Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, November 26, 2010

Azmin Ali - Qesoh dolu dolu

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali. Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.

Menurutnya, air mani lelaki dan wanita yang didapati pada tilam itu adalah hasil daripada perhubungan seksual. (Setiap individu mempunyai profil DNA (Deoxyribonucleic acid yang berbeza kecuali pasangan kembar, DNA mereka mungkin hampir sama. Profil DNA setiap individu adalah sama mengikut sumber biologi individu seperti rambut, darah atau air mani).

Katanya, daripada 13 tompokan kesan air mani pada tilam itu, 10 menyamai DNA Anwar dan beberapa tompokan daripada DNA tertuduh yang dirujuk sebagai Lelaki Satu bercampur dengan DNA Shamsidar. Lim berkata, satu kesan tompokan itu menyamai DNA Anwar, Shamsidar dan seorang lelaki yang tidak dikenali, satu kesan tompokan mengandungi DNA tertuduh dan seorang wanita dan lelaki tidak dikenali.

Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail, siapakah yang beliau rujuk sebagai Lelaki Satu dalam ujian DNA itu, Lim menjawab: Berdasarkan kepada keputusan DNA saya, Lelaki Satu yang dirujuk itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela Gurbachan Singh membantah jawapan saksi itu dengan alasan Lim tidak tahu identiti contoh darah yang diserahkan oleh polis kepadanya sebelum menjalankan analisis contoh darah yang dikenali sebagai A5095.

Bagaimanapun, Abdul Gani memberitahu mahkamah saksi pendakwa ke-20, Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor, mengesahkan contoh darah A5095 adalah diambil daripada Anwar.

Gurbachan berhujah pembela tidak pernah bersetuju dengan barangan kes itu

(A5095) adalah contoh darah Anwar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk S Augustine Paul berkata, tidak ada isu yang perlu ditimbulkan dalam perkara itu dan meminta meneruskan soalan ke atas saksi berkenaan.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata Wanita Kedua yang dirujuk dalam hasil analisis DNA adalah Shamsidar.

Ditanya oleh mahkamah bagaimana beliau tahu contoh darah yang dianalisis itu diambil daripada Shamsidar, Lim berkata: Asisten Superintendan Mohd Rodwan Yusoff yang beritahu saya.

Keluarga Anwar dan orang ramai yang mendengar jawapan itu terus bertepuk tangan dan ketawa, menyebabkan hakim membuat teguran.

Paul: Kenapa awak semua ketawa dan bertepuk tangan. Ini bukan panggung wayang.

Lim berkata, beliau membuat perbandingan hasil DNA darah dan air mani Anwar serta Shamsidar, hasilnya kedua-dua DNA mempunyai persamaan.

Selain itu, katanya, ujian DNA mendapati kesan air mani yang ada pada tilam itu juga kepunyaan seorang lelaki dan dua wanita yang tidak dikenali.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim memberitahu mahkamah beliau menggunakan kaedah "Polymerose Chain Reaction" (PCR) yang diamalkan secara meluas dan diakui di peringkat antarabangsa bagi membuat analisis ke atas kesan yang diperolehinya daripada potongan tilam yang ditanda sebagai E1 hingga E13.

Lim: Penemuan saya berdasarkan kepada semua profil DNA yang dinyatakan seperti berikut.

* Profil DNA yang diperolehi daripada sumber lelaki pada tompok air mani E1 hingga E7; E11, 12 dan 13 adalah sepadan. Ini menunjukkan DNA itu dikenal pasti daripada sumber yang sama. Saya menamakan sumber ini Lelaki Satu. Saya ingin menambah, profil DNA ini sepadan dengan profil DNA yang dikembangkan daripada contoh darah A5095. Ini menunjukkan sumber itu adalah berpunca daripada contoh darah itu dan ia adalah sumber lelaki pada E1-E7, E11, 12 dan 13.

Kemungkinan profil DNA seorang lelaki Melayu Malaysia yang dipilih secara rambang, mempunyai profil yang sepadan dengan profil DNA yang diperolehi daripada tompokan air mani berkenaan, adalah satu dalam 50 bilion dan satu dalam lapan bilion.

* Saya ada membuat perbandingan profil DNA sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan E1, E11, E5, E13 dan E2 dengan profil DNA daripada contoh darah Shamsidar, keputusannya adalah seperti berikut. Profil DNA daripada sumber wanita diperolehi daripada tompokan E5 dan E13 sepadan. Ini menunjukkan DNA itu berpunca daripada sumber sama. Saya namakan sumber ini Wanita Kedua.

Profil DNA ini sepadan dengan profil DNA contoh darah Shamsidar. Ini menunjukkan sumber itu berpunca daripada contoh darah Shamsidar adalah sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani pada E5 dan E13.

Kemungkinan profil DNA seorang wanita Melayu Malaysia yang dipilih secara rambang mempunyai profil DNA yang sepadan dengan DNA wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani itu adalah satu dalam 31 juta.

* Profil DNA daripada sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani E1 dan E11 sepadan, menunjukkan DNA yang dikenal pasti adalah berpunca daripada sumber yang sama. Saya namakan Wanita Pertama.

* Profil DNA sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani E2 tidak sepadan dengan yang dikembangkan daripada tompokan air mani E1,E11,E5,13. Ini menunjukkan DNA yang dikenal pasti adalah daripada sumber lain. Saya namakan Wanita Ketiga.

Abdul Gani: Apakah kesimpulan kamu berhubung tompokan air mani pada E10?

Lim: Profil DNA daripada sumber lelaki yang diperolehi daripada tompokan air mani E10 tidak sepadan dengan DNA yang dikembangkan daripada E1 hingga E7; E11,E12 dan E13. Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti daripada sumber lain. Saya namakan Lelaki Kedua.

Abdul Gani: Tompok air mani E8?

Lim: Berhubung profil DNA yang dikembangkan daripada E8 adalah sejajar dengan Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Dua adalah sumber kepada DNA.

Abdul Gani: Tompok air mani E9?

Lim: Profil DNA yang dikembangkan daripada E9 adalah sejajar dengan Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Kedua adalah sumber kepada DNA.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim yang mempunyai pengalaman dalam ujian DNA memberitahu mahkamah keterangannya berhubung analisis ujian DNA sebelum ini diterima oleh Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi.

Paul bertanya: Adakah kemungkinan keterangan kamu tidak diterima?

Lim: Saya tentunya diberitahu.

Sebelum itu, Lim memberitahu mahkamah bahawa beliau membuat analisis ke atas 13 tompokan air mani pada tilam itu.

Katanya, hasil analisis itu pada tompokan E1 adalah sumber air mani lelaki dan wanita; E2 (lelaki dan wanita); E3 (lelaki); E4 (lelaki); E5 (lelaki dan wanita); E6 (lelaki); E7 (lelaki); E8 (lebih dua sumber); E9 (lebih dua sumber); E10 (lelaki); E11 (lelaki dan wanita); E12 (lelaki) dan E13 (lelaki dan wanita).

Menjawab soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki pada E1 hingga 13, profil DNA adalah dikembangkan daripada sel sperma.

Abdul Gani: Dalam E1, adakah sumber lelaki dan wanita itu daripada profil DNA yang diperolehi tompokan itu?

Lim: Sumber lelaki dan wanita yang ditunjukkan DNA adalah datang daripada tompokan yang sama, E1.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki dan wanita pada E2 adalah daripada tompokan yang sama.

"Sumber lelaki dan wanita pada E5 adalah daripada tompokan yang sama, lebih dua sumber pada E8 dan E9 adalah daripada tompokan yang sama, manakala sumber lelaki dan wanita pada E11 dan E13 adalah tompokan yang sama" katanya.

Lim berkata, sel sperma yang diperolehi daripada tompokan itu adalah berkaitan dengan kes seksual atau perhubungan seksual.


Rujukan : Berita Harian Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP