Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, March 4, 2010

Melayu PKR Terjun Sungai, Melayu PAS Sibuk Buat Solat Hajat 7 Hari 7 Malam


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya bekas Ahli Parlimen Bagan Serai dari PKR Mohsin Fadzli Samsuri diberikan hukuman setimpal oleh Allah swt kerana keluar dari parti PKR dan dengan demikian mengkhianati perjuangan pakatan DAP/PKR/PAS yang ditunjangi oleh DAP.

“Kita beri tempoh tujuh hari kepada Mohsin supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan DAP/PKR/PAS.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR dan PAS berhubung isu kalimah Allah.

[Adakah Allah swt akan memperkenankan so;at hajat daripada orang-orang yang pernah bersumpah bai'ah cerai isteri talaq tiga hanya kerana untuk merebut kuasa politik Malaysia?]

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP