Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, April 1, 2010

Altantuya : Saya tunggu temujanji dengan Zulkifli - DSNR

Sebut apa cara yang tidak dilakukan oleh pembangkang untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.

Gambar yang diletak pada pokok ini ( gambar atas) adalah salah satu daripadanya.Semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dulu keranda diusung atas bumbung kereta bawa ke serata tempat.

Selain surat akuan bersumpah,karikatur,gambar superimpose dan segala macam lagi.

Atas sebab itu Najib berkata beliau sedang menunggu temujanji dengan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, yang mendakwa dalam Dewan Rakyat pernah diupah untuk memfitnah beliau dan isteri terlibat dalam pembunuhan itu.

"Saya tunggu, temujanji saya dengan Zulkifli, barang kali dia nak cerita. Inilah permainan yang mereka buat kononnya saya terlibat dengan Altantunya pada hal saya sudah bersumpah, saya tidak mengenali Altantunya.

"Orang lain tak berani sumpah tetapi saya berani sumpah. Tidak payahlah buat perancangan sebab ini fitnah. Kita boleh merancang tetapi Tuhan menentukan... jangan khuatir kita di pihak yang benar," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Perdana Menteri bersama Kelab ADUN Penyokong BN di Sri Perdana di Putrajaya Rabu malam.

Serentak dengan itu beliau mempertikaikan cara politik untuk ‘ main persepsi ‘ rakyat tanpa mempedulikan fakta.

Katanya pakatan pembangkang yang sengaja menaburkan fitnah terhadapnya dan membuat banyak janji kepada rakyat yang kesemuanya tidak tertunai sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata penipuan pembangkang itu bermula dengan cubaan mereka untuk merampas kuasa pada 16 Sept 2008, diikuti kononnya ia mendapat sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Mereka cuba pancing sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat BN supaya berpaling tadah dan bertukar parti menyokong pembangkang. Tetapi apabila ADUN mereka 'seberang' pada kita, mereka 'bertempik'.

"Soalnya siapa buat kudeta ...siapa cuba main 'permainan' ini. Pada mereka semua halal, di tangan mereka matlamat menghalalkan cara. Sebab dalam politik, bagi mereka fakta tidak penting sebaliknya persepsi itu penting," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri mengingatkan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) bahawa kekayaan dan taraf kelulusan bukan jaminan mereka akan terus popular di kalangan pengundi masing-masing.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sokongan pengundi kepada wakil-wakil rakyat berkenaan akan berterusan jika budi dan khidmat yang diberikan kepada rakyat adalah baik.

"Kita mesti menjadi wakil rakyat yang lebih baik, berkesan dan disenangi oleh rakyat. Apabila rakyat sayang kita, sampai bila pun dia akan ingat kita.

"Ada juga wakil rakyat saya kenal, nak kata wakil rakyat PPRT (wakil rakyat miskin) pun boleh...ada juga mereka gelarkan diri mereka wakil rakyat PPRT tetapi saya tengok wakil rakyat ini masih popular.

"Ini bermakna, kalau kita ada harta, tidak bererti kita akan popular. Ada juga wakil rakyat, ada harta tak kekal lama..ada yang satu penggal sahaja...(malah) ada yang ada ijazah, lepas satu penggal...orang kata cukuplah, kita nak orang baru," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN, berkata trend mutakhir sokongan rakyat terhadap BN setiap hari semakin meningkat, malah daripada lawatan-lawatannya ke seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, sambutan terhadap parti itu juga meriah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan wakil-wakil rakyat BN supaya terus bekerja keras bagi memastikan BN dapat mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.-1/4/2010

agendadaily

Zul tells of plot to implicate PM and wife in murder of Mongolian woman

PETALING JAYA: Independent MP Zulkifli Noordin dropped a bombshell in the Dewan Rakyat yesterday when he revealed that he was once ordered to implicate Datuk Seri Najib Tun Razak and Datin Seri Rosmah Mansor in the murder of Altantuya Shaaribu.

Amidst gasps of disbelief from MPs, the Kulim-Bandar Baharu lawmaker claimed that he was asked to get sworn statements that the Prime Minister and his wife were involved in the Mongolian woman’s murder.

“I myself was asked to make a statutory declaration to implicate them both.

“I decided not to do it, even though the reward offered shook my faith,” he said as the House listened in stunned silence.

He did not say who had ordered him to do so.

Zulkifli had discharged himself as defence lawyer for Chief Insp Azilah Hadri, one of the accused in the Altantuya murder case during the hearing in 2007.

Debating the motion of thanks on Royal Address, Zulkifli also slammed private investigator P. Balasubramaniam, who had made a statutory declaration in connection with the case in 2008 but retracted it the next day.

"How could the people accused of this crime be willing to be sentenced to death if it was true that both the Prime Minister and his wife were involved.

"The Prime Minister had also sworn on the Quran denying his involvement with Altantuya," he said.

Azilah and Kpl Sirul Azhar Umar were sentenced to death by the High Court last year for murdering Altantuya. Political analyst Abdul Razak Baginda was charged with abetting the two policemen but was acquitted in 2008.

Zulkifli also claimed that in 2004, he was asked to link the son of Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz to the murder of a man.

“I was asked to ensure that Nazri’s son was somehow connected to the murder case. I thank Allah that I managed to steer away from such things,” he added.

Nazri’s son was a witness interviewed by police investigating the death of a student following an attack at a food outlet in Sri Hartamas in July 2004.

Five Thai nationals were subsequently charged with causing the death of the student. They pleaded guilty and were sentenced to five years in prison.

Later at the Parliament lobby, Zulkifli claimed he had documented proof including audio recordings to support all his claims, besides many other “assignments” which he had not revealed in the Dewan.

He said it was his practice to record and keep documents of every “mission and assignment” he was entrusted with.

“There was even an assignment where I was to really discredit Datin Seri Rosmah. The assignment was very slanderous and too dirty that I told myself, this is too much,” he said, adding that in most of the assignments, he was directed to execute them alone.


Berita terdahulu

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP