Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, March 27, 2010

Hero dari Kalabakan!

8 MPs were asked to cross over to Pakatan in 2008

Ghapur told the New Straits Times he would respond when debating the royal address next week.







Hansard Dewan Rakyat 23.3.2010 @ 3.30 ptg. muka surat 92
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Kalabakan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Beberapa Ahli: Waalaikumsalam.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersama rakan-rakan, bersama-sama untuk membahaskan Titah Ucapan Diraja pada 15 Mac yang lalu. Pada mulanya, saya ada banyak isu yang saya mahu kemukakan, tetapi ada isu yang baru Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan Berita Harian, 18 hari bulan, 19 hari bulan. Saya tidak pernah lompat parti. Daripada saya masuk Barisan Nasional sampai sekarang tidak pernah lompat parti. Kalau saya lompat sudah, bererti saya tidak ada kepercayaan kepada parti. Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru itu kenyataan bodoh bodoh punya. [Tepuk] Mahu tubuh kerajaan dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang mahu lompat. Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah?

Seorang Ahli: Ya!

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Mana dia punya sekolah? Dalam Utusan, Anwar umpan, dia kata. Ini tuduhan betul lapan termasuk Tengku Razaleigh kena umpan, termasuk saya kena umpan. Saya sudah katakan, saya tidak pernah jumpa, tidak pernah dipujuk dan tidak pun pergi Taiwan. Tidak ada pergi ke Taiwan, saya. [Tepuk] Bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat. Jadi, bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup. Mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat. [Ketawa] Umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, itu sebab dia lompat. [Dewan riuh][Ketawa][Tepuk] Saya mahu dia Ahli Parlimen Bayan Baru ini tarik balik bahawa saya tidak pernah lompat dan dia akan namakan semua yang mahu lompat. Kenapa pilih? Pilih, pilih, pilih, pilih. Mungkin dia lompat, ada yang minta kepada Kerajaan Pulau Pinang, tidak dapat!

Beberapa Ahli Pembangkang: Ya! [Tepuk]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Dia tidak dapat, hingga gelar orang komunis! Bolehkah saya dalam Dewan ini tunjuk satu orang di antara kita ini komunis?

Seorang Ahli: Tidak boleh!

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Boleh?

Beberapa Ahli: Tidak boleh.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Bukan bukti. Ini salah daripada peraturan. Mana boleh duduk di dalam Dewan Rakyat, Dewan Negeri seorang komunis?

Beberapa Ahli: Tidak boleh. [Tepuk]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Ini saya tidak tahu yang dia kata, dia dua tahun dalam PKR, 16 September dua kali, dia tidak fikirkah? Dua tahun dia baru lompat. Kenapa tidak lompat awal-awal? [Dewan riuh] Sekarang sudah jadi BEBAS, kocek pun mungkin sudah penuh. [Dewan riuh] Kemudian mungkin nanti mahu masuk UMNO, tolong UMNO jangan terima orang seperti ini. [Tepuk] Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga. [Dewan riuh] [Tepuk] Ha, ini yang sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Reporter, berpuluh-puluh reporter termasuk newspaper Cina telefon saya. Ini ada kenyataan begini, begini. Saya bilang tunggu. Saya akan luahkan di Parlimen.

Beberapa Ahli: Ya!

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Kerana ini secara official saya mahu jawab dan saya mahu Yang Berhormat Bayan Baru ini tarik balik dan minta maaf kepada saya. [Tepuk] Kepada saya. Dia ada di sini atau tidak ada tetapi saya mahu.

Seorang Ahli: Ada, ada, ada...

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang. Jadi macam-macam tohmahan. Saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu. Saya bukan pernah di sana. Akan tetapi kenapa libatkan saya, yang saya tidak ada dosa?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat Kalabakan, boleh saya mencelah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Yang Berhormat Kalabakan bertenang. Yang Berhormat Bayan Baru menceritakan, dia tidak menuduh Yang Berhormat Kalabakan. Jadi...

>Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tidak mahu kasi dia laluan, sebab apa pembelaan. Begini tak boleh bagi laluanlah...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bagilah laluan..

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Bukan tak boleh. Saya tahu kalaupun dia mendakwa, dia dakwalah.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini bukan menuduh Yang Berhormat Kalabakan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tetapi jangan sebut nama-nama yang tidak berkenaan. Bererti saya kata tadi, kalau mahu lompat, 30 orang mahu lompat. Kenapa tidak namakan 30 orang? Siapa yang pergi Taiwan? Kenapa tidak disebut nama-nama mereka? Apa sebab? Apa sebab? Takkan Yang Berhormat Sri Gading mahu bela sedangkan saya dalam BN mahu bela pembangkang yang mungkin mahu masuk UMNO nanti. Saya minta maaf sahaja. Kalau orang seperti ini masuk UMNO, mungkin UMNO punya orang akan keluar. Kalau dia ada pembohongan. Dia punya ketua, dia punya tahulah. Dia ceritalah tetapi ini pembohongan, dua tahun dahulu kenapa dia tidak keluar? [Tepuk] Persoalannya, dua tahun, dua kali 16 September sudah, kenapa? Baru keluar, apa sebab?

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Minta jalan sedikit.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Apa sebab?

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Yang Berhormat, boleh jawab sikit?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bayan Baru bangun Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tak usahlah, apa guna mahu bagi. Dahulu pun saya tidak minta bagi, sekarang tak mahu bagi. Saya tidak mahu bagi. Saya tahu kalaupun dikatakan ini pembohongan Ketua Pembangkang, Parti Keadilan atau PAS atau DAP, itu dia punya hal. Bukan saya mahu soal itu. Soal dia kenapa waktu itu, dia tidak keluar?

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Boleh bagi saya cerita sikit Yang Berhormat Kalabakan, you punya tuduhan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Bukan, saya tahu, saya tahu. Sebab kita tahu habuan yang dibagi mungkin. [Dewan riuh] [Tepuk] Pada mulanya saya tidak mahu sentuh ini.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun]

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Akan tetapi apabila saya dibabitkan, bukan saya kata tak boleh. You babitkan saya, tetapi babitkanlah semua yang ada, yang ada pergi ke Taiwan, semua disenaraikan. Tidak mengapalah.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Hendak bagi, hendak bagikah?

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Mungkin ini Yang Berhormat Bayan Baru tidak baca newspaper berapa orang pergi ke Taiwan. Saya tidak pergi kerana rekod saya tahun 1985, waktu saya menjadi calon BERJAYA tahun 1985, berjaya enam kerusi, PBS mahu beli saya. Dia perlu saya, saya tidak mahu. [Tepuk] Jadi bukan saya. Saya kalau keluar parti, saya tidak percaya kepada pucuk pimpinan, saya keluar bukan kerana dibeli. Ini penting, ini penting. Jangan bikin tohmahan yang bukan-bukan sahaja. Kita malu, jadi kita minta Berita Harian, TV1, TV3, AWANI, keluarkan kenyataan saya ini dengan penuh seperti mana Yang Berhormat Bayan Baru dapat liputan. [Dewan riuh][Tepuk] kalau tidak, ini sekongkol juga.

Seorang Ahli: Ya, sokong, sokong.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Ini saya minta sebab semua Berita Harian akan penuh muka surat.

Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim [Bayan Baru]: Boleh saya cakap, mencelah sikitkah? Minta Yang Berhormat Kalabakan.

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: Tidak payahlah. Saya hanya ada beberapa minit sahaja. Saya ada banyak yang lain. Jadi itu, saya harap, ini noktahlah di sini. Noktahlah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP