Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, May 17, 2010

"Jangan lupa undi DAP" - Nik Aziz



Ayatullah PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan lebih 54,000 pengundi di Sibu jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan (Parti Keadilan Rakyat) dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

DAP berjaya rampas parlimen Sibu

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP