Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, April 19, 2010

Dr Halili, Doktor Peribadi Anwar Umum Keluar PKR

text related to image
Dr. Halili Rahmat umum keluar PKR hari ini.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bendaharinya bagi Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini untuk menyertai Umno.

Halili berkata, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR kerana parti yang diasaskannya bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pada 1999, sudah hilang arah dan jauh terpesong daripada tujuan asal.

"PKR sekarang dikawal oleh sekumpulan pemimpin yang berfikiran sempit dan membangunkan ideologi berhaluan kiri terhadap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, beliau lebih kecewa melihat PKR hanya sibuk meraih undi semasa pilihan raya, tetapi mengabaikan rakyat sebaik sahaja pilihan raya selesai.

"Lihat kepimpinan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, saya lihat beliau bertungkus-lumus dan berkerja kuat untuk memajukan negara dan membawa perubahan dalam Umno dan BN," ujarnya.

Pakar bedah itu turut menafikan beliau keluar daripda parti kerana kecewa setelah tidak terpilih sebagai calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

"Saya tidak meminta mahupun menawarkan diri untuk menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu dan saya tidak pernah menyatakan ada menerima apa-apa tawaran walaupun ada beberapa pemimpin PKR mencadangkan nama saya," katanya.

Dr Halili pernah bertanding menentang Datuk G. Palanivel untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum 1999 dan Datuk Zainal Abidin Sakom bagi kerusi Dewan Dewan Undangan Negeri Batang Kali pada Pilihan Raya Umum 2004. Beliau tewas dalam kedua-duanya.

Menurut pakar saraf itu lagi, beliau membuat pengumuman mengenai keputusan terbarunya ini sekarang kerana tidak mahu namanya digunakan oleh PKR untuk memancing undi pada pilihan raya kecil yang sedang berjalan sekarang.

“Sebagai anak jati Hulu Selangor, saya sukar hendak pertahankan kredibiliti PKR kerana selama dua tahun (memerintah Selangor) ini, tiada perubahan yang dibawa kepada Hulu Selangor,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai kempen untuk BN di Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, Dr Halili berkata beliau akan berangkat ke Melbourne, Australia untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya khamis ini.

www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP