Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, March 13, 2010

Kader PKM dan kader Anwar menyebarkan berita palsu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hantar surat letak jawatan

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan laporan sebuah akhbar bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, lima bulan sebelum tamat tempoh kontrak perkhidmatannya.

Menurut The Star, Musa menafikan laporan tersebut.

Akhbar China Press, melaporkan Musa dijangka meletak jawatan secara rasmi pada 25 Mac di majlis sambutan ulangtahun ke-203 Hari Polis.

Sumber-sumber berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Hishammuddin telah menerima peletakan jawatan Musa.

Jika tiada perubahan pada saat-saat akhir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan akan menggantikan Musa sebagai ketua polis negara.

Laporan peletakan jawatan oleh Musa itu dibuat sehari selepas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff, dilepaskan daripada tuduhah tidak mengisytiharkan asetnya.

Sementara itu, Star Online yang menghubungi Musa melaporkan ketua polis negara sebagai berkata bahawa beliau tidak mengemukakan sebarang surat peletakan jawatan kepada perdana menteri atau kepada sesiapapun.

Ia memetik Musa sebagai berkata, yang beliau mahu tahu sekiranya sumber tersebut adalah dari saluran rasmi atau 'bawah tanah'.

"Saya tahu ia bukan dari Kementerian (Dalam Negeri) kerana saya sudah menghubungi Ketua Setiausaha Datuk Mahmood Adam yang tidak tahu menahu mengenainya," kata Musa dalam laporan tersebut.

Kontrak perkhidmatan Musa sebelum ini telah dilanjutkan selama setahun sehingga September depan.

Sementara itu, pegawai akhbar kepada menteri dalam negeri, Nik Ahmad Khusairi Nik Ibrahim, ketika dihubungi Malaysiakini, telah menafikan laporan Musa telah menghantar surat peletakan jawatannya.

Menurutnya, Hishammuddin menafikan laporan tersebut dalam satu sidang akhbar di Kemaman, Terengganu pagi ini.

malaysiakini
Mac 13, 10 11:00am


KDN hantar surat tunjuk sebab kepada China Press

Mac 13, 10 6:37pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

"Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul," kata KDN dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari.

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

"Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan.

"Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya."

Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu.

Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP