Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, February 25, 2012

Memorandum bantah Anwar sokong keselamatan negara Israel


Selalunya merekalah juara dalam bab serah memorendum bantahan...tetapi bila orang nak serah pada mereka lain pula ceritanya.

Usaha Pemuda UMNO dan BN mengadakan perhimpunan aman untuk menyerahkan memorandum mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik semula kenyataan sokongan terhadap Israel dalam akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) ke ibupejabat Keadilan pada Jumaat, menemui kegagalan.... kerana alasan pejabat itu ditutup.

Walaupun terdapat kira-kira 30 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Subang Jaya dan Shah Alam yang berkumpul di depan ibupejabat itu, tidak seorangpun yang berani atau mahu menyambut memorandum daripada Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid yang mengetuai demonstrasi berkenaan.

Akhir sekali, Megat terpaksa menyerahkan memorandum itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Tetapi sebaik sahaja rombongan seramai150 ahli Pemuda UMNO dan BN serta beberapa NGO itu beredar dari ibupejabat Keadilan, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Rozan Azen Mat Rasip tiba-tiba muncul dan mengadakan sidang akhbar di luar pejabat.

Malah Rozan mempersalahkan pula Pemuda UMNO/BN kerana tidak memaklumkan hasrat mereka kepada ibupejabat PKR secara rasmi.

“Kenapa tak dimaklumkan secara rasmi kepada kita? Kita tak ada masalah jika mereka nak datang berhimpun beramai-ramai secara aman,” katanya.

“Semua pimpinan berada di Kuantan. Kenapa datang pada waktu sebegini? Itu sebab kami tak nak layan. Mereka nak bagi memorandum pun kami tak akan terima. Mereka perlu maklumkan secara rasmi kepada ibupejabat atau setiausaha agung, Saifuddin Nasution,” katanya.

Ditanya mengapa beliau sendiri tidak menerima memorandum itu, Rozan memberi alasan dia baru pulang dari membuat laporan polis di IPD Dang Wangi dan datang ke situ untuk memerhati kerana takut berlaku peristiwa tak diingini.

Rombongan Pemuda UMNO/BN tiba di ibupejabat PKR itu pada kira-kira 3.15 petang. Kira-kira 50 orang polis beruniform sudahpun berkawal untuk memastikan tidak ada peristiwa tidak diingini berlaku.

Polis hanya membenarkan tiga orang mengiringi Megat untuk menyampaikan memorandum berkenaan. Seramai 30 lelaki memakai kemeja-t tertulis AMK Subang Jaya dan AMK Shah Alam sudah berada di depan pagar pejabat.

Tetapi apabila Megat bertanya siapakah wakil yang boleh menerima memorandum itu, terdengar jawapan seperti “tak ada orang, pejabat tutup” dan juga ada seorang yang berteriak, “boleh baliklah”

Megat bertanya sekali tetapi kedengaran beberapa suara yang berkata “tak boleh”.dan “jangan terima”. Akhirnya pengawal keselamatan berbangsa India bersetuju menerima memorandum itu bagi pihak PKR pada kira-kira 4.10 petang.

“Mereka akui kononnya nak berkhidmat kepada rakyat. Tetapi tidak ada seorangpun, walaupun kerani berada di pejabat. Kita datang cara baik. Nak hantar memorandum. Tetapi tak seorangpun sanggup terima.

“Ini bukan cabang atau cawangan. Ini adalah ibupejabat. Tak ada kakitangan atau pegawai yagn sanggup atauboleh terima. Kononnya ada kursus di Kuantan. Tak kan kerani atau operator pun pergi kursus,” kata Megat kepada pemberita selepas itu.

“BN atau UMNO selalu pergi kursus. Jika Datuk Tengku Adnan Mansor tak ada, Datuk Raof ada, dan pegawai-pegawai lain pun ada. PKR ini satu parti yang tak sistematik. Mereka tak ada sistem pentadbiran. Kalau satu parti kecil pun tak boleh tadbir, bagaimana mereka nak tadbir
satu negara, atau negeri?,” tambahnya.

Megat berkata dia berharap Anwar akan membaca memorandum itu dan menarik balik kenyataannya yang dibuat dalam Asian Wall Street Journal. Pada masa sama Megat berpesan kepada parti-parti yang bersekongkol dengan PKR, terutamanya PAS supaya jangan terpedaya dengan sandiwara politik Anwar.

“Saya harap kawan-kawan yang bersekongkol dengan PKR, terutama PAS, fikir balik dan tengok dengan jelas sandiwara dan permainan politik yang telah ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim memperkudakan PAS yang mempunyai idelogi menegakkan Islam.

“Hari ini, kawan baik PAS, Anwar Ibrahim terang-terangan menyokong zionis utk menjahanamkan dan membunuh Palestin, sebuah negara Islam yang telah dizalimi oleh Israel.

“Tolonglah PAS. Kami seru. Ini bukti jelas, bukan hanya Anwar Ibrahim , tapi seluruh kepimpinan dan kakitangan pejabat PKR telah bersekongkol menjadi egen Israel,” katanya.

“Cita-cita Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya. Itu sahaja. Dia akan guna apa cara sahaja, termasuk menjadi boneka Israel.”

Oleh : NOOR HASILAH ISMAIL

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP