Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, March 2, 2010

Solat Hajat Untuk Anwar



"Mai lekaih turun Masjid Seberang Jaya malam nih. Kita buat semayang hajat. 'Pak Sheikh' dok gadoh yang 'orang tua' tu nak buang dia"

Begitulah bunyi panggilan telefon daripada Ketua Bahagian UMNO dalam negeri Pulau Pinang dalam tahun 1996 dulu.

Ya benar, tahun 1996 iaitu dua tahun sebelum Anwar dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana disyaki melakukan kesalahan salahguna kuasa dan aktiviti liwat-meliwat atas bukti yang kukuh yang tidak dapat disangsikan lagi.

Ketua UMNO Bahagian itu masih lagi memegang jawatan Ketua Bahagian di Bahagian sama sehingga kini. Jika dahulu semasa Anwar menjadi TPM, daripada seorang lecturer IPTA yang meletakkan jawatannya sehingga dilantik menjadi EXCO tetapi enggan bertanding semula pada PRU berikutnya kerana ingin menumpukan dalam bidang perniagaan sepenuh masa. Pujukan Anwar supaya dia bertanding semula dengan dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri tidak diterimanya.

Alhamdulillah dia seterusnya menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan menubuhkan beberapa Yayasan untuk membantu golongan-golongan miskin dan yang memerlukan bantuan serta usaha perkembangan Islam di Malaysia dengan menerbitkan al-Quran dengan tafsiran Bahasa Inggeris untuk kegunaan pihak yang berminat secara percuma.

Jadi tidak hairanlah jika mulai tahun 1996 itu Anwar menggandakan lagi usaha mendapatkan penyokong-penyokongnya dalam membuat persediaan pengambil-alihan kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir.

Tidak hairan juga semasa menghadiri kursus Kem Bina Semangat, segelintir penceramah secara tak langsung memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang tidak baik macam Fir'aun sebaliknya memuji dan 'mengangkat' Anwar Ibrahim setinggi yang mungkin. Apabila mengingatkan kejadian yang berlaku itu sehingga tarikh pemecatannya sebagai TPM serta mendengar sendiri ucapan Anwar selepas dipecat, maka kejadian-kejadian itu rupa-rupanya saling kait-mengait.

Berbalik kepada solat untuk Anwar ini, kemungkinan besar Nik Ajis juga telah berpuluh ataupun beratus kali bersama-sama pengikut-pengikut setianya melakukan solat hajat untuk Anwar. Jika pada hari pertama perbicaraan liwat II Anwar pun Nik Ajis sanggup meninggalkan urusan rasmi sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi, inikan pula untuk melakukan solat hajat untuk Anwar!

Walau apapun penulis amat percaya bahawa Hadi Awang, Nasharuddin, Mustapha Ali, Hassan Ali, Taib Azimuddin maupun Mat Sabu tidak akan bersolat hajat untuk Anwar kerana mereka amat mengenali Anwar.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP