Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, October 29, 2013

Apakah itu GST?


1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)?

GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

2. Adakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru?

GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan. Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, di mana Cukai Jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport. Manakala, Cukai Perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.

3. Mengapa cukai jualan dan cukai perkhidmatan perlu diganti dengan GST?

GST adalah merupakan satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan. Diperhatikan GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada. Antara kelemahan-kelemahan yang ketara yang tidak boleh diatasi di bawah sistem cukai sedia ada adalah seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self policing. Selain daripada itu, pihak peniaga hanya perlu mengemukakan penyata cukai yang ringkas mengikut format yang disediakan, manakala semua rekod dan dokumen berhubung dengan transaksi yang berkaitan hanya perlu disimpan di premis syarikat untuk diaudit oleh juruaudit GST di kemudian hari.

4. Mengapakah kerajaan hendak melaksanakan GST ?

Pelaksanaan GST adalah merupakan sebahagian daripada program pembaharuan terhadap sistem percukaian negara sebagai langkah Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan ketelusan dalam pengurusan cukai.

5. Mengapakah kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai semasa?

Kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai semasa bagi tujuan mengimbangi impak GST terhadap rakyat dan pengguna supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah, dijangka pengguna akan mendapat manfaat daripadanya oleh kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

6. Adakah benar mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan yang pada ketika ini tidak dikenakan cukai pendapatan, perlu membayar cukai di bawah GST?

Persepsi berkenaan adalah kurang tepat berikutan kaedah pengenaan cukai bagi kedua-dua jenis cukai tersebut adalah sangat berbeza. Dimaklumkan bahawa kaedah pengenaan cukai pendapatan adalah berasaskan kepada jumlah pendapatan yang diperolehi oleh seseorang individu, manakala pengenaan GST adalah berdasarkan kepada kepenggunaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan yang digunakan. Pada ketika ini pun, mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan masih tetap membayar cukai jualan atau cukai perkhidmatan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakannya. Persoalannya, kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa harga barang atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga runcit telah termasuk elemen cukai. Pada hakikatnya, pengenaan GST tidak akan memberi sebarang perbezaan dalam aspek bebanan cukai yang ditanggung oleh mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan kerana pada masa ini mereka telah pun membayar cukai terhadap barang dan perkhidmatan tertentu yang digunakan.

7. Bilakah kerajaan akan melaksanakan GST?

Kerajaan telah menetapkan untuk melaksanakan GST di Malaysia mulai 1 April 2015. Sebelum tarikh pelaksanaan GST itu, pada masa kini Kerajaan sedang giat berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan GST. Jika sekiranya GST dilaksanakan, Kerajaan akan memberi ruang masa yang mencukupi di antara 18 hingga 24 bulan kepada pihak industri dan peniaga untuk membuat persediaan bagi pelaksanaan GST.

8. Bagaimanakah GST beroperasi?

GST adalah dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan bercukai yang dikeluarkan di dalam negara termasuk yang diimport. GST hanya boleh dicaj serta dipungut oleh peniaga yang telah berdaftar di bawah GST.

GST yang dipungut ke atas output perlu diremitkan kepada Kerajaan. Walaupun bagitu, pihak peniaga adalah dibenarkan untuk menuntut semula kredit cukai input melalui mekanisme dan kaedah seperti berikut:

i. GST yang dipungut ke atas output (cukai output) tolak GST yang telah dibayar ke atas input (cukai input).

ii. Jika terdapat lebihan, amaun tersebut hendaklah diremitkan kepada Kerajaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

iii. Jika terdapat kekurangan, pihak peniaga boleh menuntut pembayaran balik (refund) daripada Kerajaan.

9. Apakah cukai input, cukai output dan kredit cukai input?

Cukai input adalah merupakan GST yang dikenakan ke atas pembelian barang dan perkhidmatan yang digunakan dalam aktiviti perniagaan. Manakala cukai output adalah merupakan GST yang dicaj dan dipungut ke atas penjualan/pembekalan barang dan perkhidmatan. Kredit cukai input bermaksud cukai input yang boleh dituntut oleh peniaga yang berdaftar di bawah GST.

10. Apakah pembekalan berkadar standard, berkadar sifar dan dikecualikan?

Pembekalan berkadar standard adalah merupakan bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar cukai yang ditetapkan. Manakala pembekalan berkadar sifar adalah merupakan bekalan barang dan perkhidmatan yang dikenakan GST pada kadar sifar iaitu tidak dikenakan GST sama ada di peringkat output mahupun di peringkat input. Sementara pembekalan dikecualikan adalah merujuk kepada barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST pada peringkat output iaitu pada peringkat ianya dibekalkan kepada pihak pengguna. Namun begitu, GST yang dibayar ke atas input oleh pihak peniaga yang terlibat tidak boleh dituntut semula sebagai kredit cukai.

11. Siapa yang akan memungut GST dan membayarnya kepada kerajaan?

GST hanya boleh dipungut oleh mereka yang telah berdaftar di bawah GST dan cukai tersebut hendaklah diremitkan kepada kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

12. Bagaimanakah kerajaan boleh memastikan bahawa pihak peniaga akan meremit amaun pungutan cukai yang betul kepada Kerajaan?

Di dalam memastikan pihak peniaga meremitkan amaun pungutan cukai yang betul, Kerajaan akan membuat program pengesanan awal melalui kaedah audit meja dan audit transaksi ke atas borang penyata cukai yang dikemukakan oleh pihak peniaga pada setiap tempoh bercukai. Pasukan audit GST juga akan menjalankan pengauditan luar ke atas rekod dan akaun perniagaan syarikat bagi memastikan tiada sebarang aktiviti manipulasi cukai yang telah dilakukan oleh pihak peniaga. Selain daripada itu, sistem penilaian risiko GST adalah merupakan kaedah pengesanan berkomputer yang akan memberi amaran (alerts) berhubung dengan kes – kes yang berisiko tinggi.

13. Adakah semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST?

Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport. Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.

14. Adakah semua perniagaan dikehendaki berdaftar di bawah GST?

Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun diwajibkan untuk mendaftar di bawah GST. Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan yang dinyatakan di atas tidak perlu mendaftar di bawah GST. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

15. Mengapakah nilai ambang (threshold) ditetapkan pada tahap RM500,000 setahun?

Penetapan nilai ambang pada tahap RM500,000 setahun adalah bertujuan untuk mengecualikan pembekalan syarikat dan perniagaan kecil daripada dikenakan GST supaya mereka tidak perlu menanggung semua kos yang berkaitan (kos permulaan dan kos pematuhan) sekiranya perlu mendaftar di bawah GST.

Berdasarkan kajian, dianggarkan sebanyak 78% daripada jumlah entiti perniagaan tidak akan termasuk dalam sistem GST. Dengan ini, pengguna boleh membuat pilihan untuk membeli barang keperluan mereka daripada peniaga yang tidak mengenakan GST. Secara tidak langsung, pengguna khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak akan dibebankan dengan GST.

16. Bagaimanakah hendak menentukan sama ada nilai ambang RM500,000 telah dicapai ataupun tidak?

Kiraan nilai ambang hendaklah dibuat berdasarkan kepada kaedah berikut :

Kaedah 1
Pengiraan berdasarkan rekod jualan bagi tempoh 12 bulan ke belakang.

Kaedah 2
Pengiraan berdasarkan anggaran jualan yang dijangkakan bagi tempoh 12 bulan akan datang.

17. Jika nilai ambang tidak mencapai RM500,000, bolehkah mendaftar di bawah GST?

Pihak peniaga masih boleh berdaftar secara sukarela dibawah GST walaupun tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Walaupun begitu, mereka yang mendaftar secara sukarela dikehendaki kekal berdaftar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

18. Bolehkah pendaftaran GST dibuat secara online?

Kerajaan memang menggalakkan pendaftaran GST dibuat secara online. Walaupun begitu, pendaftaran secara manual masih diterima pakai.

19. Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan pendaftaran GST?

Permohonan secara online boleh dibuat dengan menggunakan borang yang boleh dicapai melalui laman web GST. Bagi permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati dari mana-mana pejabat Kastam ataupun dimuat turun dari laman web GST.

20. Bila dan dimana permohonan pendaftaran GST perlu dibuat?

Peniaga yang telah mencapai nilai ambang RM500,000 perlu memohon untuk didaftarkan di bawah GST dalam tempoh 28 hari selepas akhir bulan di mana nilai ambang tersebut dicapai. Permohonan pendaftaran secara manual hendaklah dikemukakan kepada mana-mana pejabat Kastam yang berdekatan. Permohonan secara online akan dikemukakan secara talian terus kepada Pusat Pemprosesan Setempat. Permohonan secara online juga boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di semua pejabat GST di seluruh negara.

21. Adakah pendaftaran GST akan dikenakan sebarang caj?

Tiada sebarang caj yang dikenakan ke atas proses pendaftaran GST.

22. Adakah barang dan perkhidmatan yang dieksport dikenakan GST?

Barang dan perkhidmatan yang dieksport tidak akan dikenakan GST (dikenakan pada kadar sifar) bagi tujuan untuk meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa.

23. Adakah petani dikehendaki berdaftar di bawah GST?

Skop pengenaan GST adalah meliputi semua sektor ekonomi termasuk aktiviti pertanian. Oleh yang demikian, petani juga perlu mendaftar di bawah GST tertakluk kepada nilai ambang seperti mana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya produk pertanian berkenaan merupakan barang yang tidak dikenakan GST (dikenakan pada kadar sifar), maka petani tersebut boleh memilih untuk tidak berdaftar di bawah GST.

24. Adakah nelayan dikehendaki berdaftar di bawah GST?

Skop pengenaan GST adalah meliputi semua sektor ekonomi termasuk aktiviti perikanan. Oleh yang demikian, nelayan juga perlu mendaftar di bawah GST tertakluk kepada nilai ambang seperti mana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya produk perikanan berkenaan merupakan barang yang tidak dikenakan GST (dikenakan pada kadar sifar), maka nelayan tersebut boleh memilih untuk tidak berdaftar di bawah GST.

25. Bagaimanakah Kerajaan akan mengawal harga?

Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang lebih serius di dalam memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah yang akan diambil oleh Kerajaan ialah memperkenalkan Anti Profiteering Act, penguatkuasaan yang intensif melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Shoppers’ Guide, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter).

Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan. Segala langkah yang dinyatakan di atas diharapkan dapat mengubah sikap yang mementingkan keuntungan serta menjalankan perniagaan secara tidak beretika.

26. Adakah pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) tertakluk kepada GST?

Pihak NGOs akan dikenakan GST jika terlibat secara langsung dalam aktiviti perniagaan sekiranya barang atau perkhidmatan tersebut adalah bercukai.

27. Adakah pertubuhan amal tertakluk kepada GST?

Pertubuhan amal seperti institusi orang kurang upaya, rumah anak yatim dan rumah orang tua tidak akan dikenakan GST sekiranya perkhidmatan yang disediakan hanyalah untuk ahli-ahli persatuannya dan tidak dikenakan sebarang caj. Pertubuhan amal perlu mendaftar di bawah GST jika sekiranya aktiviti yang dilaksanakan berunsurkan perniagaan.

28. Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu IKS semasa GST dilaksanakan?

Kerajaan akan memastikan pelaksanaan GST tidak akan memberi impak negatif kepada pembangunan IKS. Di dalam usaha untuk membantu IKS, Kerajaan akan mengadakan program-program latihan dan pendidikan secara menyeluruh kepada semua IKS di seluruh negara. Program-program ini akan dijalankan secara kerjasama diantara Kementerian Kewangan dengan SME Corp. Di samping itu, Kerajaan juga sedang merancang untuk menyediakan pakej perisian perakaunan GST dalam bentuk CD kepada IKS yang tidak mempunyai sistem perakaunan sendiri.

29. Adakah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan masih dikuatkuasakan dengan pelaksanaan GST?

Pelaksanaan GST adalah untuk menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa pada ketika ini. Dengan yang demikian, kedua-dua jenis cukai tersebut akan dimansuhkan pada tarikh mula pelaksanaan GST.

30. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempastikan GST dilaksanakan dengan lancar?

Kerajaan akan memberi tempoh masa yang mencukupi bagi pihak peniaga bersiap sedia untuk melaksanakan GST. Program kesedaran dan pendidikan GST akan dijalankan secara berterusan sehingga tarikh GST dilaksanakan.

Dalam usaha untuk menyebarkan maklumat GST kepada orang awam, Kerajaan telahpun menubuhkan Pusat Panggilan Kastam (call centre) yang akan beroperasi di Kelana Jaya, Selangor. Di samping itu, pelbagai panduan industri akan diterbitkan sebagai garis panduan kepada pihak industri berhubung dengan layanan dan prosedur-prosedur GST terhadap industri-industri tertentu. Pihak Jabatan Kastam akan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan bagi memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar supaya peniaga dapat memahami dengan lebih jelas terhadap prosedur dan peraturan GST.

Kerajaan juga akan memastikan sistem perkomputeran GST disiapkan sepenuhnya sebelum GST dilaksanakan. Sistem pengkomputeran GST ini akan diuji melalui pilot project dalam proses pendaftaran awal yang akan dijalankan 6 bulan sebelum tarikh pelaksanaan GST.

31. Adakah jentera kerajaan telah bersedia untuk melaksanakan GST?

Kerajaan sememangnya telah bersedia untuk melaksanakan GST pada bila-bila masa sahaja. Pada ketika ini, jentera Kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengambil langkah bagi menyediakan keperluan-keperluan pelaksanaan GST yang merangkumi aspek perundangan, pembangunan sistem komputer, penyediaan logistik dan infrastruktur, latihan dan publisiti serta pengorganisasian.

32. Siapa akan mentadbir GST?

Kerajaan telah memutuskan supaya Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) mengurus dan mentadbirkan operasi GST yang akan dilaksanakan di Malaysia.

33. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani isu ketidak-patuhan dan fraud?

Untuk menangani isu berhubung dengan ketidak patuhan dan frod, beberapa pendekatan akan digunakan oleh Kerajaan seperti berikut:-

i. mengadakan program penilaian risiko bagi mengenal pasti jenis perniagaan dan orang yang berpotensi untuk melakukan aktiviti ketidak patuhan dan frod. Langkah untuk menguatkuasakan undang-undang akan dilaksanakan lebih tegas dengan mengenakan denda dan penalti yang tinggi;

ii. mengadakan program pengauditan secara menyeluruh ke atas rekod dan akaun perniagaan; dan

iii. memastikan Jabatan Kastam meningkatkan tahap keupayaan dan kemahiran pegawainya dalam bidang-bidang yang berkaitan perakaunan, kewangan dan perundangan serta melengkapkan mereka dengan teknik dan kaedah pengauditan yang terkini termasuk penggunaan perisikan secara forensik. Di samping itu, kaedah perkongsian maklumat dengan agensi penguat kuasaan yang lain juga adalah penting untuk dilaksanakan.

Dengan pendekatan dan kaedah yang dinyatakan di atas, dijangka aktiviti ketidak patuhan dan frod akan dapat dikurangkan.

Rujukan : Kementerian Kewangan Malaysia

Sila rujuk juga : 1. GST (Goods Services Tax) - Faham, tapi bangkang tetap bangkang oleh pembangkang
2. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja - Malaysia Goods & Services Tax (GST)

Monday, October 21, 2013

"Pelaksanaan Hudud di Malaysia?" - Jawapan dari seorang Lawyer

Pagi tadi saya berceramah tentang Perlembagaan Persekutuan di hadapan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Soalan favorite yg telah saya jangka akan ditanya oleh mahasiswa adalah begini - "Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan Undang2 Hudud kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut perkara 3 Perlembagaan?"

JAWAPAN SAYA:

Sebenarnya, Kerajaan BN dan Kerajaan PR kedua-duanya tidak boleh diharap untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Oleh itu camnilah saudara. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda jika Fatimah yg mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya. Dan berdasarkan firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka", maka saya mencadangkan agar saudara dan sesiapa sahaja pejuang dan pencinta hudud di Malaysia ni, buatlah hukuman hudud sendiri di rumah, di kalangan ahli keluarga kita sahaja. Jika anak kita mencuri di sekolah, maka kita sebagai bapa potonglah tangan anak kita tersebut demi melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulnya. Jika ada anak kita yang berzina, maka sebat dan rejamlah mereka dengan batu sehingga mati.

Ya, mungkin polis akan menangkap kita kerana membuat undang2 sendiri yg bertentangan dengan undang2 sekular negara ini, maka biarkan polis menangkap dan mendakwa kita, biarlah kita dipenjarakan di dunia kerana kesalahan memotong tangan anak sendiri yg mencuri atau kita dihukum gantung sampai mati sekalipun kerana menyebabkan kematian anak kita yang kita rejam dengan batu sampai mati, tak mengapa, saya percaya mati kita itu mati syahid kerana niat nak menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita biarkan pemimpin kerajaan menjawab sendiri di yaumul-mahsyar nanti mengapa mereka tidak melaksanakan hudud. Sedangkan kita sebagai Pemimpin keluarga pasti tersenyum gembira di syurga Allah kerana kita telah melaksanakan perintah Allah.

SELEPAS SAYA JAWAB BEGITU, SATU DEWAN TERMENUNG DAN TERMANGGU.

SALAH KE JAWAPAN SAYA BERKENAAN??????

Oleh : Buzze Azam


Wednesday, October 9, 2013

Fakta sebenar National Feedlot Centre (NFC) dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp)


SEPANJANG kempen Pilihan Raya Umum Ke-13, pihak pembangkang telah menggunakan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) bagi memburukkan kerajaan.

Kontroversi itu timbul setelah pihak pembangkang memanipulasi Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang sebenarnya merujuk kepada kelemahan NFC semata-mata.

Walaupun NFC dan NFCorp mempunyai akronim yang hampir sama, ia adalah dua entiti yang berbeza.

Sebenarnya, tanggungjawab untuk menjayakan NFC bukan terletak di bahu NFCorp semata-mata sebaliknya turut melibatkan beberapa syarikat lain yang dipilih untuk membangunkan prasarana dan sebagai operator di pusat berkenaan.

Masalah juga berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan ketika itu seperti yang telah ditegur dalam laporan audit termasuk pembinaan prasarana substandard dan kegagalan membangunkan pusat penyembelihan berkapasiti 350 ekor sehari walaupun ia merupakan komponen kritikal dalam projek berkenaan.

Berikut adalah jawapan terhadap tuduhan pembangkang termasuk yang ditujukan kepada Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Ini bagi membolehkan rakyat menilai sendiri kesahihan tuduhan yang dibuat oleh pihak terbabit khususnya Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.


Mohamad Salleh Mempunyai Kelayakan Untuk Terlibat Dalam Bidang Ternakan Lembu

Anak kelahiran Kelantan yang didakwa pembangkang tidak berkelayakan sebenarnya bukan asing dengan ternakan lembu kerana telah terlibat memelihara haiwan itu sejak zaman remaja lagi di kampungnya.

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ijazah dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan ternakan iaitu Sains dan Teknologi Pemakanan di University of South Bank, London pada 1973. Beliau kemudiannya berjaya memperoleh doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sama dari Cornell University, Amerika Syarikat (AS) pada 1977 ketika berusia 29 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau telah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan jawatan terakhir adalah sebagai ketua jabatan berkenaan.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama lima tahun untuk seluruh Asia.

Sesuai dengan kepakaran yang dimilikinya, beliau telah menubuhkan syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang ternakan dan makanan iaitu Agroscience Industries Sdn. Bhd. pada 2006.

Sebelum itu, beliau telah banyak berjasa kepada negara termasuk sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Taman Teknologi Malaysia (TPM) yang pertama.

Antara kajian yang telah dilakukan beliau adalah bagi menghasilkan makanan yang bersesuaian untuk membolehkan lembu Wagyu yang mempunyai daging berkualiti tinggi diternak di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.

Kajian ini membolehkan lembu jenis itu menghasilkan 700 hingga 800 kilogram daging setiap ekor, berbanding baka lembu tempatan yang hanya dapat memberikan maksimum 250 hingga 300 kilogram daging setiap ekor.

Kajian lain adalah mengenai kaedah menggunakan sisa buangan pusat sembelih bagi menjana tenaga elektrik.

Anak-anak Mohamad Salleh Berkemampuan Urus Syarikat

Tiga anak Mohamad Salleh yang terlibat dalam pengurusan syarikat itu ialah Pengarah Urusan, Wan Shahinur Izran dan pengarah-pengarah eksekutif, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Mereka yang menerima ijazah ketika berusia muda iaitu 20 tahun sebenarnya mempunyai kelayakan akademik yang mencukupi untuk membolehkan mereka memegang jawatan itu.

Wan Shahinur Izran berkelulusan ijazah dalam bidang sains komputer dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 dari California State University, AS. Beliau juga pernah menjadi pelajar terbaik kampusnya.

Wan Shahinur Izmir pula bekelulusan ijazah dalam bidang Komunikasi Organisasi dari California State Polytechnic University (Cal Poly Pomona), AS manakala Wan Izzana Fatimah Zabedah mendapat ijazah dalam bidang bioteknologi dari universiti sama.

Ketiga-tiga mereka pada mulanya enggan pulang kerana ingin meneruskan kerjaya di luar negara termasuk Wan Izzana Fatimah Zabedah yang ketika itu membuat penyelidikan di Institut Penyelidikan Kanser di California, AS.

Mereka terpaksa pulang setelah dipujuk oleh Mohamad Salleh yang memerlukan satu pasukan yang betul-betul setia kepadanya bagi menjayakan projek.

NFCorp sebenarnya bukan syarikat anak beranak seperti yang didakwa Rafizi kerana ia juga menggajikan 16 pekerja kaum Cina termasuk dilantik Pengurus Kewangan.

Satu persoalan yang masih lagi belum terjawab sehingga kini ialah kenapa kesemua mereka telah berhenti setelah bekerja selama enam bulan dengan NFCorp?

Pada 2011, syarikat itu turut membuat laporan polis mendakwa salah seorang pekerja yang berhenti berkenaan telah mencuri maklumat kewangan syarikat terbabit untuk diberikan kepada DAP yang kemudiannya menyerahkannya kepada PKR.

Kenapa Rafizi hanya mengkritik NFCorp sebagai syarikat anak beranak sedangkan ramai jutawan Cina Malaysia yang berjaya juga melantik anak-anak mereka bagi memegang jawatan tinggi dalam syarikat?

NFCorp Dipilih Berasaskan Merit

Satu jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan dianggotai Ketua Setiausaha kementerian dan pengarah-pengarah berkaitan pada 2006 telah memilih NFCorp setelah berpuas hati dengan pembentangan kertas kerja pembuktian konsep oleh syarikat itu.

Ia berjaya mengetepikan sembilan syarikat lain kerana konsep bisnes yang dikemukakan oleh NFCorp adalah menyeluruh berdasarkan kaedah ‘Farm-To-Fork’ (dari ladang ke garpu).

Dalam pembentangan itu, syarikat berkenaan menyatakan kesediaan terlibat dalam membiak dan menggemukkan lembu, menyembelih, menghasilkan daging lembu dan lain-lain produk berasaskan daging, fidlot, ladang kontrak, pengeluaran bahan makanan lembu, penghasilan tenaga daripada biogas, penghasilan baja, promosi, pengedaran ke pasar raya dan pasar basah, khidmat jualan, mengoperasikan restoran dan mewujudkan pasar raya khusus.

Syarikat itu kemudiannya turut membuat beberapa pembentangan lain termasuk kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Pasukan Petugas Pelaksanaan Negara (NITF) pada 2007 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dianggotai Timbalan Perdana Menteri dan enam menteri berkaitan yang turut berpuas hati dengan konsep bisnes yang dikemukakan.

NFCorp Tidak Membazirkan Duit Rakyat

Dana RM250 juta yang diluluskan kerajaan pada Disember 2007 sebenarnya bukan geran sebaliknya adalah satu bentuk pinjaman yang perlu dibayar balik. Kadar faedah yang dikenakan kerajaan adalah sebanyak dua peratus.

Sebelum projek ini ‘dibunuh’ oleh pihak pembangkang, syarikat NFCorp mempunyai keyakinan tinggi untuk membayar balik pinjaman kerana ia dijangka memperoleh keuntungan RM70 juta setahun berbanding bayaran balik pinjaman sebanyak RM17.7 juta setahun.

Mohamad Salleh Tidak Perlu Bantuan Shahrizat Bagi Mendapatkan Projek

Sebagai seorang yang berkelulusan Ph.D dalam bidang Sains dan Teknologi Pemakanan serta berpengalaman sebagai pakar runding FAO, sudah tentu beliau tidak memerlukan nasihat daripada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seperti yang selalu disebut oleh Mohamad Salleh yang pernah menerajui TPM, adalah tidak bermaruah untuk beliau meminta pertolongan isterinya dalam bidang makanan dan bioteknologi yang beliau sendiri mempunyai pengalaman.

“Kalau dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang bukan kepandaian saya, Tun Dr. Mahathir Mohamad pilih saya (untuk menerajui TPM), takkan kerana kepandaian saya dalam bidang pertanian, bioteknologi dan makanan, saya kena minta tolong isteri saya," katanya.

Ini memandangkan beliau sendiri mempunyai kebolehan dan pengalaman termasuk 18 tahun menerajui TPM. Sebenarnya, konsep perniagaan NFCorp mempunyai persamaan dengan TPM.

Mohamad Salleh juga sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak membincangkan soal perniagaan dengan isterinya. Shahrizat juga tidak dibenarkan berkunjung ke pejabat suaminya.

Konsep Perniagaan NFCorp Menguntungkan

Konsep perniagaan NFCorp tidak merugikan seperti yang didakwa pembangkang. Sepanjang beroperasi, syarikat itu telah berjaya membiak baka 80 ekor lembu Wagyu yang tahan dengan cuaca tropika. Haiwan berkenaan juga sihat dan tidak kurus kering seperti yang didakwa oleh Rafizi.

NFCorp juga telah mencapai sasaran apabila membawa masuk lebih 8,000 ekor lembu dari Australia untuk digemukkan dan disembelih.

Daging lembu yang dihasilkan juga mendapat sambutan hangat pasar raya dan pasar raya besar di Malaysia kerana ia berkualiti tinggi dengan harga setara dengan daging sejuk beku yang diimport.

Sekiranya tidak ‘diganggu’ oleh pihak pembangkang, NFCorp dijangka menjadi satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya menghasilkan makanan ternakan lembu sendiri.

Ia juga dijangka dapat menjimat kos elektrik sebanyak RM60 juta setahun kerana akan menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik yang dikitar semula daripada sisa pusat sembelihan.

Sisa-sisa juga boleh dibuat baja dan untuk membiak alga yang boleh diguna semula untuk makanan ternakan.

Konsep perniagaan syarikat itu jika dilaksanakan sepenuhnya akan menjana pendapatan RM340 juta setahun dengan keuntungan kira-kira 20 peratus daripada jumlah itu atau RM70 juta setahun.

Transformasi perniagaan yang dibawa oleh NFCorp juga akan membantu 310 penternak yang akan membekalkan 186,000 lembu menjelang 2014 melalui kaedah ladang kontrak. Seorang penternak dijangka akan mendapat pendapatan minimum RM10,000 sebulan.

Penglibatan NFCorp akan mengurangkan import daging dari luar negara sebanyak 20 peratus dan mengurangkan penggantungan kepada gelatin import yang 99 peratusnya adalah berasaskan kepada sumber khinzir.

Hakikat itulah yang ditakuti oleh kartel pengimport daging yang dikuasai bukan Melayu yang telah melakukan pelbagai cara bagi ‘membunuh’ NFCorp. Sampai bilakah umat Islam akan terus memakan daging import dari India, Amerika Latin, Australia dan lain-lain negara yang diragui status halalnya?

Cukup menyedihkan apabila orang Melayu menyerang kaumnya sendiri semata-mata untuk memberikan keuntungan kepada kartel pengimport bukan Melayu.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 Tidak Menyebut Penyelewengan NFCorp

NFCorp telah menerima surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bertarikh 25 Januari 2012 yang menjelaskan tiada dalam laporan itu yang menyatakan syarikat berkenaan tidak mencapai sasaran.

Sebaliknya, laporan itu hanya menyebut objektif projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) masih belum dicapai sepenuhnya.

NFC diuruskan oleh kerajaan yang memang perlu dipantau oleh Ketua Audit Negara manakala NFCorp adalah entiti perniagaan yang tidak perlu diaudit oleh pihak berkenaan.

Ambrin juga menafikan laporan itu menyebut projek berkenaan berada dalam kucar kacir, in a mess atau pun berlaku penyelewengan. Perkataan itu sebenarnya digunakan oleh pihak pembangkang yang sengaja memutarbelitkan laporan berkenaan.

Teguran terhadap NFCorp dalam laporan itu hanya mengenai prasarana seperti jalan, pagar dan kolam yang sebenarnya dibina oleh kerajaan tetapi tidak diselenggara dengan baik oleh syarikat berkenaan.

Keadaan itu berlaku kerana sebulan sebelum pengauditan dibuat, banjir besar telah melanda kawasan berkenaan dan belum sempat dibaiki.

Pembelian Hartanah Dibenarkan Dalam Perjanjian Langkah membeli hartanah yang dianggap salah oleh Rafizi hanya dibuat setelah kerajaan menggantung projek NFC dan ia dibeli di atas nama NFCorp dan bukannya atas nama individu.

Ia dibuat kerana pengalaman Mohamad Salleh menunjukkan pelaburan dalam bidang hartanah tidak merugikan.

Pembelian hartanah dibenarkan seperti yang tercatat dalam Perkara 12 yang terkandung dalam dokumen perjanjian pemberian pinjaman oleh pihak kerajaan.

Tidak Berlaku Penyaluran Dana Tidak Sah Dari NFCorp Kepada NMLC

Dakwaan Rafizi dana disalurkan secara tidak sah daripada NFCorp kepada syarikat milik keluarga Mohamad Salleh iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn. Bhd. (NMLC) juga tidak berasas.

Sebenarnya NFCorp telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada Mac 2009 bagi memaklumkan hasrat menjadikan NMLC sebagai syarikat induk dan bukannya anak syarikat kepada NFCorp seperti sedia ada.

Ini kerana NMLC yang terlibat menguruskan ladang kontrak, memproses dan menjual daging mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding NFCorp yang hanya terlibat membela lembu.

Pemindahan dana kepada NMLC adalah sejajar dengan keputusan menjadikan syarikat itu sebagai syarikat induk dan tiada dana yang masuk ke dalam poket individu sebenarnya.

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, adalah menyedihkan apabila orang Melayu sanggup memburuk-burukkan dan menghancurkan perniagaan bangsanya sendiri. Pelan perniagaan yang bagus terjejas akibat mainan politik orang Melayu sendiri.

Oleh : NIZAM YATIM

Rujuk juga:-
Fitnah Anwar terhadap NFC - Satu penjelasan
Penjelasan Ketua Audit Negara Malaysia mengenai isu NFC
Antara Projek Lembu Fidlot Kerajaan Persekutuan Dengan Projek Kambing Janapari Kerajaan Kelantan, Mana Yang Gagal???
Rujukan lain:- Sila klik
Laporan Ketua Audit Negara 2010 - PROJEK PUSAT FIDLOT NASIONAL ms. 135 - ms. 147
The Star 25.10.2011 - "Headless" National Feedlot Centre project
The Star 29.10.2011 - Project meant for 8,000 heads of cattle but only 3,289 produced
The Star 30.10.2011 - Noh to explain feedlot centre problems
The Star 10.11.2011 - Shahrizat: Opposition out to destroy me and Wanita Umno
The Star 15.11.2011 - MACC passes RM9.8mil condo case to cops
The Star 16.11.2011 - National Feedlot Centre should explain operations, says Muhyiddin
The Star 17.11.2011 - National Feedlot Corp is not a ‘mess’, says chairman
The Star 18.11.2011 - Chairman: NFC not in a mess
The Star 18.11.2011 - NFC chairman explains income from condominiums
The Borneo Post 20.01.2012 - NFC : Shahrizat files RM100 million defamation suit against PKR's Rafizi & Zuraida
The Star 25.01.2012 - Auditor-General: We never said NFC in a mess
The Star 11.03.2012 - Chronology of the NFCorp issue
The Star 31.05.2012 - NFC scandal: Shahrizat cleared of involvement
NST 07.08.2012 - Shahrizat's defamation suit against Rafizi : I wasn't involved in NFCorp affairs
The Star 11.08.2012 - Shahrizat's defamation suit against Rafizi : I only learnt of family’s involvement in cattle breeding project in 2007
The Star 18.03.2013 - Shahrizat's defamation suit against Rafizi : Family members didn't discuss condo purchase with me
The Star 11.07.2013 - Government has recovered RM80mil from NFCorp, says Ahmad Husni
The Star 25.07.2013 - Japanese company to take over NFCorp's assets and liabilities

Friday, October 4, 2013

Pendedahan RPK : Kekayaan Azmin Ali kerana rasuah dan Anwar sebagai TPM arahkan BPR hentikan siasatan (NFA) terhadap Azmin!

Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.

Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yang menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.

Kronologi Kes

Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.



Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?

Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya dikeluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.

Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.

Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.








Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperolehi Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).

Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.

Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah di luar kemampuannya.

Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna "Kemas Untuk Simpan". Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.

Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.

Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.

Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.

Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarkat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.

Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.

Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.

Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.

Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.

Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??

Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT

Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????

Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.
















Baca pendedahan lengkap oleh Raja Petra Kamarudin di sini dan AIDC di sini

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP