Saya agak kehairanan melihat kekecohan dan putar belit yang dibuat berkaitan ucapan saya membahas titah Baginda YDP Agong di Parlimen pada hari Rabu 08 Rabi'ul Akhir 1431 / 24 Mac 2010 lepas. Ucapan saya sepanjang 30 minit menyentuh beberapa isu penting (sila lihat dibawah tajuk Bahas Titah DiRaja (1)-(6) dibawah) tetapi yang sibuk dibisingkan ialah kes Altantuya. Itupun hanya satu perenggan sahaja.
Saya menyentuh isu tersebut dibawah tajuk besar "budaya fitnah" yang sedang mekar didalam aktiviti politiking dinegara kita. Ini berdasarkan kekhuatiran Baginda Yang DiPertuan Agong dalam titah Tuanku pada hari Isnin 29 Rabi'ul Awal 1431 / 15 Mac 2010 dimana Baginda telah melahirkan "kesedihan Baginda kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dimedia baru".
Saya sekadar memberikan contoh 4 kes untuk membuktikan apa yang Baginda sebutkan itu benar-benar berlaku; iaitu
(1) kes fitnah terhadap DSAI,
(2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz,
(3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri dan
(4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz.
Didalam keempat-empat kes diatas, jelas perbuatan "fitnah, pembohongan dan putar belit fakta" telah berlaku, yang menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.
Salam YB Zul,
(1) kes fitnah terhadap DSAI
Setuju, tuduhan terhadap Anwar hanyalah fitnah semata-mata kerana Anwar sendiri telah pun bersumpah dengan nama Allah swt yang dia tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti liwat meliwat terhadap/dengan sesiapa jua pun.
(2) kes fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz
Setuju. Tuduhan yang mengatakan Tok Guru nak pergi haji dengan duit sponsor hanyalah rekaan semata-mata tanpa bukti dan pengakuan tuan empunya diri. Tok Guru mampu pergi haji dengan layanan VVIP lebih RM65K kerana pendapatan beliau sebulan sudah melebihi RM20K.
Sila klik kek untuk bahan buatannya
(3) kes fitnah terhadap Dato' Seri Najib & isteri
Ini perkara betul kerana Najib sendiri tidak berani bersumpah di mana-mana berbanding sikap yang terpuji berani bersumpah dengan nama Allah oleh Anwar.
(4) kes fitnah terhadap Dato' Seri Nazri Aziz
Kalau ada yang membuat fitnah itu, pergilah mohon maaf kepada dia. Jangan lupa pula memohon ampun dari Allah swt.
No comments:
Post a Comment