Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, March 30, 2010

Nizar tidak menghargai anugerah Darjah Kebesaran Sultan Perak


Gambar 1 - Nizar dan pakaian lengkap Dato'Seri


Gambar 2 - Nizar hadir pada Sidang DUN tanpa selepang pada 7 Mei 2009>


Gambar 3 - Nizar hadir hari ini tanpa kalung Darjah SPMP

Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin datang ke Sidang DUN pagi tadi tanpa mengenakan pakaian yang lengkap dengan anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang diterimanya dari DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Darjah SPMP yang diterima Nizar pada 2008 ketika beliau menjawat jawatan Menteri Besar sepatutnya dipakai berserta kalung di badan dan bintang disangkut di poket kiri.

Ini bukan kali pertama Nizar hadir sebegitu dalam majlis rasmi melibatkan keberangkatan DYMM Sultan Perak ataupun DYTM Raja Muda. Dalam sidang yang kecoh pada 7 Mei 2009, Nizar hadir tanpa memakai selepang.

Agak menghairankan kenapakah beliau tidak mengenakan pakaian yang lengkap dengan bintang kebesaran seperti diwajibkan sebagai tanda penghormatan terhadap anugerah yang diterima dari DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Tidak pula dapat dipastikan sejauh mana Nizar menghargai anugerah Sultan. Jawapannya hanya ada pada diri Nizar sendiri. Kita hanya melihat dan membuat penilaian luar tanpa banyak prasangka.

Dari blog:
KHUSAIRI TALIB

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP