Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, May 26, 2010

Penipuan PAS? - Penyokong PAS Bukan Islam Mahu Dipercepatkan Kelayakan Mengundi Dalam Parti

Penyokong PAS daripada kalangan bukan Islam berharap kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan mereka mengundi dalam pemilihan parti itu akan direalisasikan secepat mungkin.

"Sudah lama kami menunggu berita baik seperti ini dan berharap perkara begini perlu dipercepatkan," kata Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw.

Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian utama pada muktamar tahunan PAS di sini bulan depan.

"Ini adalah keterbukaan dalam PAS dan sebab itu perkara penting ini diperbincangkan lebih mendalam pada muktamar akan datang bagi membuat pindaan pada perlembagaan parti," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.

Abdul Hadi baru-baru ini berkata PAS akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan penyokongnya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa depan.

Untuk merealisasikan hasrat itu, katanya, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti.

Mengulas perkara itu, Hu berharap penyokong PAS bukan Islam juga akan dapat menjadi calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Kami mempunyai calon-calon yang berwibawa bagi mewakili PAS jika perkara ini menjadi kenyataan," katanya.

DHPP berkata ia mempunyai 20,000 anggota di seluruh negara.-BERNAMA
Rabu Mei 26, 2010

Penyokong PAS Bukan Islam Dinasihat Jangan Terburu Buat Tuntutan

RANTAU PANJANG: Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu. Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya anggota Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya, ini kerana perkara tersebut akan diperincikan oleh Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan anggota baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - BERNAMA

1 comment:

  1. MM, lepas ini, PAS perlu juga menukar nama kepada parti anak-anak Malaysia..... perkataan Islam kena dikeluarkan dari perlembagaan PAS.... baru betul..

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP