2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :
i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?
(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).
vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?
Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
chedet
Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Berkenaan Hudud.
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.
Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.
Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara ‘Islam’ untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Kita ketepikan dahulu persoalan ‘Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan’. Sebab nampaknya, persoalan ‘Apakah Hudud Itu Daripada Allah’ pun tidak diketahui rupanya.
Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?
Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya ‘budak Usul’, atau ‘budak akar’ di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.
Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang “Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama’ Fiqah?”. Saya tidak layak untuk membahaskan “Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud.” Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.
Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama’.
Ini hukum mencuri:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.
Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:
Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!”
Kemudian hukum zina pula:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Surah An-Nur ayat 2.
Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:
“Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.
Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.
Kemudian hukum murtad pula:
“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.
Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik” Surah An-Nur ayat 4.
Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.
Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.
Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.
Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.
Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?
Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.
Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.
Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama’ yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.
Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.
Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.
Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.
Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama’-ulama’ Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.
Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.
Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.
Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: ”Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir.” Sebenarnyalah.
“Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. “ Surah Al-Maidah ayat 44.
“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 45.
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.
Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.
Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.
Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.
Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.
Sampai di sini sahaja nota do’if saya.
Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.
Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.
Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.
~ Seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com
Ini adalah berdasarkan pemahaman saya terhadap kenaytaan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Sekiranya pemahaman ini adalah sama dengan apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, saya berpendapat ianya tidak salah. Cuma mungkin boleh membawa kepada kekeliruan sekiranya tidak difahami dan dijelaskan dengan betul.
1. Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, terdapat 3 perkara utama :-
Pertama : Hukum hudud tidak ada dalam Al-Quran
Kedua : Hukum hudud adalah rekaan ahli feqah
Ketiga : Undang-undang hudud yg direka ini (merujuk kpd hudud pas) tidak adil
Perkara pertama dan kedua adalah berkait. :-
Perkara pertama
2. Bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain tidak disebut dalam Al-Quran. Tun tidak mengatakan bahawa hukuman untuk mencuri tidak ada, tetapi penggunaan perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah tersebut tidak ada dalam Al-Quran.
3. Dalam Al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 14 kali. Sila rujuk dalam posting sebelum ini (Klik) untuk penciriannya.
4. Dalam kesemua ayat yang mana Allah menyebut perkataan hudud ini, tiada satupun yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain.
5. Inilah yang dimaksudkan apabila hukum hudud ini tidak disebut dalam Al-Quran. hukuman untuk mereka yang mencuri, berzina dll ada dalam Al-Quran, tetapi perkataan hudud tidak disebut dalam ayat-ayat mengenainya.
Perkara kedua
6. Apabila Tun mengatakan bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah, ianya bermaksud hukum hudud ataupun kanun jenayah shariah ini digubal atau direkebentuk oleh ahli feqah. Ini bukan bermakna hukuman-hukuman dalam kanun jenayah seperti hukuman potong tangan dan sebat 100 kali itu direka oleh ahli feqah tetapi ianya adalah satu bentuk penggubalan atau kompilasi oleh ahli-ahli feqah yang diambil daripada Alquran dan hadith maka terbentuklah apa yang disebut oleh kita sebagai hukum hudud.
7. Sebagai contoh, dalam kanun jenayah syariah atau hukum hudud ada dimasukkan hukuman rejam tetapi hukuman rejam tidak ada di dalam Al-Quran. Hukuman rejam adalah dari hadith. Maksudnya dalam pembentukan atau penggubalan hukum hudud ini ianya bukan diambil dari AL-Quran semata-mata tetapi juga dari hadith. Oleh itu, hukum yang dipanggil hudud ini digubal atau direkabentuk atau dalam perkataan Tun direka oleh Ahli Feqah.
8. Ini yang dimaksudkan oleh Tun bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah. ianya merujuk kepada penggubalan undang-undang yang dipanggil hukum hudud oleh ahli feqah yang diambil dari Al-Quran dan Hadith dan dijadikan satu dokumen undang-undang yang dipanggil hukum hudud.
9. Sebagai contoh atau analogi. Hadi Awang mengatakan bahawa negara islam tidak ada di dalam Al-Quran. kenyataan Hadi Awang ini merujuk kepada perkataan negara islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi didalam Al-Quran ada diterangkan konsep-konsep kenegaraan, pentadbiran dalam islam, sistem ekonomi islam dan pelbagai cabang-cabang yang boleh dikkumpulkan untuk menjadi satu rangka konsep negara islam.
10. Samalah juga kalau saya katakan bahawa Negara Islam adalah direkabentuk atau digubal oleh ahli Feqah berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Negara Islam tidak disebut dalam AL-Quran, ianya dirangka oleh ahli feqah yang menggabungkan kesemua unsur yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Samalah dengan hukum hudud dalam kanun jenayah syariah yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir.
11. Dalam kenyataan Tun juga sebenarnya, Tun menyebut mengenai hukuman-hukuman dalam AL-Quran seperti mencuri dipotong tangan, berzina disebat 100 kali yang mana menunjukkan Tun mengakui akan kewujudan hukuman tersebut dalam Al-Quran. Apa yang Tun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS, PAS tidak bersikap adil apabila membezakan bentuk hukuman diantara orang islam dan bukan islam. Sepatutnya, kalau orang islam mencuri hukumannya potong tangan maka kalau orang bukan islam mencuri hukumannya juga mestilah potong tangan. Ini membawa kepada perkara ketiga yang disebut oleh Tun.
Perkara Ketiga
12. Perkara ini Tun merujuk kepada konsep keadilan. Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama.
13. Dalam hudud PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.
Wallahu'alam.
Posted by CheWal at 11:48 March 02, 2012
http://chewal.blogspot.com
Sila klik jawapan kedua dari Hilal Asyraf terhadap soalan-soalan Tun di atas
Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Posted by: Hilal Asyraf Posted date: March 14, 2012
Sila rujuk juga di sini...
Hukum Hudud Bahagian 1
alhamdulillah bermula satu perbincangan secara terbuka....maka akhirlah ianya dengan fikiran yang terbuka juga...jadi sampaikan lah pulak soalan2 mantan perdana menteri kita kepada cucunda Hilal Asyraf...
ReplyDeletemaka jawablah persoalan datonda tu...mohon owner blog update entry ni sekiranya cucunda menjawab..
sekadar menyampaikan...sumber dri hilal asyraf (official)
ReplyDeleteHilal Asyraf
Saya usaha daftar ke blog Tun Mahathir. Tapi tak boleh pun.
Tolong sampaikan ucapan 'sama-sama' dan 'terima kasih' saya kepada Tun, dan nyatakan bahawa saya berusaha untuk menjawabnya, tetapi nyatakan bahawa saya 'minta maaf' sebab saya tidak mahu jawab sekadar 'Ya@Tidak'. Saya nak jawab dengan style saya. Harap Tun tidak kisah.
Dan insyaallah saya akan jawab di Facebook saya ini.
Harap ada yang boleh tolong sampaikan. Atau mungkin tolong letak di ruang komen blog itu. Saya nak letak sendiri sebagai tanda menghormati Tun, saya sudah usaha register, tapi tak sampai-sampai pula email passwordnya kepada saya.
Minta maaf ya Tun.
-----------------------------------
Dan terima kasih atas ucapan selamat, kata-kata semangat, nasihat-nasihat daripada yang memberikan. Saya rasa gembira. Menjadikan saya lebih berhati-hati dan teliti.
Saya fikir, seronok juga kalau soalan Tun ini boleh disampaikan kepada figure-figure agama seperti Ustaz Hasrizal, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Dr Maza dan sebagainya. Kalau ada yang boleh sampaikan kepada mereka, menarik. Mengakui bahawa siapalah saya kalau nak banding dengan veteran-veteran ini di dalam ilmu.
Baru padat perbincangan ini.
^^
Hilal Aysraf akan menjawab persoalan yg dibangkitkan oleh YBhg. Tun pada esok hari sebagaimana katanya di wall fb beliau.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2825750768321&id=1395571657
salam...
ReplyDeleteape ape pun...sebenarnya...tidak enak memalukan dan mewar warkn aib org lain...dan ade cara n prosedur yg lebih baik...sbb kita di suruh hormat akan pemimpin,org tua...kasihi org muda...dan paling penting...jadilah org yg pemaaf...maafkan seseorg itu...manusia ini bukan lah sempurna...jadi saling lah bermaafan...maafkan seseorg itu dan doakn akan perkara kebaikan,kebahagiaan adalah lebih baik...mohon pada allah..
ha... ambik ko... mcm tu la kebanyakan student yg masih mentah ... berlagak mcm pandai...
ReplyDeletesalute Tun Dr M... u r really a genius... seorg doktor perubatan yg mengakji al quran... jauh dari sorng yg memang mengaji al quran & hadis...tapi... haprak... sombong... & berlagak dgn ilmu & jasa serta sumbangan yg NIL pd negara, bangsa & agama...
alah wei ko pon pikir la sama...hilal asyraf dah label diri dia `kurang berilmu`dlm hudud..lgpon dye amik usuluddin...mmglah muda masih mentah... Tun Dr M tu dah berusia...dah banyak ilmu..ish engko nih pon! cakap x mendalami seseorang pon..tau berpihak kepada org lain tanpa menilai seseorang dengan mendalam.
DeleteSaya setuju dengan Dr. Mahathir. Pnulis putar belit kenyataan kononya membuktikan hukuman rejam ada dalam Al-Quran, tapi apa yang dia buktikan hanyalah dari hadith sahaja dan tidak dari AlQuran. Dr. mahathir percaya 100% pada Al-Quran, dan sangat berhati hati ketika memilih hadith... Susah saya nak cari orang yang sependapat dengan saya selama ni. Akhirnya, orang yang saya sanjung iaitu Dr. mahathir berjaya buktikan dengan hujah yg bernas.
ReplyDeleteCUKUPKAH HANYA AL-QUR’AN SEMATA ???
Delete( MEMBEDAH FAHAM QUR’ANIYYIN )
baca sini. ---> http://abusalma.wordpress.com/2007/04/05/cukupkah-hanya-al-qur%E2%80%99an-semata/
kalau kamu percaye 100% pada alQuran, kamu takkan tolak firman Allah dalam suroh al-anfal ayat 20.
"Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), dan janganlah kamu berpaling daripadanya sedangkan kamu mendengar."
so Allah suruh taat padaNya dan TAAT PADA RASULULLAH;D memandangkan kamu sependapat mesti percaya 100% pd quran, kamu tak boleh sangkal firman Allah td! mesti taat pd Rasul juga!
Bagaimana mentaati Allah tanpa Rasul dan bagaimana mahu mentaati Rasul tanpa Al Quran.... nampak tak hubungkaitnya iaitu frasa ayat "taat Allah dan taat rasul". Hanya dengan Al Quran, kita mentaati rasul dan secara langsung kita mentaati Allah.
DeletePotensi untuk tidak mentaati rasul melalui riwayat2 hadis sangatlah besar....
Senang kata Al-Quran sumber pertama.Hadis sumber kedua..dah x de dlm Al-Quran ikut jelah Hadis..lgpon dye belajar bidang hadis..so dye lagi arif lah!
DeleteBelajar dari sahabat dalam menyikapi pola fikir Qur’aniyyin
ReplyDeleteDalam satu riwayat yang shahih dari Ibnu mas’ud, datang seorang wanita kepadanya kemudian berkata : “kamukan orangnya yang berkata bahwa Allah melaknat namishat (wanita yang mencabut rambut alis) dan Mutamishat (wanita yang minta dicabutkan) dan Wasyimat (wanita yag mentato), Ibnu Mas’ud berkata : ya, benar. Aku telah membaca Al-Qur’an dari awal sampai akhir tetapi aku tidak menemukan apa yang kamu katakan. Maka ibnu mas’ud berkata : ‘jika kamu betul-betul membacanya maka kamu akan menemukannya. Tidakkah engkau membaca : “apa yang disampaikan oleh rasul ambillah dan apa yang dilarang oleh rasul maka tinggalkanlah ” [QS. Al-Hasyr :7], aku telah mendengar rasulullah bersabda : “allah melaknat namishat ” [ HR. Bukhari-Muslim]
Mengapa tuan mengambil sekerat je ayat tersebut ?
DeleteAl Hasyr ayat 6. Dan apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan (tidak pula) seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada RasulNya terhadap apa saja yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 7. Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.
Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah.Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.
Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.
"Pelaksanaan Hudud di Malaysia?" - Jawapan dari seorang Lawyer...untuk difikir..
ReplyDeletePagi tadi saya berceramah tentang Perlembagaan Persekutuan di hadapan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Soalan favorite yg telah saya jangka akan ditanya oleh mahasiswa adalah begini - "Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan Undang2 Hudud kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut perkara 3 Perlembagaan?"
JAWAPAN SAYA:
Sebenarnya, Kerajaan BN dan Kerajaan PR kedua-duanya tidak boleh diharap untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Oleh itu camnilah saudara. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda jika Fatimah yg mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya. Dan berdasarkan firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka", maka saya mencadangkan agar saudara dan sesiapa sahaja pejuang dan pencinta hudud di Malaysia ni, buatlah hukuman hudud sendiri di rumah, di kalangan ahli keluarga kita sahaja. Jika anak kita mencuri di sekolah, maka kita sebagai bapa potonglah tangan anak kita tersebut demi melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulnya. Jika ada anak kita yang berzina, maka sebat dan rejamlah mereka dengan batu sehingga mati.
Ya, mungkin polis akan menangkap kita kerana membuat undang2 sendiri yg bertentangan dengan undang2 sekular negara ini, maka biarkan polis menangkap dan mendakwa kita, biarlah kita dipenjarakan di dunia kerana kesalahan memotong tangan anak sendiri yg mencuri atau kita dihukum gantung sampai mati sekalipun kerana menyebabkan kematian anak kita yang kita rejam dengan batu sampai mati, tak mengapa, saya percaya mati kita itu mati syahid kerana niat nak menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita biarkan pemimpin kerajaan menjawab sendiri di yaumul-mahsyar nanti mengapa mereka tidak melaksanakan hudud. Sedangkan kita sebagai Pemimpin keluarga pasti tersenyum gembira di syurga Allah kerana kita telah melaksanakan perintah Allah.
SELEPAS SAYA JAWAB BEGITU, SATU DEWAN TERMENUNG DAN TERMANGGU.
SALAH KE JAWAPAN SAYA BERKENAAN??????
Take my like!
DeleteHudud wajib ada kat negara...kalau x buat berdosalah pemerintah negara sebab x buat...hudud hukum Allah...mungkin ada alasan seperti `hudud x sesuai di negara yg pelbagai agama and bangsa`..tapi malaysia nih negara apa?..negara buddha?..Hindu?...TAK..MAlaysia negra ISLAM...kalau di mata manusia kita bleh guna alasan nih..cuba gunakan di hadapan ALLAH..rasa bleh trima x?..Advantage hududnya kalau kena hukum hudud kat dunia kat akhirat dye terlepas.ada maksud hadis,ade sorang wanita mengaku berzina lalu berserah diri,lalu direjam sampai mati.rasulullah menyatakan bahawa Allah trima taubatnya.
ReplyDeleteDulu ada Rasullullah yg boleh melaksanakan hukuman itu kerana dia bertanggungjawab atas apa yg akan berlaku kalau hukuman itu didapati salah tetapi sekarang bolehke dah dihukum hudud dibiarkan saja pesalah itu merana itu salah...so view Tun Mahathir ada logicnya jangan sampai satu hari bangsa lain mengunakan hudud utk mepupuskan orang Islam kerana beriya iya dengan hukum hudud...ini pernah terjadi fikir fikirkanlah
ReplyDeleteHilal Asyraf berkata - "Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir."
ReplyDeleteTetapi, Hilal Asyraf sendiri menolak ayat 2 an-Nuur dalam menghukum penzina “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
Kita perlu terima hakikat memang berlaku hukuman rejam ke atas penzina oleh Nabi Muhamad saw. Dalam hadith lain dinyatakan hukum rejam ke atas penzina itu berlandaskan hukum itu dalam kitab Taurat Yahudi di Madinah digunakan oleh Nabi.
Sekarang kita tanya diri kita sendiri "Adakah wahyu Allah di ayat 2 surah An-Nuur yang menetapkan had hukuman ke atas penzina 100 sebatan itu diturunkan sebelum atau selepas kejadian hukuman rejam terhadap penzina oleh Nabi Muhamad?"
Mengikut hukum aqal sudah tentulah ayat 2 An-Nuur diturunkan kemudian selepas kejadian rejam itu. Kalau diturunkan awal dan Nabi Muhamad meneruskan juga melaksanakan hukuman rejam, bermakna Nabi Muhamad saw sendiri melawan perintah Allah. Ini sudah tentu tidak mungkin berlaku kerana Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah.
Jadi, hadith2 rejam ke atas penzina (sama ada kita pecah kategori sebagai penzina muhsan atau bukan) walaupun kita akui kesahihan hadith2 itu sudah tentulah kita ketepikan (bukan menolak) kerana ayat 2 An-Nuur lebih mengatasi (superceeds) hadith2 tersebut.
Ini pandangan saya.