Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, April 6, 2010

Jangan bising di luar…saya tunggu dalam Dewan Rakyat kata Nazri pada Anwar

text related to image

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya kena jadi ‘lelaki’ berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila kesnya dibahaskan kelak.

“Saya tunggu dia dalam Dewan...tak perlu keliling dan bising-bising kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan,” katanya Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan Apco.

“Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang) suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat luar,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.

Ahad malam,Anwar membangkitkan isu Apco dalam ceramahnya di Hulu Selangor.Beliau antara lain mencabar BN mengambil tindakan keatasnya di Dewan Rakyat.

Katanya, “Kalau betul-betul berani, saya tunggu dalam Dewan,”tegasnya.

Menurut menteri itu isu ini diketahui umum dan apabila diminta beri penjelasan dalam Dewan Rakyat Selasa lalu Anwar menyebut perkara-perkara yang tiada kaitan.

Menurut Nazri, beliau akan menyerahkan notis kepada Speaker Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang itu ke jawatankuasa berkenaan petang ini.

“ Ini urusan kerajaan, mesti didahulukan, mesti dibentangkan sebab usul dari kerajaan,” Katanya lagi.

Sehubungan itu, Nazri juga berkata BN akan mengemukakan usul tersebut pada 22 April, yang juga merupakan hari terakhir bagi sidang pertama, penggal ketiga bagi sesi parlimen ke-12.

Makanya Anwar berdepan dengan kemungkinan diberi amaran atau digantung sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Nazri hairan kenapa ahli-ahli parlimen pembangkang lain lebih banyak mempertahankan Anwar dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat daripada membangkitkan perkara kepentingan rakyat mahupun pengundi masing-masing.

“Kata Pakatan Rakyat. Ni pakat-pakat nak bela Anwar,” sindirnya.

Beliau juga menyifatkan tidak wajar Anwar memanggilnya biadap ketika ahli parlimen Permatang Pauh itu berhujah di Dewan Rakyat baru-baru ini.-5/4/2010

agendadaily


Cabaran Nazri: Ini jawapan Anwar

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar akan mendedahkan maklumat tambahan termasuk apa yang didedahkan di Dewan Rakyat mengenai kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM) apabila usul menghadapkannya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Saya akan dedah maklumat ini jika menteri (di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) terus pertahan kerajaan dalam isu Apco,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimem, Selasa.

Nazri, pada Isnin, menghantar surat kepada Speaker bagi membawa usul menghadapkan Anwar yang mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa IMalaysia ciplak 1Israel.

Menteri itu semalam turut membidas Anwar kerana bising di luar Dewan dengan menjadikan isu itu sebagai modal kempen pilihanraya apabila berceramah di Hulu Selangor dan mencabar BN ambil tindakan terhadapnya.

Nazri mencabar Anwar jadi 'lelaki' menjelaskan isu itu di Dewan bukannya pusing keliling berkempen menggunakan isu berkenaan.

Sepaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau telah menerima notis berkenaan pagi ini dan usul berkenaan akan dimasukkan ke dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat bagi 22 April.

"Notis telah saya terima dan saya persetujui supaya dimasukkan dalam order paper ," katanya.

Usul itu dikemukakan di bawah peraturan 27(3), kata Pandikar Amin ketika menjawab pertanyaan daripada Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar sebelum itu bangun dan meminta speaker menjelaskan sama ada telah menerima notis berkenaan.

Sementara itu, Anwar ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat hari ini turut mengemukakan beberapa fakta bagi menyokong dakwaannya itu termasuk nama syarikat, nama pegawai polis dan tarikh-tarikh yang didakwa ada kaitan dengan pendedahannya itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menamakan sebuah syarikat yang terbabit dan dikatakan berpengkalan di Israel.

Katanya lagi, ini membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing. Menurut Anwar, perkara itu sebelum ini sudah disahkan sendiri cawangan Khas Bukit Aman.

Pada sidang media itu juga, Anwar agak berang apabila ditanya adakah beliau seorang yang anti Israel apabila membangkitkan isu Apco dan mengaitkan Israel dengan Malaysia.

“Ini bukan soal anti Israel...ini bukan isu anti Yahudi tetapi isu keselamatan negara,” ujarnya mengelak memberi jawapan kepada soalan itu.

Terdahulu di dalam Dewan, Anwar turut berkata, beliau bukan musuh Israel tetapi Yahudi yang zalim.-6/4/2010

agendadaily

KPN cabar Anwar kemuka bukti perisik Israel dalam PDRM

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Musa yang enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut berkata, polis akan membuka kertas siasatan sebaik saja mendapat maklumat lengkap daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Adalah penting untuk kita mendapat segala maklumat terlebih dulu sebelum kertas siasatan dibuka, kalau tidak macam mana kami nak siasat," katanya.

Anwar ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, di sini hari ini, mendakwa antara lain pembabitan ejen Israel itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM.

agendadaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP