Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, March 15, 2010

Anggota PKR Kuala Selangor Pulaukan Mesyuarat Agung Tahunan

KUALA SELANGOR, 14 Mac 2010
Kira-kira 50 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang naik angin, memulaukan mesyuarat agung tahunan (AGM) PKR bahagian Kuala Selangor kerana tidak berpuas hati dengan cara mesyuarat itu dikendalikan.

Mereka turut berpendapat bahawa AGM itu "tidak sah" dan tidak dikendalikan sejajar dengan perlembagaan parti memandangkan tiada notis yang sewajarnya diberikan sebelum mesyuarat diadakan.

Bekas Ketua Penerangan bahagian itu, Ibrahim Mahidin, berkata setiausaha AGM tidak memberi notis mesyuarat yang sewajarnya kepada anggota parti bagi memaklumkan mengenai tarikh, venue dan masa mesyuarat itu, yang sepatutnya dibuat 14 hari sebelum AGM berlangsung.

"Notis serta agenda mesyuarat juga tidak dikepilkan pada minit untuk diedarkan pada AGM itu dan melanggari Artikel 24.6 perlembagaan parti.

"Saya dimaklumkan bahawa notis bagi AGM hari ini disiarkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia pada 9 Mac, 2010, iaitu lima hari sebelum AGM berlangsung dan ini sesuatu yang tidak wajar," katanya kepada pemberita di sini.

Ibrahim berkata AGM itu, yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor dan Pengerusi PKR Kuala Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hanya dihadiri oleh 241 anggota daripada sejumlah lebih 4,000 anggota dalam bahagian itu.

Beliau berkata anggota PKR juga tidak diberi peluang pada AGM berkenaan untuk membahaskan isu yang menjejaskan parti sejak akhir-akhir ini.

"PKR bahagian Kuala Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim perlu memberi perhatian kepada masalah ini dan dan mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan anggota yang marah ini secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut mendakwa seorang pemegang jawatan dalam jawatankuasa PKR bahagian Kuala Selangor diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi melalui sepucuk surat bertarikh 8 Okt, 2009.

"Mengikut perlembagaan semua parti politik, seseorang yang diisytiharkan muflis tidak boleh bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti," katanya.

BERNAMA


15 JAWATANKUALA PKR KUALA SELANGOR LETAK JAWATAN
Wednesday, January 20, 2010


KUALA SELANGOR : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira kira 13 ahli jawatankuasa PKR termasuk Ketua Pemuda dan Ketua Wanitanya meletak jawatan manakala 2 lagi telah meninggal dunia.

Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa telah menghantar surat perletakan jawatan seara berperingkat bermula November 2008 hingga Januari 2010.

Hanya 3 jawatankuasa yang tinggal iaitu Ketua Cabang Kuala Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Ketua, Arshad Abu Bakar dan Faridah Abdul Rahman merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.

Kesemua hanya meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa sahaja tetapi tidak meletakkan jawatan sebagai ahli PKR cabang Kuala Selangor.

Wartawan sentral juga dimaklumkan dalam tempoh dua tahun meneraju parti, sebanyak enam setiausaha telah dipecat dan dilantik. Setiausaha yang baru pula bukanlah orang tempatan.

Arshad Abu Bakar yang juga bekas ketua cabang Kuala Selangor menjelaskan tindakan meletakkan jawatan semua jawatankuasa ini adalah tindakan yang amat berat untuk dilakukan.

"Kami berbuat keputusan untuk menjelaskan kepada pihak media sebagai luahan perasan yang sudah lama terpendam demi untuk kebaikan parti."

"Kepimpinan parti kami semakin bertambah goyang apabila Naib Pengerusi PKR Kuala Selangor YB Muthiah yang juga ADUN Malawati telah meletakkan jawatannya November lalu."

"Mesyuarat jawatankuasa hanya pernah dibuat sekali sahaja dan tetapi jangkamasa yang singkat iaitu setengah jam sahaja malah ramai jawatankuasa berpendapat ianya seolah mesyuarat perniagaan sahaja," Katanya.

Arshad juga menjelaskan sepanjang tempoh dibawah kepimpinannya juga tiada langsung aktiviti melibatkan parti menyebabkan semua ahli merasa bosan dan tertanya tanya.

"Sebagai ketua, sepatutnya bertindak dan berfikir sesuatu untuk kepentingan parti dan ahli," Katanya.

Ibrahim Mahidin sebagai bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Slangor menjelaskan beliau diletakkan jawatan hanya mmberikan teguran yang positif kepada Khalid sebagai ketua.

"Ini adalah tindakan akhir kami untuk memberikan respon kepada pihak PKR Negeri Selangor dan Pusat agar mereka membuat tindakan tentang masalah kepimpinan ini," Katanya.

Suzaini Sulaiman

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP