Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, March 9, 2010

Karpal Singh dan DAP adalah lebih mulia dari Melayu Islam UMNO - Nik Aziz

Selepas 47 tahun Pas mengkafirkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam, hari ini Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengiktiraf DAP.

"Menurut Menteri Besar Kelantan itu, hasil kerjasama Pas dan parti itu, DAP termasuk Pengerusinya, Karpal Singh pada masa ini sudah tidak lagi menyerang Islam.

Beliau menegaskan, kerjasama dengan DAP melalui pakatan pembangkang juga menunjukkan perkembangan yang agak baik apabila ada pemimpinnya yang bukan beragama Islam juga sudah mula pandai membaca al-Quran.

Malah, katanya, kerajaan DAP di Pulau Pinang juga sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan pemimpin Islam seperti Khalifah Umar Abdul Aziz.

"Sekarang Pas dilihat berjaya bersama pakatan pembangkang, ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu Pas sendiri rela tidak berkawan dengan DAP kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam.

"Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian dalam perutusan sempena dua tahun pakatan pembangkang yang disiarkan blog rasminya, www.blogtokguru.com.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum orang Islam yang bekerjasama dengan orang bukan Islam sebagai kafir.

Selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978, Dewan Ulama Pas menuduh orang UMNO sebagai kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz menegaskan pihaknya juga mempunyai sebab untuk menolak perpaduan dengan UMNO kerana perjuangan parti itu amat dhalalah (sesat sesesatnya).

Katanya, ia kerana UMNO menolak Islam serta mengasingkan politik dengan agama.

Selain itu, katanya, UMNO turut mengkhianati perjuangan Islam khususnya terhadap Pas sewaktu ditendang keluar daripada BN.

"Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan UMNO, bukan bermakna Pas mengetepikan tanggungjawab menyebar Islam.

"Sebenarnya, perpaduan melalui pakatan pembangkang telah membuka ruang bagi Pas menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti pakatan pembangkang yang bukan Islam," katanya.

Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP