Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, February 8, 2012

Anwar berani kerana ketaksuban penyokong PAS dan PKR yang menganggap pertolongan Yahudi boleh membawa Anwar ke Putrajaya



Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketaksuban golongan ‘Anwariun’ dalam pakatan pembangkang menjadi punca keberanian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan sokongan terbukanya kepada keselamatan Israel.

Golongan yang taksub itu percaya dengan hujah Anwar bahawa mereka tidak boleh mengambil alih Putrajaya tanpa sokongan kuasa luar terutama dari Amerika Syarikat, Yahudi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong perkahwinan sejenis.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz juga berjaya memukau ahli PAS untuk mendahulukan matlamat politik dan menawan Putrajaya, sekali gus menyebabkan parti itu sanggup berdiam diri dan membelakangi umat Islam di Palestin.

“Rakyat Malaysia mesti menolak Nik Aziz dan golongan Anwariun ini. Jika Anwar berjaya ke Putrajaya, imej Malaysia yang konsisten menentang kezaliman zionis Israel terhadap rakyat Palestin akan bertukar menjadi negara pro Israel.

“Nik Aziz dan golongan Anwariun tergamak mempertahankan kenyataan Anwar yang memedihkan hati rakyat Malaysia iaitu menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan Israel kerana Anwar, Nik Aziz dan golongan Anwariun mahu Amerika dan Yahudi terus membantu beliau (Anwar) menawan Putrajaya.

“Dengan kata lain, Nik Aziz dan Anwariun tidak yakin mereka boleh menawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan asing,” katanya kepada Berita Harian melalui SMS, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas sokongan Anwar kepada usaha menjaga keselamatan Israel seperti dilaporkan dalam Wall Street Journal, baru-baru ini.

Katanya, sebagai seorang ulama politik, Nik Aziz sanggup mengikut kehendak Anwar dan DAP walaupun terpalit memberi sokongan kepada rejim zionis Israel.

Beliau mendakwa Nik Aziz sudah menyeleweng dan ulama dalam PAS perlu membawa beliau ke pangkal jalan demi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.

Oleh : Syed Azwan Syed Ali

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP