Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, June 29, 2011

Anwar Ibrahim dalang sebenar demonstrasi jalanan haram 'Pakatan PAS & PKR' 9 Julai dengan DAP bertepuk tangan


Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang sebenar penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana mahu menaikkan kedudukannya dalam politik negara dan pentas antarabangsa, selain batu loncatan untuk beliau dan pembangkang mengaburi rakyat untuk berkuasa.

Walaupun penganjur kumpulan pengacau itu mendakwa perhimpunan bertujuan mengetengahkan kelemahan proses pilihan raya, motif sebenar yang selama ini tersembunyi kini semakin jelas, iaitu untuk mendapat kuasa politik.

Perkara itu didedahkan bekas sekutu rapatnya yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar yang menganggap selain Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), gabungan parti pembangkang, PAS dan DAP juga dilihat bersekongkol untuk mendapatkan kuasa.

Beliau berkata, motif tersembunyi Anwar semakin terserlah kerana beliau terdesak untuk menjadi Perdana Menteri dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

“Apabila rakyat memahami konteks (perhimpunan haram) yang sebenar, terutama motif tersembunyi, mereka akan lebih berhati-hati dengan 9 Julai. Rakyat akan membezakan agenda peribadi ahli politik sebenar dan transformasi politik.

Malah, mereka tidak seharusnya membiarkan ahli politik seperti itu membentuk masa depan mereka,” katanya dalam artikel bertajuk 9 Julai: Memahami Konteks yang disiarkan dalam blog OutSyed The Box, semalam.

Chandra berkata, Penasihat PKR itu juga berharap demonstrasi pada 9 Julai akan menghakis sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

“Jika motif ini dapat direalisasikan, tentu beliau akan dikagumi rakan sekutunya, selain diiktiraf negara barat, sekali gus meningkatkan sokongan terhadap beliau,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya menyertai demonstrasi reformasi antara 1999 hingga 2000, Chandra percaya perhimpunan seperti itu tidak membangkitkan semangat demokrasi di kalangan rakyat, sebaliknya rakyat akan menolak parti terbabit.

“Demonstrasi reformasi dicetuskan Anwar ketika dalam penjara kerana satu tujuan, iaitu untuk beliau mendapat perhatian dan seterusnya dibebaskan,” katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, mendakwa Anwar sebagai di sebalik muslihat perhimpunan haram itu adalah fakta jelas seumpama ‘sudah terang lagi bersuluh’ dan mendesak Ketua Pembangkang itu tidak lagi berlakon atau berselindung di sebalik orang lain.

“Melihat kepada orang di belakang perhimpunan haram itu, sangat jelas ia bermotifkan politik dan isu berkaitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya alasan untuk mengaburi mata rakyat. Agenda sebenar mereka adalah untuk cuba menguasai negara,” katanya.

Oleh : Norfatimah Ahmad, Syuhada Choo Abdullah dan S Anand Kumar

Tuesday, June 28, 2011

Reaksi spontan Johari Abdul semasa menonton video seks antara Anwar Ibrahim dengan China Doll.



Johari Abdul juga adalah saksi kepada wujudnya jam OMEGA kepunyaan Anwar Ibrahim. Adakah beliau menceritakan berkenaan jam OMEGA ini kepada umum????
dan soalan kedua, Adakah Johari Abdul pernah melihat Anwar Ibrahim semasa tidak memakai baju???

Sunday, June 26, 2011

Mengenali Anwar Ibrahim sebenar oleh Zulkifli Noordin



Puak Terdesak Di Perlis! Sehinggakan Kereta Orang Awam Dicat Demo 'Bersih'!!


Di Kangar Perlis dimana kenderaan orang ramai disembur cat oleh pihak tertentu yang dipercayai terdesak untuk menghasut rakyat menyertai demo 'kotoq' mereka.

Perbuatan khianat pihak-pihak tertentu menconteng kenderaan-kenderaan di sekitar bandar Kangar, Perlis adalah suatu perbuatan tidak bermoral. Pihak berkuasa harus menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Adakah puak PAS sangat desperado untuk berkempen mengajak rakyat Perlis berdemo di KL sehinggakan kereta penduduk awam yang tidak bersalah turut menjadi mangsa?

Saturday, June 25, 2011

Di sinikah tempat berlakunya Anwar Pandykutty menyudu China Doll mengikut video dan CCTV???

apanama
CCTV Rakam Anwar, Eskay Di Lobi Apartment, 21 Februari

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim ada bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah di lobi sebuah apartment di Ampang pada 21 Februari 2011 .

Bukti itu diperoleh melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak keselamatan apartment tersebut.

Apartment di Ampang itu dikatakan lokasi di mana Anwar didakwa telah melanggan seorang pelacur warganegara China pada tarikh berkenaan.

Perkara itu didedahkan dalam fakta kes pertuduhan trio Datuk T di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini hari ini.

Fakta kes berkenaan dibaca selepas ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka.

Tertuduh dalam sesuatu kes perlu mengakui bahawa mereka faham fakta kes sebelum rayuan dibuat dan hukuman dijatuhkan.

Menurut fakta tersebut, pada 25 Mac 2011 Datuk Shuaib Lazim datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

“Keterangan mendapati rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, Kuala Lumpur. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011,” kata fakta berkenaan.

Tambah fakta tersebut, hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering (perubahan) dan super impose (pertindihan) serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas Datuk Shazryl.

“Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS juga telah menjalankan Facial Recognition Analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati adalah menyerupai Datuk Seri Anwar,” jelas fakta itu lagi.

Kedua-dua pakar itu ialah Professor Hany Farid and Professor Lorenzo Torresani.

Selepas fakta berkenaan dibaca kepada ketiga-tiga tertuduh, Shazryl Eskay yang merupakan tertuduh pertama menegaskan pelaku lelaki dalam video seks berkenaan bukan menyerupai Anwar tetapi adalah Anwar.

“Saya faham fakta kes, tapi pelaku lelaki berkenaan bukan menyerupai Anwar. Dia (pelaku seks lelaki) dalam kes itu adalah Anwar Ibrahim,” katanya dari kandang tertuduh.

Shazryl Eskay dan Datuk Shuaib Lazim didapati bersalah mempunyai niat bersama menayangkan secara terbuka benda yang lucah yang mengandungi adegan seks antara seorang lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Carcosa Seri Negara antara 10 pagi dan 12 tengahari 21 Mac 2011.

Mereka dituduh di bawah Akta 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 dan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 292 kanun yang sama seksyen 34.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuaib didenda RM1,500 atau penjara dua bulan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pula didapati bersalah bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuaib untuk menayangkan secara terbuka benda yang lucah iaitu adegan seks antara lelaki dan perempuan dan dituduh di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 dan boleh didakwa di bawah seksyen 292 dan seksyen 109 kanun yang sama.

Abdul Rahim didenda RM1,000 atau sebulan penjara.
– mynewshub.my

Thursday, June 23, 2011

Anwar pernah bersumpah tidak liwat dan zina dolu-dolu







Lokman Noor Adam : Saya Pernah Cabar Anwar Bersumpah Nafikan Tuduhan Meliwat !

Selepas mewawancara Hamidzon Khairuddin [klik di sini] dan YB Datuk Zulkifli Noordin [klik di sini], kedua-dua bekas aktivis PKR itu menyebut nama Lokman Noor Adam, sebagai ‘saksi sumpah’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Untuk mendapat jawapan sebenar, kami menemui Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan untuk menjelaskan berkenaan sumpah Anwar di program ceramah di rumahnya, Batu Pahat, Johor pada 19 September 1998.

Ikutilah keterangan Lokman ketika diwawancara pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur.

Semasa zaman reformasi, difahamkan saudara menjadi pengawal peribadi Anwar?

Lepas kita lancarkan gerakan reformasi 12 September 1998, kalangan inner circle politik kita tubuhkan satu Jawatankuasa Sukarelawan.

Ada yang ditugaskan jaga keselamatan, ada yang ditugaskan jaga roadshow, ada yang ditugaskan untuk buat hubungan antarabangsa.

Saya jaga keselamatan. Jadi, masa itulah saya rapat dengan Anwar. Itu yang mana Anwar pergi, saya ikut, saya tengok.

Saya ingat lagi, 15 September 1998, keluar dari tol Sungai Besi menghala ke Sungai Chua. Masa tu nak tandatangan memorandum mendesak supaya Lim Guan Eng dibebaskan.

Masa tu, keluar saja daripada tol, dalam kereta Honda, saya duduk depan, sebelah tu saksi nombor satu, Sani, belakang Sani, Wan Azizah, Anwar duduk belakang saya.

Jadi, saya tanya ketika itu. Saya tanya direct dengan dia. Kenapa Datuk Seri tak nak sumpah cara Islam. Sebab kes dia ni dah kes berat dah.

Kes liwat, macam mana lagi cara dia nak pertahankan. Dia diaibkan satu dunia, bukan satu Malaysia saja. Satu dunia tahu yang dia kena pecat kerana seorang peliwat.

Bila kita tak ada cara nak mempertahankan diri kita, kita dibolehkan bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Bersumpah bahawa kita tak buat benda (liwat) tu.

Bila saya tanya soalan tu, dia mula-mula senyum..diam. Dia kata, saya dah tanya banyak dengan ulama. Ulama-ulama nasihatkan saya supaya jangan main dengan sumpah.

Kita bukan suruh dia main dengan sumpah. Kita suruh dia bersumpah.

Tapi, walaupun dia cakap dengan saya, dia dinasihatkan oleh ulama supaya jangan main dengan sumpah. Empat hari selepas itu, bila dia turun di rumah saya di Batu Pahat, Johor, dia bersumpah.

Cuma macam mana cara dia bersumpah. Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar.

Ini rakaman ni ada dalam youtube. Kalau tak percaya saya cakap, boleh buka di youtube.

Anwar tak sebut pun Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya bersumpah dengan nama Allah, saya tak pernah meliwat sesiapa pun. Yang itu dia tak sebut.

Buku "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa", tulisan Mohd Sayuti Omar yang turut memfokuskan sumpah Anwar di Batu Pahat. Pada ketika itu, tiada sesiapapun mempertikai sumpah Anwar yang tidak menepati syariat Islam.

Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar. Tuduhan yang mana satu? Tuduhan liwat Sukma lima belas kali ke? Tuduhan meliwat Munawar ke? Tuduhan menyalahguna kuasa ke? Tuduhan yang mana satu tak sebut.

Masakan bekas seorang Timbalan Perdana Menteri, bekas Presiden ABIM, tak tahu nak bersumpah mesti sebut Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Itu dari segi logik akal.

Kedua, masa dia angkat sumpah jadi Ahli Parlimen. Berapa puluh tahun dia jadi Ahli Parlimen. Bila dia menang pilihan raya. Dia tak ditabalkan lagi, dia kena angkat sumpah. Angkat sumpah dia, Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

Dia jadi Timbalan Menteri, dia jadi Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri…semua angkat sumpah yang sama.

Jadi, yang peliknya, jadi Menteri apa semuanya dia boleh angkat sumpah, kenapa kali ni nak buktikan dia bukan seorang peliwat dia tak berani bersumpah? Tak sampai pun 30 saat.

Sedangkan dia boleh pusing satu negara, mengatakan yang dia ni dianiayai oleh Tun Dr Mahathir. Dia boleh cakap macam-macam. Dia boleh hantar Rahim Ghouse pergi Australia, beritahu Australia jangan datang melabur kat Malaysia. Dia boleh hantar Azmin ke Amerika Syarikat.

Dia boleh hantar kawan-kawan dia yang lain ke seluruh pelusuk dunia. Dia boleh arahkan kami berdemonstrasi.

Demonstrasi ni kena ingat, demonstrasi ada sebab. Demonstrasi ni supaya apa yang budak yang dia hantar, contohnya Rahim Ghouse dihantar ke Australia pergi jumpa dengan Perdana Menteri Australia. Dia akan cakap, kata Malaysia ni negara tidak aman.

Dia akan cakap kat Malaysia ni mahkamahnya tidak transparent, di bawah cengkaman kuku besi Tun Dr Mahathir.

Jadi, bila Rahim Ghouse pergi jumpa Perdana Menteri Australia cakap perkara ini. Lepas tu, sayalah diarahkan untuk berdemonstrasi, ketuai demonstrasi. Bila kita ketuai demonstrasi, semua wartawan antarabangsa dihantar.

Khalid Jaafar ni bekas Setiausaha Akhbar, kerja dia, pastikan setiap kali ada demonstrasi, kita ada wartawan antarabangsa.

Wartawan antarabangsa pula, setiap hari Sabtu dan Ahad, rakam di Malaysia berlaku demonstrasi. Ianya akan sama dengan apa yang Rahim Ghouse cerita pada Perdana Menteri Australia.

Jadi, bila Perdana Menteri Australia buka televisyen, macam kita dululah buka televisyen. Tengok Thailand, baju merah demonstrasi, baju kuning demonstrasi. Maka, kita akan ada persepsi bahawa keadaan di Thailand kucar-kacir. Kalaulah saya pelabur di Thailand, maka saya akan keluarkan pelaburan saya di Thailand, saya pergi tempat lain.

Itu sebenarnya strategi Anwar Ibrahim. Sebab, bila dia lihat usaha dia untuk tumbangkan Tun Dr Mahathir gagal, jadi sekarang ini dia mengharapkan bantuan luar. Tekanan ekonomi sebenarnya. Ini adalah salah satu cara untuk dia sabatoj ekonomi Malaysia.

Bila dia buat demonstrasi, orang tengok memang berlaku demonstrasi di Malaysia, ianya sama apa yang diperkatakan oleh wakil-wakil dia tadi. Maka akhirnya, mereka ambil keputusan keluarkan pelaburan mereka daripada Malaysia.

Saya ambil contoh tahun 1998, berapa banyak kilang elektronik di Pulau Pinang umpamanya, mereka pindahkan kilang mereka ke Thailand, ke Indonesia.

Kerana takut dengan kegawatan?

Kerana takut dengan keadaan di Malaysia.

Bila mereka nampak politik Malaysia tidak stabil, maka akhirnya ekonomi juga tidak stabil.

Itu sebenarnya apa yang hasrat mereka buat melalui BERSIH sekarang ini.

Matlamat sama?

Matlamat lebih kurang sama.

Siapa yang desak Anwar untuk bersumpah di rumah saudara?

Begini, saya cuma tanya dia dalam kereta pada 15 September 1998. Tapi atas sebab, rumah yang dia datang tu rumah saya, 19 September, empat hari selepas itu. Jadi, atas rasa nak menjawab permintaan saya untuk dia bersumpah, dia bersumpah.

Tapi dia tetap tidak bersumpah ikut cara Islam, itu persoalannya.

Pada 20 September 1998, dia arahkan kami untuk berkumpul seramai mungkin pergi ke Masjid Negara. Dia kata dia nak bersumpah. Jadi, kita pun kumpulkan orang seberapa ramai ke Masjid Negara.

Dia kata dia nak sumpah ikut cara Quran, nak junjung Quran. Saya ingat lagi.


Sebenarnya, dalam Islam nak sumpah tak perlu junjung Quran. Tapi biasa orang Melayu kalau nak suruh sumpah ni, dia kata, kau berani junjung Quran. Ini budaya Melayu sebenarnya.

Jadi apa yang berlaku 20 September 1998, hari dia kena tangkap tu. Kita bawa dia pergi Masjid Negara. Sampai Masjid Negara, saya ajak dia pergi ke mimbar bersumpah. Dia tak nak. Dia kata, memadai kat anjung, boleh melambai-lambai orang kat bawah.

Lepas tu, sampai kat anjung, saya tengok tak ada seorang pun bawa al-Quran. Dan yang keduanya, dia tak bersumpah pun.

Dia cuma cakap, ‘semalam di Batu Pahat, saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya adalah tidak benar’.


Dia tak boleh sumpah. Yang itu menjadi persoalan sampai sekarang. Kenapa dia takut nak bersumpah.

Adakah bekas Presiden ABIM ini tidak tahu bersumpah mengikut kaedah Islam?

Tak. Mustahil. Macam beginilah, kenapa Anwar tak berani bersumpah ?

Anwar ni masih lagi menunaikan solat lima waktu. Walaupun kadang-kadang dia jamakkan. Tapi dia masih sembahyang. Tapi dia masih percayakan yang Allah Taala itu wujud.

Kalau suruh sesiapa pun yang tak ada pegangan pada Islam, dia orang boleh bersumpah. Sebab apa? Sebab dia tak tahu bila dia bersumpah tu, apa akibat dari dia bersumpah kalau sumpah tu palsu.

Tapi Anwar ni, orang yang faham tentang Islam. Dia tahu kalau dia sumpah, sumpah tu palsu dengan menggunakan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

Dia tahu, Allah Taala tak tunggu akhirat nak bayar, bayar kat dia cash. Allah Taala akan bayar kat dia kat bumi ni lagi. Tak tunggu sampai dia mati nak bayar kat akhirat, tak ada. Anwar tahu tu.

Sebab tu saya cakap terus-teranglah, Anwar tak kan berani bersumpah. Sebab, dia buat. Itu saja rumusannya.

Kita lihat Saiful Bukhari. Saya tak kenallah siapa dia ni. Latar belakang dia macam mana pun sebab saya tak tahu dia siapa.

Pokoknya, kalau dia tak betullah, Saiful Bukhari bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi dia diliwat oleh Anwar tahun 2008. Sekarang dah tiga tahun, sihat walafiat.

Dan kita lihat Saiful, katalah dia punya sumpah ni sumpah palsu. Buat tuduhan liar kata Anwar liwat dia. Dia kata Wallahi, Wabillahi, Wattalahi dan dia bersumpah palsu.

Tempat paling baik Allah Taala nak azab dia, masa dia pergi Mekkah tahun lepas. Itulah tempat terbaik Allah Taala nak turunkan bala kepada Saiful Bukhari.

Tapi kita tengok, bila Saiful Bukhari balik dari Mekkah, muka pula berseri. Kalau Anwar tengok pun geram, nak lagi.

Kalau berada di tempat yang benar, berani bersumpah…

Kalau kita tak buat, apa kita nak takut. Kalau dia cakap macam-macam, ulama apa semua, eh..ulama yang suruh dia bersumpah ni siapa ?

Ulama UMNO ke yang suruh dia bersumpah? Ulama pertama yang suruh dan cabar Anwar bersumpah, yang mencabar Saiful Bukhari bersumpah selepas Saiful membuat laporan polis, ialah Nik Aziz. Nik Aziz yang cabar.

Adakah terdetik di hati anda, kenapa Anwar buat begini semasa bersumpah di rumah saudara dan di Masjid Negara?

Bila dia tak berani bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya dah dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.

Lebih-lebih lagi, satu hari tu dalam tempoh 2 September hingga 20 September 1998. Suatu hari saya masuk bilik Sani (pemandu Anwar) nak mandi di Bukit Damansara. Saya buka pintu, saya nampak Anwar sedang duduk sebelah kiri atas katil, dia duduk berbisik. Dia duduk dua orang.

Apasal kena berbisik sebab tak ada orang lain. Bila dia toleh belakang, dia nampak saya masuk, dia terus keluar. Dia tak cakap apa pun dengan ‘budak’ tu, dia terus keluar.

Masa tu umur saya 25 tahun. Anwar masa tu Timbalan Perdana Menteri yang cukup powerful yang baru saja kena pecat. Takkanlah saya budak umur 25 tahun nak tanya Anwar. Datuk Seri siapa budak ni, kenapa disimpan dalam bilik ni?

Masa tu dua hingga tiga hari ‘budak’ ni disimpan dalam bilik tu kerana takut dia ditangkap pihak polis.

Saya hanya tahu siapa ‘budak’ tu setahun lebih selepas itu. Masa pilihan raya kecil di Teluk Kemang, S.Sothinathan lawan Ruslan Kassim.

Malam sebelum hari mengundi tu, saya tengok Pemuda BN, dia edarkan vcd-vcd ini di bus stand. Malam tu saya buat rondaan, saya masa tu Setiausaha Eksekutif Pemuda PKR.

Saya pun ambil vcd ni, saya pasang. Masa tu saya terkejutlah. Sebab dalam vcd ni mengandungi pengakuan mangsa-mangsa liwat Anwar Ibrahim. Pertamanya Ahmad Hairani, pensyarah UKM, penulis ucapan dia. Pensyarah pun dia balun.

Yang keduanya, lepas saja pengakuan Hairani, ada pengakuan seorang budak laki-laki, budak muda, dia mengaku menerima RM300 daripada Sukma Darmawan kerana tadah punggung dia kat Anwar Ibrahim.

Masa tu saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Budak yang mengaku terima RM300 kerana diliwat oleh Anwar ni, budak itulah yang saya jumpa dalam bilik dengan Anwar Ibrahim.


Dari hari itu saya betul-betul dah, mandi tak basah..tidur tak lena.

Cuma ketika itu, saya dah dua-dua kaki dalam KeADILan. Saya dah jadi tunjang utama Pemuda ketika itu. Saya jadi Setiausaha Eksekutif, saya menggerakkan semua kerja.

Kalau kita nak tinggalkan Anwar masa tu, yalah..nanti orang kata Lokman Noor Adam al-kataki pula kan. Macam Ibrahim Ali kena.

Jadi, masa tu saya pujuk diri saya sendirilah. Saya cakap, tak apalah, sekurang-kurangnya Anwar ni hebat dalam soal membanteras rasuah.

Benteng terakhir saudara mempercayai Anwar meliwat sudah goyang?

Goyang. Enam tahun saya duduk dalam PKR, saya tengok mereka kata UMNO rasuah…UMNO rasuah, BN rasuah. Saya duduk dengan UMNO, sekarang ni dah 16 tahun, dengan PKR 6 tahun.

Saya tak pernah tengok kekotoran yang berlaku dalam PKR itu ada dalam UMNO. Dalam UMNO tu ada yang teruk, bukan tak ada, ada. Tapi tak pernah adalah seteruk apa yang ada dalam PKR.

Duit derma pun diaorang sapu, buat banglo. Ini realiti apa yang berlaku depan mata saya.

Macam Wan Azizah kan, kalau kita tengok lemah-lembut. Macam dengan Nurul Izzah. Siapa yang boleh percaya, orang yang macam ni boleh korup.

Tapi, jangan lupa. Izzah collect duit daripada Joseph Estrada 200,000 US dollar. Bagi kat mak dia, lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir Husin, sama-sama tahanan ISA dengan saya dulu. Dia collect duit RM 5 juta dalam bentuk cek, atas nama Wan Azizah Binti Wan Ismail. Lima sen haram tak masuk akaun parti.


Ini 1998, saya nak bagitahu. Lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir collect daripada siapa?

Nasir collect daripada Datuk Soh Chee Wen. Datuk Soh Chee Wen yang sponsor pejabat Parti Keadilan.

Sekarang, bila Soh Chee Wen gaduh dengan Anwar, dia tak bayar duit pejabat Parti Keadilan. Itu yang nak lelong pejabat Parti Keadilan.

Semuanya diberi atas nama Wan Azizah?

Atas nama Wan Azizah. Takkan lah dia bagi Wan Azizah RM5 juta untuk Wan Azizah beli kereta, pakai baju mewah. Tentulah Datuk Soh Chee Wen tu sumbang untuk bantu Parti Keadilan sebab mereka berhadapan dengan Pilihan Raya tahun 1999.

Saya bertanding tahun 1999 lawan Datuk Hishamudin Husin. Saya ingat lagi, bila bubar Parlimen, duit dalam poket ada RM250. Nak lawan Parlimen macam mana.

Saya cuma minta deposit pilihan raya, saya nak masuk gelanggang supaya saya boleh bertanding. Dia cakap, cari tempat lain dulu.

Kali kedua cakap, cari tempat lain dulu. Kali ketiga saya cakap, saya dah buat keputusan, saya nak biarkan Datuk Hishamudin menang tanpa bertanding.

Dia kata kenapa? Dulu kau nak bertanding sangat. Saya cakap, memanglah saya nak bertanding, deposit pilihan raya tak ada, macam mana saya nak bertanding.

Besok tu, 9.30 pagi penamaan calon, 8.30 pagi baru duit sampai. Baru saya pakai baju pergi dewan, bertanding. Nasib baik tak hilang deposit.

Oleh : AIDCNews – 21/06/11
http://www.anwaraidc.com/?p=12980

Wednesday, June 22, 2011

Kisah Di Belakang Tabir - Lokman, Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Tian Chua, Azmin & Soros


Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali meletup kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan. Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah. Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.

Lokman yang diwawancara pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur, turut menceritakan pengalamannya bersama Parti Keadilan, termasuk berkaitan penglibatan George Soros, penyangak matawang Yahudi dalam membantu partinya.

Benarkah Wan Azizah jumpa Soros?

Benar. Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong, ratu bogel Bukit Lanjan.

Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.

Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan.Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.

Tian Chua bercerita mengenai Soros?

Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.

Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.

Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.

Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?

Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.

Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.

Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.

Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.

Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat ahli Exco, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?

Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.

Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.

Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni.

Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.

Masa tu saudara masih dalam dalam PKR ?

Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.

Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azizah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.

Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.

Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.

Ketika itu, Wan Azizah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ time tu.

Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.

Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.

Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.

Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.

Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.

Barangkali mempertahankan maruah keluarga?

Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasa lah.

Semasa saudara dalam KeADILan, adakah nampak situasi Wan Azizah percaya Anwar meliwat atau seratus peratus percaya kepada Anwar?

Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.

Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim. Dia kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.

Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.

Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.

Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?

Ya, saya percaya.

Kalau kita tengok Ummi punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin. Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.

Masa dalam KeADILan, saudara tak percaya cerita ini?

Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah ada something wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.

Azizan ni saya nampak dalam kes 1998, yang menyebabkan rakyat tidak percaya dalam kes yang melibatkan kes Azizan Abu Bakar, kerana pada ketika itu cakap tak steady. Sekejap dia kena liwat sekian tarikh, sekejap dia kena liwat sekian haribulan. Tiba-tiba pula daripada satu tarikh dia sebut kena liwat tu, bangunan Tivolli Villa pun tak ada lagi.

Tapi ini berbeza dengan kes Saiful Bukhari 2008. Kes Saiful Bukhari, Saiful boleh mention tarikh spesifik dia diliwat tanggal 26.6.2008 dari jam 3.01 minit hingga jam 4.30 petang.

Sebab apa?

Sebab, bila dia sampai kat tempat kejadian di kondo tersebut, ada rakaman cctv. Bila Anwar sampai pun, ada rakaman cctv. Bila dia keluar pun, ada rakaman cctv. Dia dah tahu spesifik masa.

Dari segi teknikal, kali ini Anwar tak boleh lari. Dan macam mana Anwar nak lari dalam keadaan doktor yang memeriksa ‘anu’ Saiful ni, mengesahkan mereka menjumpai sperma. Mereka menjumpai semen milik Anwar Ibrahim. Mereka bukan menjumpai DNA.

Kalau mereka jumpa DNA, maknanya contohlah, masa Anwar dalam tahanan penjara, berus gigi ke, rambut Anwar Ibrahim ke. Anwar ketip kuku dia boleh ambil cebisan-cebisan kuku ini boleh jadikan DNA.

Tapi masalahnya sekarang ini, doktor ini yang memeriksa lubang Saiful ini, dia mengesahkan mereka menjumpai semen, air mani.

Air mani Anwar ni, kita tak boleh dapat tanpa kerjasama Anwar… Memanglah, sebelum ini kita nak berucap tak perlu sebut benda-benda ini semua. Tapi nak buat macam mana, ni Anwar punya pasal. Tak pasal-pasal dalam ucapan kita kena sebut sperma, semen..benda-benda yang mengaibkan ni.

Tapi kita kena ingat, yang doktor temui dalam lubang Saiful ialah semen ataupun sperma. Maknanya, benda ni hanya boleh diletak dalam lubang (dubur) Saiful.

Pertama, sekiranya Anwar buat kerjasama dengan kita dia mengeluarkan air mani dia. Dan dia bagi kita benda tu, kita suntik dalam lubang Saiful.Yang kedua, Anwar memang liwat Saiful.

Saya tak tahulah kalau ada cara lain. Saya tak nampak ada cara lain bagaimana kita boleh dapatkan Anwar punya sperma tanpa kerjasama Anwar Ibrahim. Dan takkanlah Anwar nak kerjasama untuk jahanamkan hidup dia. Ini rakyat kena buka kepala.

Doktor bukan jumpa DNA dalam dubur Saiful. Selain daripada sperma itu, ada DNA Y. DNA X tu saya tak tahu siapa punya. Mungkin doktor masa buat tu terjatuh peluh ke apa. Itu saya tak tahu. Pokoknya, bagaimana sperma Anwar ada di situ?

Ataupun bagaimana mereka boleh dapat sperma Anwar Ibrahim tanpa bantuan Anwar Ibrahim. Yang ini sahaja, menjawab segala-galanya.

Dan bila mereka ekstrak sperma ini. Dia ambil DNA daripada sperma ini, maka dia dapatlah DNA ‘lelaki Y.’ Dan apabila polis ambil contoh daripada botol mineral water Anwar yang ada DNA dia, berus gigi Anwar. Akhirnya mereka nampak benda ni sama.

Cuma di peringkat awal perbicaraan. Doktor yakin yang Anwar dengan rela hati akan memberi DNA dia, darah dia. Itu sebab, doktor tak terima bukti dalam bentuk berus gigi tadi dan juga barang-barang yang diambil dari lokap. Sebab kalau kita guna barang-barang yang diambil dari lokap itu, Anwar ada ruang untuk kata itu barang lama, polis dah rancang apa semua.

Itu sebab, doktor minta supaya Anwar dengan rela hati memberikan DNA dia. Tapi, bila Anwar tak nak bagi DNA dia, ketika itu Hakim kata pakailah yang berus gigi tu. Macam mana hakim boleh menjangkakan yang Anwar takkan berani tak nak bagi DNA dia.

Sebab sebelum ini Anwar bukan main lagi, saya akan berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir. Cakap memanglah, ini hingga ke titisan darah terakhir. Sekarang, kita minta setitis darah saja dia tak boleh bagi.

Kenapa saudara ditahan ISA ?

Saya kena ISA dua kali. Kali pertama pada 23 Oktober 1998. Saya kena lebih kurang 59 hari. Saya kena tangkap 21 Oktober.

17 Oktober 1998 saya mengetuai satu demonstrasi besar-besaran daripada Masjid Negara pergi ke Istana Negara, untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) mendesak supaya YDPA campur tangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Masa tu Anwar dalam penjara?

Masa tu Anwar dalam penjara. Masa tu saya kena (tahan) 59 hari.

Dan pada tahun 2001, saya kena lagi sekali kerana pada ketika itu saya ketuai untuk buat satu demonstrasi dipanggil ‘Black 14.’

‘Black 14’ ni sebenarnya hari untuk memperingati Anwar dipenjarakan selama 6 tahun. Setiap tahun kita buat perhimpunan ‘Black 14.’ Kita mahu kumpulkan orang dari seluruh pelusuk tanah air. Bawa orang naik keretapi, bawa orang naik bas, bawa orang naik pengangkutan masing-masing untuk kumpul di Kuala Lumpur. Untuk buat protes besar-besaran. Macam BERSIH nak buat ni.

Kena tahan seminggu atau selepas kejadian?

Lebih kurang seminggu sebelum itu kawan-kawan saya. Saya kena tahan buat kali kedua ialah pada 24 April 2001, selama 2 tahun 2 bulan.

Pada masa itulah ditahan bersama yang lain?

Yang pergi ke Kamunting, saya, Tian Chua, Ezam, Saari Sungip, Badrul Amin dan Hishamudin Rais.

Masa itulah Tian Chua bercerita menerima duit dari Soros?

Masa dalam tu lah. Dia beritahu, SUARAM ni ditaja oleh sebuah yayasan daripada Holand. Yayasan Holand ini sebenarnya ditaja oleh Soros.

Tian Chua sendiri mengakui penahanan dia tu tepat?

Memanglah. Semua yang ditahan tu ada sebab kenapa dia ditahan. Dalam ISA ni, saya dah duduk 2 tahun. Saya dah bercampur dengan semua. Saya dah bercampur dengan al-Maunah, saya bercampur dengan KMM, saya bercampur dengan JI (Jemaah Islamiah), semua kita bercampur.

Semua hampir mengaku tak bersalah. Semua mengatakan yang mereka ini teraniaya. Tapi, saya tahulah. Saya kena tahan, saya buat salah.

Dulu bila polis suruh kita berhenti, kita koyak saman polis. Garang tak garang kan dulu. Darah muda, standard lah tu.

Tian Chua, kalau nak ikutkan kesalahan dia tu, dia patut kena hukum gantung.

Kenapa?

Sebab dia mengkhianati negara. Dia terima duit daripada orang asing untuk buat kucar-kacir di negara kita. Soros akan taja apa sahaja untuk rosakkan nama Dr Mahathir.

Sebab, bila mana krisis ekonomi berlaku pada tahun 1997, Dr Mahathir straight away kata, ini disebabkan oleh penyangak mata wang bernama George Soros.

Kerana dendam kesumat George Soros itu, maka Soros sanggup biayai NGO-NGO ini untuk lanyak Malaysia. Untuk buat kucar-kacir daripada dalam. Jadi, ini tak khianat negara ke?

Saya duduk dalam ISA baru saya tahu benda ini berlaku.

Sebelum ini tak perasan?

Tak, kita tak tahu. Bila dah duduk 2 tahun, dah macam kawan-kawan, baru mereka buka cerita. Sebelum tu mereka tak cerita.

Setiap orang yang ditahan di Kem Kamunting ini apabila dibebaskan sudah tidak aktif lagi dengan PKR?

Itu tak betul.

Maksudnya ?

Hari pertama saja saya keluar dari ISA, saya ceramah di Sungai Petani kalau tak silap saya. Dan setiap malam saya ceramah. Daripada dalam penjara, saya tahu saya akan dibebaskan. Sebab group pertama tu, mereka dibebaskan 2 minggu awal.

Jadi, dalam penjara, saya dah susun jadual ceramah saya. Memang kita tak pernah berhenti.

Ceramah untuk Parti Keadilan ?

Untuk Keadilan. Saya stop bersama mereka ni selepas saya dipecat tahun 2004. Sebelum itu, selepas dibebaskan saya masih lagi bersama mereka.

Bermakna orang yang ditahan itu ada sebab tersendiri?

Semua ada sebab. Hishamudin Rais dari tahun 70-an dah patut kena ISA. Tapi dia dah lari. Dapat suaka politik di Sweden.

Tian Chua patut kena hukum gantung, khianat pada negara. Dia punya penglibatan dengan SUARAM dan juga pemimpin KeADILan ketika itu.

Saari Sungip kerana dia antara orang yang menggerakkan himpunan 100,000 orang (rakyat).

Badrul Amin, dia ceramah tak ingat dunia. Harussani Zakaria pun dilanyaknya. Dia punya contribution itu mempengaruhi orang untuk mempercayai sesuatu yang tidak betul berlaku.

Ezam sama dengan sayalah, mengepalai demonstrasi-demonstrasi.

Semasa ditahan di Kamunting, adakah Wan Azizah atau parti mengambil berat?

Yang ambil berat tentang kami ini ialah NGO yang dipanggil Gerakan Mansuh ISA (GMI). Mereka ni terdiri daripada NGO-NGO seperi JIM, ABIM dan beberapa NGO lain. Mereka ni yang banyak collect duit untuk bantu keluarga kami yang berada di luar.

Parti sendiri?

Parti ni, terus-teranglah saya cakap, saya kecewa. Bukan setakat pemimpin KeADILan, tapi Anwar Ibrahim sendiri. Mereka tak bantu pun.

Kalau nak kira dari segi kekayaan Anwar Ibrahim, mereka boleh bantu keluarga kami ni. Lebih daripada bantu. Tak adalah masalah anak kita nak minum susu apa.

AIDCNews – 21/06/11
http://www.anwaraidc.com/?p=12994

Sunday, June 19, 2011

Syeikh Yusof Al Qaradawi pun boleh ditipu oleh Anwar Ibrahim, inikan pula agamawan Islam lain.



Click to enlarge

Zulkifli Noordin : Saya Berdosa, Perdayakan Syeikh Yusof Al Qaradawi

Satu wawancara yang menarik dan harus untuk dikongsi bersama.
sumber: http://www.anwaraidc.com/?p=12911

“Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.

“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selalunya lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan yang telah dilakukan, namun berlainan dengan Zulkifli Noordin, beliau mengakui kesilapannya dan berusaha mencari dan memohon maaf kepada setiap manusia yang telah dipedayakannya.

Malah beliau pernah memohon maaf kerana melakukan kesilapan semasa ucapan di Parlimen, dan berharap kesilapan yang sama tidak dilakukan oleh rakan-rakannya yang lain.

Ini merupakan episod terakhir wawancara bersama Zulkifli, satu sesi temu bual yang sangat bermakna dan pendedahan maklumat sebenar yang belum terdedah selama ini.

Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.

AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?

Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.

Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.

Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.

Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.

Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.


Adakah ini dirancang oleh Anwar ?

Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.

Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.

Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.


Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?

Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.

Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.

Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..(ada) ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).

Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita’zirkan. (Itupun) Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.

Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.

Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.

Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.

Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.

Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.

Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.


Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?

Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah.

Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (telivisyen) dia percayalah. Sebab itu orang Melayu ini, (seandainya) “ustaz tv” keluar itu, (maka) betul lah itu.

Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? ustaz tv kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.

Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.

Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.


Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?

Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.

Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.

Baik, saya dah ada program ceramah apa semua nak buat. Bila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi dia dipecat 2 September.

Sebenarnya, 11 September 1998, saya suddah ada satu jadual ceramah perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.

Anwar tahu itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. Aa’ha besar, memang dah plan dah.

Memang besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada ceramah perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.

Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah ramai.

Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?

Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak ceramah.

Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi telefon Harun Din. Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan. Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.

Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah. Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.

Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah apa semua.

Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.


Dengan keadaan itu ?

Aaa..dia tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang. Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?

Anwar kata, ana berani bersumpah, tapi tak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.

Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.

Saya pergi jumpa sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa, cerita-cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, sama saja.

Cerita..cerita, tapi masa itu kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998. Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang.

Dosa tu banyak.


Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?

Tak..tak, itu tak betul. Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. Kita ceramah di rumah Lokman Noor Adam.

Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka. Saya kata, nak buat apa. Dia (Anwar) kata, minta supaya Datuk Ishak Baharom sokong dia.

Ish..macam mana tu kan. Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpahlah.


Sumpah?

Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.

Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.

Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.

Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.

Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.


Dia tak bercakap?

Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya.

Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.

Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.


Tak spesifik?

Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.

Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?

Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka.

Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.


Termasuk di Masjid Negara?

Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.

Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?

Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.

Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.

Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.

Benda tu, kita percaya tak percaya itu satu hal, tapi sekurang-kurangnya tanyalah.

Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.


Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?

Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.



Bagaimana pula dengan Wan Azizah?

Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia ada agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.

YB rapat dengan Wan Azizah?

Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.

Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.

Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.

Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.

Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.

Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.


* Yusof Al Qaradawi sebenarnya ditipu.... ishk! ulama pun Pakatan Haram sanggup tipu

Saturday, June 18, 2011

"Tanya Anwar apa dia buat di Bangkok pada 12 Januari 2011 ???" - Datuk Eskay

Dato’ Eskay Shazryl Abdullah adalah nama yang telah menggegarkan 1 Malaysia dan 1 Dunia. Siapa sangka individu yang low profile ini tiba-tiba menjadi perhatian semua pihak.

Saya hanya pernah melihat kelibat Dato SK beberapa kali tetapi kesempatan tanpa dijangka melalui ajakan seorang teman menyebabkan hati saya tersentuh dan teruja untuk berkongsi sedikit cerita yang diluar pengetahuan kita.

Kami yang berkunjung ke rumah beliau merupakan kumpulan pertama masyarakat setempat (Padang Terap) yang berpeluang mendengar dari individu yang sedang bertarung dengan raksaksa politikus negara,, DSAI.

Saya langsung tidak mengenali beliau, tetapi ada kisah yang signifikan melalui aturan dari Yang Maha Berkuasa menyebabkan perjalanan dan pertemuan saya dengannya menyaksikan kebesaranNYA, Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Subhanallah.

IBADAT HAJI & PERTEMUAN

Semasa di hadapan Kaabah dan di Raudah saya sempat untuk solat ISTIQARAH memohon petunjuk kebenaran tentang DSAI, saya memohon kehadratNYA agar diperlihatkan segala keburukan yang ada jika DSAI adalah petualang dan tidak layak memimpin negara juga berdoa untuk keselamatan negara tercinta.

Kembali ke tanahair, bermula dengan pembongkaran isu video oleh ‘Trio T’ melalui Dato SK (Nota: Beliau tidak menuduh DSAI berzina, sebaliknya hanya mengatakan “orang dalam video itu adalah DSAI dan juga dirinya), kebetulan di suatu malam hampir sebulan yang lalu, selepas solat Isyak di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang, saya terpandang kelibat Dato SK yang singgah bersolat di situ. saya menghampiri beliau dan bersalam sambil mengucapkan terima kasih atas tindakannya membongkar tentang DSAI. Beliau tersenyum dan menepuk bahu saya dan berlalu.

Malam jam 8.40 /13 Jun 2011, seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK, Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain.

Ruang terbuka dipuncak rumahnya yang dijadikan surau, cukup cantik dengan pandangan terbuka dikelilingi bukit dan dataran yang luas. Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual. Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari.

Sesi seterusnya terlalu menarik. Kami dibawa ke sebuah PC yang diletakkan di ruang tamu utamanya. Sambil duduk bersila kami khusuk mendengar cerita yang keluar dari mulut beliau. Banyak isu yang dikupas dari hati ke hati dan begitu telus. Saya dapat merasakan betapa kejujuran insan bernama Dato SK yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Paling mengujakan apabila beliau membuka fólder gambar menunaikan haji pada tahun lalu.

Rupanya kami berdua ada di Tanah Suci dan berkongsi berbagai pengalaman yang sangat menarik. Kisah-kisah haji beliau ketika melontar jamrah juga begitu menyentuh hati. Ketika beliau menunjukkan gambar ‘hujan lebat di Kaabah’ yang diambil dari bilik penginapan di hotel ‘Jam Besar’, saya pula menunjukkan rakaman video dari BB yang saya ambil dalam kebasahan hujan di hadapan kaabah ketika curahan air dari ‘Pancur Emas’ keluar mengalir. Subhanallah.

KISAH TENTANG DSAI DIBONGKAR

Dari PC tersebut, muncullah gambar-gambar Dato SK yang sejarah hidupnya banyak berurusan dengan Kerajaan Thailand kerana tugasnya sebagai Konsulat Diraja di negara tersebut. Kami ditunjukkan banyak gambar perjumpaan beliau dengan ketua-ketua kumpulan pejuang di Selatan Thailand. Sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau telah diarahkan oleh Tun M untuk menjadi orang tengah di antara Kerajaan Thailand, Malaysia dan Kumpulan Pemisah bagi mencari jalan penyelesaian berbagai isu yang menjadi masalah berlarutan.

Semua akses untuk berurusan dengan kumpulan ini ada pada Dato SK. Malah melalui bukti bergambar yang kami lihat (seperti didedahkan Wikileaks) beliau memang telah mengatur beberapa siri perjumpaan kumpulan pemisah ini di Langkawi. Wikileaks membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau tetapi sebaliknya tugas beliau adalah menjadi pengantara dan pencari jalan keamanan kepada semua pihak.

Kami juga ditunjukkan tentang ‘kehebatan’ dan ‘kepakaran’ setiap orang yang menjadi ketua kumpulan pemisah tersebut. Pertemuan dengan golongan agama dan imam-imam juga diatur di Langkawi dengan kehadiran Tun M (yang ketika itu sudah meletak jawatan) untuk membantu golongan ini.

Ketika ini air mata saya bergenang memikirkan begitu pekanya Tun Mahathir kepada saudara seagamanya di Selatan Thailand, Palestin dan lain-lain tempat walaupun beliau sudah tidak mempunyai kuasa sebagai PM. Panjang lebar Dato SK menjelaskan segala peristiwa yang berlaku dan saya melihat rupanya beliau merupakan ‘kunci utama’ kepada mana-mana pihak berurusan dengan ketua puak-puak Islam di Selatan Thailand tersebut.

Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK.

Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi. Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana. Sehingga hari ini DSAI Belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK…Lihatlah gambar keakraban DSAI dengan Eskay yang diberikan kepada saya.

BAHAYA ANWAR

Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?”

Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara?

Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini. tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat. Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim.

Untuk pengetahuan, sepanjang kami di rumah beliau, tiada tayangan atau paparan video ditunjukkan, dan Dato SK tidak menyimpan pun salinan video setelah semuanya diserahkan kepada PDRM. Persoalan ini saya timbulkan kerana terdapat seorang dua yang ‘nakal’ mengatakan kami pasti puas kerana dapat melihat video lucah dan pergi dengan tujuan mencari ‘maksiat’. Itulah realiti sikap prasangka iblis dan syaitan yang bersarang di hati kumpulan jumud dan pencacai parti pembangkang.

Kita mungkin sengaja melupakan bagaimana Anwar ketika sebelum dipenjarakan dan sesudah bebas, mengunakan pentas ceramah untuk menghina dan mengaibkan banyak pihak, dari Tun Mahathir, Pak Lah dan Najib. Berbakul-bakul umpatan dan fitnah dilemparkan kepada orang lain kerana dendam politik akibat nafsu kuasanya diragut ketika 'nasi sudah hampir masuk ke mulut'.

Anwar lupa ketentuan Allah Yang Maha Menghendaki, semuanya itu kini berbalik kepada dirinya sendiri. Sesuai dengan Sabda Nabi SAW,'Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya. Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamnya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, WALAUPUN DILAKUKAN DI DALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT'. (riwayat Abu Daud). Bukankah hadis ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Anwar.

Banyak cerita mengenai pengalaman lama, SMS, email dan bukti-bukti ditunjukkan Dato SK kepada kami pada malam itu mengambarkan betapa beliau sudah cukup bimbang jika manusia yang dikenalinya ini diangkat oleh PAS sebagai rakan sekutunya. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa pemimpin kanan PAS. Dato SK tidak berminat dalam politik dan tidak mahu menyebelahi UMNO atau PAS.

Beliau seorang bekas konsulat yang dilihat langsung tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya dapat melihat keikhlasan kerana beliau bukan ahli mana-mana parti politik dan sama ada UMNO mahu pun PAS. Beliau banyak membantu mereka khususnya di Padang Terap. Semua masyarakat setempat tahu sumbangan beliau di sini dan keperihatinan beliau kepada kehendak orang ramai. Apa yang dikongsi pada malam itu lebih kepada peringatan sangat penting kepada PAS supaya tidak bersekongkol dengan Anwar.

Dato Eskay terlalu bimbang imej PAS yang kian tercalar disebabkan DSAI akan menyebabkan PAS rebah. Sedangkan beliau sangat mengenali watak sebenar DSAI. Banyak perbualan saya dengan rakan-rakan PAS juga bersetuju bahawa imej PAS kian tergugat gara-gara Anwar. Mereka amat mengharapkan PAS tidak berkerjasama dengan Anwar demi menyelamatkan parti tersebut ditolak oleh orang Melayu yang semakin bimbang.

Dato Eskay amat menghormati rakan-rakan pimpinan PAS dan ingin menyelamatkan parti tersebut dari manusia yang sangat-sangat MERBAHAYA kepada keamanan di Malaysia.
Bukankah kita telah melihat bukti bagaimana DSAI mengatur gerakan refomasi dan mengajurkan tunjuk perasaan yang mendatangkan huru hara. Semua ini telah berjaya dicatur oleh beliau dan menyebabkan begitu banyak kesan yang diluar jangka. Malah hubungan beliau dengan Dato SK adalah hubungan yang ‘ada makna’ demi kerakusan kuasa untuk menggunakan segala sumber dan ‘membuka kunci’ pertemuan dengan kumpulan pemisah ini.

Mungkin anda boleh berfikir secara mendalam, apakah yang boleh dilakukan oleh manusia bernama DSAI ini jika keadaan semakin terdesak? Eskay tidak memerlukan Anwar dalam karier dan kehidupannya, tetapi Anwar sangat-sangat memerlukan Eskay demi cita-cita dan nafsu politiknya.

Tanpa dendam, tanpa sebab keuntungan, beliau terpaksa melakukan sesuatu tindakan paling berani dan berisiko terhadap keselamatan diri sendiri. Tapi bagi saya Itulah nilai diri seorang pejuang agama, bangsa dan negara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit untuk kita bayar kepada keselesaan dan ketenteraman beliau.

Selama ini kita tercari-cari bukti nyata dan banyak pihak yang fanatik sering menafikan ‘kemungkaran’ DSAI. Eskay membongkarnya dengan tujuan dan niat untuk menyelamatkan negara. Beliau mempelawa penyokong PAS untuk melihat kebenaran yang selama ini mereka cari. Kita semua tahu dan melihat pendokong PAS menganjurkan SOLAT HAJAT dengan memenuhi stadium. Bagi saya sehingga mati pun, mata hati penyokong pembangkang tidak akan terbuka kerana Solat Hajat yang dilakukan adalah untuk ‘menafikan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kebatilan mereka’. Bukankah kita dianjurkan memohon petunjuk ? melalui petunjukNYA, Allah akan memberikan yang paling baik untuk kita. Kita tidak tahu adakah apa yang kita hajati itu baik untuk kehidupan dunia dan akhirat, tetapi kita terus meminta dariNYA sedangkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita.

Saya ‘melihat’ sesuatu dengan SOLAT ISTIQARAH, Allah SWT membuka jalan dan petunjuk kerana saya inginkan ‘cahaya kebenaran dariNYA’. Pintu kebenaran dibuka olehNYA dan segala kisah yang saya lalui itu adalah petunjuk dan jalan yang memang saya cari untuk mengukuhkan pendirian dengan sikap rasional dan berfikiran terbuka.

Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka pintu-pintu kebenaran dan menerima ketentuan ini sebagai petunjuk dariNYA. Juga rasa bangga kerana dapat dipertemukan dengan insan yang sangat budiman dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Tindakan paling tepat dan paling berani yang di lakukan oleh Tun Mahathir ternyata telah membantu negara terselamat buat seketika, tugas selanjutnya adalah menyingkirkan petualang ini dari arus politik perdana..Tugas ini kini terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan PAS dan pendokongnya. SELAMATKANLAH MALAYSIA !!!!

Catatan oleh: Cr. LUKMAN MOIDIN
Anwar VS Eskay, Siapa tumbang, Siapa bimbang?

Wednesday, June 8, 2011

Thursday, June 2, 2011

Menjelang 6 Jun 2011 - 'Qazaf' melindungi kegiatan seks Liwat dan Zina Anwar Ibrahim !!!

Sudah lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.

Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.

Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam Saga Anwar ini.

Akhirnya Saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.


Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.

Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.

Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan ‘dalil’ yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.

Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.

Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.

Cuma dalam Saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.

Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.

Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.

Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.

Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.


Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.

Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.

Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.

Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.

Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.

Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina ‘Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.


Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.

Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.

Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.

Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?

Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.

Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.

Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.

Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.

Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama.


Oleh : Zulkifli Noordin

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP