Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, May 15, 2010

TIADA KELULUSAN LESEN JUDI YG BARU.... PENIPUAN PKR

Tiada kelulusan lesen judi baru termasuk untuk pertaruhan kejohanan Bola Sepak Piala Dunia kali ini. Menurut sumber Kementerian Kewangan, lesen pertaruhan untuk sukan yang diperkatakan ketika ini ialah lesen yang diluluskan sejak 1987 lagi kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Bagaimanapun lese...n tersebut dikembalikan kepada kerajaan pada 1990 dan Ascort akan diberi hak menjadi syarikat pertama mendapatkannya semula jika perlu. Pada tahun 2003, ASCOT mendapat kembali lesennya tetapi tidak pernah menggunakannya sehinggalah baru-baru ini dikatakan akan beroperasi untuk kejohanan Piala Dunia.

Tujuan melesenkan kegiatan pertaruhan atau perjudian bukanlah untuk menggalakkan masyarakat berjudi tetapi bertujuan untuk mengawal kegiatan ini. Sejak tahun 2000 kegiatan pertaruhan haram ke atas keputusan bola sepak dan sukan lain di Malaysia dikatakan mencecah RM 8 bilion setahun dan semua ini dilakukan secara haram.

Apabila kegiatan ini dilakukan secara haram, kerajaan tidak dapat memantau dan mengawal industri ini. Lebih serius keuntungan daripada industri ini telah digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah atau underworld yang lain.

Menurut penganalisis keselematan, wang dari industri pertaruhan sukan ini, selain mesin kuda, pelacuran dan dadah, banyak digunakan untuk membiayai ahli-ahli politik tertentu dan gerakan mengehadkan kuasa pihak berkuasa terutamanya Polis.

Sebab itu kita lihat banyak gerakan untuk mewirakan penjenayah dan mereka yang melanggar undang-undang sudah menjadi satu gerakan yang besar dan mendapat sokongan peguam-peguam yang terkenal dengan bayaran yang tinggi sebelum ini.

Sumber tidak terhad kumpulan pertaruhan haram ini juga telah menyumbang dana yang besar kepada sebuah parti politik yang dilihat jelas melindungi kumpulan judi haram ini terutamanya di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP