Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, March 21, 2010

GST (Goods Services Tax) - Faham, tapi bangkang tetap bangkang oleh pembangkang

text related to image

Ramai memperkatakan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan yang lebih riuh memperkatakannya pula ialah puak-puak pembangkang yang cuba mengelirukan minda orang ramai tentang kedudukan perkara sebenar berasaskan kepada fakta undang-undang.

Dasar membangkang tanpa menerangkan dasar atau tujuan cukai serta implikasi sebenar cukai itu kepada rakyat adalah salah satu modal helah politik pembangkang untuk meraih sokongan dan undi daripada pihak yang naif mengenainya.

Tujuan undang-undang Goods and Services Tax (GST) adalah untuk menggantikan (to replace) dua undang-undang sedia ada yang sama fungsinya, iaitu Sales Tax Act 1972 dan Service Tax Act 1975 yang telah diwujudkan dan terpakai di Malaysia sejak lebih 30 tahun dahulu.

Jika di negara-negara luar pelbagai nama cukai diberikan kepada cukai-cukai jenis ini bagi kutipan hasil bagi pembangunan negara mereka tetapi di Malaysia ini kita menggunakan GST.

Bagi sesiapa yang mengetahui tariff (jenis dan kadar) cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia ke atas barang-barang dan jenis barang yang diimport, dieksport, pengilangan tempatan (locally manufactured goods) serta pengecualian barang itu daripada cukai termasuk pengimport atau pengilang barang tempatan yang dikecualikan daripada cukai melalui Perintah-perintah Pengecualian (Exemption Orders) yang diperbuat di bawah Seksyen tertentu di bawah undang-undang (Akta-akta) berkenaan, dia akan dapat menerima dengan mudah undang-undang GST yang akan diperkenalkan di Malaysia ini.

Selepas membaca rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 itu kita akan dapati:-

(a) Cukai Jualan / Cukai Barangan (Goods Tax)

1. Jika di bawah Akta Cukai Jualan telah menetapkan sesuatu barang atau kelas barang itu tidak tertakluk kepada (not subjected to) Cukai Jualan, maka di bawah GST pun barang itu tidak akan tertakluk kepada GST.

Barang-barang yang tidak tertakluk atau dikecualikan daripada Cukai Jualan atau pun GST nanti adalah barang-barang makanan, minuman dan keperluan harian rakyat, serta barang-barang peralatan serta mesin-mesin untuk pengilangan serta perkhidmatan (contoh mesin angkat - lifts).

2. Jika di bawah Akta Cukai Jualan mempunyai kadar cukai (rate of tax) yang berbeza, 5% a.v. bagi semua jenis barang kecuali barangan rokok atau seumpama yang menarik Cukai Jualan 10% tetapi di bawah GST hanya satu kadar saja iaitu 4% a.v. (sebagaimana telah dimaklumkan oleh Menteri sebelum ini yang mana kadar itu akan digazetkan melalui Perintah/Order yang diperbuat di bawah (Akta) GST ini).

(b) Cukai Perkhidmatan (Service Tax)

1. Mengikut Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sekarang Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan atas perkhidmatan tertentu yang dinyatakan di dalam "Service Tax (Prescribed Establishments and Services) Order. Penyediaan bilik yang bilangan biliknya melebihi 6 bilik, penyediaan makanan dan minuman yang 'turnover' bagi 12 bulan melebihi RM500,000 atau perkhidmatan lain seperti insurans adalah di antara 'establishments' atau perkhidmatan yang dilesenkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan. Jika di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sesuatu perkhidmatan tidak dikenakan cukai, maka di bawah GST nanti pun tidak tertakluk kepada GST juga.

2. Kadar cukai yang dikenakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 adalah 6% a.v. sama saja kadar di bawah GST 6% a.v. yang akan dikenakan. Jika kadar sewa bilik hotel yang dikenakan kepada kita RM100, maka kita bayar GST RM6 sahaja, sama nilai dengan Cukai Perkhidmatan. Service Charge 10% a.v. yang dikenakan sebagai tambahan kepada kadar sewa bilik oleh hotel itu adalah kenaan oleh hotel sendiri, bukannya milik Kerajaan pun.

Jadi apa masalahnya dengan puak pembangkang yang membangkang tak tentu pasal?

Rujukan:
Getting to grips with GST – what you should know
What you should know about GST
GST will be good for the country in the longer term, say experts
Should you fear the new tax?

GST - a consumption tax

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP