Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, May 1, 2010

Lokman Noor Adam ditaja oleh Yahudi!


Berikut merupakan pendedahan sdr Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan berkenaan dengan sumber kewangan parti Keadilan.

Pendedahan ini dibuat beberapa minggu sebelum pilihanraya umum 2004. Ketika itu Lokman bersama 'geng 12' termasuk Zahid Mat Arip, Hanafiah Man (sekarang di Agendadaily), Roslan Kassim dan beberapa orang lain telah bertindak keluar parti. Ketika itu nama parti masih Keadilan, kerana proses pengabungan antara Parti Keadilan dan PRM yang dinamakan sebagai PKR dilakukan selepas PRU 2004.

Dalam pendedahan ini, Lokman mendedahkan bagaimana mesyuarat sulit antara wakil-wakil parti Keadilan iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali dengan pihak penaja, George Soros, seorang Yahudi terkaya di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Cerita pertemuan ini bocor kepada Lokman dan inner circle Pemuda Keadilan (Ezam, Zahid Mat Arip dan lain-lain) apabila wakil Tian Chua yang disebut kekasih Tian Chua bergaduh dengan Azmin Ali. Azmin tidak benarkan wakil Tian Chua terlibat sama kerana tidak mahu mempunyai saksi.

Siapa kekasih Tian Chua itu ? Dua orang yang disebut status kekasih Tian Chua ketika itu iaitu Elizabeth Wong dan Mabel Aun, yang dikatakan 'tunang' Tian Chua dari Hong Kong. Tetapi antara keduanya, Tian Chua lebih rapat dengan Elizabeth Wong, yang keduanya tinggal serumah di Petaling Jaya. Kedua-dua aktivis NGO SUARAM dan HAKAM yang menjadi NGO utama penyokong PKR.

NGO SUARAM dan HAKAM menerima kewangan dari NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan demokrasi Amerika Syarikat.


Dalam video ini juga Lokman menunjukkan slid-slid keluar masuk kewangan yang menunjukkan transisi kewangan dari luar kepada Khalid Jaafar, Pengarah IKD.

Bermakna dalam urusan melobi kewangan luar kepada parti Keadilan, tiga individu yang dipertanggungjawabkan oleh Anwar menyertai proses rundingan iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

Selain 3 individu yang disenaraikan di atas, mereka bukanlah orang yang benar-benar dipercayai oleh Anwar.

Dalam pendedahan kedua ini, Lokman Noor Adam mengemukakan dua slid kewangan (slid akuan Citybank, New York & Seloka Gelora Sdn Bhd) sebagai bukti.

Dalam pendedahan itu, Lokman Noor Adam mendakwa kedua-dua slid itu dibekalkan oleh Azwandin Hamzah, pegawai IKD (Institut Kajian Dasar) merangkap bekas exco Keadilan pusat.

Kedua-dua slid ini melibatkan penama KHALID JAAFAR, Pengarah IKD yang juga merupakan ahli lembaga pengarah Syarikat Gelora Sdn Bhd. Azwandin juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Khalid Jaafar merupakan peneraju utama badan pemikir Anwar (IKD), beliau juga mencipta satu syarikat bernama SYARIKAT GELORA SDN BHD sebagai perantaraan kemasukan dana-dana asing ke Malaysia melalui akaun syarikat tersebut. Akaun syarikat ini menggunakan perkhidmatan bank CITYBANK, NEW YORK (cawangan Kuala Lumpur).

Dalam video yang bakal anda tonton ini mempersoalkan dua perkara;

1. Mengapa Anwar membawa Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar (Pengarah IKD) semasa berjumpa dengan Paul Wolfowitz(Yahudi), di Pentagon, Amerika Syarikat pada tahun 2005 ?

Apa justifikasi Anwar membawa kedua-dua mereka, kerana kedua-dua mereka ini pernah dikaitkan sebagai 'perantaraan' menerima dana asing bagi pihak Anwar ?

Paul Wolfowitz, ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, satu jawatan yang menjaga kepentingan CIA. CIA pula terkenal sebagai imej penaja kewangan untuk menyokong proksi-proksi Amerika di seluruh dunia. Apakah ini konspirasi Anwar-Wolfowitz yang membabitkan penajaan kewangan CIA ?

Tempat perjumpaan mereka juga mencurigakan, Pentagon, Amerika Syarikat, PUSAT CIA. Tidak semua 'muslim' dapat menjejakkan kaki ke pusat CIA, selepas peristiwa 9/11, kecuali individu-individu yang telah dikenalpasti sebagai rangkaian ejen CIA. Adakah Anwar juga termasuk dalam rangkaian ejen CIA ?

2. Kenapa Anwar berjumpa dengan Robert E Rubin(Yahudi), bekas Setiausaha kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin orang yang berpengaruh dalam polisi kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin adalah Chairman of Citigroup, seorang pengerusi yang menyelia semua rangkaian bank, Citybank New York ?

Apakah kerana faktor E Rubin merupakan salah seorang co chairman CFR (Council on foreign Relation), di mana Anwar salah seorang ahlinya ? Sumber dari : anwaraidc

Sumber dari : hurairahady.blogspot.com

1 comment:

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP