Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, March 29, 2010

Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?

PKR Cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.

Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Dr Halili Rahmat (The Neurosurgeon who operated on singer Zaiton Sameon also a PKR candidate in 1999 election). Seorang lagi masih belum ditentukan.

Nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan mempunyai hubungan dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.


===============================================================================

Harap Samy Veloo dapat lupakan untuk memberi peluang sekali lagi kepada calon MIC bagi kerusi Parlimen bermajoriti Melayu ini. Keadaan telah berubah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP