Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, February 25, 2012

Memorandum bantah Anwar sokong keselamatan negara Israel


Selalunya merekalah juara dalam bab serah memorendum bantahan...tetapi bila orang nak serah pada mereka lain pula ceritanya.

Usaha Pemuda UMNO dan BN mengadakan perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik semula kenyataan sokongan terhadap Israel dalam akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) ke ibupejabat Keadilan pada Jumaat, menemui kegagalan.... kerana alasan pejabat itu ditutup.

Walaupun terdapat kira-kira 30 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Subang Jaya dan Shah Alam yang berkumpul di depan ibupejabat itu, tidak seorangpun yang berani atau mahu menyambut memorandum daripada Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid yang mengetuai demonstrasi berkenaan.

Akhir sekali, Megat terpaksa menyerahkan memorandum itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Tetapi sebaik sahaja rombongan seramai150 ahli Pemuda UMNO dan BN serta beberapa NGO itu beredar dari ibupejabat Keadilan, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip tiba-tiba muncul dan mengadakan sidang akhbar di luar pejabat.

Malah Rozan mempersalahkan pula Pemuda UMNO/BN kerana tidak memaklumkan hasrat mereka kepada ibupejabat PKR secara rasmi.

“Kenapa tak dimaklumkan secara rasmi kepada kita? Kita tak ada masalah jika mereka nak datang berhimpun beramai-ramai secara aman,” katanya.

“Semua pimpinan berada di Kuantan. Kenapa datang pada waktu sebegini? Itu sebab kami tak nak layan. Mereka nak bagi memorandum pun kami tak akan terima. Mereka perlu maklumkan secara rasmi kepada ibupejabat atau setiausaha agung, Saifuddin Nasution,” katanya.

Ditanya mengapa beliau sendiri tidak menerima memorandum itu, Rozan memberi alasan dia baru pulang dari membuat laporan polis di IPD Dang Wangi dan datang ke situ untuk memerhati kerana takut berlaku peristiwa tak diingini.

Rombongan Pemuda UMNO/BN tiba di ibupejabat PKR itu pada kira-kira 3.15 petang. Kira-kira 50 orang polis beruniform sudahpun berkawal untuk memastikan tidak ada peristiwa tidak diingini berlaku.

Polis hanya membenarkan tiga orang mengiringi Megat untuk menyampaikan memorandum berkenaan. Seramai 30 lelaki memakai kemeja-t tertulis AMK Subang Jaya dan AMK Shah Alam sudah berada di depan pagar pejabat.

Tetapi apabila Megat bertanya siapakah wakil yang boleh menerima memorandum itu, terdengar jawapan seperti “tak ada orang, pejabat tutup” dan juga ada seorang yang berteriak, “boleh baliklah”

Megat bertanya sekali tetapi kedengaran beberapa suara yang berkata “tak boleh”.dan “jangan terima”. Akhirnya pengawal keselamatan berbangsa India bersetuju menerima memorandum itu bagi pihak PKR pada kira-kira 4.10 petang.

“Mereka akui kononnya nak berkhidmat kepada rakyat. Tetapi tidak ada seorangpun, walaupun kerani berada di pejabat. Kita datang cara baik. Nak hantar memorandum. Tetapi tak seorangpun sanggup terima.

“Ini bukan cabang atau cawangan. Ini adalah ibupejabat. Tak ada kakitangan atau pegawai yagn sanggup atauboleh terima. Kononnya ada kursus di Kuantan. Tak kan kerani atau operator pun pergi kursus,” kata Megat kepada pemberita selepas itu.

“BN atau UMNO selalu pergi kursus. Jika Datuk Tengku Adnan Mansor tak ada, Datuk Raof ada, dan pegawai-pegawai lain pun ada. PKR ini satu parti yang tak sistematik. Mereka tak ada sistem pentadbiran. Kalau satu parti kecil pun tak boleh tadbir, bagaimana mereka nak tadbir
satu negara, atau negeri?,” tambahnya.

Megat berkata dia berharap Anwar akan membaca memorandum itu dan menarik balik kenyataannya yang dibuat dalam Asian Wall Street Journal. Pada masa sama Megat berpesan kepada parti-parti yang bersekongkol dengan PKR, terutamanya PAS supaya jangan terpedaya dengan sandiwara politik Anwar.

“Saya harap kawan-kawan yang bersekongkol dengan PKR, terutama PAS, fikir balik dan tengok dengan jelas sandiwara dan permainan politik yang telah ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim memperkudakan PAS yang mempunyai idelogi menegakkan Islam.

“Hari ini, kawan baik PAS, Anwar Ibrahim terang-terangan menyokong zionis utk menjahanamkan dan membunuh Palestin, sebuah negara Islam yang telah dizalimi oleh Israel.

“Tolonglah PAS. Kami seru. Ini bukti jelas, bukan hanya Anwar Ibrahim , tapi seluruh kepimpinan dan kakitangan pejabat PKR telah bersekongkol menjadi egen Israel,” katanya.

“Cita-cita Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya. Itu sahaja. Dia akan guna apa cara sahaja, termasuk menjadi boneka Israel.”

Oleh : NOOR HASILAH ISMAIL

Thursday, February 23, 2012

Gambar lucah Elizabeth Wong : Hilmi dakwa menjadi mangsa musuh dalam selimut

Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.

Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).

“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.


HILMI semasa ditemu bual wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia kelmarin.

Hilmi, 37, membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.

Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.

“Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth,” katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak.


Oleh : NUR AISHAH MOHD. AMIN


Monday, February 20, 2012

Tak perlu berdebat dengan Anwar "Sesumpah" itu.......

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.

"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody".

"Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.

Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.

Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.

malaysiakini.com

Friday, February 17, 2012

Apabila Anwar Ibrahim di 'kum kum' kan...............




Saya senyum sumbing apabila cybertroopers yang mungkin diupah Anwar ‘kantoi’ lagi membuat fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Begitulah balasan dari Allah SWT kepada mereka yang berniat jahat dan suka menabur fitnah…

Mungkin Anwar terlalu tertekan dengan kenyataan sendiri yang memakan diri ketika diwawancara Wall Street Journals pada 26 Januari lalu. Imejnya hancur teruk apabila pemimpin-pemimpin dan gerakan-gerakan Islam terkemuka seperti Hamas, Fatah, Ikhwanul Muslimin, golongan ulama di Indonesia serta ramai umat Islam mengecam ‘Imam Mahdi’ itu.

Sedang dia dihentam dari segenap keliling arah, tiba-tiba Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berikan ‘bola tanggung’, kononnya menegur Najib kerana hadirkan diri pada sambutan hari Thaipusam baru-baru ini. Maka menyalaklah puak-puak pembangkang menghentam Najib, khususnya YB Pas paling bodoh, Mahfuz Omar, yang menuduh Najib melakukan dosa syirik.

Sekonyong-konyong puak-puak itu terkedu seketika apabila Mufti Perak itu menyatakan rasa tersinggungnya atas kenyataannya itu diputar belit oleh media pro-pembangkang. Harussani menegaskan bahawa tindakan Najib itu tak salah pun dan tidak pun menggadai akidahnya sebagai umat Islam sebagaimana yang dikatakan Mahfuz dan konco-konconya…

Kemudian, timbul pula cybertroopers pro UMNO yang menyiarkan gambar Anwar yang diusung pada satu perayaan Ponggal. Lebih hebat, Anwar disaksikan seolah-olah menyertai upacara ‘pooja’ dan memakai ‘tandey’ di dahi! Tindakan bijak tersebut jelas mampu membuat Anwar pitam!

Maka kalutlah juak-juak Anwar mencari jalan untuk mengatasi masalah yang ‘memakan tuan’ itu. Niatnya mahu menyerang Najib – Thaipusam, tapi Najib selamat la pulak. Anwar pulak yang sangkut teruk dengan pesta perayaan ‘Ponggal’ itu. Sudahlah isu beri sokongan pada Israel belum selesai Anwar dibalun setengah mati, Allah turunkan bala percuma pulak dahhhh..!

Maka cepat-cepatlah cybertroopers Anwar buat cerita. Kononnya Najib pun pakai ‘tandey’ macam Anwar!

Tapi taktik tu tak menjadi apabila fitnah bergambar itu ‘kantoi’ dan dibuktikan ‘superimpose’! Sila lihat dibawah buktinya…

Kononnya Najib “ditandeykan”…

Gambar Najib disunting dari sini… lihat gambar yang dibulatkan…

Dan gambar “aci tukang tandey” itu disunting dari sini…

Memalukan bukan? Inilah cara puak-puak Pakatan Haram selama ini. Setiap kali ‘kantoi’ memfitnah kita kemukakan segala bukti dan fakta. Tapi, rakan-rakan kita di seberang sana memang tegar dengan Anwar. Mereka lebih suka pemfitnah dari penegak keadilan. Anwar yang memuja Israel itu juga yang ‘disembah’ siang dan malam…

Kadangkala, saya rasa sedih dengan sikap rakan-rakan kita di sebelah sana. Mereka mempunyai mata untuk melihat, tapi mereka ‘buta’. Mereka punya telinga untuk mendengar, tapi mereka ‘pekak’. Mereka punya akal, tapi mereka lebih memilih untuk menggunakan kepala lutut untuk berfikir.

Firman Allah menjelaskan golongan itu seperti haiwan, malah lebih teruk! (..ulaaika kal an’aam, bal hum adhal..). Saya tetanya-tanya bilakah hidayah Allah itu akan hadir dalam jiwa mereka dan semoga mereka sedar tentang kelemahan yang ada serta kembali ke pangkal jalan selagi belum terlambat. Insaflah wahai saudaraku…

Saya tidak menyatakan bahawa UMNO dan BN itu sempurna kerana tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah SWT. Memang ada kelemahan dan kelemahan itu sedang diperbaiki dari masa ke semasa. Sebab itulah Najib gesa transformasi.

Transformasi bukan reformasi. Transformasi itu dibuat untuk islah, manakala reformasi dibuat untuk menjahanamkan pihak lain. Najib lebih gemar membuat perubahan dengan membina dan berbeza dengan pendekatan Anwar yang lebih gemar mengikut cara Yahudi yang mahu berkuasa dan meruntuhkan pihak yang lain.

Justeru, sudah-sudahlah berfikiran negatif. Marilah bersama kami. Janganlah buat fitnah dan malukan diri sendiri macam di atas tu lagi. Ia mampu menjatuhkan maruah sendiri saja. Jom transformasi, tolak reformasi!


Anwar Menari…Mohd Nur Manuty Tepuk Tangan

By : dukeofmontecristo

Wednesday, February 8, 2012

Anwar berani kerana ketaksuban penyokong PAS dan PKR yang menganggap pertolongan Yahudi boleh membawa Anwar ke Putrajaya



Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketaksuban golongan ‘Anwariun’ dalam pakatan pembangkang menjadi punca keberanian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan sokongan terbukanya kepada keselamatan Israel.

Golongan yang taksub itu percaya dengan hujah Anwar bahawa mereka tidak boleh mengambil alih Putrajaya tanpa sokongan kuasa luar terutama dari Amerika Syarikat, Yahudi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong perkahwinan sejenis.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz juga berjaya memukau ahli PAS untuk mendahulukan matlamat politik dan menawan Putrajaya, sekali gus menyebabkan parti itu sanggup berdiam diri dan membelakangi umat Islam di Palestin.

“Rakyat Malaysia mesti menolak Nik Aziz dan golongan Anwariun ini. Jika Anwar berjaya ke Putrajaya, imej Malaysia yang konsisten menentang kezaliman zionis Israel terhadap rakyat Palestin akan bertukar menjadi negara pro Israel.

“Nik Aziz dan golongan Anwariun tergamak mempertahankan kenyataan Anwar yang memedihkan hati rakyat Malaysia iaitu menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan Israel kerana Anwar, Nik Aziz dan golongan Anwariun mahu Amerika dan Yahudi terus membantu beliau (Anwar) menawan Putrajaya.

“Dengan kata lain, Nik Aziz dan Anwariun tidak yakin mereka boleh menawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan asing,” katanya kepada Berita Harian melalui SMS, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas sokongan Anwar kepada usaha menjaga keselamatan Israel seperti dilaporkan dalam Wall Street Journal, baru-baru ini.

Katanya, sebagai seorang ulama politik, Nik Aziz sanggup mengikut kehendak Anwar dan DAP walaupun terpalit memberi sokongan kepada rejim zionis Israel.

Beliau mendakwa Nik Aziz sudah menyeleweng dan ulama dalam PAS perlu membawa beliau ke pangkal jalan demi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.

Oleh : Syed Azwan Syed Ali

Friday, February 3, 2012

Cukuplah Kelantan ditipu PAS



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan PAS, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata janji-janji PAS pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu PAS perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.

"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah 'belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?

"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada PAS. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru Khamis.

Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Bernama melaporkan lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.

"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu.

"Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.

Beliau berkata tidak seperti PAS yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.

"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.

Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan B Ndi Kelantan.

"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada PAS lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.

Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.

"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau.

agendadaily

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP