Gambar Hiasan - "Torah of the Jews (Old Testament in the Christian Bible) Deuteronomy 22:23-24 - Sexual intercourse between a man and a woman engaged to another man both should be stoned to death"
Hukum hudud dalam al-Quran bermaksud hukum-hakam Allah secara umum termasuk semua suruhan dan laranganNya. Hukum hudud yang menyeluruh ini lebih penting dan lebih aula daripada hudud yang sempit dan terbatas yang bermaksud hukuman-hukuman bersyarat ketat, sukar untuk dilaksanakan dan dianggap tuntutan paling akhir dalam agama untuk dilaksanakan. Ini kerana hukum hudud yang menyeluruh ini adalah pokok ajaran Islam.
Ulama-ulama berbeza pendapat tentang banyak perkara mengenai hukum hudud. Antara perbezaan pendapat mereka yang jelas ialah:-
1. Mereka berbeza pendapat tentang maksud hukum hudud., dan
2. Mereka berbeza pendapat tentang bilangan kesalahan yang mesti dikenakan dalam hukum hudud.
Ulama zaman dahulu menamakan hudud terhadap semua dosa atau perkara yang haram. Ini kerana hudud itu secara umumnya bermaksud batasan agama, suruhan buat baik dan larangan buat jahat (al-amr bilma’ruf wa an-nahy ‘anilmungkar)
Bagaimanapun, pada zaman akhir-akhir ini, pengertian terhadap hudud berubah di mana para ulama menyempit dan mengkhususkan maksudnya kepada hukuman yang dibataskan (al-mahdud) dan disebut secara jelas (qat’iyah) dalam al-Quran dan dipanggil hukuman yang telah ditetap atau hukuman nas (al-‘uqubah al-muqaddarah / al-‘uqubah an-nasiyah)
Ini bererti hukum hudud itu ada dua:-
Pertama, hukum hudud yang umum bermaksud semua dosa atau perkara haram yang ditegah oleh Islam seperti meninggalkan sembahyang, tidak berpuasa dalam bulan Ramadan, memaki-hamun, mencarut, menghina, mengumpat, menipu dan lain-lain.
Kedua, hukum hudud yang khusus bermaksud kesalahan-kesalahan yang ditetapkan hukumannya dalam al-Quran seperti hukum hudud berzina, hukuman mencuri, minum arak, qazaf (tuduhan isteri berzina atau tuduhan terhadap wanita mukminah berzina), murtad dan hukuman hirabah (merompak, memerangi Allah, RasulNya).
Ibn Taimiyah dalam kitab as-Siasah asy-Syari’iyah dan Abu Ya’la dalam kitab al-Ahkam as-Sultaniyah adalah di antara beberapa ulama dahulu yang membahagikan hudud kepada dua bahagian itu.
Adalah jelas bahawa hudud itu pada ulama zaman silam bukan semata-mata hukum hudud seperti yang kita sering baca dalam Harakah atau mendengar huraian-huraian para ustaz dan ulama PAS. Ini kerana hudud itu adalah semua suruhan dan larangan Allah.
Dalam pada itu perkataan atau istilah hudud seperti yang difahami oleh orang awam tidak wujud dalam al-Quran kerana semua ayat al-Quran yang menyebut tentang hudud adalah bermaksud batasan agama secara keseluruhannya.
Untuk mengetahui betapa kecil hukum hudud berbanding hukum-hakam Islam yang lain memadai disebutkan dalam al-Quran terdapat 10 ayat yang membincang mengenai hukum hudud berbanding 500 ayat yang membincangkan keseluruhan hukum.
Ini bererti ayat yang menyebut hukum hudud hanya 1 daripada 500, ataupun 0.17 peratus dari keseluruhan ayat al-Quran yang berjumlah kira-kira 6,000 ayat itu.
Perhatikan ayat 187 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:187)] :
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah Hudud (batas-batas larangan) Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”
Hudud dalam ayat di atas itu ialah berkaitan dengan larangan supaya tidak mencampuri isteri pada siang hari bulan Ramadan.
Perhatikan pula ayat 229 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:229)] :
“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan Hudud (aturan-aturan hukum) Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan Hudud (aturan-aturan hukum) Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah Hudud (aturan-aturan hukum) Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar Hudud (aturan-aturan hukum) Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. ”
Dalam ayat di atas disebut hudud sebanyak empat kali, tetapi semua tidak bermaksud hudud yang difahami sekarang, tetapi ia berkaitan dengan batasan yang tidak boleh dilanggar jika berlaku perceraian di antara suami isteri.
Begitu juga ayat 230 daripada surah al-Baqarah [Lembu Betina/The Cow (2:230)] : yang membincangkan tentang hudud yang dibenarkan bagi suami isteri sesudah bercerai tiga kali untuk kembali hidup serumah semula jika isteri itu berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu.
Ayat ini bermaksud:
“Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan Hudud Allah dan itulah Hudud Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. ”
Ayat 13 daripada surah an-Nisa’[Wanita/The Woman (4:13)] :-
“Segala hukum yang tersebut adalah Hudud (batas-batas syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar..”
Ayat di atas membincangkan tentang hudud yang bermaksud syariah dan hukum-hakam secara umum seperti yang dihuraikan oleh ulama-ulama.
Ayat 97 daripada surah at-Taubah [Pengampunan/The Repentance (9:97)] ini juga merupakan syariah dan hukum-hakam agama secara umum.
“Orang-orang A'raab lebih keras kufurnya dan sikap munafiknya, dan sangatlah patut mereka tidak mengetahui Hudud (dan hukum-hukum Syarak) yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”.
Ayat 112 daripada surah at-Taubah [Pengampunan/The Repentance (9:112)],
ayat 4 daripada surah al-Mujadilah [Wanita Yang Bersoal Jawab/The Pleading Woman (58:4)]
"Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah). Dan itulah batas-batas hukum (Hudud) Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
dan ayat 1 daripada surah at-Talaq [Talak/The Divorce (65:1)] juga bermaksud demikian.
"Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum (Hudud) Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)."
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. disebut hudud dalam dua maksud, iaitu hudud yang umum dan hudud yang khusus.
Walaupun hukum hudud (khusus) ditetapkan dalam Al-Quran tanpa menamakan hukum hudud, tetapi kriteria untuk membolehkan dilaksanakan hukum tersebut tidak ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Sebaliknya Allah menetapkan kriteria untuk mengelak daripada melaksanakan hukum hudud secara tidak tepat atau menyempitkan lagi pelaksanaannya, iaitu dengan mewajibkan empat orang saksi dalam kes jenayah zina dan dua saksi dalam kes mencuri dan lain-lain.
Begitu juga kriteria yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, baginda tidak melaksanakan hukum hudud kecuali melalui pengakuan pesalah sahaja. Selain itu baginda juga sentiasa mencari jalan supaya tidak melaksanakan hukum hudud seboleh-bolehnya seperti kes yang melibatkan seorang lelaki yang dianggap oleh Rasulullah memadai lelaki itu bersembahyang jemaah dengan baginda sebagai sudah bertaubat.
Abdullah bin Omar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. selepas melaksanakan hukuman hudud terhadap Ma’iz, baginda berdiri dan berkata: “Jauhi kekotoran yang ditegah oleh Allah ini dan sesiapa yang terlibat melakukannya, hendaklah menutup dengan tutupan Allah serta bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang mendedahkan jenayahnya, kita akan melaksanakan hukuman Allah ke atasnya”
Rasulullah melaksanakan hukuman hudud ke atas Ma’iz selepas dia datang berjumpa baginda dengan membuat empat pengakuan terhadap jenayah yang dilakukannya. Baginda berusaha untuk menjauhkan Ma’iz daripada tuduhan (jenayah) dan baginda memberitahu tentang jalan keluar yang menyebabkan tidak cukup syarat untuk mensabit jenayah. Tetapi lelaki itu berkeras juga mahu dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya. Usaha yang serupa dilakukan oleh baginda terhadap jenayah hudud yang dilakukan oleh seorang wanita yang bernama al-Ghamidiah.
Abu Burdah bercerita, kami sahabat Muhamad berbincang antara satu sama lain jika Ma’iz dan al-Gamidiah tidak datang membuat pengakuan kali ke empat dan baginda sudah tentu tidak menuntut melaksanakan hukuman ke atas mereka.
Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu Hazzal – merupakan orang yang menggesa Ma’iz supaya membuat pengakuan kepada baginda: “Lebih baik bagi kau jika kau menutupnya saja”
Dalam sebuah hadis lain ada menceritakan tentang seorang sahabat membawa seorang lelaki yang dituduh melakukan jenayah zina untuk dilaksanakan hukum hudud oleh Rasulullah, tetapi baginda menegur sahabat itu dengan berkata bahawa adalah lebih baik baginya menutup saja perkara keji itu daripada diberitahu kepada baginda dan orang ramai.
Jadi jika kita teliti secara mendalam terhadap kes hukum hudud pada zaman Rasulullah, Khalifah Rasyidun dan para sahabat lain, kita mendapati bahawa kriteria pelaksanaannya adalah ditentukan melalui ijtihad berdasar kepada suasana masa dan tempat yang berlaku jenayah-jenayah yang dianggap perlu dikenakan hukum hudud.
Sebagai contoh para sahabat melaksanakan hukum hudud bermacam-macam mengikut ijtihad masing-masing. Salah satu contohnya Khalifa Umar bin al-Khattab membatalkan pelaksanaan hukum hudud pada tahun berlakunya kesusahan di Madinah.
Menurut ijtihad sesetengah sahabat yang lain pula melaksanakan hukum hudud boleh berdasarkan kepada qarinah, iaitu berdasarkan bukti seperti kehamilan seorang wanita. Tetapi sesetengah sahabat yang lain menolak qarinah kerana mereka percaya mani lelaki boleh masuk ke dalam faraj wanita tanpa melalui persetubuhan contohnya ketika mandi dalam bilik mandi awam yang digunakan secara bergilir antara lelaki dan perempuan.
Dengan itu tidak hairan jika berlaku perbezaan pandangan yang sangat luas di kalangan ulama berhubung hukum hudud termasuk mengenai jumlah dan cara melaksanakannya.
Perbezaan pandangan ini telah berlaku kerana kelainan fahaman para ulama terhadap nas dari al-Quran, bermacam-macam contoh pelaksanaan yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Hakikatnya hukum hudud merupakan bahagian yang amat kecil dari hukum-hakam Islam. Selain itu ia dikenakan syarat yang amat ketat oleh Allah dan tidak pernah dilaksanakan oleh Rasulullah kecuali melalui pengakuan.
Bagaimanapun, hukum hudud ini menjadi perkara besar di negara Malaysia ini dan dianggap perlu diberi keutamaan berbanding perkara-perkara pokok yang dituntut oleh Islam sebagaimana digembar-gemburkan oleh PAS.
Apa yang dianggap lebih pokok yang perlu diberi keutamaan bukan sahaja merujuk kepada akidah, ibadat, menyebarkan pendidikan agama Islam sehingga tersebar luas dalam masyarakat dsb., tetapi juga untuk memerangi kemiskinan umat Islam melalui pelbagai rancangan pembangunan ekonomi.
Ini adalah kerana hukum hudud tidak dilaksanakan jika kemiskinan berlaku secara berleluasa dalam masyarakat. Tetapi malangnya tindakan kerajaan melancarkan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat tidak diakui oleh PAS.
Malah PAS menganggap, menurut kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak Islamik.
Oleh demikian adalah keterlaluan ulama PAS menuduh kerajaan sekarang tidak melaksanakan hukum hudud sebagai menolak hukum Allah. Ini kerana tindakan kerajaan adalah jelas serupa seperti tindakan kebanyakan negara-negara Islam adalah tepat dengan kehendak Allah yang meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk melaksanakan hukum hudud.
Selain itu ia sesuai juga dengan pelaksanaan Rasulullah s.a.w. di mana baginda menunjukkan beberapa jalan keluar untuk mengelakkan atau mengubah hukum hudud kepada hukuman yang lebih ringan, iaitu takzir.
Satu lagi ialah Kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kerana pelaksanaan hukum hudud adalah masaalah ijtihad dan bukan masaalah menolak nas al-Quran.
Untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa undang-undang hukum hudud PAS adalah yang terbaik dan menurut al-Quran, Kerajaan PAS negeri Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar Datuk Nik Aziz telah meluluskan undang-undang hukum hudud khas untuk orang Islam negeri Kelantan melalui Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993. Walaupun Enakmen itu telah diluluskan oleh DUN dan mendapat perkenan al-Sultan Kelantan, namun hingga ke hari ini Datuk Nik Aziz tidak menggazetkan tarikh mula pemakaiannya. Tanpa menggazetkan Tarikh Kuatkuasanya, Enakmen itu tidak berkuatkuasa dan tidak sah hingga ke tarikh ini. Persoalaan sekarang ialah jika dulu Zaid Ibrahim pernah memfailkan untuk mencabar kasahihan (validity) dari segi undang-undang Enakmen Hudud Kelantan itu, tapi kini Zaid Ibrahim berada dalam kumpulan sama, maka Datuk Nik Aziz sepatutnya memberanikan hatinya semula untuk menggazetkan tarikh pelaksanaan Enakmen Hudud Kelantan itu.
Semasa Datuk Seri Hadi Awang menjadi Menteri Besar Trengganu, beliau dengan sombongnya menunjukkan yang beliau lebih berani dari Datuk Nik Aziz dengan mengazetkan tarikh mula pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02) untuk dipakai kepada setiap orang Islam negeri Trengganu. Akibah darinya, dalam pilihanraya umum 2004 itu, gaji, elaun, kereta, kediaman Menteri Besar dsb. tidak lagi dinikmati olehnya.
Sebagaimana kita semua sedia maklum, penggubalan sesuatu undang-undang di negeri itu adalah terletak kepada pejabat Penasihat Undang-undang Negeri (Bahagian Penggubalan Undang-undang) sebagaimana cara dan kehendak peruntukan yang dikehendaki oleh Legislative. Tugas PUN ini adalah termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri sendiri. Tetapi jika sesuatu kehendak Legislative itu bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka perkara itu dimaklumkan kepada Legislative kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan, mana-mana peruntukan dalam Enakmen negeri yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, maka peruntukan itu tidak terpakai. Jadi tidak terperanjatlah kita mendapati Nik Aziz dan Hadi Awang mendapatkan khidmat berbayar dari orang luar Kerajaan untuk mendrafkan rang undang-undang Hudud negeri masing-masing itu.
Perbelanjaan-perbelanjaan untuk menggubal Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) Negeri Kelantan 1993 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 (En. 4/02) amatlah tinggi memakan belanja beratus ribu ringgit, kos ini termasuklah upah mendraf, elaun-elaun kehadiran mesyuarat yang dibayar kepada EXCO dan ahli-ahli mesyuarat lainnya untuk mengkaji draf sehingga proses terakhir, kos percetakan dsb. Ini adalah kes pembaziran wang rakyat di mana akhirnya rakyat Trengganu sendiri tidak tahan dan menghukum Datuk Seri Hadi Awang.
Kedua-dua pemimpin politik PAS itu sebelumnya telah pun sedar (aware) bahawa Rang Undang-undang hukum hudud negeri-negeri itu tidak harus diwujud/diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negeri-negeri lagi kerana:-
1. bertentangan dengan Senarai 1 & 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Persekutuan yang wujud mengenai kesalahan-kesalahan jenayah dan hukuman-hukumannya yang berkuatkuasa iaitu Penal Code [Akta 574] yang terpakai kepada sesiapa sahaja (tanpa mengira keturunan dan anutan agama) yang melakukan kesalahan jenayah di Malaysia. Undang-undang ini turut menyenaraikan juga kesalahan dan hukuman terhadap zina (dengan keizinan wanita itu) sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 375(c), 375(d), 375(e) ataupun 375(f). Kesalahan jenayah di bawah Seksyen 375 ini boleh dijatuh hukum penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak lebih 20, dan hendaklah dikenakan sebatan sebagaimana dinyatakan di Seksyen 376;
2. bertentangan dengan Undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah-mahkamah Syariah (Bidangkuasa Penghakiman Jenayah) 1965 [Akta 355] yang menghadkan kuasa Mahkamah Syariah menjatuh hukuman atas kesalahan-kesalahan jenayah Islam seperti zina, berkhalwat, minum arak, tidak berjumaat, tidak berpuasa, perkara bertentangan akidah dsb. tidak boleh lebih daripada tiga tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan sebatan enam kali.
Andainya PAS inginkan juga undang-undang 'Hudud' dijalankan terhadap orang-orang Islam di Malaysia, langkah yang harus mereka lakukan ialah dengan salah seorang MP PAS yang berani mengemukakan 'rang undang-undang persendirian' ('private bill') Hudud ini di Parlimen serta mencadangkan pindaan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di setiap negeri / wilayah persekutuan di Malaysia. Sebagaimana yang telah diwar-war oleh Datuk Nik Aziz sendiri masa kini dengan mengatakan kepimpinan DAP dan PKR sudah bersatu hati dengan mereka untuk mencapai matlamat bersama, maka inilah tindakan atau cara terbaik untuk mencapai cita-cita murni PAS!. Jika dikira bilangan Ahli-ahli Parlimen PAS, PKR, DAP dan MP UMNO yang beragama Islam, sudah tentulah sudah melebihi jumlah dua pertiga dan berhak meminda Perlembagaan Persekutuan. Sebagaimana yang telah berlaku di DUN Kelantan dan DUN Trengganu dulu, kesemua ADUN UMNO yang beragama Islam telah menyokong Enakmen Hudud negeri masing-masing.
Tapi persoalan yang besar ialah sanggup ke PAS berbuat demikian?
Rujuk juga:-
1. Hukum HUDUD hanyalah ciptaan ahli-ahli Fiqh
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4
5. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
Pelaksanaan Hudud di Malaysia?
ReplyDelete1. Hadi Awang kata tak boleh laksana hudud sebab ekonomi
2. Azizan Abdul Razak kata tak boleh laksana hudud sebab masyarakat berbilang agama.
3. Nizar Jamaluddin kata tak boleh laksana hudud sebab dia tak janji pun nak laksanakan hudud.
4. Hassan Ali kata soliii... no comment please
5. Husam Musa kata mungkin 30 tahun lagi bila Nk Ajis wafat
6. Anwar Ibrahim kata tiada dalam agenda PR - nko orang semua jangan dok buat pandai
7. Lim Kit Siang kata DAP, PKR dan PAS perlu persetujuan bersama kalau nak laksanakan hudud,
8. Karpal Singh pula suruh pengikut-pengikut Nk Ajis langkah mayat dia dulu kalau mahu laksanakan hudud.
Blogger ni baca & dengar pasal hudud dari Harakah & PAS je ke? Hehe, ironinya~ Jahil bebenor tulis panjang tapi haprak hampeh. Udah2 le. Hudud BUKAN Hak PAS, Hudud Hak Allah. Sekian.
ReplyDeleteBila jumpa orang jahil, maka ucaplah Salam. Bye. Tata titi tutu. Assalamualaikum~
kasihan penulis ni... tulis pjg tapi menyimpang.. kalau kail,pjg sejengkal jgn lautan hendak di duga..
ReplyDeletehaprak punye tulisan.ahli umno byk tak faham pasal hudud termasukla ADUN dr johor yg cadangkan hudud utk bkn islam..bodoh benar ADUN UMNO BN ni.agaknye dia tak faham rukun islam dan iman kot.apatah lagi pengikut umno yg berkitabkan utusan meloya lg la buta ilmu agama.
ReplyDeletekenapa takut sangat dengan hudud ni yek... ianya makan orang ker... atau diri sendir takut dikenakan hukum hudud.... kenapa sembahyang terawikh yang sunat tu yang sentiasa dibahaskan tentang bilangan rakaatnya dibuat seolah2 perkara wjib... tapi hudud yang wajib ini tak dibuat sepatutnya.....mengapa mencari alasan untuk menolak hudud... kalau pandai sangat... carilah dalil yang mewajibkan hudu....
ReplyDelete