Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.
"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.
Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.
DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. - BERNAMA
nik aziz ni dah nyayok... dia bukan ingan apa yang dia cakap.. cakap ikut sedap mulut dia je.
ReplyDeleteSalam bro, apakah PAS sekarang sama kuat, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan DAP ? atau PAS sekadar anjing suruhan DAP yang ditugaskan untuk menyalak serta memecahbelahkan kekuatan perpaduan Melayu Islam......
ReplyDeleteNik Aziz mengakui yang lemah hanya layak bercampur dengan yang lemah. PAS lebih lemah dari UMNO, Pakatan Pembangkang lebih lemah dari BN.
ReplyDeleteMaksudnya:
Bila DAP kuat, PAS akan kena tendang macam UMNO tendang PAS.
Bila PKR kuat, PAS akan kena tendang macam UMNO tendang PAS.
Bila PAS kuat, DAP dan PKR akan kena tendang dengan PAS macam PAS kena tendang dengan UMNO.
PAS tidak mencari jalan atau memperbaiki diri bagaimana untuk tidak lagi kena tendang dengan UMNO atau 'win-win' jika kembali bekerjsama dengan UMNO. Jalan cetek, jalan jauh tetapi yang dianggap jalan mudah dan jalan balas dendam ialah bekerjsama dengan kaum kafir dan munafik.
Golongan muda di dalam PAS harus tidak berfikiran tua dalam menangani dan menyelesaikan masalah. Jangan musnahkan PAS bersama sisa sisa usia Nik Aziz.