Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, April 14, 2010

Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.'

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu. Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut dibuat oleh Hakim Mohd Shukor Sabudin.

Menurutnya, pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan.

Anwar mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan.

Dalam perhakiman yang dibacakan, Hakim Mohd Shukor berkata tugas pendakwaan adalah mengikut budi bicara sepenuhnya.

Katanya, Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 (2) memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding.

"Sebarang kecuaian dan kegagalan pihak pendakwaan untuk memikul beban bukti akan menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenarnya.

"Dalam sistem keadilan Islam, amat besar kesannya apabila keadilan menjadi kucar kacir, tidak menentu, bercelaru serta berubah-ubah dan sebagainya,” katanya.

Dalam penghakimannya itu juga, hakim turut menegaskan bahawa ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman.

Menurutnya sekiranya terdapat campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".

Sementara itu Anwar ketika ditemui pemberita selepas prosiding tersebut berkata beliau tidak terkejut dengan keputusan hakim yang menerima bantahan awal responden.

"Beliau (hakim) menceritakan pendakwa raya mesti adil, tak boleh zalim. Dalam hukum (Islam) jelas mesti memulakan kuasa untuk mendakwa. Beliau menukil daripada beberapa pandangan (tokoh ulama terkenal) Wahbah Zuhaili, (dan) Ibn Qayyim Al-Jauzi.

“Semua itu untuk menutup hujah bahawa pendakwa tidak boleh tunduk kepada arahan politik, (dan) mesti bebas.

Katanya, walaupun “cukup jelas dituduh fitnah”, pendakwa sebagai pegawai rendah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan “tidak berani mendakwa”.

Sehubungan itu, setelah berbincang dengan peguamnya, Anwar berkata, beliau akan merayu terhadap keputusan itu, walaupun tidak terlalu mengharap.

Dalam prosiding pagi tadi, Anwar diwakili peguam syarie Kamar Ainiah Kamaruzzaman manakala pihak responden diwakili Zainul Rijal Abu Bakar.

=========================================================================
Rujukan 1

al-Quran An-Nur 24:4
text related to image
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;


=========================================================================
Rujukan 2

Act 559
SYARIAH CRIMINAL OFFENCES (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1997
Qazaf

41. Except in cases of li‘an, any person who accuses another person of committing zina without procuring four male witnesses or an iqrar of the accused person in accordance with Islamic Law shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.


=========================================================================

Adakah perbuatan liwat itu sama dengan perbuatan zina? dan adakah dakwaan Anwar berlakunya kes Qazaf relevan kepada al-Quran dan Undang-undang Jenayah Islam berkenaan? Anda fikirkan.....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP