebabkan pemberontakan rakyat Mesir tanpa menunggu Pilihan Raya 4 tahun lagi.......... 

1. Dr. Morsi yang dipilih oleh Ikhwanul Muslimin sebagai calonnya selepas ketua mereka sendiri tidak layak bertanding telah memenangi jawatan Presiden Mesir selepas mendapat undi popular 51.7%. 

2. Penubuhan Majlis Syura (Senate) yang dianggotai oleh 270 ahli dengan kos perbelanjaan Egyptian Pound 150 juta setahun ketika negara dalam kegawatan ekonomi. Majlis Syura ini dimonopoli oleh Ikhwanul Muslimin. 

3. Pada penghujung tahun 2012 Parlimen dan Majlis Syura Mesir telah meluluskan beberapa pindaan kepada Perlembagaan Mesir. 

4. Antara pindaan-pindaan Perlembagaan yang memulakan dan membuatkan rakyat Mesir yang sebelum ini menyokong Morsi tetapi mula menentang pemerintahannya ialah:- 

(a) Memansuhkan peruntukan 5 Perlembagaan Mesir tahun 2007 yang tidak membenarkan parti politik menggunakan nama agama (cth. Parti Islam SeMalaysia), matlamat agama (cth. Parti Hudud Malaysia), atau parti berasaskan jantina (cth. Parti Janda Malaysia). 

(b) Memasukkan peruntukan undang-undang Syariah (Hudud, Qisas & Takzir) sebagai punca atau source kepada undang-undang lain. 

(c) Memasukkan peruntukan baru 232 iaitu "Mana-mana pegawai utama Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) yang dipimpin oleh bekas Presiden Husni Mubarak (parti NDP ini telahpun dibubarkan) TIDAK LAYAK bertanding dalam mana-mana Pilihan Raya selama tempoh 10 tahun

[Nota: Walaupun Husni Mubarak amat benci kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin ini, tetapi dia tidak pun mewujudkan sekatan seperti ini dalam Perlembagaan tahun 2007 di bawah pemerintahannya itu] 

5. Dakwaan wujud salahguna kuasa oleh Ikhwanul Muslimin dan rasuah menjadi-jadi oleh Pengerusi dan ahli-ahli Majlis Syura. 

6. Dakwaan kebebasan telah disekat, hak asasi rakyat dilanggari, penderaan terhadap rakyat dan akhir sekali dakwaan untuk menjadikan Mesir seperti negara Iran, berkerajaan fundamentalist. 

 Rujukan:- 
 1.Absolute Power : Morsi Decree Stuns Egyptians 
 2. Why Is Morsi Killing Egyptians? 
 3. Millions on streets for anti-Morsi protests

1 comment:

  1. Pihak tentera berusaha meletakkan demokrasi ke landasan yang betul?? yelahhh. dengan melantik jeneral asisi sebagai presiden dan kembali seperti zaman mubarak! Pada zaman mubarak kenapa tidak tentera menjatuhkan dia yang bertindak sebagai diktator selama 30 tahun lebih.?

    ReplyDelete

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP