Nurul Izzah melenting sungguh pada Senator Ezam Mohd Noor gara-gara Ezam mendakwa beliau pernah diberitahu tentang ‘perangai jijik’ Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Anak pasangan itu yang juga ahli parlimen Lembah Pantai menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Ezam dalam ceramah di Kota Bharu. Nurul Izzah seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan jawatan Senator kerana menentang Anwar selama ini. Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.
agendadaily
Anwar & Wan Azizah Jangan Heret Orang Lain...
1. Saya tidak mahu Nurul Izzah diheret dalam hal ibubapanya kerana beliau terlalu muda dan tidak tahu apa-apa.
2. Saya tidak mahu aibkan Anwar, Wan Azizah dan keluarga mereka dan hanya sekarang untuk pertahankan maruah saya setelah difitnah terlibat dengan konspirasi kes liwat Saiful Bukhari baru baru ini.
3. Justeru itu, ianya bukan soal habuan. Apakah mereka lupa saya pernah bela Anwar selama 10 tahun, dan saya turut sama merengkok dalam penjara ketika Anwar hanyalah seorang banduan yang pastinya tidak boleh memberikan apa apa habuan kepada saya. Kalaulah habuan menjadi perkiraan saya, sudah semestinya saya tidak akan membela seorang banduan sehingga saya sendiri ke penjara.
4. Saya tegaskan sekali lagi keputusan saya tinggalkan Anwar adalah kerana prinsip sebagai seorang islam dan bukannya kerana habuan.
5. Saya sanggup bersumpah demi untuk mempertahankan kenyataan saya, dan saya cabar Anwar dan Wan Azizah bersumpah sama.
6. Saya menggesa Anwar dan Wan Azizah agar tidak mengheret anaknya dan sesiappun dalam hal liwat ini, hentikanlah sandiwara. Rakyat sudah terlalu lama ditipu.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Ahli Dewan Negara
ezam-mohdnor
No comments:
Post a Comment