Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, June 23, 2011

Anwar pernah bersumpah tidak liwat dan zina dolu-dolu







Lokman Noor Adam : Saya Pernah Cabar Anwar Bersumpah Nafikan Tuduhan Meliwat !

Selepas mewawancara Hamidzon Khairuddin [klik di sini] dan YB Datuk Zulkifli Noordin [klik di sini], kedua-dua bekas aktivis PKR itu menyebut nama Lokman Noor Adam, sebagai ‘saksi sumpah’ Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Untuk mendapat jawapan sebenar, kami menemui Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan untuk menjelaskan berkenaan sumpah Anwar di program ceramah di rumahnya, Batu Pahat, Johor pada 19 September 1998.

Ikutilah keterangan Lokman ketika diwawancara pada 15 Jun 2011 di Caps Square, Kuala Lumpur.

Semasa zaman reformasi, difahamkan saudara menjadi pengawal peribadi Anwar?

Lepas kita lancarkan gerakan reformasi 12 September 1998, kalangan inner circle politik kita tubuhkan satu Jawatankuasa Sukarelawan.

Ada yang ditugaskan jaga keselamatan, ada yang ditugaskan jaga roadshow, ada yang ditugaskan untuk buat hubungan antarabangsa.

Saya jaga keselamatan. Jadi, masa itulah saya rapat dengan Anwar. Itu yang mana Anwar pergi, saya ikut, saya tengok.

Saya ingat lagi, 15 September 1998, keluar dari tol Sungai Besi menghala ke Sungai Chua. Masa tu nak tandatangan memorandum mendesak supaya Lim Guan Eng dibebaskan.

Masa tu, keluar saja daripada tol, dalam kereta Honda, saya duduk depan, sebelah tu saksi nombor satu, Sani, belakang Sani, Wan Azizah, Anwar duduk belakang saya.

Jadi, saya tanya ketika itu. Saya tanya direct dengan dia. Kenapa Datuk Seri tak nak sumpah cara Islam. Sebab kes dia ni dah kes berat dah.

Kes liwat, macam mana lagi cara dia nak pertahankan. Dia diaibkan satu dunia, bukan satu Malaysia saja. Satu dunia tahu yang dia kena pecat kerana seorang peliwat.

Bila kita tak ada cara nak mempertahankan diri kita, kita dibolehkan bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Bersumpah bahawa kita tak buat benda (liwat) tu.

Bila saya tanya soalan tu, dia mula-mula senyum..diam. Dia kata, saya dah tanya banyak dengan ulama. Ulama-ulama nasihatkan saya supaya jangan main dengan sumpah.

Kita bukan suruh dia main dengan sumpah. Kita suruh dia bersumpah.

Tapi, walaupun dia cakap dengan saya, dia dinasihatkan oleh ulama supaya jangan main dengan sumpah. Empat hari selepas itu, bila dia turun di rumah saya di Batu Pahat, Johor, dia bersumpah.

Cuma macam mana cara dia bersumpah. Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar.

Ini rakaman ni ada dalam youtube. Kalau tak percaya saya cakap, boleh buka di youtube.

Anwar tak sebut pun Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya bersumpah dengan nama Allah, saya tak pernah meliwat sesiapa pun. Yang itu dia tak sebut.

Buku "Sumpah dan Air Mata Reformis Bangsa", tulisan Mohd Sayuti Omar yang turut memfokuskan sumpah Anwar di Batu Pahat. Pada ketika itu, tiada sesiapapun mempertikai sumpah Anwar yang tidak menepati syariat Islam.

Saya bersumpah dengan nama Allah, apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya hari ini adalah tidak benar. Tuduhan yang mana satu? Tuduhan liwat Sukma lima belas kali ke? Tuduhan meliwat Munawar ke? Tuduhan menyalahguna kuasa ke? Tuduhan yang mana satu tak sebut.

Masakan bekas seorang Timbalan Perdana Menteri, bekas Presiden ABIM, tak tahu nak bersumpah mesti sebut Wallahi, Wabillahi, Wattalahi. Itu dari segi logik akal.

Kedua, masa dia angkat sumpah jadi Ahli Parlimen. Berapa puluh tahun dia jadi Ahli Parlimen. Bila dia menang pilihan raya. Dia tak ditabalkan lagi, dia kena angkat sumpah. Angkat sumpah dia, Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

Dia jadi Timbalan Menteri, dia jadi Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri…semua angkat sumpah yang sama.

Jadi, yang peliknya, jadi Menteri apa semuanya dia boleh angkat sumpah, kenapa kali ni nak buktikan dia bukan seorang peliwat dia tak berani bersumpah? Tak sampai pun 30 saat.

Sedangkan dia boleh pusing satu negara, mengatakan yang dia ni dianiayai oleh Tun Dr Mahathir. Dia boleh cakap macam-macam. Dia boleh hantar Rahim Ghouse pergi Australia, beritahu Australia jangan datang melabur kat Malaysia. Dia boleh hantar Azmin ke Amerika Syarikat.

Dia boleh hantar kawan-kawan dia yang lain ke seluruh pelusuk dunia. Dia boleh arahkan kami berdemonstrasi.

Demonstrasi ni kena ingat, demonstrasi ada sebab. Demonstrasi ni supaya apa yang budak yang dia hantar, contohnya Rahim Ghouse dihantar ke Australia pergi jumpa dengan Perdana Menteri Australia. Dia akan cakap, kata Malaysia ni negara tidak aman.

Dia akan cakap kat Malaysia ni mahkamahnya tidak transparent, di bawah cengkaman kuku besi Tun Dr Mahathir.

Jadi, bila Rahim Ghouse pergi jumpa Perdana Menteri Australia cakap perkara ini. Lepas tu, sayalah diarahkan untuk berdemonstrasi, ketuai demonstrasi. Bila kita ketuai demonstrasi, semua wartawan antarabangsa dihantar.

Khalid Jaafar ni bekas Setiausaha Akhbar, kerja dia, pastikan setiap kali ada demonstrasi, kita ada wartawan antarabangsa.

Wartawan antarabangsa pula, setiap hari Sabtu dan Ahad, rakam di Malaysia berlaku demonstrasi. Ianya akan sama dengan apa yang Rahim Ghouse cerita pada Perdana Menteri Australia.

Jadi, bila Perdana Menteri Australia buka televisyen, macam kita dululah buka televisyen. Tengok Thailand, baju merah demonstrasi, baju kuning demonstrasi. Maka, kita akan ada persepsi bahawa keadaan di Thailand kucar-kacir. Kalaulah saya pelabur di Thailand, maka saya akan keluarkan pelaburan saya di Thailand, saya pergi tempat lain.

Itu sebenarnya strategi Anwar Ibrahim. Sebab, bila dia lihat usaha dia untuk tumbangkan Tun Dr Mahathir gagal, jadi sekarang ini dia mengharapkan bantuan luar. Tekanan ekonomi sebenarnya. Ini adalah salah satu cara untuk dia sabatoj ekonomi Malaysia.

Bila dia buat demonstrasi, orang tengok memang berlaku demonstrasi di Malaysia, ianya sama apa yang diperkatakan oleh wakil-wakil dia tadi. Maka akhirnya, mereka ambil keputusan keluarkan pelaburan mereka daripada Malaysia.

Saya ambil contoh tahun 1998, berapa banyak kilang elektronik di Pulau Pinang umpamanya, mereka pindahkan kilang mereka ke Thailand, ke Indonesia.

Kerana takut dengan kegawatan?

Kerana takut dengan keadaan di Malaysia.

Bila mereka nampak politik Malaysia tidak stabil, maka akhirnya ekonomi juga tidak stabil.

Itu sebenarnya apa yang hasrat mereka buat melalui BERSIH sekarang ini.

Matlamat sama?

Matlamat lebih kurang sama.

Siapa yang desak Anwar untuk bersumpah di rumah saudara?

Begini, saya cuma tanya dia dalam kereta pada 15 September 1998. Tapi atas sebab, rumah yang dia datang tu rumah saya, 19 September, empat hari selepas itu. Jadi, atas rasa nak menjawab permintaan saya untuk dia bersumpah, dia bersumpah.

Tapi dia tetap tidak bersumpah ikut cara Islam, itu persoalannya.

Pada 20 September 1998, dia arahkan kami untuk berkumpul seramai mungkin pergi ke Masjid Negara. Dia kata dia nak bersumpah. Jadi, kita pun kumpulkan orang seberapa ramai ke Masjid Negara.

Dia kata dia nak sumpah ikut cara Quran, nak junjung Quran. Saya ingat lagi.


Sebenarnya, dalam Islam nak sumpah tak perlu junjung Quran. Tapi biasa orang Melayu kalau nak suruh sumpah ni, dia kata, kau berani junjung Quran. Ini budaya Melayu sebenarnya.

Jadi apa yang berlaku 20 September 1998, hari dia kena tangkap tu. Kita bawa dia pergi Masjid Negara. Sampai Masjid Negara, saya ajak dia pergi ke mimbar bersumpah. Dia tak nak. Dia kata, memadai kat anjung, boleh melambai-lambai orang kat bawah.

Lepas tu, sampai kat anjung, saya tengok tak ada seorang pun bawa al-Quran. Dan yang keduanya, dia tak bersumpah pun.

Dia cuma cakap, ‘semalam di Batu Pahat, saya telah bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang dituduh oleh media massa ke atas diri saya adalah tidak benar’.


Dia tak boleh sumpah. Yang itu menjadi persoalan sampai sekarang. Kenapa dia takut nak bersumpah.

Adakah bekas Presiden ABIM ini tidak tahu bersumpah mengikut kaedah Islam?

Tak. Mustahil. Macam beginilah, kenapa Anwar tak berani bersumpah ?

Anwar ni masih lagi menunaikan solat lima waktu. Walaupun kadang-kadang dia jamakkan. Tapi dia masih sembahyang. Tapi dia masih percayakan yang Allah Taala itu wujud.

Kalau suruh sesiapa pun yang tak ada pegangan pada Islam, dia orang boleh bersumpah. Sebab apa? Sebab dia tak tahu bila dia bersumpah tu, apa akibat dari dia bersumpah kalau sumpah tu palsu.

Tapi Anwar ni, orang yang faham tentang Islam. Dia tahu kalau dia sumpah, sumpah tu palsu dengan menggunakan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi.

Dia tahu, Allah Taala tak tunggu akhirat nak bayar, bayar kat dia cash. Allah Taala akan bayar kat dia kat bumi ni lagi. Tak tunggu sampai dia mati nak bayar kat akhirat, tak ada. Anwar tahu tu.

Sebab tu saya cakap terus-teranglah, Anwar tak kan berani bersumpah. Sebab, dia buat. Itu saja rumusannya.

Kita lihat Saiful Bukhari. Saya tak kenallah siapa dia ni. Latar belakang dia macam mana pun sebab saya tak tahu dia siapa.

Pokoknya, kalau dia tak betullah, Saiful Bukhari bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi dia diliwat oleh Anwar tahun 2008. Sekarang dah tiga tahun, sihat walafiat.

Dan kita lihat Saiful, katalah dia punya sumpah ni sumpah palsu. Buat tuduhan liar kata Anwar liwat dia. Dia kata Wallahi, Wabillahi, Wattalahi dan dia bersumpah palsu.

Tempat paling baik Allah Taala nak azab dia, masa dia pergi Mekkah tahun lepas. Itulah tempat terbaik Allah Taala nak turunkan bala kepada Saiful Bukhari.

Tapi kita tengok, bila Saiful Bukhari balik dari Mekkah, muka pula berseri. Kalau Anwar tengok pun geram, nak lagi.

Kalau berada di tempat yang benar, berani bersumpah…

Kalau kita tak buat, apa kita nak takut. Kalau dia cakap macam-macam, ulama apa semua, eh..ulama yang suruh dia bersumpah ni siapa ?

Ulama UMNO ke yang suruh dia bersumpah? Ulama pertama yang suruh dan cabar Anwar bersumpah, yang mencabar Saiful Bukhari bersumpah selepas Saiful membuat laporan polis, ialah Nik Aziz. Nik Aziz yang cabar.

Adakah terdetik di hati anda, kenapa Anwar buat begini semasa bersumpah di rumah saudara dan di Masjid Negara?

Bila dia tak berani bersumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattalahi, saya dah dapat rasa ada sesuatu yang tak kena.

Lebih-lebih lagi, satu hari tu dalam tempoh 2 September hingga 20 September 1998. Suatu hari saya masuk bilik Sani (pemandu Anwar) nak mandi di Bukit Damansara. Saya buka pintu, saya nampak Anwar sedang duduk sebelah kiri atas katil, dia duduk berbisik. Dia duduk dua orang.

Apasal kena berbisik sebab tak ada orang lain. Bila dia toleh belakang, dia nampak saya masuk, dia terus keluar. Dia tak cakap apa pun dengan ‘budak’ tu, dia terus keluar.

Masa tu umur saya 25 tahun. Anwar masa tu Timbalan Perdana Menteri yang cukup powerful yang baru saja kena pecat. Takkanlah saya budak umur 25 tahun nak tanya Anwar. Datuk Seri siapa budak ni, kenapa disimpan dalam bilik ni?

Masa tu dua hingga tiga hari ‘budak’ ni disimpan dalam bilik tu kerana takut dia ditangkap pihak polis.

Saya hanya tahu siapa ‘budak’ tu setahun lebih selepas itu. Masa pilihan raya kecil di Teluk Kemang, S.Sothinathan lawan Ruslan Kassim.

Malam sebelum hari mengundi tu, saya tengok Pemuda BN, dia edarkan vcd-vcd ini di bus stand. Malam tu saya buat rondaan, saya masa tu Setiausaha Eksekutif Pemuda PKR.

Saya pun ambil vcd ni, saya pasang. Masa tu saya terkejutlah. Sebab dalam vcd ni mengandungi pengakuan mangsa-mangsa liwat Anwar Ibrahim. Pertamanya Ahmad Hairani, pensyarah UKM, penulis ucapan dia. Pensyarah pun dia balun.

Yang keduanya, lepas saja pengakuan Hairani, ada pengakuan seorang budak laki-laki, budak muda, dia mengaku menerima RM300 daripada Sukma Darmawan kerana tadah punggung dia kat Anwar Ibrahim.

Masa tu saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Budak yang mengaku terima RM300 kerana diliwat oleh Anwar ni, budak itulah yang saya jumpa dalam bilik dengan Anwar Ibrahim.


Dari hari itu saya betul-betul dah, mandi tak basah..tidur tak lena.

Cuma ketika itu, saya dah dua-dua kaki dalam KeADILan. Saya dah jadi tunjang utama Pemuda ketika itu. Saya jadi Setiausaha Eksekutif, saya menggerakkan semua kerja.

Kalau kita nak tinggalkan Anwar masa tu, yalah..nanti orang kata Lokman Noor Adam al-kataki pula kan. Macam Ibrahim Ali kena.

Jadi, masa tu saya pujuk diri saya sendirilah. Saya cakap, tak apalah, sekurang-kurangnya Anwar ni hebat dalam soal membanteras rasuah.

Benteng terakhir saudara mempercayai Anwar meliwat sudah goyang?

Goyang. Enam tahun saya duduk dalam PKR, saya tengok mereka kata UMNO rasuah…UMNO rasuah, BN rasuah. Saya duduk dengan UMNO, sekarang ni dah 16 tahun, dengan PKR 6 tahun.

Saya tak pernah tengok kekotoran yang berlaku dalam PKR itu ada dalam UMNO. Dalam UMNO tu ada yang teruk, bukan tak ada, ada. Tapi tak pernah adalah seteruk apa yang ada dalam PKR.

Duit derma pun diaorang sapu, buat banglo. Ini realiti apa yang berlaku depan mata saya.

Macam Wan Azizah kan, kalau kita tengok lemah-lembut. Macam dengan Nurul Izzah. Siapa yang boleh percaya, orang yang macam ni boleh korup.

Tapi, jangan lupa. Izzah collect duit daripada Joseph Estrada 200,000 US dollar. Bagi kat mak dia, lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir Husin, sama-sama tahanan ISA dengan saya dulu. Dia collect duit RM 5 juta dalam bentuk cek, atas nama Wan Azizah Binti Wan Ismail. Lima sen haram tak masuk akaun parti.


Ini 1998, saya nak bagitahu. Lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir collect daripada siapa?

Nasir collect daripada Datuk Soh Chee Wen. Datuk Soh Chee Wen yang sponsor pejabat Parti Keadilan.

Sekarang, bila Soh Chee Wen gaduh dengan Anwar, dia tak bayar duit pejabat Parti Keadilan. Itu yang nak lelong pejabat Parti Keadilan.

Semuanya diberi atas nama Wan Azizah?

Atas nama Wan Azizah. Takkan lah dia bagi Wan Azizah RM5 juta untuk Wan Azizah beli kereta, pakai baju mewah. Tentulah Datuk Soh Chee Wen tu sumbang untuk bantu Parti Keadilan sebab mereka berhadapan dengan Pilihan Raya tahun 1999.

Saya bertanding tahun 1999 lawan Datuk Hishamudin Husin. Saya ingat lagi, bila bubar Parlimen, duit dalam poket ada RM250. Nak lawan Parlimen macam mana.

Saya cuma minta deposit pilihan raya, saya nak masuk gelanggang supaya saya boleh bertanding. Dia cakap, cari tempat lain dulu.

Kali kedua cakap, cari tempat lain dulu. Kali ketiga saya cakap, saya dah buat keputusan, saya nak biarkan Datuk Hishamudin menang tanpa bertanding.

Dia kata kenapa? Dulu kau nak bertanding sangat. Saya cakap, memanglah saya nak bertanding, deposit pilihan raya tak ada, macam mana saya nak bertanding.

Besok tu, 9.30 pagi penamaan calon, 8.30 pagi baru duit sampai. Baru saya pakai baju pergi dewan, bertanding. Nasib baik tak hilang deposit.

Oleh : AIDCNews – 21/06/11
http://www.anwaraidc.com/?p=12980

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP