Sikap kurang ajar bapa kepada 6 orang anak ini terhadap Melayu lain yang bukan penyokong PKR atau PAS walaupun mereka lebih jauh berusia darinya turut menjadi perbualan hangat ketika beliau menjadi TKM1 Pulau Pinang dulu. TKM1 yang berusia 33 tahun ini pernah berkata "Jangan Jadi Barua UMNO" kepada seseorang yang bukan berpangkat kerani ataupun pegawai kanan biasa tetapi kepada seorang yang berpangkat pengurusan tertinggi dalam lingkungan umur 50an.
Itulah sikap angkuh, sombong, anti-UMNO dan kurang ajar Fairus semasa dia menjadi orang No. 2 dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang dulu. Sesunguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa terhadap makhluknya. Fairus bukan sahaja hilang jawatan TKM1 bahkan juga jawatan ADUN Penanti. Kehilangan semua jawatan itu disebabkan konspirasi Anwar yang begitu terancang sekali untuk memasukkan sahabat karibnya Mansor Othman sebagai ADUN seterusnya sebagai TKM1.
Mari kita sama-sama mengkaji statement yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali selepas pucuk pimpinan PKR mendapat tahu yang Mohamad Fairus keluar dari PKR dan dengan muka tak malunya pula memasuki UMNO, parti yang diajar oleh Anwar supaya membenci seumur hidupnya. Dan kita harus juga mengkaji statement yang dibuat Ahli Majlis MPSP dari PKR berkaitan isu rasuah yang melibatkan Mohamad Fairus itu.
1. "Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya." - Syed Husin
Sebekum kita pergi jauh kita harus tentukan dulu perkara-perkara yang kita boleh 'relate'kan dengan statement Syed Husin itu, iaitu pertamanya tentang nilai RM15,000 sebulan, dan yang keduanya mengenai hutang kereta.
Sebagai seorang ADUN dan Timbalan Ketua Menteri 1 pendapatan tetap bulanan Fairus adalah jauh melebihi angka RM15,000 daripada pelbagai punca pendapatan seperti elaun ADUN, gaji EXCO dan gaji Timbalan Ketua Menteri walaupun gaji TKM1 itu sendiri jumlahnya kurang daripada jumlah elaun ADUN. Selain itu Elaun Keraian bulanan serta elaun-elaun sewa rumah dsb. melonjakkan jumlah pendapatan bulanan Fairus.
Begitu juga Fairus turut menduduki sama ada sebagai Timbalan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah dalam GLCs atau SEDC milik kerajaan negeri dan mendapat elaun tetap bulanan sekurang-kurang RM1,000 sebulan bagi setiap GLC/SEDC itu. Kesemua jumlah yang dinyatakan ini tidak termasuk lagi elaun menghadiri mesyuarat DUN / Lembaga Pengarah state GLCs / SEDC serta tuntutan bayaran perjalanan dan penginapan. Secara kasarnya pendapatn bulanan Fairuz adalah melebihi RM20,000 sebulan.
Perlu diingat juga bahawa kelayakan untuk mendapatkan pencen bulanan seumur hidup sebagai ADUN seseorang itu hendaklah berkhidmat sekurang-kurangnya tempoh minimum 36 bulan. Dengan pelepasan sebagai ADUN itu Fairus telah 'forgo' pencen ADUNnya melebihi RM2,000 sebulan serta lain-lain ganjaran jika beliau menamatkan tempohnya perkhidmatannya sehingga PRU akan datang.
Oleh kerana kedudukan Fairus melonjak terus kepada jawatan Timbalan Ketua Menteri, dari menggunakan kereta kurang sesuai diperolehi pula kereta yang setanding dengan statusnya. Sebagaimana yang telah diberitahu kepada penulis, Fairus memperolehi pula motokar Mercedes Benz terpakai dengan membuat pinjaman sebanyak RM120,000 daripada majikannya. Dari berita yang disampaikan kepada penulis juga, pada tarikh perletakan jawatannya sebagai TKM1 dan ADUN, hanya RM20,000 sahaja yang sempat dibayar manakala baki hutang RM100,000 itu dia tak mahu membayar, sebaliknya disuruh minta daripada Anwar yang bertindak sebagai penjaminnya.
Dari rentetan ini adalah jelas menunjukkan bahawa wujudnya perjanjian Anwar dengan Fairus supaya Fairus meletakkan jawatan sebagai TKM1 dan seterusnya ADUN Penanti. Janji Anwar yang PKR atau individu penyokong PKR akan membayar RM15,000 sebulan sebagai pampasan gantian perletakan jawatan itu hanya janji Anwar sahaja yang sekali-kali tidak akan ditepati. Mungkin pada mulanya Fairus agak keberatan untuk meletakkan jawaran-jawatan tersebut hingga menyebabkan kaki-kaki Anwar siap memasang perangkap memerangkap Fairus sebagaimana yang telah berlaku kepada bekas ADUN PKR di Perak dulu. Maklumat ADUN Perak berkenaan ada dinyatakan dalam blog ini.
2. "Pada 27 Februari lalu, Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmad mendedahkan penyelewengan dua pemimpin PKR negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.
Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akuan peribadi mereka".
Untuk mencapai cita-citanya menjadi pemimpin No. 1 Malaysia, Anwar sanggup berbuat apa sahaja bagi memenuhi impiannya. Jika terdapat sesuatu halangan yang merintangi perjalanannya, Anwar bersama-sama konco-konconya akan meng'create' satu fitnah untuk menjatuhkan musuh-musuhnya.
Mungkin ramai tidak ketahui bahawa mana-mana negeri yang diperintah oleh Kerajaan hasil sekongkolan DAP/PKR/PAS bayaran elaun ADUN-ADUN mereka dibayar kepada pihak parti masing-masing. Selepas tolakan bayaran kepada parti, bakinya akan dimasukkan ke akaun bank ADUN-ADUN berkenaan itu. Jadi nombor akaun bank ADUN berkenaan ada dalam simpanan parti berkenaan. Mana-mana ADUN mereka yang menampakkan perubahan peribadi yang ketara, baki wang elaun ADUN mungkin tidak akan dilepaskan oleh parti (Sila tanya ADUN Bebas Pelabuhan Kelang untuk pengesahan) atau jika didapati ADUN mereka yang liat sikit mungkin dia akan mendapati banyak wang dimasukkan ke dalam akaunnya secara tiba-tiba disusuli dengan panggilan oleh pihak SPRM untuk berbual mesra.
Ahli PKR yang menjadi Ahli Majlis yang dibayar elaun bulanan Ahli Majlis sebanyak RM1,000 sebulan mendedahkan penyelewengan TKM1 dari PKR juga? Bagi yang memikirkannya sudah tentu merasa pelik dan ajaib. Kawan main kawan atau Kawan tikam kawan jadinya. Bagi yang mengetahui sifat Anwar sebenar, itu bukan perkara yang patut kita menjadi terkejut. Itu biasa bagi Anwar.
Mungkin Zahrain mahu mendedahkan cerita sebenar di sebalik pemecatan Mohamad Fairus sebagai TKM1 dan ADUN Penanti?
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.
Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.
Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.
Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.
DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN
Mar 24, 2009 11:55am (malaysiakini)
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, yang akan meletak jawatan 8 April ini, diminta supaya membuktikan dakwaan kononnya terdapat konspirasi dalaman untuk menjatuhkannya.
Sambil menafikan dakwaan itu, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata Mohammad Fairus, juga anggota parti itu, meletak jawatan berdasarkan keputusan peribadi dan ia tiada kaitan dengan sebarang konspirasi.
"Kalau benar ada konspirasi, minta dia keluarkan fakta dan bukti," katanya, lapor Bernama.
Tuesday, 24 March 2009 13:24
(mStar Online) - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin dijangka akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan berkaitan syarikat kuari di Pulau Pinang.
Sumber mengatakan bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh kes rasuah yang mengaitkan dua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang salah seorang daripadanya dikatakan pemimpin tertinggi kerajaan negeri.
Katanyanya lagi keterangan Fairus perlu direkodkan sebelum beliau pergi jauh, kerana beliau dipercayai mampu membantu siasatan ini.
Sabtu lalu, Fairus, 33, meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dengan alasan mahu menyambung pelajaran.
Beliau juga menafikan terlibat sebagai mangsa konspirasi politik PKR.
Tambah sumber itu lagi, SPRM juga dijangka akan memanggil beberapa orang saksi yang mendakwa mempunyai bukti dan dokumen yang berkaitan bagi kes berkenaan.
Pada 27 Februari lalu, Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmad mendedahkan penyelewengan dua pemimpin PKR negeri kerana menerima rasuah daripada syarikat kuari di Seberang Prai.
Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mendakwa memiliki bukti berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) dan slip bank berkaitan kemasukan wang ke akuan peribadi mereka.
No comments:
Post a Comment