Monday, March 1, 2010
Saya benci UMNO
Itulah kata-kata dalam nada marah yang diungkapkan oleh Mohd Fairus Khairuddin sambil membaling jauh Kad Keahlian UMNO milik salah seorang kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Kejadian itu berlaku selepas Mohd Fairus yang berkelulusan Ijazah Sains Politik (Perhubungan Antarabangsa) UIAM memenangi tanpa sangka DUN Penanti dalam PRU12 lalu dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada usia yang agak muda iaitu pada umur 31 tahun.
Selepas berkuasa dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang mana-mana kakitangan yang bukan pro-PR, lebih-lebih lagi jika penyokong dan ahli UMNO dijadikan pula sasaran untuk 'membalas dendam' walaupun pada amnya semua pegawai serta kakitangan menjalankan tugas seperti biasa kerana mereka akan mengikut arahan dari 'government of the day'.
Apabila ditanya oleh Fairus sama ada kakitangan itu seorang penyokong UMNO ataupun sebaliknya, kakitangan itu yang sama-sama berjuang dengan Anwar Ibrahim dalam ABIM dulu dan kemudiannya sama-sama juga mengemukakan borang memasuki UMNO pada tahun 1982 dengan nombor keahlian UMNO berselang angka sahaja dengan Anwar Ibrahim terus mengeluarkan Kad Keahlian UMNO dari dompetnya menyatakan yag dia adalah ahli UMNO. Kad Keahlian UMNO terus diambil oleh Fairus, membacanya dan terus membuangnya sambil menyatakan kebenciannya terhadap UMNO.
Tidak dapat dinafikan Fairus tidak mempunyai sekelumit perasaan pun terhadap perjuangan UMNO dalam memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu dalam dirinya. Fairus adalah produk kepada reformasi jalanan Anwar Ibrahim yang percaya sepenuhnya yang Anwar dalam hidupnya tidak pernah melakukan aktiviti liwat-meliwat. Fairus percaya Anwar adalah bersih seputih kapas.
Apabila penulis mendapat maklumat sebelum ini yang bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti itu akan menyertai UMNO, tujuan dan tindakan Fairus berbuat demikian terus menjadi tanda tanya. Apakah selama ini orang yang sangat membenci UMNO tetapi selepas dilucutkan jawatan TKM1 dan ADUN Penanti oleh Anwar sendiri ingin pula menunjukkan kesesalan?
Tapi percayalah sebagai seorang rakyat Malaysia, Fairus harus bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan dan yang akan dilakukan selepas ini. Minta maaflah kepada kakitangan berkenaan dengan menyatakan kesesalan.
Dan satu lagi, sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, hutang 100K yang diberhentikan bayarannya sejak April 2009 lalu haruslah dilangsaikan. Jangan pula mati kita itu dalam kehutangan yang tidak diketahui oleh keluarga sendiri. Fairus tentu faham hutang yang dimaksudkan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment