Isu hudud sentiasa mendapat perhatian masyarakat Malaysia sama ada di kalangan orang Islam atau yang bukan Islam. Isu yang masih belum ada penyelesaian muktamad ini menjadi lebih menarik kerana ianya kerap muncul ketika menjelang PRU. Semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ingin mengambil keuntungan dari isu ini. Maka adalah sukar diterima jika isu ini hanya semata-mata soal hukum tanpa membabitkan soal politik.
Hukum hudud dalam konteks Malaysia kini ini biasanya dimulakan oleh orang orang politik, kemudian ia merebak ke setiap lapisan masyarakat. Dari seorang pemandu teksi hingga kepada seorang professor semuanya ghairah membincangkan isu ini dari perspektif dan kemampuan masing-masing. Yang menariknya walaupun hudud ini adalah hukum Islam dan kadang-kadang digambarkan sebagai kasar dan tidak bertamaddun oleh orang orang yang tidak menyokong undang-undang ini, terdapat juga orang bukan Islam yang bersetuju dengan hudud ini. Alasannya mudah, kalau hukuman berat pasti penjenayah akan takut.
Di sini saya akan cuba mengemukakan beberapa pandangan tentang hukum hudud ini untuk renungan bersama. Tidak dinafikan bahawa hudud adalah suatu yang sangat sensitif bagi umat Islam baik di Malaysia atau pun di luar Malaysia. Umum melihat bentuk hukum hudud sebagaimana yang diperkatakan adalah suatu yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Akan tetapi jika ditinjau pemikiran ulamak dan pemikiran intelektual baik di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa tentang persoalan ini kita dapati ada empat aliran pemikiran yang berbeza-beza.
Di sini saya akan cuba mengemukakan beberapa pandangan tentang hukum hudud ini untuk renungan bersama. Tidak dinafikan bahawa hudud adalah suatu yang sangat sensitif bagi umat Islam baik di Malaysia atau pun di luar Malaysia. Umum melihat bentuk hukum hudud sebagaimana yang diperkatakan adalah suatu yang mutlak dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Akan tetapi jika ditinjau pemikiran ulamak dan pemikiran intelektual baik di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa tentang persoalan ini kita dapati ada empat aliran pemikiran yang berbeza-beza.
Empat Aliran Pemikiran:-
Aliran Pemikiran Pertama - yang paling popular ialah sebagaimana aliran pemikiran yang dikemukakan oleh PAS. Aliran ini mengkatogorikan mencuri, berzina, tuduhan berzina merompak dan murtad (berdasarkan pemikiran ulamak klasik), kemudian ditambah lagi dua kesalahan oleh ulamak-ulamak kemudian iaitu meminum arak dan pemberontakan atau bughah sebagai kesalahan hudud. Kesemua kesalahan ini akan dihukum mengikut apa yang tercatat dalam Enakmen Hudud Negeri Kelantan Tahun 1993 dan Enakmen Hudud Negeri Terengganu Tahun 2002 yang cuba hendak dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan PAS Terengganu dahulu.
Aliran Pemikiran Kedua - aliran pemikiran yang kurang popular. Akan tetapi ada juga sekali-sekala timbul dalam masyarakat. Pada dasarnya aliran pemikiran ini bersetuju dengan aliran pemikiran pertama, akan tetapi mereka mempersoalkan tentang faktor masa, suasana dan persekitaran samada kondusif atau tidak untuk dilaksanakan hukum hudud ini.
Aliran Pemikiran Ketiga - suatu aliran pemikiran yang masih belum mendapat perhatian umum terutamanya di kalangan orang awam tentang keperluan konsep hukum hudud ini dinilai semula berdasarkan panduan Al Quran dan As Sunnah. Demikian juga tentang bentuk rupa hukuman hudud hendaklah dikaji semula berasaskan semangat Al Quran dan Al Hadis dengan mengambil kira perkembangan semasa. Di kalangan mereka yang boleh digolongkan dalam aliran pemikiran ketiga ini walaupun pada dasarnya ada persamaan, akan tetapi kalaulah diperincikan ada pula beberapa variasi pemikiran masing-masing.
Dan Aliran Pemikiran Keempat - yang secara terbuka menolak pelaksanaan hukum hudud. Pada mereka hukum ini tidak sesuai dalam masyarakat moden kini, apatah lagi dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari berbagai kaum dan agama.
Umumnya sudah ramai yang mengetahui aliran pemikiran pertama, kedua dan keempat. Sekarang mari kita lihat dan bincangkan hujah hujah yang dibawa oleh Aliran Pemikiran Ketiga yang mampu memberi jalan keluar kepada persoalan hukum hudud hari ini tetapi masih kurang dibincang dan mendapat publisiti orang ramai dan intelektual samada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.
Perkara ini tidak menghairankan kita sebab umat Islam kini masih terikat dengan kerangka aliran pemikiran pertama yang bertapak dalam minda dan jiwa ummah sejak dahulu lagi. Umat Islam selepas abad ke-13 pada umumnya berpegang kepada prinsip takliq kepada ulamak-ulamak klasik dahulu. Justru pada pandangan umum ummah, pendapat ulama-ulama klasik perlu diikuti walaupun keadaan persekitaran sudah banyak berubah.
Dengan keyakinan kepada Ilmu Al Quran dan As Sunnah dan atas dasar tidak berpegang kepada takliq buta kepada ulamak ulamak sebelum maka muncul aliran pemikiran ketiga ini. Pada umumnya mereka bangkit dengan pemikiran yang berbeza berhubung dengan hukum hudud ini berasaskan beberapa faktor.
Pertama, antara hujah hujah Aliran Pemikiran Ketiga ini ialah berhubung dengan perkataan hudud dalam Al Quran. Perkataan hudud disebut dalam Al Quran sebanyak 14 kali. Menariknya kata mereka yang mendokong aliran pemikiran ketiga ini, tidak satu pun ayat-ayat ini merujuk kepada perkara perkara yang telah dikategorikan oleh ulamak-ulamak dahulu sebagai kesalahan hudud, iaitu kesalahan mencuri, berzina, menuduh berzina merompak dan murtad, dan ditambah dua lagi iaitu minum arak dan pemberontakan (bughah). Sebaliknya perkataan hudud yang disebut dalam 14 ayat ayat tadi menyentuh perkara perkara berikut:
1. surah 2 ayat 187, sekali berkenaan hubungan suami isteri dalam bulan puasa,
2. surah 2 ayat 229, empat kali berkenaan penceraian,
3. Surah 2 ayat 230, dua kali berkenaan penceraian,
4. surah 4 ayat 13, sekali berkenaan faraid,
5. surah 4 ayat 14, sekali berkenaan perkara umum,
6. surah 9 ayat 97, sekali berkenaan perkara umum,
7. surah 9 ayat 112, sekali berkenaan perkara umum,
8. surah 58 ayat 4, sekali berkenaan adat zihar orang Arab iaitu memboikot seks dengan isteri, dan
9. surah 65 ayat 1, dua kali berkenaan penceraian.
Tiada satu pun perkataan Hudud merujuk kesalahan jenayah
Berdasarkan ayat-ayat ini tiada satu pun perkataan hudud merujuk kepada kesalahan atau jenayah tetap (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan) seperti pendirian aliran pemikiran pertama dan kedua. Hukum hudud berasaskan aliran fikiran pertama dan kedua adalah hasil dari ijtihad ulamak-ulamak klasik. Ijtihad mereka ini hendaklah dihormati oleh kita semua. Akan tetapi ijtihad yang mereka keluarkan itu dibuat berasaskan kepada zaman dan persekitaran masing masing. Oleh yang demikian pendirian ulamak-ulamak klasik ini tidaklah boleh dianggap mutlak, apatah lagi dalam kontek masyarakat kini. Dari segi sumbernya hanya Al Quran dan Al Hadis sahaja yang mutlak. Kedua-dua sumber ini mestilah ditafsirkan mengikut metodologi metodologi tertentu oleh mereka yang otoritas dalam ilmu ilmu ini.
Kedua, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan hudud? Perkataan hudud ini merujuk kepada had dan sempadan, ertinya setiap tindakan kita mestilah ada had dan sempadannya. Ianya tidak boleh dilakukan dengan berlebihan dan berkurangan, sebagai contoh, apabila kita minum atau makan kita tidak boleh minum atau makan dengan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.
Walaupun tiada perkataan hudud dalam Al Quran yang merujuk kepada jenayah-jenayah hudud yang dimaksudkan ulamak ulamak klasik dahulu akan tetapi konsep had dan sempadan yang terkandung dalam makna perkataan ini membenarkan kita menggunakan perkataan itu dengan makna undang-undang dalam erti kata yang luas dan menyeluruh.
Ketiga, sifat atau nature Al Quran dan Al Hadis itu sendiri. Al Quran adalah sebuah kitab Ilahi penuh dengan hikmah dan teragung yang mana fungsinya adalah untuk menjadi panduan kepada manusia dalam kesemua hal. Al Quran bukan kitab undang-undang dan tidak juga kitab sejarah, sains dan lain lain. Kitabullah ini merupakan kitab Ilahi dalam pusingan wahyu terakhir yang sempurna dan sentiasa kemas kini maksudnya, berfungsi sebagai panduan dan petunjuk kepada semua aspek kehidupan manusia semenjak turunnya kebumi sehingga akhir zaman.
Justru kerana itu fungsinya di samping menangani dan menjadi formula kepada permasaalahan kehidupan dalam zaman arab jahilliah dahulu, Al Quran juga berfungsi menjadi formula kepada masyarakat dunia hingga akhir zaman dalam setiap ruang dan masa. Berasaskan pada pandangan otoritas, Al Quran mengandungi dua mesej penting, iaitu ayat-ayat yang mempunyai ikatan sejarahnya dan ayat-ayat yang mempunyai nilai-nilai universalnya. Berasaskan sifatnya sebagai panduan dan petunjuk dalam setiap budaya dan masa di dunia ini sudah pasti jiwa bentuknya ada unsur-unsur fleksibilitinya. Berdasar kepada faktor demikian ulamak ulamak tafsir yang otoritas dalam setiap budaya dan masa digalakkan mentafsir secara mufrad atau pun secara sendirian melalui metodologi-metodologi tertentu dengan mengambil kira persekitaran semasa yang mereka hadapi. KItab-kitab tafsir lampau yang banyak itu hanya boleh membantu dan dirujuk apabila berkait. Sesungguhnya kitab kitab tafsir itu ditulis dan ditafsir mengikut zaman dan ada pula mengikut pengkhususan serta kecenderungan ilmiah pentafsir pentafsir itu sendiri.
Manakala nature ilmu Hadis (hadis sahih) berfungsi untuk menjelaskan maksud Al Quran dalam kontek zaman yang dihadapi oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Oleh kerana hadis-hadis ini datang daripada Rasulullah S.A.W maka sudah tentu pada lahirnya nampak elemen-elemen budaya kearaban. Untuk membolehkan hadis-hadis ini berfungsi kepada masyarakat bukan arab yaitu orang orang ajam dalam setiap zaman maka maksud hadis, yaitu Sunnah pula diperlukan untuk membolehkan mereka memahami maksud Al Quran.
Bertolak dari ilmu Al Quran dan Al Hadis inilah maka ulamak-ulamak otoritas dalam setiap budaya dan masa digalakkan supaya berijtihad demi untuk menyelesaikan masalah semasa yang timbul, pun demikian aspek ijmak dan kias tetap penting dalam proses berijtihad melalui jalan istinbad.
Keempat, bentuk hukuman atau penalti dalam kesalahan hudud (sebagaimana diputuskan ulamak klasik) secara fix dan mandatory. Sedangkan mengikut suatu pentafsiran tentang apa yang terdapat dalam Al Quran secara maksudnya mempunya dua prinsip ia itu prinsip hukuman setimpal dan perinsip ihsan. Penilaian demikian penting kerana kategori, latar belakang dan tahap kesalahan dalam setiap kes itu berbeza beza. Prof Muhammad Hashim Kamali dalam risalah yang berjudul - Can The Hudud Be Given A Fresh Interpretation menyatakan "all that is needed of a proof of the offfence which must then be followed by enforcement there by living no room for flexibility and discreation. Each of the for Quranic verses on hudud specifies a punishment which is then followed in every case by a reference to repentant and reform. If the offender repent and reform himself then god is truly forgiving and merciful. The clear text thus lift the door open to lenearncy to those who have fallen to the error regretful first time offender and those who show promise of correcting himself. The rather harsh approach to punishment taken by the fiqh tradition also stand in a state of tension with totality of Islam as a religion of compassion".
Justru kerana itu jalan keluar untuk mengelak daripada wujudnya ketidakadilan dan ketidaktepatan dalam pelaksanaan hukuman sesuatu kesalahan dalam apa yang dikatakan hukum hudud dalam kontek kini, aliran ketiga menyarankan pendekatan takzir atau pun budi bicara hakim. Pendekatan takzir ini hendaklah dikendalikan oleh hakim berasaskan kepada ruang di antara dua prinsip ia itu perinsip setimpal dan prinsip ihsan.
Sebagai contoh kita ambil ayat hukuman potong tangan dalam surah 5 ayat 38 dan 39 yang bermaksud "pencuri lelaki atau perempuan potong tangan mereka sebagai hukuman kepada jenayah mereka serta sebagai satu pencegahan daripada Allah tetapi jika seseorang itu bertaubat setelah melakukan jenayah ini serta berubah Tuhan menebuskan dosanya, Tuhan maha pengampun dan maha penyayang".
Daripada ayat ini dapat kita lihat dalam kontek zaman awal dahulu hukuman setimpal bagi kesalahan mencuri adalah potong tangan, manakala hukuman ihsan pula ialah dengan memberi pengampunan sekiranya pencuri itu bertaubat serta berubah. Oleh kerana ayat ini berada dalam kategori ayat-ayat "a historical bound" atau yang bermaksud ayat-ayat yang mempunyai keterikatan dengan sejarah zaman awal maka bentuk hukuman setimpal dalam kontek kini terserah kepada pendekatan takzir atau budi bicara hakim berasaskan kepada kes-kes jenayah yang berlaku. Yang pentingnya biarlah bentuk hukuman itu berasaskan kepada semangat jiwa Al Quran dan Hadis agar dapat mengelak dan menjauhkan anggota masyarakat daripada terus melakukan jenayah-jenayah itu.
Perlu diingat dalam melaksanakan pendekatan takzir itu pihak hakim hendaklah berpegang kepada prinsip keadilan dan kerahiman. Adalah suatu yang ironi pendekatan takzir ini dibenarkan oleh ulamak ulamak fekah dahulu untuk digunakan dalam kesalahan kesalahan yang lain. Akan tetapi tidak pula dibenarkan dalam kesalahan-kesalahan apa yang mereka tafsirkan sebagai kesalahan hudud.
Sesungguhnya ada beberapa ulamak Islah yang menganjurkan pendekatan takzir dalam kesalahan kesalahan apa yang dikatakan hudud. Antara yang terkemuka ialah Maulana Ubaidillah Al Sindi seorang ulamak India pada awal abad ke 20. Jika kita membaca sejarah, kita dapati pada zaman dahulu kecenderungan manusia ialah melaksanakan hukuman yang berat. Mungkin juga hukuman yang berat begini cucuk dan sesuai dalam zaman tamadun yang masih kasar. Di England dalam kurun ke-19 hukuman mencuri adalah potong kepala. Sudah tentu kesemua hukuman yang dibuat mengambil kira usaha untuk membenteras jenayah dari terus berleluasa dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Oleh kerana kini dunia sudah banyak berubah, manusia kini secara global sudah pun bercakap tentang hak asasi manusia dan perihal keadilan politik, ekonomi, sosial dan soal-soal kemanusiaan sejagat maka faktor-faktor perubahan nilai dan budaya ini perlu juga diberi perhitungan. Yang pentingnya sesuatu jenayah itu dapat diminimakan dalam sebuah masyarakat dan seterusnya dihapuskan demi mendapat keredaan Allah.
Persoalan sekarang timbul ialah apakah ijtihad-ijtihad ulamak klasik ini boleh dinilai semula? Fenomena masyarakat Islam hari ini lebih senang mengikut apa yang sedia ada. Atau dipanggil takliq buta. Realiti ini kadang-kala ada dalam pemikiran kebanyakan ulamak juga. Alasannya siapa kamu nak menyoal itu dan ini, apatah lagi terhadap ulamak-ulamak besar dahulu? Apa otoriti dan kelayakan kamu? Sedangkan sebaliknya kalaulah dirujuk kepada kata-kata ulamak besar dahulu, contohnya Imam Shafie sendiri, beliau tidak menyukai orang orang bertakliq buta kepada pandangannya. Pada beliau sekiranya kita ada asas pergantungan yang lebih kuat dalam sesuatu perkara, kita berhak untuk menolak pandangannya. Kata-kata Imam Shafie ini disahkan oleh muridnya Imam Muzani.
Kalaulah kita lihat pada pandangan ulamak-ulamak besar dahulu dalam beberapa perkara terdapat beberapa perbezaan yang nyata. Ini jelas kalau kita rujuk kepada fekah Imam Abu Hanifah, Malik, Shafie dan Hambali. Perbezaan ini timbul justru kerana mereka berada dalam suasana, tempat dan masa yang berbeza. Sesungguhnya Islam meraikan perbezaan pendapat asalkan pendapat-pendapat itu tidak terkeluar daripada landasan dan jiwa Al Quran. Dalam Islam perbezaan pandangan adalah suatu rahmat.
Berdasarkan hujah-hujah dari aliran ketiga ini saya yakin kekeliruan, kesangsian dan ketidakyakinan masyarakat bukan Islam dan sesetengah masyarakat Islam sendiri terhadap hukum hudud, pasti dapat kita tangani dengan lebih hikmah dalam negara kita yang majmuk dengan pelbagai latar belakang budaya, kaum dan agama. Kerana sebagai umat Islam mahu tidak mahu kita wajib percaya dan yakin untuk melaksanakan hukum hudud sebagaimana yang disarankan Al Quran. Persoalan sekarang bagaimanakah bentuk pelaksanaan hukum tersebut hendak dilaksanakan dalam kontek kini agar ia dapat menggambarkan kebesaran, keluasan dan kemurnian ajaran Islam.
Satu perkara yang penting dipersoalkan dalam semangat kita hendak mlelaksanakan hukum hudud ini, apakah kita tidak memikirkan tentang realiti-realiti yang wujud di Malaysia kini. Pertama, demi keadilan masyarakat, apakah realiti politik, ekonomi dan sosial Malaysia kini sudah kondusif untuk kita laksanakan hukuman hudud? Yang kedua apakah prasarana yang ada dalam sistem kehakiman terutama dalam mahkamah syariah di Malaysia kini sudah layak untuk kita melaksanakan hukuman ini?
Penulis berkeyakinan sekiranya aliran pemikiran ketiga diketengahkan walaupun ada beberapa perbezaan-perbezaan kecil di kalangan mereka akan tetapi perbezaan itu masih boleh dirumuskan dengan baik dan praktikal. Pandangan aliran ini pada penulis sekiranya diketengahkan menampakkan lebih berhikmah dan senang untuk diterima oleh kesemua masyarakat di Malaysia, dengan syarat pihak berkuasa hendaklah ada "politcal will" atau keazaman politik dan "cultural will" atau keazaman budaya ke arah ini. Pandangan aliran ketiga ini sekiranya dilaksana boleh menjadi contoh kepada dunia dalam era globalisasi ini. Perlaksanaan pemikiran aliran ketiga ini juga boleh menghapus niat jahat dan pandangan serong media massa hegemonisma dunia terhadap hukum syariah yang pada mereka ditonjolkan sebagai barbarik dan tidak bertamaddun.
Seharusnya semua pihak mestlah jujur membincang dan menyelesaikan hukum ini tanpa menjadikan isu politik murahan demi kemenangan parti masing-masing. Hukum hudud ini mestilah diletakkan lebih tinggi dan mengatasi politik kepartian demi mendapat keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat. Penyelesaian tentang isu ini bukan sahaja perlu untuk kebaikan umat Islam di Malaysia bahkan juga untuk kebaikan umat Islam di seluruh dunia. Barulah dunia dapat melihat hukum jenayah Islam ini bukan sahaja praktikal bahkan dapat menangani segala bentuk jenayah yang berlaku dalam dunia hari ini secara adil dan saksama sesuai dengan iklim budaya dunia kini.
*Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan ialah bekas Pensyarah Jabatan Sejarah dan Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan UKM.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hudud
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [0478] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 850 JUTA , wassalam.
에볼루션라이트닝카지노 | 바카라 사이트 - 최고카지노
ReplyDelete