Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 30, 2010

Ezam Bakal Dilantik Timbalan Menteri?

Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Menteri selepas mengangkat sebagai Ahli Dewan Negara Isnin depan.

Sumber Umno mengatakan Ezam kemungkinan akan dilantik sebagai salah seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah porfolio Tan Sri Koh Tsu Koon dan akan bertanggungjawab mengenai NKRA dan KPI.

Lantikan sebagai Senator dan Timbalan Menteri dilihat sebagai satu "habuan politik" setelah membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor dalan pilihan raya kecil Ahad lalu.

Antara tugasan Ezam yang dianggap "berjaya" oleh pimpinan Umno ialah tindakan keluar parti oleh beberapa pimpinan AMK peringkat cabang di Selangor dan Kelantan serta memainkan isu arak terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim di kawasan majoriti pengundi Melayu di kawasan Felda semasa kempen PRK Hulu Selangor.

Ezam, 42, meletak jawatan sebagai Ketua AMK Pusat yang dipegang beiau sejak 1999 dan juga Ketua Cabang Shah Alam pada Februari 2007 dan keluar KEADILAN pada Jun berikutnya.

Beliau menyertai semula Umno pada 28 Mei 2008 dengan menyerahkan borang keahlian parti kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dijangka mendapat "hadiah politik" ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel ayang bakal dilantik sebagai Menteri. Palanivel yang merupakan pilihan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu terpaksa memberi laluan kepada calon MIC pilihan Umno, P Kalamanathan setelah mendapat bantahan dan pandangan negatif dari kalangan pimpinan Umno.

Dua lagi Senator baru selain Ezam dan Palanivel ialah Pengerusi Eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara pada hari Isnin pukul 9 pagi. -SK

MM: Rencana di atas ini dipetik dari blog Greenbox, blogger penyokong DAP/PKR/PAS.

Andainya benar-benar terjadi selepas dilantik sebagai Senator kemudiannya Ezam dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di fortfolio dinyatakan, maka Ezam layak memasuki Dewan Rakyat bagi menjawab soalan-soalan berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen termasuk juga dari Ahli-ahli Parlimen pakatan DAP/PKR/PAS itu.

Andainya juga perlantikan Ezam sebagai Timbalan Menteri ini benar-benar berlaku, maka jangan pula kita semua terperanjat jika Anwar dan Azmin terus menikus terhadap Ezam kerana mereka berdua sudah tentulah tidak mahu rahsia besar mereka berdua terbongkar di Dewan Rakyat. Berhujjah di Dewan Rakyat ada imunitinya, tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP