Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, May 20, 2010

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2

Gambar Peringatan - "The Taliban Shari’a court in Pakistan ordered the right hands of three local tribesmen to be cut off as punishment for an alleged theft - Pakistani police from the tribal region of Orakzai, near the Afghanistan border, have confirmed the incident. After the amputations, the men were transported to a hospital for treatment. The resultant blood loss following the amputations has put the men in danger of losing their lives. Orakzai, in northwest Pakistan’s semi-autonomous tribal area, has recently been the centre for action in an anti-Taliban sweep by the Pakistan military, which is trying to eradicate Islamist extremism."

UNDANG-UNDANG JENAYAH MENGIKUT SYARIAH DALAM KONTEKS SISTEM FEDERALISME
Oleh: Muhammad Fathi Yusof

Selain dari kes yang telah diputuskan di mahkamah, terdapat juga konflik hubungan Negeri-Persekutuan yang melibatkan pembahagian kuasa perundangan mengikut Jadual Kesembilan ini, khususnya berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah berasaskan undang-undang Islam.

Isu ini timbul buat kali pertama apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan dengan sebulat suara Enakmen Jenayah Syariah II, 1993 pada 25 November 1993. Peraturan ini dibuat berasaskan kuasa kerajaan negeri untuk ‘mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan terhadap prinsip-prinsip Islam yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut Islam’. Selanjutnya pada tahun 2002, Dewan Undangan Negeri Terengganu pula meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 bagi menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.

Namun begitu enakmen-enakmen ini belum dapat dilaksanakan kerana beberapa faktor antaranya akibat dari halangan perundangan dan tidak mendapat restu dari kerajaan Persekutuan. Pada dasarnya enakmen-enakmen ini adalah sah dan boleh berkuatkuasa sebagai undang-undang negeri. Namun demikian ia terdedah kepada cabaran dan pertikaian oleh pihak yang terlibat kerana ia bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Menurut Muhammad Imam (1), selagi tidak ada kerjasama daripada kerajaan Persekutuan, undang-undang ini sukar untuk berkuatkuasa secara lancar kerana ia bercanggah dengan prinsip pembahagian kuasa perundangan federalisme dan boleh dianggap ultra vires dengan Perlembagaan Persekutuan. Percanggahan ini berlaku kerana beberapa sebab, di antaranya:

(a). Enakmen ini mengadakan kesalahan-kesalahan (2) yang sebahagian besarnya bertindan dengan kesalahan-kesalahan yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan kesalahan-kesalahan ini terdapat dalam undang-undang Persekutuan iaitu Kanun Keseksaan. Ini juga bercanggah dengan butiran 1, Senarai Negeri yang menghadkan kuasa membuat undang-undang jenayah Islam setakat mana ia tidak ‘berkaitan dengan perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan’.

(b). Enakmen ini juga meluaskan tahap hukuman (3) melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965. (4)

(c). Enakmen ini turut berkuatkuasa ke atas orang-orang bukan Islam yang bebas memilih sama ada mahu diadili mengikut enakmen ini atau tidak.(5) Peraturan ini bercanggah dengan bidangkuasa kerajaan negeri untuk membuat undang-undang yang berkaitan dengan hukum Islam untuk orang-orang Islam sahaja. (6)

(d). Ia juga menyebabkan penubuhan mahkamah-mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas bukan Islam (7). Peruntukan ini bertentangan dengan bidangkuasa mahkamah Syariah yang tercatat di dalam undang-undang (8) dan Perlembagaan Persekutuan (9).

Menurut Prof. Ahmad Ibrahim,(10) selagi tidak ada tindakan dari Parlimen, Enakmen Jenayah Shariah II Kelantan 1993 tidak dapat berkuatkuasa secara sah kerana ia ultra vires perlembagaan dan bercanggah dengan undang-undang Persekutuan. Beliau mencadangkan dua tindakan yang boleh dilakukan oleh Parlimen iaitu, pertama, meluaskan kuasa kerajaan Negeri Kelantan melalui Perkara 76A serta meminda atau memansuhkan Akta 1965; atau kedua, meminda Senarai Negeri dengan meluaskan bidangkuasa perundangan negeri-negeri. Ahmad Ibrahim turut mencadangkan agar peruntukan berkaitan dengan bukan Islam dimansuhkan dari enekmen berkenaan kerana ia boleh dicabar melalui kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11).

Walaupun kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam urusan agama Islam, ini tidak bermakna Parlimen tidak boleh membuat undang-undang berkaitan dengan Islam. Parlimen boleh membuat sebarang undang-undang yang berkait dengan Islam selagi perkara tersebut di dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ekslusif untuk membuat undang-undang dalam semua perkara berkait dengan Islam. Keadaan ini berlaku kerana Perlembagaan hanya menghadkan kuasa kerajaan negeri di dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang keluarga, wakaf, zakat dan jenayah-jenayah syariah, sedangkan hukum Islam adalah luas mencakupi segala bidang kehidupan. Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang berkait dengan Islam bagi perkara yang tidak termasuk di bawah kuasa kerajaan negeri, umpamanya di dalam urusan muamalat Islam seperti bank Islam, sistem kewangan Islam dan sebagainya.(11)

==================================================

(1) Mohammed Imam, Islamic criminal law in Malaysia: federal-state jurisdictional conflict, Current Law Journal, [1994] 1: xxix
(2) Lihat Bah. II dan III Enekmen Jenayah Syariah II 1993 Kelantan yang memasukkan kesalahan seperti mencuri, membunuh, merompak dan liwat sebagai kesalahan jenayah.
(3) Lihat fasal 64 enakmen berkenaan yang memasukkan hukuman mati, rejam, penjara dan sebat yang jauh dari yang dibenarkan oleh Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965.
(4) Mahkamah Syariah hanya boleh mengenakan hukuman tidak melebihi tiga tahun penjara, atau, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau enam kali sebatan atau kombinasinya
(5) Lihat fasal 56(2) Enakmen berkenaan yang menyatakan orang-orang bukan Islam tidak dihalang untuk diadili mengikut peruntukan enekmen itu.
(6) Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan
(7) Bah. VI Enakmen berkenaan menubuhkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas
(8) Akta (Bidangkuasa Jenayah) Mahkamah Syariah 1965
(9) Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
(10) Ahmad Mohamad Ibrahim, Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm 52.
(11) Mohammed Imam, Making Laws Islamic in Malaysia: A constitutional perspective, Current Law Journal July 1994 Jil 3 hlm xxv.


Rujuk juga:-

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5

1 comment:

  1. Persoalannya, apakah PAS akan mendapat sokongan dari DAP sekiranya mereka berjaya memerintah negara ? PAS boleh melaksanakan Undang2 Jenayah Syariah ini di Kelantan kerana telah diluluskan oleh Dewan dan Sultan Kelantan telah memperkenankannya...... mengapa masih menyalahkan kerajaan Persekutuan..... jalankanlah, tak dah lebih 15 tahun masih nak menkaji perkara yang telah diluluskan...

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP