Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 2, 2010

Anwar belakangkan PAS bila Dr Zambry ditawar jadi MB Perak...Tajol Rosli pun dapat ‘offer’

Ikut logik PKR patut dapat jawatan Menteri Besar selepas pakatan pembangkang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihanraya umum lalu.

Walaupun DAP dapat 18 kerusi tetapi undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak mewajibkan menteri besar mestilah orang Melayu.

Justru itu, PKR yang menang tujuh kerusi patut lantik seorang daripada wakil rakyat mereka tetapi akhirnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS dipilih sedangkan parti itu hanya dapat enam kerusi.

Ramai tertanya-tanya kenapa jadi begitu.

Namun, apabila Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan tawaran oleh "seorang pemimpin hebat pembangkang" untuk beliau menjadi Menteri Besar Perak jika sanggup melompat parti selepas Barisan Nasional kalah di negeri, cerita dua tahun lalu terbongkar sedikit demi sedikit.

Zambry dalam penjelasannya di Dewan Undangan Negeri Perak, Rabu berkata, beliau menolak tawaran itu kerana berpegang kepada prinsip perjuangan.

Sebelum itu, mantan Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mendedahkan ada tiga Adun BN ditawarkan untuk lompat menyertai pakatan rakyat bagi menguatkan PKR Perak.

Selain pengakuan Dr Zambry, beliau tidak mahu mendedahkan siapa lagi yang menerima pelawaan tersebut.

Bagaimanapun ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga kawan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum keluar PKR bulan lalu mendakwa, Tajol Rosli antara turut dipujuk PKR selain Dr Zambry.

Bagi beliau, tindakan itu kerana PKR mahu wakil rakyat yang lebih berkelayakan sebagai Menteri Besar kerana yang ada sama ada Osman Jailu (Adun Cangkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dianggap pemimpin tertinggi parti kurang berkelayakkan.

Zahrain berkata, PKR memang mahu kerusi Menteri Besar dan membelakangkan PAS yang ada beberapa Adun berkelayakkan.

“Sebab iitu Anwar nak tarik Dr Zambry...Tajul Rosli pun dia cari dan offer. Di bukan peduli PAS ka, saudara ka asalkan dia dapat kuasa, dia buatlah,” tegasnya kepada Agendadaily di Lobi Parlimen Khamis.

Beliau setuju apabila dikatakan tindakan Anwar itu ibarat menikam belakang PAS walaupun parti itu dalam pakatan rakyat.

Menurutnya, kehebatan Anwar adalah kerana ‘gempaknya’ seperti Pelan 16 September apabila ada ahli parlimen BN hampir goyah dan terpaksa buat solat Istiqarah.

“Orang percaya dan takut nak balas balik. Anwar ‘master’ dalam semua ini. Saya dah berkawan lama dengannya. Saya dah nampak permainannya, sebab itu saya lawan diai,” katanya.

Beliau percaya Anwar akan menafikan pendedahan Dr Zambry dengan macam-macam alasan.

Dalam pada itu mungkin tidak sukar mencari siapa seorang lagi Adun BN yang ditawarkan apabila Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim, bertindak keluar parti dan sertai PKR.

Bagaimanapun, beliau masuk semula dalam BN selepas Osman, Jamaluddin dan Adun DAP Jelapang Hee Yit Fong keluar parti masing-masing dan kini jadi wakil rakyat Bebas yang mesra BN sekaligus membolehkan BN kembali berkuasa di Perak.-1/4/2010

agendadaily

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP