Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, March 14, 2010

Ramai Lagi PKR Akan Keluar Parti

"Jika dulu saya masuk Keadilan Nasional kerana percaya dengan perjuangan mereka tetapi kini saya keluar kerana PKR sudah lari daripada matlamat asas penubuhannya untuk membela nasib bangsa Melayu."

Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

ADUN Lunas (Bebas) Mohd Radzhi Salleh yang sehingga 24 Ogos 2009 lalu adalah Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia Kedah berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini,hari, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.

Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen "Bajet PR Kedah 2010" yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri,yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.

Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada ADU Ndan Anggota Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP