Oleh:Mozas
1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya (sini, sini dan sini), ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.
2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat! sini) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikan yang ada padanya.
3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online di sini), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!
4. Bersesuaian dengan dengan tema awalan penulisan artikel ini iaitu “Kitar Semula”, penulis turut mengitar semula cercaan dan celaan Harakahdaily kepada Zaid Ibrahim, Katak Buangan Kitar Semula PKR di Hulu Selangor. Menariknya cercaan dan celaan ini bukan saja pernah dipaparkan melalui media rasmi maya PAS malah kesemuanya ditulis oleh pendokong dan penyokong tegar parti berkenaan.
5. Melalui artikel bertajuk Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan (sini) yang ditulis oleh Zaili Muhammad, Ketua Penerangan PAS Melaka Sofi Wahab, telah menempelak Zaid ketika itu yang merupakan seorang Menteri, yang “sepatutnya tidak bersikap berat sebelah dan membuat kenyataan mengikut kehendak diri sendiri dengan membelakangkan kepentingan agama Islam”. Ini kerana “di saat umat Islam Malaysia tanpa mengira ideologi politik bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut (Forum Memeluk Islam), menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang (Zaid) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau sebaliknya.” Ini menyebabkan Sofi seterusnya mempersoalkan “kredibiliti Zaid sebagai individu yang dikatakan pakar dalam undang-undang”. Zaid juga dilabel oleh Sofi sebagai “penyokong kuat Suruhanjaya Antara Agama (IFC)” dan berharap agar beliau “lebih rasional dan lebih terbuka dalam isu berkaitan kedaulatan Agama Islam”. Akhir sekali, Sofi melahirkan kekesalannya kerana “Zaid bukan sahaja tidak berusaha untuk memperkasakan undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah malah seakan-akan bersekongkol dengan puak-puak yang cuba mencabar Islam”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?
6. Menurut Azamin Amin pula melalui artikel bertajuk Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat (sini), calon PKR ini “cuba bertindak membela Lina Joy dalam permohonannya untuk menukarkan label 'Islam' dalam kad pengenalannya”. Tindakan Zaid ini melahirkan kekecewaan di kalangan masyarakat kerana beliau “secara terang-terangan memperlekehkan perjuangan umat Islam yang mahu membanteras gelaja murtad ”. Malah Azamin turut menyatakan seorang pemanggil yang menghubunginya turut mempersoalkan mengapa Zaid “membela hak dan amalan orang lain sedangkan agama sendiri (Islam) dinafikan haknya”. Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?
7. Ustaz Zolkharnain Abidin melalui artikel bertajuk Cadangan Zaid supaya wujud loteri diselar (sini) menyelar cadangan Zaid untuk mengadakan loteri khas sebagai dana bagi mengatasi masalah kewangan yang dialami institusi sukan di Malaysia. Exco Dewan Pemuda Pas ini menganggap cadangan Zaid sebagai “biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Islam”. Zolkharnain turut menyatakan Zaid seorang yang angkuh kerana apabila ditanya sama ada cadangannya itu halal atau haram, jawapan yang diberikan Zaid ialah "Yang pentingnya ialah untuk apa tujuan wang itu digunakan. Kenapa kita takut melakukannnya? Adakah kerana PAS? Mereka hanya ada enam kerusi di Parlimen. Nak takut apa?". Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?
8. Terakhir untuk artikel ini (walaupun banyak lagi sebenarnya!), penulis memetik tulisan Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (sini), yang mengkritik kenyataan Zaid ketika ditemuramah oleh majalah Off the Edge edisi April 2006. Beliau berpandangan pendapat Zaid adalah “selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil do not legislate or police morality (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang). Prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya. Prinsip ini adalah bersandarkan teori harms to others yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain). Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain.” Adakah orang ini yang diperlukan oleh rakyat Hulu Selangor?
9. Berdasarkan artikel yang ditulis sendiri oleh penyokong tegar PAS di dalam Harakahdaily yang penulis kongsikan di atas, jelas menunjukkan penduduk Hulu Selangor, khususnya penyokong PAS, tidak patut mengundi Zaid Ibrahim, orang yang menyaman Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu kerana mahu melaksanakan HUDUD (Ya! Zaid Ibrahim orangnya! Baca sini). Kredibiliti dan imej beliau sebenarnya telah "dibogelkan" sendiri oleh orang-orang PAS. Namun penulis percaya, sedangkan dengan syaitan dan DAP pun PAS sanggup untuk berkawan bagi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO (menyembah Allah yang Esa, satu kiblat yang sama!) melalui BN, inikan pula PKR. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya!
Nota kaki:
Artikel ini penulis tujukan khusus kepada penyokong PAS bagi menilai Calon Katak Buangan Kitar Semula PKR bersumberkan kepada Harakahdaily, media rasmi PAS sendiri. Janganlah pula dikatakan Harakahdaily pun dibeli oleh UMNO untuk menjatuhkan PKR. Semua ini adalah dari anda sendiri! What you give, you’ll get back!
http://satulimatiga.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment