Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, April 4, 2010

Anwar hilang sokongan - Najib mahu rakyat nilai sendiri peribadi Penasihat PKR

NAJIB bermesra dengan orang ramai ketika tiba untuk majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan, di Dewan Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, semalam.


Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat menilai sendiri kepemimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini hilang sokongan selepas ramai kenalan rapatnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.

Perdana Menteri berkata, mereka yang keluar daripada parti itu suatu ketika dulu sanggup masuk penjara atau naik turun mahkamah semata-mata demi pemimpin mereka itu.

Hari ini mereka yang menyokong kuat itu mengambil keputusan keluar daripada parti itu, satu demi satu hilang kepercayaan kepadanya (Anwar). Mereka bukan orang biasa yang rakyat tidak kenal tetapi mereka ini sangat rapat dengannya (Anwar), malah ada mengenalinya selama 30 tahun.

Hari ini mereka ini tidak lagi percaya pada pemimpin ini, apakah kesimpulannya, rakyat boleh menilainya, katanya pada majlis pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE), Dewan Felda Sungai Tengi, di sini, semalam.

Turut hadir Lembaga Pengarah YKE, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

Najib berkata, antara pemimpin yang keluar ialah bekas Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar yang amat dihormati kerana mempunyai buah fikiran yang baik.

Dr Chandra adalah orang yang rapat dengan Anwar, beliau marah apabila Anwar dipecat dan beliau naik turun bersamanya, tetapi hari ini sudah hilang kepercayaan kepada individu itu. Dr Chandra kini menjadi Pengerusi Yayasan 1Malaysia.


Setiausaha Agung PKR (Datuk Salehuddin Hashim) yang bertanggungjawab menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tetapi kini tidak lagi percaya pada parti itu.

Salehuddin dilaporkan melepaskan jawatan itu pada 7 Januari 2010 untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan konsultansi minyak dan gasnya.

Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor, yang sanggup masuk penjara kerana Anwar turut keluar dari parti itu. Ezam memberitahu saya, yang beliau diminta melawan saya di Pekan pada pilihan raya umum lalu dan diminta membuat fitnah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tetapi apabila Ezam tanya ada bukti atau tidak, Anwar kata, bedal jer, katanya.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang juga peguam kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan Altantuya, yang mendedahkan ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes Altantuya.

Katanya, Zulkifli mendapat pengesahan daripada Azilah bahawa beliau tidak ada kena mengena dalam kes pembunuhan Altantuya.

Saya sudah bersumpah dalam masjid (berhubung kes Altantuya) tapi orang itu sehingga sekarang belum bersumpah, malah membuat pelbagai dalih, katanya.

Beliau berkata, Anwar turut mempermainkan nama Yang di-Pertuan Agong kononnya menyokong beliau dalam percubaan 16 September 2008.

Najib berkata, beliau bertanya kepada baginda sama ada benar atau tidak perkara itu dan baginda menafikannya.

Begitu juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, saya bertanya kepadanya dan beliau turut menafikannya, katanya.

Sementara itu, Najib berkata, beliau akan menemui Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dalam lawatannya ke negara itu pada masa terdekat ini. - Berita Harian

1 comment:

  1. Bro, kalau masyarakat yg sentiasa membuka mata, terlinga dan yg penting pemikiran, mereka akan meninggalkan si pengkhianat mcm Anwar ini.... kecualilah bagi mereka2 yg sudah jumud pemikiran...

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP