Zulkifli (Kulim-Bandar Baharu) semasa memberitahu Dewan Rakyat demikian bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang membuat tawaran itu tetapi menyifatkannya sebagai tawaran yang “boleh menggoyahkan iman” daripada pihak yang terbabit dengan “pakatan fitnah” tersebut.
Zulkifli (gambar) yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini berkata beliau bersyukur kepada Allah kerana melindunginya daripada terbabit dengan pakatan fitnah tersebut.
Pada pertengahan tahun lalu, Zulkifli menarik diri sebagai peguam bela tertuduh dalam kes pembunuhan itu, Cif Inspektor Azilah Hadri, kerana mendakwa terdapat campurtangan serius pihak ketiga dalam persediaannya membuat pembelaan.
“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut,” katanya ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Zulkifli berkata beliau pernah diminta mendapatkan pengakuan bersumpah mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan itu.
“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik...setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya lagi.
Zulkifli juga berkata fitnah yang tidak berkesudahan juga dilemparkan terhadap Perdana Menteri tanpa sebarang bukti dan keterangan, serta sekadar bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam.
Sedangkan, katanya, apa yang difitnah dan ditohmah dalam akuan sumpah tersebut tidak pernah dinyatakan oleh penyiasat persendirian itu semasa dia memberi keterangan di mahkamah.
Zulkifli turut menyifatkan Balasubramaniam sebagai seorang “opportunist yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan yang bertopengkan manusia.”
Katanya, beliau juga tidak lupa pada sekitar tahun 2004, apabila diminta mengaibkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dengan mengaitkan anak beliau (Nazri), Nadim dengan kes pembunuhan Darren Kang hanya kerana Nadim secara kebetulan berada di lokasi pembunuhan di Sri Hartamas.
Dalam kes itu, katanya, lima orang warga Thai pekerja restoran Uncle Don di Sri Hartamas telah didakwa dan dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah, sekali lagi Allah telah menyelamatkan saya daripada terlibat dengan fitnah,” katanya.
“Saya berharap tidak ada pihak yang meletakkan saya dalam keadaan terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar yang berlaku...kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh YB Bayan Baru (rancangan pengambilalihan kuasa 16 Sept oleh pihak pembangkang) akan hanya menjadi sekadar ‘‘kentut yang sepi’’,” kata beliau.
Minggu lepas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menjadi wakil Bebas selepas keluar daripada PKR membuat pendedahan yang mendakwa Anwar berbohong kononnya Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan 16 Sept 2008 untuk Anwar mengambil alih kuasa pemerintahan negara.
Zulkifli berkata terlalu banyak perkara yang tidak betul yang beliau telah diminta melakukan.
“Begitulah kotornya mainan politik negara masa kini... ada antaranya yang telah saya laksanakan dan ada antaranya tidak saya laksanakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini, dan saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi untuk perbetulkan keadaan,” katanya.
Zulkifli berkata tujuan beliau membuat pendedahan itu kerana bersetuju dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang melahirkan kekhuatiran tentang gejala fitnah yang sampai ke peringkat yang membimbangkan semasa merasmikan mesyuarat Parlimen Isnin lepas.
“Saya sendiri khuatir dengan cara berpolitik bangsa Melayu beragama Islam yang jauh daripada perintah Allah dan sunnah Rasulullah. Saya juga takut jika kita mengambil sikap mendiamkan diri, laknat Allah akan menimpa kita,” katanya. — Bernama
Zul tells of plot to implicate PM and wife in murder of Mongolian woman
PETALING JAYA: Independent MP Zulkifli Noordin dropped a bombshell in the Dewan Rakyat yesterday when he revealed that he was once ordered to implicate Datuk Seri Najib Tun Razak and Datin Seri Rosmah Mansor in the murder of Altantuya Shaaribu.
Amidst gasps of disbelief from MPs, the Kulim-Bandar Baharu lawmaker claimed that he was asked to get sworn statements that the Prime Minister and his wife were involved in the Mongolian woman’s murder.
“I myself was asked to make a statutory declaration to implicate them both.
“I decided not to do it, even though the reward offered shook my faith,” he said as the House listened in stunned silence.
He did not say who had ordered him to do so.
Zulkifli had discharged himself as defence lawyer for Chief Insp Azilah Hadri, one of the accused in the Altantuya murder case during the hearing in 2007.
Debating the motion of thanks on Royal Address, Zulkifli also slammed private investigator P. Balasubramaniam, who had made a statutory declaration in connection with the case in 2008 but retracted it the next day.
"How could the people accused of this crime be willing to be sentenced to death if it was true that both the Prime Minister and his wife were involved.
"The Prime Minister had also sworn on the Quran denying his involvement with Altantuya," he said.
Azilah and Kpl Sirul Azhar Umar were sentenced to death by the High Court last year for murdering Altantuya. Political analyst Abdul Razak Baginda was charged with abetting the two policemen but was acquitted in 2008.
Zulkifli also claimed that in 2004, he was asked to link the son of Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz to the murder of a man.
“I was asked to ensure that Nazri’s son was somehow connected to the murder case. I thank Allah that I managed to steer away from such things,” he added.
Nazri’s son was a witness interviewed by police investigating the death of a student following an attack at a food outlet in Sri Hartamas in July 2004.
Five Thai nationals were subsequently charged with causing the death of the student. They pleaded guilty and were sentenced to five years in prison.
Later at the Parliament lobby, Zulkifli claimed he had documented proof including audio recordings to support all his claims, besides many other “assignments” which he had not revealed in the Dewan.
He said it was his practice to record and keep documents of every “mission and assignment” he was entrusted with.
“There was even an assignment where I was to really discredit Datin Seri Rosmah. The assignment was very slanderous and too dirty that I told myself, this is too much,” he said, adding that in most of the assignments, he was directed to execute them alone.
No comments:
Post a Comment