Gambar Hiasan - "Torah of the Jews (Old Testament in the Christian Bible) Deuteronomy 22:23-24 - Sexual intercourse between a man and a woman engaged to another man both should be stoned to death"
Nabi Muhamad saw tidak pernah mengarahkan hukuman rejam dilaksanakan ke atas mana-mana penduduk Yahudi, Nasrani ataupun kepada pengikut-pengikutnya (Muslims) sendiri semasa pemerintahan baginda di Madinah 1,400 tahun lampau. Walau bagaimanpun hukuman rejam itu dilaksanakan atas kehendak agamawan Yahudi dan Nasrani sendiri ke atas penganut agama Yahudi (bani Israel) dan Nasrani (bani Nasara) sungguhpun pada peringkat awalnya baginda menolak permintaan mereka itu.
Oleh kerana agamawan Yahudi dan Nasrani mahu juga hukuman rejam itu dijalankan sebagaimana hukuman terhadap pesalah zina (fornication or adultery) dinyatakan dalam kitab Torah dan Injil mereka, Nabi Muhamad saw terpaksa menurut kehendak agamawan mereka itu.
Kalau kita menteliti ayat-ayat dalam al-Quran sendiri tiada nas yang menyebut hukuman "Rejam Sampai Mati" kepada penzina.
Rujukan Hadith Bukhary No. 79, buku 60 Jilid 6 -
Diceritakan oleh 'Abdullah bin Umar:
Sekumpulan bani Israel di Madinah membawa kepada Nabi Muhamad saw sepasang bani Israel yang telah melakukan zina (illegal sexual intercourse). Nabi bertanya kepada kumpulan itu, "Bagaimana kaum kamu menjatuhkan hukuman kepada penzina?" Mereka menjawab, "Kami menghitamkan muka mereka dengan arang dan memukul mereka". Nabi Muhamad saw berkata, "Tidak kah kamu bani Israel menjumpai hukuman rejam terhadap penzina dalam kitab Torah?" Mereka menjawab "Kami tidak pula menjumpainya".
'Abdullah bin Salam (selepas mendengar pengakuan bani Israel itu) telah berkata kepada mereka, "Kamu semua berbohong! Bawa ke sini kitab Torah bani Israel itu dan baca di sini jika kamu semua orang-orang yang jujur". (Maka bani-Israel itu pun membawalah kitab Torah itu). Dan agamawan bani-Israel itu pun membacalah kandungan kitab Torah tetapi menutupnya dengan tangan ayat hukuman rejam itu.
'Abdullah bin Salam mengalihkan tangan agamawan bani israel itu seraya berkata "Apa ini?" Jadi apabila bani israel lain melihat akan ayat hukuman rejam terhadap penzina itu, mereka berkata "Inilah ayat dari surah "Rejam" dari kitab Torah kami.
Jadi Nabi Muhamad saw pun berkata "Oleh kerana kitab Torah kamu sendiri menghendaki hukuman rejam terhadap penzina, maka jalankan hukuman sebagaimana di kitab kamu sekalian.
Rujuk juga:-
1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5
Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS atas pengendalian blog anda yang semeamangnya mempengaruhi masyarakat terutamanya pengundi2 baru..
ReplyDeleteDi harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai pengendalian artikel yg mantap..
Kami tlh linkkan blog anda di dalam senarai blog pilihan kami..
Kami memohon jasa baik pihak anda agar dapat linkkan blog kamI di dalam senarai blog anda.
SEKIAN, SALAM KASIH DARI,
Melayu CinDia
Wakil Blogger2 GELOMBANG RAKYAT.