Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, April 3, 2010

Buang perkataan 'Melayu' dalam Perlembagaan - Kit Siang



Kit Siang berkata dia Malaysian; Malaysian Malaysia

Perdana Menteri DS Najib berkata dia Melayu Malaysia beragama Islam.

Timbalan Perdana Menteri TS Muhyidin Yassin juga berkata dia Melayu Malaysia beragama Islam.

Imam Besar PAS Datuk Nik Aziz berkata dia adalah Muslim, keturunan tak penting

Walau apapun di Malaysia ini terdapat sekolah-sekolah Kebangsaan (tujuan untuk penyatuan kaum di Malaysia), sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil untuk semua rakyat Malaysia membuat pilihan dan juga akhbar-akhbar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Jadi, pilihannya tetap ada pada individu itu untuk dikenali.

Islam First atau Malaysian First

Penasihat DAP Lim Kit Siang telah bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yang mana lebih kepadanya "Malaysia pertama atau Melayu kedua"?

Muhyiddin menjawab " Saya tetap Melayu dahulu" dan telah disokong oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa pendirian itu tidak bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Pertanyaan Lim Kit Siang itu adalah senjata baru bagi pemimpin pemimpin DAP untuk mengelirukan rakyat terutama orang Cina terhadap dasar MEB dan juga 1Malaysia yang telah mulai membuka minda masyarakat bukan Melau terhadap matlamat kerajaan memberikan keadilan samarata kepada smua.

Ini terbukti bila Fong Fo Kuan(DAP-Batu Gajah) telah mengulangi pertanyaan yang sama kepada Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat " Malay first atau Malaysian first" dalam suatu perbahasan di Parlimen. Ramai lagi orang DAP akan berkempen dengan pertanyaan ini.

Setiap orang Melayu di Malaysia adalah Islam, kenaapa DAP tidak bertanya kepada anggota anggota Parlimen Melayu dari Pas " Islam first atau Malaysian first" dan boleh juga tanya anggota Parlimen UMNO.

Jika bagi DAP Malaysian first Sekolah jenis kebangsaan Cina telah ditutup lebih dahulu di negini sebelum Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berbuat demikian di Singapura pada tahun 1963 kerana hendak menghapuskan chauvinis China di negaranya.

Cuba kerajaan tutup sekolah Cina maka kita akan dapat lihat kepada binatang politik Lim Kit Siang ini " Chinese first atau Malaysian first."

Inilah taukeh ko kia ! Barang sudah habis tapi kedai mahu buka juga,apa mahu jual lagi? pukul gendang Cina jual ubat kokyok la. Minta pinjam gendang mamak ABIM lagi bagus ,dia boleh pukul depan belakang.

sumber : maharaja blogger

2 comments:

  1. tiap manusia yg lahir ada bangsanya, yg mengaku tidak berbangsa,sudah pasti bukan manusia... mungkin jin,malaikat,syaitan,hantu,tak pun haiwan...

    ReplyDelete
  2. Tanya Kit Siang dia Cina dulu ke Malaysian dulu.
    Kalau dia kata dia Malaysian dulu, suruh dia tutup semua sekolah Cina!

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP