Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, March 7, 2010

Ulamak E-Class - Pandangan Penyokong PAS


Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang

Cuba kita baca fakta ini........


Ahmad Awang berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan. Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.




Ahmad Awang : Ulama E-Class

Dalam Muktamar ke 55 di Shah Alam baru-baru ini, perwakilan daripada Wilayah Persekutuan dalam ucapannya ketika membahaskan ucapan dasar telah menggunakan istilah “Ulama E-Class”. Saya tidak tahu maksud sebenar beliau dan kepada siapa yang beliau tuju.

Kalau beliau bercakap pasal ada ulama yang mempunyai kereta Mercedez E-Class, saya pasti ramai dikalangan ulama kita yang mempunyainya. Mungkin beliau cemburu kerana tiada pekerjaan ataupun tidak mampu memilikinya.

Janganlah pula disalahkan kepada orang yang mampu memilikinya sebab tidak haram memilikinya sekiranya anda mampu dan selagi sumbernya halal.

Yang menjadi permasalahan disini ialah ada juga dikalangan ulama kita yang tiba-tiba sahaja mampu memilikinya walaupun dia bangkrap. Mari kita ikuti kisah mantan pesuruhjaya PAS Perak yang agak mengujakan.

Ust Ahmad Awang ketika menjadi Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden PAS, tidak dapat bertanding dalam pilihanraya ke 12 yang lalu kerana beliau adalah seorang yang bankrap atau muflis.

Beliau telah berjumpa dengan beberapa tokoh korporat untuk meminta belas ehsan mereka untuk menyelesaikan hutangnya sebelum pilihanraya tetapi tidak ada siapa yang nak tolong beliau pada ketika itu.

Maka kempunanlah beliau untuk bertanding dalam PRU12 dan lebih kempunan lagi apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah di Perak dan beliau terpaksa bersetuju untuk melantik Setiausaha PAS Perak ketika itu untuk menjadi Menteri Besar Perak.

Peluang memerintah Perak menunjukkan warna sebenar bekas tokoh Persatuan Ulama Malaysia ini. Tidak sampai beberapa bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak ataupun lebih khusus lagi, tidak sampai beberapa bulan Mohd Nizar menjadi Menteri Besar Perak, Ust Ahmad Awang telah bertukar gaya hidupnya.

Beliau kelihatan begitu bergaya sekali dengan Mercedez E-Class berserta pemandunya sekali. Hairan juga, bagaimana seorang yang bankrap, tidak ada pekerjaan, bukan ADUN, bukan juga Ahli Parlimen, tetapi dapat memiliki Mercedez E-Class dan dapat menggajikan seorang pemandu.

Hebat sungguh cerita Ahmad Awang dengan pemandunya. Hinggakan pemandunya pun tidak tahan dengan karenah Ahmad Awang yang kadang-kadang hari minggu pun kena suruh beli roti canai untuk beliau. Biasala, orang tak pernah ada pemandu. Mungkin dia ingat pemandu tu macam kuli batak dia sahaja.

Walau bagaimanapun, pemandu itu bukanlah isunya. Isunya, bagaimana seorang ustaz bankrap boleh memiliki Mercedez E-Class hanya selepas beberapa bulan PR memerintah Perak.

Jawapannya mudah…tanya la Ahmad Awang sendiri. Ataupun boleh tanya Nizar. Tidak pun boleh juga tanya Husam Musa. Tanyalah Husam bagaimana dia mengajar Nizar dan Ahmad Awang untuk mengaut hasil balak di Perak bagi mengenyangkan kantung mereka sendiri. “Orang berbudi kita berbahasa.”

Maka tidak hairanlah kenapa Ust Ahmad Awang, mantan Pesuruhjaya Perak, mantan Naib Presiden PAS beralih arah memuja dan memuji Husam melangit hinggakan sanggup berburuk sangka terhadap “rakan ulama” beliau yang lain di dalam Majlis Syura.

Bahkan beliau sanggup menggadaikan prinsip ukhuwwah Islamiyah yang dituntut oleh Rasulullah di dalam jamaah untuk membenci “3 orang” di dalam pimpinan PAS sekarang ini gara-gara Husam juga membenci mereka. Bahkan beliau juga sanggup melihat konsep kepimpinan ulama Pas tergadai asalkan orang yang berjasa mengenyangkan beliau dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Begitulah murahnya maruah dan harga diri seorang ulama macam Ahmad Awang. Senang dibeli dengan harta benda. Maka selayaknyalah beliau tidak lagi memimpin PAS.

Mungkin juga beliau sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah sekiranya beliau bertanding juga jawatan Naib Presiden PAS kerana 2 tahun dahulu pun beliau tidak menang dengan selesa. Untuk menyelamatkan air mukanya, maka lebih eloklah beliau menarik diri awal-awal lagi.

Saya kira, semua perwakilan mengalu-alukan langkah Ahmad Awang untuk mengundurkan diri dari memimpin PAS kerana itulah langkah yang terbaik untuknya. Saya juga berkira-kira bahawa Ahmad Awang pasti akan menutup tirai kepimpinannya di dalam PAS dengan baik dan dengan kata-kata nasihat yang berguna untuk semua perwakilan yang akan dapat dimanfaat untuk kestabilan parti dan untuk dikenang sampai bila-bila. Tetapi, sayangnya harapan tidak menjadi kenyataan. Ahmad Awang memilih untuk membuka ruang fitnah yang lebih besar di dalam jamaah.

Beliau secara terbuka didalam ucapan penangguhan terakhirnya di dalam muktamar telah menuduh ada seseorang daripada pimpinan pusat “mengarahnya” supaya PAS Perak dapat bekerjasama dengan UMNO di Perak selepas pilihanraya ke-12 yang lepas.

Benarkah tuduhan tersebut? Siapakah pimpinan tersebut? Berasaskah tuduhan tersebut? Bolehkah “seorang pimpinan” memberi arahan? Takkanlah beliau tidak tahu bahawa “seseorang pimpinan” tidak boleh mengeluarkan arahan sedemikian melainkan setelah disyurakan atau diluluskan didalam mesyuarat. Mungkin juga kalau adapun bukannya “arahan” tetapi lebih kepada “nasihat” untuk memberi beberapa pilihan ijtihad politik kepada PAS Perak.

Apakah motif beliau dengan ucapan sedemikian yang seolah-olah memberi bola tanggung kepada musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan PAS.

Pokoknya, beliau telah melontarkan bom jangka ke dalam PAS. Dan membiarkan ahli Pas dan juga media meneka-neka dan menuduh-nuduh siapakah gerangan pimpinan yang dimaksudkan oleh Ahmad Awang tersebut. Maka terjebaklah ahli Pas ke dalam lubuk fitnah yang direka oleh beliau.

Dan sudah pastinya beliau akan dikenang sampai bila-bila sebagai pengadu domba dan pencetus kepada ruang fitnah yang boleh mengakibatkan PAS berpecah. Maka bergembiralah musuh-musuh Islam melihat PAS berpecah gara-gara perbuatan seorang “Ulama E-Class”.

Oleh: suara hati orangg PAS

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP