Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, March 18, 2010

Jika pendedahan semalam Anwar gelar PAS Ulamak Terompah, hari ini Zahrain dedahkan Najis (shit) plak...

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terus menghangatkan sidang Dewan Rakyat, Khamis dengan menyebut beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang didakwa oleh pimpinan PKR nak melompat bagi menjayakan Pelan 16 September.

Antara nama-nama yang disebut katanya, adalah ahli parlimen Kalabakan, Kimanis, Tawau, Sepanggar, Batu Pahat, Jerantut dan Ahli Parlimen Gua Musang.

“Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR,” kata Zahrain ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong.

Beliau menyambung perbahasan semalam yang ditangguhkan kerana waktu sidang dewan tamat pada jam 5.30 petang. Ucapan beliau kerap diganggu ahli parlimen pembangkang terutama oleh Padang Serai N.Gobalakrishnan dan Batu, Tian Chua.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir di Dewan Rakyat hari Khamis kerana telah berlepas ke luar negara Rabu malam.

Semalam, Anwar angkat kaki kira-kira lima minit selepas Zahrain membuka pekung Ketua Pembangkang itu mengenai Pelan 16 September yang turut dikaitkan dengan Yang Di Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

Zahrain dengan nada menyindir berkata, malah nombor pendaftaran kenderaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pun sudah ditukar menjadi WMK 6, kononnya Anwar sudah dapat restu Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke 6.

Zahrain sebelum itu menyifatkan pendedahannya mengenai taktik kotor mahu menawan Putrajaya dalam Pelan 16 September yang disebut di Dewan Rakyat semalam ‘memang menyakitkan (ahli parlimen pembangkang) atau the truth hurts”.

“Sebab itulah kita dapat lihat dan mereka macam chimpanzee dalam sarkas kerana kebenaran itu menusuk-nusuk kalbu,” katanya.

Beliau memulang paku buah keras terhadap Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang membuat kenyataan bahawa proses pembersihan (dalam PKR) sudah selesai dan PKR kini sebuah parti yang bersih dari daki dan najis.
“Memang yang bersih dan suci sudah keluar PKR, yang tinggal hanyalah mereka yang berdaki dan najis. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku ‘Shit’ tulisan Datuk Shahnon Ahmad,”

“Memetik kata-kata Sasterawan Negara itu, apa yang tinggal dalam PKR hari ini hanyalah ‘shit’ sahaja dan di Dewan mulia ini, saya mahu mendedahkan ‘shit’ itu supaya rakyat tidak terus terpdaya dengan politik dan silap mata PKR,” katanya.

Dalam pendedahannya, Zahrain mendakwa seorang pembantu Anwar bernama Aasil Kazi Ahmad adalah ‘spin doctor’ khususnya bagi perhubungan antarabangsa dan meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat lelaki terbabit yang dianggapnya pengkhianat bangsa.

Sesi perbahasan terus terganggu apabila beberapa ahli parlimen PAS antaranya Shah Alam Khalid Samad, Kota Raja Siti Mariah dan Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali bangun cuba menyekat Zahrain meneruskan pendedahannya.

Ada antara mereka mengakui Pelan 16 September adalah cerita lama serta semua tahu dan tidak perlu membuang masa mengungkitnya di Dewan Rakyat.

Zahrain turut mendakwa portal Malaysiakini dan Raja Petra Kamaluddin bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pimpinan Pakatan Rakyat melakukan putarbelit dan ‘character assassination’ terhadap sesiapa yang menjadi batu penghalang kepada impian merampas Putrajaya ‘at all cost,”.

Beliau seterusnya menegur kerajaan kerana kelemahan dan kegagalan menangani masalah kegiatan memburuk-burukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara ini yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.

Apapun pendedahan Zahrain semalam dan pagi ini menyebabkan ada antara ahli parlimen pembangkang yang tidak berada dalam Dewan seperti tidak mahu ‘merah muka atau telinga’ mendengar tembelang Anwar dalam isu Pelan 16 September - 18/3/2010

agendadaily


Zahrain names 8 Barisan MPs he claims were set to cross over

By LOH FOON FONG

KUALA LUMPUR: Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim named eight Barisan Nasional MPs and an unnamed Deputy Speaker whom he alleged the Pakatan Rakyat leadership claimed would cross over to Pakatan during the attempted Sept 16, 2008 government take-over.

He alleged in the Dewan Rakyat that the MPs from Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Salleh), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) and Gua Musang (Tengku Razaleigh) were set to cross over.

He told the House that he was disappointed with the Opposition, which had become engulfed with greed and self-interest, and that he had lost confidence in PKR after the attempted take-over.

When Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar asked who the Deputy Speaker was, Zahrain said, “You know, I know-lah.”

Zahrain, who quit PKR and was speaking as an Independent MP in Parliament Thursday, said that PKR deputy president Senator Dr Syed Husin Ali had slandered him three days ago by saying that the process of cleansing had already been completed and that PKR was cleansed and rid of “grime and s**t”.

“I would like to emphasise that God had done the cleansing process in PKR. We who are clean were removed from PKR and what was left was grime and s**t,” he said when debating the motion of thanks on the Royal Address.

“Today, in this august House, I would like to expose the s**t so that people know and will not continue to be hoodwinked with PKR’s play of politics,” he said.

N. Gobalakrishnan (PKR - Padang Serai) hit out at him by calling him the biggest hypocrite.

“I am willing befriend people who fight me but I won’t befriend people who betray the trust given to them,” he said.

Wan Junaidi reminded MPs not to use the word ‘kamu’ (you) and ‘pengkhianat’ (betrayer).

Tian Chua (PKR - Batu) then took out a letter, apparently written by Zahrain to Penang Chief Minister Lim Guan Eng, that he said debunked Zahrain’s purported loss of confidence in PKR after Sept 16, 2008.

Zahrain immediately protested that it was not relevant.

“If it was true that on Sept 16 he (Zahrain) had lost confidence, why did he, in a letter on June 8, 2009, write suggesting that the Pakatan council in Penang should meet once a month so that top leaders could discuss and interact better with each other.

“He had also said: I also suggest that you chair the meeting in Penang,” said Tian Chua.

Tian Chua went on to read: “On the confirmation of the title Datuk Seri, I would like to express my sincere gratitude to the TYT (Tuan Yang Terutama) Governor for recommending me to receive it with your kind support.

“However, I understand from the meeting that TYT also proposed your goodself for the award of Datuk Seri of which you declined to accept and the TYT then suggested that the award be given to your father Lim Kit Siang who had contributed much to the nation.

“As a matter of respect to TYT, I will only accept the award of Datuk Seri in conjunction with your father’s acceptance of the same.

“I want to make it clear that I want to work closely with you and maintain a relationship that is both sincere and fraternal in nature.

“I also look forward to a good working relationship between you and the representatives of the state government,” Tian Chua finished reading.

“This shows that you agreed to receive the title,” he told Zahrain.

Zahrain said it was not for him to ask for the title.

Zahrain also said he supported the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin’s speech that voiced disappointment with the slanderous tone of the new media, including media portals.

He urged the Malaysian Communications and Multimedia Commission to investigate MalaysiaKini and Raja Petra’s news portal Malaysia Today which, he claimed, worked hand in hand with the Opposition.

Almost an hour in his speech, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja) and Dr Lo Lo Mohamed Ghazali (PAS - Titiwangsa) protested that Zahrain had wasted time in the Dewan by repeating what he had said on Wednesday and the Dewan was being misused for political purposes.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP